Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Saturday, August 30, 2008

Kelentong YB PR...(catatan khas edisi merdeka)

YB Pakatan Rakyat pun pandai kelentong?
Kawan aku dulu dikunjungi pimpinan2 ni (masa tu belum jadi YB)
Kecacatan dan keuzurannya mendapat simpati YB dan sungguh2 depa nak tolong sampai kecederaan kawan aku ni pulih dan boleh bekerja semula..
siap amik no akaun bank lagi...
tapi lepas tu habuk pun taraakk!!
Dia taklah mengharap tapi..kalau beria-ia berjanji lepas tu senyap tak gunalah!

Kelentong!!

Friday, August 29, 2008

Merdeka yang "potong stim!"

Apa yang aku tulis kat entri sebelum ni bertajuk "apa?siapa dan bagaimana merdeka" adalah fakta yg kantoikan mood merdeka!

dahlah pagi tadi dapat sms:-

MAHKAMAH TINGGI SERTA MERTA MEMBUAT KEPUTUSAN MENBATALKAN KEMENANGAN DSAI KERANA LAPORAN HOSPITAL MENDAPATI SAIFUL BUHARI HAMIL TIGA BULAN"

cehhh!! lawak cap Rambutan betull!!
okeylah..fakta kelentong perihal merdeka ni boleh didapati di blog hisham rais"tukar tiub'jelebu!

cuma 1 lagi aku benci dengar lagu "keranamu Malaysia" dan "jalur Gemilang"

1. Cuba check lagu Keranamu tu kerana siapa? tahapahapa!! last sekali ada jerit "terima Kasih Malaysia"..... apahal nak terima kasih kepada Malaysia! Malaysia adalah benda "mati" yang cuma boleh bergerak apabila dihidupkan rakyatnya..ah! Lagu ni dicipta ketika ombak reformasi menggulung di mana ketika itu Kerajaan BN dalam fobia krisis kepercayaan rakyat!

2. Lagu Jalur gemilang tu kalau diperhatikan ada yang tertinggal setelah dia memberitahu warna merah tu apa...putih tu maknanya apa..biru dan kuning apa pula? 14 melintang jalurnya apa tandanya? Semua dibagitahu..
................... cuma dia lupa nak cakap apa makna bulan dan bintang tu? haaa!!! lupa ke atau saja tinggal? atau "bulan dan bintang" tu dah takde maknaa?
siapa tau?...sekolah rendah dulu2 kami ada belajar...
cuba tanya isham rais!

bila, siapa dan bagaimana "merdeka?"

Sempena tarikh keramat ini aku ucapkan "selamat ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (bukan Malaysia)yang ke 51"!

... akan kukibarkan "Jalur Gemilang ala Amerika"ku tanda patriotik..
berdiri tegak dengan iringan minus one lagu romantika "Mamoola Moon"
mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan yang lalu!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
dan si tukang sapu KLCC dan Dataran Merdeka kemudiannya tidak merdeka selepas itu kerana sibuk membuang lendir-lendir kondom yang bersepah bersama sampah sarap selepas menonton sekor dua atau lebih sampah masyarakat di atas pentas!

Mahathir Pak Belalang!

..."bapak! Bapak nak ke mana bungkus kain baju tu bapak?

" kau gila Belalang! Anwar dah nak jadi PM! tulah Belalang..bapak kata jangan lawan, jangan lawan... kau degil, nak lawan jugak..kununnya boleh menang, ha! sekarang apa dah jadi..matilah bapak Belalang!"

" Bapak jangan risau..Belalang tahu ada satu tempat bapak boleh sembunyi..orang tak tahu kawasan tu bapak" ..

"kat mana Belalang? Dalam KUBANG kerbau atau dalam PASU bunga? tak selamat kat situ Belalang..kau jangan main2 nak..nanti bapak sunat Kepala Butus..er Batas kau nanti!"

"Bapak jangan risau, nanti Belalang curi sampan Mat Dollah hadiah dari Ananda tu, bapak larilah ke Mongolia! dengar cerita Pak Najis pun nak lari juga dengan bininya.. Bomoh Mandrem yang bawak depa"

"bapak tak mahu ikut depa Belalang! Nanti bibir bapak jadi merah!"
"oklah Bapak..nanti Belalang curi C4 Belalang letupkan bapak..abu mayat bapak Belalang buang di tasik putrajaya ok?"

"Kepala Batas punya anak!!! citt!! Yennadeyy!!"

Thursday, August 28, 2008

kawanku YB(Yang Bisu)

truuut...truttt..
"sila tinggalkan pesanan anda"...
aku pun mengirimkan sms yang ke seratus kali kot...

tapi kawanku yang dah jadi waibi ni sejak menang tak pernah jawab panggilan panggilan dan smsku..hanya suara pompuan mesin tu suruh tinggalkan mesej..
aku sekadar sayangkan sebuah persahabatan yang telah terjalin..bukan nak minta projek.

mungkin terlalu sibuk bila jadi waibi ..aku yang tak faham agaknya!
atau ..barangkali itu nilai aku di matanya !

Wednesday, August 27, 2008

Izrail di jamban Najib!

sepanjang tahun ni saja Najib tah berapa kali bersumpah! ramai juga yang jadi pesuruhjaya sumpah ikut jejak si bibir merah ini.. ezam, saiful,tajol dan Anwar (esok angkat sumpah MP)

Selalunya apabila melanggar sumpah, kata hadis melayu orang itu akan dimakan sumpah! Keluar pulak akuan bersumpah seorang manusia yang mengaku Najib bercomolot dengan pawang Hindu!laa....sumpah lagi!

sumpah dibuat agar hayat politik dapat disambung walau terpaksa menggunakan life supporter..agar selamat dan kemaraan musuhnya Anwar dapat dikekang...sumpah dah sumpah tapi Anwar terus mara!

Masa untuk Najib dimakan sumpah sedang tiba..hayat politiknya berada di sakaratul maut..di kamar tidur Najib dan Rosmah berpelukan ketakutan..tak dapat tidur kerana mimpi terlalu ngeri
..Hari dah siang! Punggung dah nak terberak..pepundi kencing dah penuh..mesti pergi jamban melepaskan sisa-sisa haram jadah yang disumbat dalam temboloknya malam tadi!
Tapi di dalam jamban Algojo penghukum sang pelanggar sumpah sedang menanti..menyeringai taringnya yang panjang dengan kuku besi menunggu merentap nadi Najib dan Rosmah dengan Besi berapi..
sabar algojo! Dia akan masuk juga.kalau tidak kencing beraknya akan berterabur di jalan memenuhi bumi Malaysia ini atau kentut Rosmah menggegar hingga ke Mongolia membawa bau tembelang..kincit lemaknya yang bergulung-gulung berlendir berjuraian seakan tak putus di celah punggung menggelebernya tidak dapat disorok lagi.. Najib akan lari dengan membawa batu ladung jorannya yang besar sebelah..di pangkal jorannya terselit DNA debu cicit kerabat Genghis Khan!

AUUMMM!!! Algojo mengaum!! tenang menanti..bunyi tapak kaki Najib menghala ke jamban semakin jelas didengarinya!

Selepas PRU 12- Perang Uhud, selepas Permatang Pauh- Perang Badar!

Ironinya.............
Kecoh seketika semasa isu muqabalah tempohari, ketika merasa dah menang masing-masing antara kita merasakan kekuatan kemenangan itu berpunca dari kita sahaja dan sedikit menafikan kekuatan sahabat yang lain..
hakikatnya- tanpa salah satu dari Pakatan Rakyat tiada kemenangan yang akan kita dapat! ini fakta! Anwar bagitahu Tok Guru hanya Kelantan saja kerajaan milik Pas kerana ia solid PAS(pemimpin ini menunjukkan kerendahan hatinya dan akur dengan kekuatan sahabat) tetapi tok guru kata "tidak! ini kerajaan Pakatan Rakyat!" (pemimpin ini merendah diri lalu mengiktiraf pula sahabat yang lain)..

Bagi yang hagas tidak pula...merasa kuat!
lalu hampir-hampir menjadi seperti Perang Uhud..kesempatan itu diambil oleh musuh yang lemah lalu cuba membalas serangan...Alhamdulillah gagal!

hari ini selepas Perang Permatang Pauh kita akan menyambut Ramadhan..aku teringat Perang Badar dikecap kemenangannya dalam keadaan berpuasa di Ramadhan Al mubarak (jangan diejek jadi Al Murtabak seperti isu muQabalaHmuZakaRah dulu)..hampir sama..

Sahabat meraikan kemenangan itu seperti kita meraikan kemenangan hari ini seolah2 perang sudah habis!

Rasulullah menjawab- ada lagi perang yang lagi satu!
Perang melawan HAWA NAFSU!
nafsu tamak, haloba dan gila kuasa akan menyerang kita yang rasa dah menang nanti..

MARI KITA BUNUH DAHULU PRASANGKA INI!

Tuesday, August 26, 2008

Tak boleh elak..PERANG BARU AKAN BERLAKU!

ahh!! Syukur aku selamat muncul setelah 10 hari hilang dari peta Malaysia!!
aku ketepikan semua hal2 politik semasa..tak mau tahu apa yang telah dan sedang berlaku sepanjang tempoh kempen!

Aku yakin tiada sebab Anwar akan tewas..pasti menang!! menang BESAR!!

jangan persendakan rakyat..kalau Dollah atau Najib sekalipun diletakkan di situ pasti mereka dihumban ke dalam permatang macam buah pauh!
...menang sudah dalam tangan..!! lompat akan berlaku?
aku berani katakan, kalau gendang kemenangan sudah dipalu
PERANG BARU AKAN BERLAKU!!

Friday, August 15, 2008

ghaib 10 hari!

(gambar hiasan..cehh!! salah! apasal lak gambar ni lak!! hisy!
seperti Ayah Pin, adik nurin, bala sumpah2, YB Zulkifli Noordin yang hilang tak dapat dikesan- aku juga mengambil langkah yg sama!

Blog ini akan bercuti 10 hari kerana aku akan hilang mulai esok!

harap aku akan kembali selepas tempoh itu!
Sumpaahhh!! Aku tak de kat Malaysia dalam tempoh ni..(aku pun macam sepol gak..nak bersumpah!)

Thursday, August 14, 2008

Peristiwa Uhud dan Uhuk..huk!huk!

Perang Uhud amat malu untuk dikenang..pahit menjadamkan!! Aku selalu berangan berada di medan uhud! Semangatnya aku nak rasa...semangat apabila ditewaskan..diaibkan!! Sayiddina Othman lari dari medan perang! Hamzah "singa Allah" dilapah hatinya oleh Hindun!( syed Jaafar Albar dianggap Singa Umno- anak dia "singa laut Umno")..
Semuanya gara-gara tak endahkan pesanan Rasulullah "pakar rujuk-mursyidul"..jangan tinggalkan tempat jagaanmu! Belum menang lagii!!

Sombong! gelojoh! Alpa!.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
Hari ini bagai mengulangi peristiwa itu! Perasan dah kuat dan dah menang, sudah mula timbul jeritan2 agar diri dinobatkan kawan2 lain sebagai jagoan dan minta diangkat sebagai Ketua!
Lebih angkuh lagi ada suara meminta agar keluar dari Pakatan kerana sudah mampu berdiri sebagai Juara!
50 tahun mengasah pedang..lebih banyak ditendang dari menjentik musuh..tiba2 lawan terjatuh..dan kita yang terasa gagah mula mendabik dada! Lawan sedang menjeling muZAKARah labuh kita untuk ditendang agar kita jatuh..mudah untuk mereka menindih kita kembali..mujur tersedar..sang musuh ditenyeh dengn tumit lalu menggelupur sebelum mampus tak berketik! Legaa musuh sudah tiada!
tetapi pemilik muZAKARah labuh tak sedar lagi! Kilauan emas di puncak bukit merabunkan mata..untuk memilikinya harus berbuat apa saja hatta memijak tengkuk teman seganding!
....Peristiwa Karbala pasti akan berlaku kalau tak dibendung! Aku dapat rasakan bumi ini mula bergegar!! cuma kali ini siapa yang jadi Ali siapa pula yang jadi Yazid...Kepala yang dipancung kulihat bergantung di Jalur Gemilang yang berdarah!

aku terjaga dari mimpi ngeri bila terdengar bunyi sms masuk...Mat Saman Kati rupanya!!

Wednesday, August 13, 2008

mesti baca- ANWAR Pemimpin PALING sempurna abad ini!!??

gambar hiasan -> Anwar dan Kulup Sakah yang pemalu..
Abad ini dan abad 20 yang berlalu 8 tahun lalu menyaksikan tiada siapa dapat menandingi karisma Anwar sebagai tokoh terulung bukan saja dalam Malaysia- malah tidak keterlaluan beliau adalah tokoh terhebat sekali di dalam dunia ini... cuma tulisan ini hanya untuk buktikan bahawa Anwar paling layak terajui negara kita..aku tak mahu buktikan dia tokoh terhebat dunia..tapi hujah di bawah sekaligus menyokong pengiktirafanku ini..
Mengapa Anwar paling layak?
sebab Anwar mewakili semua penduduk di dunia ini dari segenap lapisan dan golongan..tengok yaa..
1) Melayu
sebagai melayu beliau pernah dituduh ultra-melayu semasa masih seorang mahasiswa lagi kerana dikatakan ekstrim membela Bahasa Melayu sehingga dikatakan pernah menurunkan papan tanda Bahasa Inggeris di UM ketika itu.
2) Cina
dikatakan pro Cina ketika mengkritik pelaksanaan tempang DEB
3) India
dianggap 'Anwar the Boss" oleh masyarakat India ketika Hindraf bangun mencetuskan Makkal Sakthi
4) Agen Amerika
mewakili kuasa besar dunia - kehebatan Anwar diiktiraf USA

5) Agen CIA- juga dikatakan pernah berlatih dengan CIA (ingat tahun 98- kata Mahathir)

6) Agen Yahudi- bersahabat dengan puak yahudi, Yahudi pun iktiraf Anwar!

7) Agen Al- Qaeda- media Australia pernah menuduh Anwar agen AlQaeda dan Malaysia pun tumpang semangkuk menyiar dakwaan ini!

8) Lelaki tulen- Dr Mahathir pada 98 mendakwa ditemui wanita-wanita berbagai bangsa di peringkat antarabangsa yang mengaku pernah menjalinkan hubungan seks dengan Anwar. Terbukti anwar lelaki yang hebat dan disukai wanita-wanita antarabangsa

9) Gay- Anwar dikatakan meliwat staffnya sendiri- (kecuali Ezam..tu pasal dia frust masuk UMNO semula)- maknanya Anwar mewakili kaum gay, mak nyah dan sebagainya!

10) bersahabat dengan tokoh2 agama seperti Syeikh Yusof Qardhawi, Syeikh Taha Jabir, Jamal Birzinji dll

- Nah! tak hebatkah? Pernah anda jumpa seorang manusia menjadi agen berbagai-bagai Institusi?Semua golongan dia wakili, sudah sewajarnya beliau diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia ke6 dan Penghulu Planet Bumi Abad Ini!!

Tuesday, August 12, 2008

anak muda PAS! bawa usul ini ke muktamar!

sempena muktamar (bukan makan buah tamar atau muZAKARah) ini, diharap wira-wira muda PAS yang lantang lagi melantangkan bisa menggerakkan suhu suasana dengan usul-usul yang segar selaras dengan garislandas perjuangan Islam yang kamu fahami!
Jika benar sayangkan Islam dan Melayumu yang dirasakan semakin tergugat jika PR berkuasa (anehnya kekejaman UMNO-BN tiba2 hilang) bangkitkan :-
1) PAS harus tegas dan penuh komited membantah ISA dan menggesa tahanan tanpa bicara oleh UMNO-BN segera dibebaskan..(mesti terus berjuang bermati-matian dalam isu ini kerana ada orang melayu-islam sedang dizalimi saudara sendiri di dalamnya)
2) Isu murtad menjadi agenda wajib untuk PAS perangi memandangkan ia terlalu serius serang ini!
3) Bukan setakat mengharamkan dan mencela artis2 yang rendah moralnya, demi kepentingan agama, bangsa- anak-anak muda PAS mesti proaktif turun melihat anak-anak remaja bersekolah hanyut di CC, ponteng di kompleks membeli-belah , merempit dsb
4) Orang2 tua Islam juga banyak bersidai di kedai2 kopi, di kedai nombor ekor dan kelab malam..ini merosakkan ummah! Bantu kerajaan tangani semua ini!
5) Cadangkan (beserta kertas kerja) program tv yang akan dipenuhi siang-malam jika PR (berteraskan Islam diketuai PAS) memerintah dan siapkan garispanduan kod etika berpakaian artis serta syarat2 penerbitan program tv dan filem
6) Isu lambakan majalah2 hiburan sampah yang mendedahkan aurat orang2 melayu-islam yang menjadi 'arak' mengkhayalkan anak2 muda untuk terjun ke dunia glamour meninggalkan agenda menuntut ilmu.

Ruang ini terhad! Ini sebahagian saja..nampak enteng tetapi jika khuatir Islam Melayu terpinggir, geraknya mesti dimulakan oleh 'pejuang' itu sendiri..bukan menyalahkan orang lain atau lari meninggalkan masalah ini dan terus menuding orang lain..apalah diharap DAP memahami Islam sedang UMNO sendiri anda kata tak faham2..PKR dikatakan mengikut telunjuk kafir.
Ayuh! Saya yakin PAS sebagai parti senior mampu melakukan kerana ada beratus-ratus tokoh hebat seantero dunia telah dilahirkan didalamnya.
SELAMAT BERMUKTAMAR! Takbirrr!!

Keluarlah Hj Hadi oii!!

aku rasa nak berbogel semasa menulis ni..Panas sungguh dengan kenyataan berbentuk amaran Hj Hadi yang mengugut PAS(atau dia dan geng2 dia je) akan keluar PR jika kerajaan PR pimpinan anwar meminggirkan Islam apabila membentuk kerajaan baru 16 Sept nanti..
Tulisan Ustaz(self-proclaim)Nasaruddin Tantawi lagi membakar bulu hidung aku. Hoi apa dah jadi ni? ketika sentimen rakyat bawahan pelbagai golongan sama ada dari rakyat atas pagar atauDAP, PKR malah PAS sendiri mengharapkan Anwar masuk ke parlimen tiba-tiba pimpinan atasan mabuk todi meracau-racau bagai dirasuk jin Amanuu!
Nasarudin Tantawi kata dia tidak mahu meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan menubuh kerajaan jahiliyyah yang baru juga..amboii!! bab gelar menggelar ni bagi kat depalah..'jumudlah! 'khurafatlah jika UMNO kata hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia'..'kafirlah'...tapi [pi muZAKARrah dengan UMNo.kononnya demi kepentingan Islam (buat senyap2..dalam PKR pun ada orang Islam, ABIM,JIM dan lain2 kenapa tak dijemput?)
Apa maksud jahiliyyah? 50 tahun PAS tertubuh, sebutkan satu tokoh yang mereka lahirkan sehingga disegani seantero dunia? Tok Guru Nik Aziz? ahh!! Orang tua hebat itu pun tidak mereka hiraukan malah dibiarkan saja batin Tok guru perit kala Nik Adli dikurung di ISA! Apakah Anwar jahil? Nasaruddin menyifatkan janganlah kita lari dari buaya lalu masuk ke mulut harimau kerana buaya ganasnya di air saja tapi harimau lebih bahaya ..Anwar harimau bahaya? Hey unstart! Anwar berkali-kali tegaskan hak Islam dan Melayu jangan dipertikaikan dan rakyat dari pelbagai kaum sudah faham ini, mengapa kamu masih sangsi lagi? Kamu nak apa? kamu marah kerana populariti ketua kamu tenggelam? Islam terpinggir atau kamu rasa kamu terpinggir?
aku bukan taksub dengan Anwar.(orang PAS selalu kata UMNO taksub tapi mereka apa kurangnya>?) tapi adakah kita mempunyai lagi tokoh seperti ini? Iman bukan terletak di serban atau di jubah XXXL (pelindung perut boroi) saja.. kekuatan tauhid pada Anwar harus dicontohi..bersikap waras dan tenang dalam menghadapi fitnah 10 tahun menuntut kesabaran yang bukan sedikit syeikh? Difitnah,diaibkan,dipenjara bukan mudah untuk dilalui.. ramai yang tersungkur..ezam tersungkur, sebelum itu ramai lagi..Lokman Adam, malah pimpinan hebat Al Arqam pun lingkup dan hilang bisa..begitu jua kisah ulama2 silam yang tewas dengan seksaan mahupun sogokan pangkat, wang dan nama (PAWANA)..Tapi ketauhidan Anwar untuk tidak tunduk kepada makhluk selain Allah wajar dicontohi..Islam bukan sekadar mengerjakan Rukun Islam tetapi memperhalusi rukun Iman.. dan menghayati Ihsan (ustart lebih arif bab istilah2 ni..macam istilah yang ustart sebut tu..apa dia?.."Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur?" ah! tergeliat lidah!mana yang dikatakan Percaya kepada Allah dan Rasul? Cuba bayangkan apakah kita termasuk ustart dan ketua ustart boleh gagah menghadapi dugaan seperti Anwar atau terus angkat bendera putih pada hari pertama lagi? baru kena bongkar isu muZAKARah dah melenting sampai ke langit!Tauhid kepada Yang Maha Esa..
Mengapa diungkit tentang ketuanan Melayu dan hak Islam ini? Perlembagaan Persekutuan dah jelas membela hak Melayu Islam, cuma kepimpinan yang adil, berani dan punya kredibiliti saja yang mampu menangani perkara ini..kita kena harungi perkara ini..tak boleh elak..selesaikan dengan telus! Melayu,Cina,India nyanyi Negaraku yang sama, ini hakikat! Tiada siapa mahu kekacauan! Menjadi tugas kita orang Melayu Islam untuk tunjukkan contoh yang baik agar mereka yakin Islam itu menjamin kesejahteraan.. kalau tak yakin dengan agama kita sendiri jangan harap mereka yakin..kalau tak boleh menerima kaum lain buang saja slogan 'Pas Untuk Semua' dalam rimba hijau dan isytiharkan kepada mereka kami tak mahu undi daripada anda! bubarkan "Kelab Penyokong PAS" sebab kamu kafir!Bab ni korang boleh baca tulisan orang lain..aku rasa pendapatnya sama saja! Patutlah Sukarno beritahu Megawati bahawa "perjuangan menghalau penjajah olehku amat sukar! Tetapi perjuanganmu lebih sukar kerana kamu melawan anak bangsamu sendiri!"
cuma kalimah "perjuangan suci" yang disebutkan ustart menggelikan usus besarku! Hai!! sejarah Uhud akan berulang nampaknya..di kala sibuk meraikan kemenangan dengan harta rampasan,kita diserang musuh luar dan dalam dan terus ghaib di muka bumi ini!
Ustart lebih arif tentang sirah Nabi bagaimana Nabi terpaksa gugurkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam sebuah perjanjian dengan puak kafir kerana faktor semasa tidak mengizinkan..bukanlah Baginda hendak meminggirkan Islam (sahabat juga protes tindakan Rasulullah SAW pada masa itu)..akhirnya kemenangan diperolehi kerana sifat fatanah itu! kita bukan fatanah..tapi sokong fitnah!
Lebih geli lagi apabila ustart kata sekurang2nya UMno itu ahli syahadah daripada ahli PR lain yang kafir.. Mangkuk!! Syahadah bukan sekadar ucapan saja..ahli syahadah boleh fitnah orang lain liwat? boleh bunuh orang, makan rasuah, kurung saudara dalam ISA? Syahadah adalah pengakuan untuk terus berada dalam landasan "Hamba Allah dan pengikut Rasul"..24jam sehari semalam! (sebab itu ada pecahan 24 huruh kalimah syahadah tuu menandakan setiap detik tidak tergelincir!) Habis tu ahli BN selain UMNO tu bukan kafir yang menjarah harta rakyat?
...saya penatlah syeikh! tapi kalau nak keluar jugak..piiraahh!! keluarlah... kesian Islam dihina oleh ahlinya sendiri yang mengaku alim tetapi lari dari permasalahan! Cuma satu kami nak ingatkan...KAMI JUGA SAYANGKAN MELAYU DAN ISLAM! KAMI CINTA ALLAH DAN RASULNYA!KAMI SAYANGKAN SEMUA INSAN TAK KIRA APA AGAMA DAN KAUM DAN KAMI INGIN TUNJUKKAN KEPADA MEREKA ISLAM ITU SEJAHTERA! innallaha ya'muru bil 'adli wal ehsan!

Monday, August 11, 2008

Apa Program TV di bawah PR?


Persoalan yang pernah bermain di kepalaku lama dahulu mulanya dicetuskan oleh seniman kontroversi Nasir Jani, dan baru-baru ini dibangkitkan semula oleh Dinsman.."Jika PR perintah Malaysia, bagaimanakah siaran tv yang akan mereka hiasi saban hari untuk rakyat Malaysia yang dah setengah abad disogokkan program ala hadhari?""Kita kena terbuka, berani menghadapi kenyataan ini dan perlu dibincangkan lalu diperjelaskan sejelas-jelasnya(crystal clear) kepada rakyat'.
aksi seorang artis yang buka baju dahulu
(gambar hiasan)
Apakah akan ada lagi program hiburan melampau-lampau sehingga mendominasi hampir setiap jam rakyat Malaysia? Ada lagikah program realiti nyanyi-nyanyi, macam mana nak pikat pasangan, pertandingan siapa hebat menari, bebudak pun nak jadi glamour, ada rancangan orang tua tak sedar diri nak jadi bintang? Ada lagikah filem-filem kritikan sosial tapi dalam masa yang sama melakonkan babak separa lucah, budak sekolah jadi samseng, orang kaya berfikiran kelas ketiga berhasad dengki saling jatuh-menjatuhkan...atau akan adakah lagi drama-drama bersiri import yang langsung tak kena dengan budaya kita?

walaupun ia tak mendatangkan faedah dan lebih banyak keburukannya tetapi ia sudah sebati dengan rakyat Malaysia dan ada yang sudah jadi 'addicted" dengan cara begini..


Apakah kita akan hiasi dengan awal pagi dengan kuliah subuh, kemudian rancangan untuk suri-rumah yang akan mendidik menjadi srikandi rumahtangga dengan betul mengikut acuan semua agama (selama ini sibuk dengan fesyen, masakan dan kisah masalah rumahtangga yang berpunca dari masalah ekonomi), kemudian sebelah petangnya rancangan kartun untuk anak-anak yang mengajar menjadi warga yang berilmu dan baik,,

Selain rancangan berita yang tepat, benar dan adil kita akan siarkan juga rancangan debat atau diskusi untuk kebaikan rakyat...gitukah?


Bagaimana dengan slot drama bersiri dan konsert ? cerita-cerita yang baik2 akan dihasilkan(rujuk filem-filem Iran yang mampu berkreatif dalam keadaan persekitaran dunia begitu bercanggah dengan nilai moral mereka)..artis-artis tak boleh lagi pakai pakaian menjolok mata..majalah2 hiburan tiada lagi gambar berbikini dan berseluar katok di swimming pool..

Lagu-lagu cinta meleleh hingus tidak boleh lagi..lagu2 perjuangan, ketuhanan dan bermakna akan memenuhi corong-corong stesyen radio yang sekarang ini seolah-olah langsung tak memikirkan hal ini..

Sengaja aku lontarkan ini di tengah2 kehangatan pilihanraya Permatang Pauh yang seakan memberi signal PR akan mengambil alih Malaysia..

Ini juga satu perkara yang perlu dibincangkan..

ayuh!! kita bentangkan apa yang boleh kita cadangkan!

Saturday, August 9, 2008

ezam dalam kenangan (gugurnya pahlawan bangsa)



Mungkin catatan ini terlalu peribadi dan agak terlambat..tapi aku rasa perlu untuk aku menulis tentang kekandaku yang telah pergi menyambut panggilan Dollahi beberapa bulan lalu... Sebelum kembali ke rahmatdollah kekandaku ini sihat orangnya, cuma sesekali dia ada mengadu sakit-sakit dada dan nafas (menurut doktor peribadinya dia sudah dua tahun menghidap barah'dengki'hati atau nama saintifiknya PHd)..

gambar di atas adalah
peminat ezam yang terlalu sedih dengan
pemergiannya ->
kanda ezam semasa 'hidup'nya amat disegani kawan dan lawan, ikon anak muda yang bisa membuat Mahathir tidur mengigau dan Dollah takut ke bilik air di waktu malam. Keberanian beliau luarbiasa, pidatonya berapi, di mana-mana di Malaysia beliau dirai..ya!Anak didik Anwar yang sanggup bertempur di medan perang. Aku masih ingat salah satu pidatonya yang meremangkan bulu hidungku di kediaman DSAI di Bukit Damansara. Ketika itu kesihatan Anwar amat kritikal dan hari-hari berulang alik dari penjara ke hospital. Kanda Ezam menggegarkan negara dengan cabaran jika Anwar tidak ditahan di wad esoknya,beliau akan mengepalai gerakan habis-habisan menentang berapa banyak sekalipun anggota keselamatan..

fuh! aku betul2 tabik spring masa tu..

Tetapi apabila Anwar dah bebas kesihatan 'hati' ezam mula terganggu (sila baca artikel "antara P.ramlee celup dan Anwar tiruan" di posting lama aku di bawah)

Barah hatinya berjangkit melarat ke mata sehingga matanya sering pedih-pedih apabila melihat Anwar dan Azmin (kekanda busyuk masyamnya sebelum ini)..

Apabila barahnya semakin serius hingga ke 'final stage', beliau mula terasa inferior dan melarikan diri dari ketuanya kerana khuatir barahnya akan menjangkiti mereka..ternyata beberapa kawan rapatnya juga terjangkit dengan virus itu (bab virus ni hishamuddin rais pernah kupas- sila cari kupasan beliau yang merupakan seorang pakar psikologila)

Ezam sudah tiada! Meninggalkan kita pada tarikh dan masa yang tidak mahu aku ingatkan..kerana terlalu sedih mengenangkan nasib enam balunya yang ditinggalkan di dalam enam kotak berkunci! Kehilangan beliau sukar dicari gantikerana tiada spare part!

Alhamdulillah..err.. Al Fatihah! eh..Innalillah!

(turut terkorban kerana penyakit yang sama- Pak Long Ghani Haroon, Pak Teh Nadzmi Rosli, Pak Ngah SD Johari dan kunyit-kunyit hidup yang lain)

Thursday, August 7, 2008

KISAH KADUK YANG NAIK JUNJUNG!

Abang Senin dan isteri pernah ditangkap hanya
kerana menjual vcd ceramah. Malam tadi mereka
dikasari penganjur ceramah di Taman Medan...

Bila gendang menang perang dipalu, bungaapi kemenangan dibakar, setanggi diperasap maka ramailah mengaku berjuang di medan perang sedang dulu sembunyi di balik ketiak kereta dan harta!

Aku tak mahu bermadah..straight to the point! Aku kadang2 meluat tengok perangai menuah-nuah "kaduk-kaduk" yang sibuk menghimpit-himpit sang Yang Berhormat atau dah mula jadi taukeh konsert "ceramah" di negeri-negeri PR!

Mereka yang baru perlu belajar mengenal asal-usul perjuangan dan yang dah lama pula jangan lupa rumput di bumi bila kaki baru mendaki busut!

Ada sesetengah penganjur ceramah sudah mula melupakan jasa-jasa 'skuad berani mati' atau 'penyebar maklumat perjuangan' yang sanggup berkorban ketika keperitan menegakkan agenda rasmi..Ya! Penerbit, pengedar dan penjual vcd ceramah (sebelum kedatangan vcd,mereka menjual kaset) hari ini kadang2 dihalau dengan sombong atau kadang-kadang terpaksa mengemis untuk menumpang berniaga di tapak2 ceramah..Hey!! mangkuk!! kemenangan ini bukan perjuangan kamu sahajalahh!! Mereka jelajah dari utara hingga selatan ..kadang2 dirampas..sanggup meninggalkan anak bini? Saudara Senin, Saudara Junaidi Kg Baru, Cikgu Azmi, Along NS, Salim, Haslan Ampang, Zali Gombak (sekadar menyebut beberapa nama) tidak pernah mengecek mana2 pemimpin tetapi terus berjuang dengan cara mereka..

Dari mana kamu dapat maklumat2 dahulu kalau tidak mereka yang edarkan?..mereka yang tidak luntur semangat apabila barang jualan dirampas, disaman,dilokap dan didakwa dilayan seperti tiada harga!!
Kawan2 blogger juga berkecil hati kerana dulu mereka dicari tetapi sekarang adakalanya tidak dibenarkan masuk kerana tiada kad press..ah! petugas2 ini selesa melayan the star, NSt dll..

Ada seorang 'mak bonda' yang selalu mengiringi YB cun ibu kota...bukan main lagi sekarangg ni..eh..eh!! lu sapa?

sebab itu aku tak heran kes petugas mengasari wartawan cina tuu...ada yang kata orang upahan UMNo..ahh!! kalau orang kita pun aku tak pelik!Kawan aku yang sekarang jadi ahli pasukan 'bodyguard' Anwar pun beberapa kali cuba taknak pandang aku semasa bertembung..

Piiraahhh!! aku anggap korang kulat-kulat sisir di atas tunggul!!


mereka ini
:-
Lebih senduduk dari getah


Lebih duduk dari lelah


Lebih mangkuk dari kuah


Lebih tokok dari tambah


Lebih rokok dari dadah


.................... dahlah bongok, makin menggelabah!

Monday, August 4, 2008

4 tahanan ISA bebas....tapi tak merdeka!

Alhamdulillah! setelah 6 tahun 6 bulan dikurung dalam neraka jahanam Kemunting, 4 orang tahanan ISA dibebaskan...berita terbaru yang isteri aku terima daripada seorang isteri tahanan yang dibebaskan...
Mangsa tahanan yang berasal dari Indonesia mungkin dihantar pulang ke sana walaupun sudah tinggal berkeluarga lama di sini! Sekali lagi mereka suami-isteri dan anak dipisahkan...walaupun dibebaskan tetapi 'rantai ISA' masih membelenggu tengkuk mereka! (klik blog GMI -kak nashitah di sebelah)
Moga akan terbit sinar kebahagiaan untuk mereka dan tahanan2 lain kelak..

Ayuh!! rakan2 teruskan tekanan terhadap rejim zalim yang sanggup lakukan apasaja hatta memikul beban dosa menghalang tahanan2 ini menyempurnakan solat jumaat hampir 7 tahun!!

ISA- Ikut Suka Abdullah!
ISA- Iblis Syaitan Act!
ISA- Ingatlah Seksaan Allah
ISA- I Say Abolish!

Sunday, August 3, 2008

tips kepada konspirator!!











Filem sekuel "LIWAT Part2: I wanna believe" dijangka akan mengulangi nasib yang serupa dengan filem Part 1 nya keluaran 10 tahun dahulu.. Gagal lagi menggagalkan malah dianggap sebagai "joke of the century". Filem bangang yang membawa mentaliti kita berundur ke zaman Charlie Chaplin itu dicemuh masyarakat seluruh galaksi Bima sakti kerana penuh dengan aksi yang memualkan. Menurut En Mansoor Kelabu, pengkretek filem Melayu sampah, 3 faktor terbesar kegagalan filem dahulu yang mendapat kutipan undersubscribe- tidak berjaya memecah box office ( bukan 6 boxes ezam) ialah:-

1) Kegagalan pelakon Azizan yang kaku memegang watak gay atau mak nyah, tidak seperti lakonan terbaru aktor Jalaluddin Hassan, adik aktor Musang Hassan yang cemerlang membawakan watak guru mengaji muqaddam yang gay. Sepatutnya penulis skrip Ummi Hafilda sendiri memainkan watak pelacur yang diliwat, lebih meyakinkan audien. kontroversi ditangkap khalwat dan mengaku bertenggek atas perut pasangannya sedikit sebanyak mengganggu kutipan filem ini.
2) Aktiviti liwat belum popular lagi di Malaysia ketika itu. Justeru itu ia dianggap asing dan tajuknya tidak mesra rakyat. Sepatutnya digunakan judul " Jangan Sondol Belakang", "aku Yang Terliwat" atau " Aduh! Busyuknya!".. Penonton beranggapan terdapat kesilapan menaip (typing error) pada tajuknya yang mungkin "lewat" bukan "liwat".
3) sebab terbesar kegagalan filem ini adalah setiap tenaga produksinya dari penerbit hinggalah ke tukang tampal poster semuanya bodoh alias bangang, maka penonton tidak sanggup jadi tongong dibahalolkan oleh badut-badut bangsat ini.

Tidak mengambil iktibar dari kegagalan lalu, sekuel ini diteruskan dengan budget yang ciput. Menurut Mansoor Kelabu kesilapan yang sama terus dilakukan (maklumlah bangang!) dalam filem terbaru ini yang dijamin bukan saja rugi malah akan mengkebumikan syarikat Keris Melayu Film production beserta pengusaha-pengusaha VCD cetak rompak sekali. Antara kesilapan yang paling ketara:-

1) Sepatutnya wajah mangsa liwat dikelabukan atau memakai topeng untuk menutup kemaluan (?) agar tipu helah ni lebih berkesan (mencontohi Sirul dan Azilah). Ini akan menjadikan filem ini 'real' dengan alasan dia malu kepada masyarakat kerana mendedahkan identiti buntutnya.

2) Saiful juga gagal menghayati watak sebagai mangsa liwat. Intonasi dan gesturenya ketika babak report polis tidak natural, sepatutnya mangsa liwat kelihatan depress tetapi wajahnya riang seperti baru mendapat biasiswa daripada TPM. Lakonannya banyak dipengaruhi oleh mentornya sendiri aktor Najis Razak yang pernah memenangi Gerammnya Award melalui filem lakonannya "7 Days in Mongolia". Ternyata pengarah filem ini, Gani Empattahil gagal mengeksploitasi bakat Saiful yang dicungkil(diliwat) dari program realiti "who wants to be a billionaire".



3) Kesilapan terbesar filem ini ialah mereka masih lagi bangang dan menyangkakan audien masih bahalol seperti 10 tahun dulu..

Marilah kita sama-sama ke punggung (tak silap ejaan) wayang untuk mentertawakan nasib badut-badut yang gilakan award ini.



"FILEM KITA LIWAT KITA"





Saturday, August 2, 2008

siapa mat saman kati?

nora, black, rahmat,farid dan amirul


program 'seni tanpa bicara' malam tadi menemukan kembali beberapa rakan reformis yang dah lama tak bertemu (lebih kurang 2 minggu...hahaha!!)..


aku, Nora, Rahmat Haron, Black dan...Anuar md nor 'UMNO REFORM'


merancang untuk berbuat sesuatu program rakyat seperti teater atau seumpamanya...


dan isu paling kontroversi diskusi kami ialah


"SIAPA MAT SAMAN KATI?"..


malam seni tanpa bicara (ISA)

menyebakkan dada dengan sajak yang menceritakan isi hati seorang anak kepada ayahnya yang ditahan ISA!

lagu baru Black 'ISA' dinyanyikan bersama-sama keluarga mangsa tahanan ISA ,YB Saari Sungib dan pengerusi GMI Tn Syed Ibrahim Syed Noh.
lagu dedikasi untuk "Burhanuddin al Helmi' dari Amin Iskandar (Black)



Rahmat Haron sentiasa menegakkan bulu roma khalayak dengan sajak-sajak bisanya..
malam itu dia kata Ibrahim Libya dan Memali adalah perjuangan menentang ISA paling berani dalam sejarah!







bertempat di bazaar melawati GMI dengan kerjasama dun hulu klang menganjurkan MALAM SENI TANPA BICARA- cukuplah 48 tahun akta yang zalim...

ruang yang terletak di medan selera ini berjaya menarik khalayak menonton persembahan2 peserta yg menyampaikan mesej kekejaman ISA! anda boleh ikuti ulasannya di BLOG Kak Nashitah (klik GERAKAN MANSUH ISA di link sebelah)


tapi sekalung tahniah kpd penganjur kerana mesej sampai dan sukses!! ruang terbuka begini ,tanpa berprotokol memudahkan rakyat menyertainya dan faham akan mesej..
aku sampai lambat tapi 'amukan' seniman rakyat Rahmat Haron bikin meremang bulu roma hadirin!! 3 lagu dendangan Black amin mendapat sambutan dan beliau sendiri terkejut cdnya laris tak berbekas..amat mengejutkan sang penyanyi sendiri!!haha...dengan bantuan salesgirl (?) Nora!!

tunggu akan datang mereka akan bikin havoc lagi!!
Syabas dan teruskan berjuang Tn. Syed Ibrahim Syed Noh (pengerusi GMI), Pn Noorlaila Othman dan anak, Pn Aliza Jaafar dan YB Saari Sungib (anda terlalu bekerja kuat) serta anak menantu, kak Nashita dan suami abg Bad juga anak-anak, Cikgu Siti Normah dan anak- keluarga2 mangsa tahanan ISA walau kurang mendapat sokongan orang-orang politik yang hanya menyibuk jika nama-nama besar muncul!!
(maaf -sekadar menyebut beberapa nama)

solat hajat di masjid negara!



<- SB sedang mkn nasi bungkus
santai sementara isyak



antara maghrib dan isyak tadi Dr BadrulAmin Bahrol mengimamkan solat hajat memohon agar Malaysia diselamatkan daripada malapetaka fitnah dan moga perdamaian timbul,persengketaan terhenti...

lebih kurang 50 orang menyertainya termasuk aktivis senior saudara Nasir Isa, Khairy suami Nora reformis dan kemudiannya muncul YB Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin...

kehadiran polis lebih ramai! 100 orang termasuk SB dikerah menjaga kalau2 Ust Badrul dan kawan2 bikin konsert dalam masjid kot...tak payah ke Palestin, anda boleh rasakan pengalaman bersolat di masjid Al Aqsa yang dkepung askar yahudi di sini..
lebih 100 nasi ayam kuning depa pulun!

cehh!!membazir tenaga dan duit rakyat!!

Friday, August 1, 2008

Steel Cage match Ezam vs Anwar?

perlawanan hebat akan berlangsung tak lama lagii!!

Permatang Pauh akan menyaksikan sejarah.. Anwar dibungkus atau Ezam dicampak? atau sebaliknya? atau ..atau.. dunia sedang saksikannya!

Menangnya Anwar akan melakarkan sejarah...berduyun-duyun MP dikatakan akan melompat dan akan membentuk kerajaan baru..mereka dah siap sedia dengan swimming trunk nak terjun tiruk!

Apakah semudah itu BN nak bagi? hilang kuasa bererti maut!!

benarkah Ezam calon lawannya? Berdasarkan merit, dia memang layak..takde sapa orang UMNO yang seberani Ezam membelasah Anwar...dia lebih berteloq dari yang lain..

persoalannya UMNO percayakah padanya yang tiba2 muncul dalam UMNO sedangkan selama ini dialah hulubalang Anwar? Dia saja menunjukkan sikap dendamnya pada Anwar agar mereka percaya dia memang benar-benar layak menandingi Anwar..lalu dia dipilih!!

tup-tup hari penamaan di buat hal lalu Anwar menang tanpa bertanding!! Misi tercapai!!
inilah yang bermain di dalam kepala kura-kura pimpinan UMNO! habis siapa lawan Anwar? Ustaz Firdaus pakar sepak peti undi tu? Bahalol tu apalah dayanya!

Bagaimana kalau Anwar kalah..digagalkan dari segi taktikal dan teknikal? (kalau ikut logik Anwar tak mungkin kalah secara bersih)..

atau Anwar tak dibenarkan bertanding..siapa ganti? Wan Azizah tentu tak boleh....

(mujurlah aku bukan lawyer Anwar...kalau tak pasti aku bagi jawapannya....walaupun aku boleh agak!)

SIAP SEDIA SEMUAAAAAAAAAAA!!!!

Bilal Rabah atau Bilal Rebah

dah lama tak ke rumah Pak Engku. sesampai di rumah askar pencen lulusan darjah 6 tu, aku tengok dia ngelamun...punyalah terkejut dia bila aku sergah.

"hisy! tekojot den..ekau ni boto2 potong stim..den dah nak sampai langit ke7 dah tup-tup ekau sergah..jatuh balik kek sini..."marah betul orang tua ni..

"den pun nak jumpo Tuhan macam nabi mikraj tu..nak tanyo perintah solat tu masih kuatkuaso atau dah expired!..

aku tau dia perli aku tu..bukan kenen pasai aku tak semayang ke...pak engku ni tak pernah persoal keimanan orang..itu rahsia masing2 dengan Tuhan mereka. Dia sindir tentang kita yang macam takde rasa apa-apa melalui tarikh keramat israk walmikraj.

"ini peristiwa penting..bukan sedikit yang tak caya cerita ni...malah ada sahabat2 pun agak was2 kisah ni..ni cerita pelik yg menuntut kewarasan akal menimbangnya..macam kes baru tersedar 8 kali diliwat baru nak report...7 kali sebelumnya dia tak sedar." intro Pak Engku yang aku olah dari dialek nogorinya..orang tua ni bahaya sikit..bila syeikhnya sampai dia akan menjerit memaki kerajaan sambil mukanya dihadapkan ke rumah jiran-jirannya..'biar orang melayu umno ni tau! bukan cerdik manapun! nak translate apa itu umno pun tak tau..puiii!!'.

"kau ingat cerita seorang lelaki yg nk minta kat rasulullah ganti bilal untuk laungkan azan?" Pak Engku tukar topik. cerita Israk mikraj dia suruh aku kaji dalam2..

"ah! semua orang tau cerita ni..dipendekkan cerita lelaki yg suaranya lebih merdu dar bilal tu berjaya menggantikan Bilal untuk azan satu waktu subuh..menderu org datang lebih ramai dari biasa..ada yg dtg nk tau suara siapa yg sedap tu..ada yang tertanya2 sakitkah bilal.." cerita orang tua ni sambil memandang cicak yg menyorok di balik sticker 'dilarang merokok' yg ditampalnya di sudut ruang makan rumahnya.

"siangnya malaikat bertanya rasul ada tak sembhyang subuh tadi? rasul pelik dan mengatakan ada malah lebih ramai dari biasa!..kata malaikat suara azan tak sampai ke arasy!"..ini kerana lelaki itu hanya nak menunjuk2 sedap suaranya..tak seperti bilal yg ikhlas dan ada passion suaranya sampai ke arasy!"

soalan Pak Engku seterusnya membuat hidung aku gatal.."kau agaklah azan2 setiap masjid di Malaysia ni sampai tak ke arasy?"

aku macam biasalah...kalau tak tahu aku cuma diam je sambil gulung rokok daun."kau simpan Quran di rak rumah kau sama aras dengan buku-buku lain atau lebih tinggi?"dia tanya lagi..

"tentulah lebih tinggi..kalaupun jarang baca kita hormatlah kitab suci tu...takkan sama level dengan majalah lak?" aku jawab..

"macamana nak sampai kalau suara azan tu ditenggelami oleh bunyi bising mesin slot judi dan roulette Genting Highlands..bukankah pusat judi kita letakkan di maqam yg paling tinggi di banjaran titiwangsa..tulang belakang negara kita?"