Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Thursday, October 30, 2008

Razak Baginda bebas! KJ laagiii bebas!!


seperti diduga Razak Baginda bebas dari tuduhan membunuh gadis Mongolia, Altantuya@Ameena bt Abdullah...
Sirul Azhar dan Azilah Hadri bagaimanapun diminta membela diri.....

tahniah Razak...!Aku secara naluri percaya tangan Razak Baginda tidak membunuh Altantuya.


Menantu dolah juga bebas..bebas seperti di atas (gambar ehsan dari blog Husin Lempoyang, sila ke blog dia untuk analisis selanjutnya)..hehehe!!

Tuesday, October 28, 2008

'BEBALISME' dan caca-murba MELAYU!

BEBALISME- satu istilah pernah diperkatakan Allahyarham Prof Dr Syed Hussein Al Attas (bukan Pak Habib) tentang bodoh melantun-lantun dan kecelaruan berfikir perihal sesuatu perkara oleh seseorang atau sesebuah institusi. Akhirnya menjadi caca murba! Dalam isu ketuanan Melayu atau Bumiputera misalnya, dalam sibuk mencari pengertiannya maka terbitlah idea-idea dungu dan keldai dari golongan yang memanggil diri mereka cendikiawan..walhal mereka kangkung yang langsung tak sama dengan cendawan kecuali mereka ada kepala cendawan yang keras sebagai lambang ketuanan tongkat Ali.

Kelebihan menjadi BUMIPUTERA telah menarik ramai yang ada kuasa duit dan ada pengaruh (sebab bijak sedikit daripada kelompok bangang) untuk menyamar dan menyusup masuk ke lubuk yang memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Mereka berpura-pura berjuang untuk Melayu dan bumiputera walhal mereka adalah parasit yang menyedut zat-zat pokok yang kian melayu itu..apa kena mengenanya Melayu, Parti Melayu dengan Mahadey melainkan status bumiputera membolehkan dia melompat menjadi DR dan PM?
Pergilah anda ke Arab Saudi keluar masuk 100 kali pun dan cubalah minta izin Raja Arab Saudi untuk anda diiktiraf sebagai bangsa Arab bolehkah? Pasti anda akan ditanya dari kabilah manakah asal anda? Bolehkah anda yang melayu ini jadi Arab dengan berkahwin dengan keturunan Albar, Al Attas, Assagoff, Al Habshi?
Sampai mampus pun tak boleh!! mari lihat contoh ni...

contoh A
anda lelaki keturunan Raja, Tengku atau Megat atau Syed berkahwin dengan wanita yang tiada gelaran, anak-anak anda lelaki dan perempuan boleh bergelar Raja, Tengku, Puteri atau Syarifah sebab darah di raja datangnya dari bapa

contoh B
anda lelaki tanpa gelaran dan berkahwin dengan wanita yang bergelaran seperti di atas, anak-anak anda tidak boleh diberi gelaran Raja, Tengku, Syed dan Syarifah sebab ibu tak 'kuat' untuk mewariskan gelaran itu kepada anak-anaknya...

Secara peribadi aku sendiri berkahwin dengan isteriku seorang Tengku. Anak-anak aku tak boleh jadi Tengku, cuma boleh diletakkan Wan... tapi kalau aku nak letak Tengku boleh tak? Apa pasal tak boleh? pasal yang berdarah diraja bukan aku tetapi isteri aku? Maka aku BERDARAH rakyat biasa tak layak menengkukan anak aku?
HABIS! darah BAPAK mahathir bukan Melayu apasal boleh jadi Presiden Umno? Bini Dollah Melayu ke? apasal duduk dalam Umno? Syed Hamid Albar bapak dia dan suku sakat dia Arab..arab pun ada dalam Umno? Dalam MCA ada Melayu tak? MIC ada india jawa?

AKU SETUJU KALAU DOLLAH BADAWI JADI PM ATAS TIKET PAS SEBAB DOLLAH ORANG ISLAM..TAPI ATAS TIKET UMNO DIA TAK LAYAK.. sebab dia ARAB!
sebab tu dia 'bias' memilih SYEIKH MUZAFFAR yang berketurunan Arab sebagai angkasawan pertama Malaysia..haha!! ada 'share'lah puak-puak Arab..perkauman tak dia?

BEBALISME!!

Sunday, October 26, 2008

kalau menteri bangang, Profesor bongok, rakyat apa pula?

Prof Ramlah Adam kata status Georgetown bandar warisan sejarah tak boleh digunakan papantanda selain Bahasa Melayu kerana ia termaktub dalam perlembagaan Persekutuan..

laa..Georgetown tu bahasa apa bodoh? (aku maleh guna perkataan kangkong)..
Bukit Maxwell dah tukar Bukit Larut, Teluk Anson dah jadi Teluk Intan....
pergi Putrajaya Pak Lebai pening nak cari mana Presint 8, Presint 4, PRESINT tu menatang babi apa? ha Prof Bahalol bodoh kampung?(village idiot kata orang putih)..

tak habih2 membodek..apa nak jadilah profesor, ulamak makan nasi lemak dan yang mengaku cerdik pandai kat Malaysia ni..tahapahapantah!

85% ahli UMNO tak tahu Umno tu singkatan dari pertubuhan beruk planet mana? tak caya cuba cekup mamat atau minah berbaju pink di PWTC waktu persidangan haprak-haprak tu dan tanya apa nama penuh Umno? lepas tu tanya apa makna dalam bahasa ibunda mereka..gerenti terkembangkuncup lubang punggung dia nak jelaskan..tu belum tanya bila dan sapa yang tubuhkan..bila diharamkan dan siapa tubuhkan umno baru..

BODOH!
dari Perlis sampai ke Sabah
Menteri, profesor bodoh..
rakyat dibangangkan!!

Friday, October 24, 2008

Letup meletup..

bulan sudah mercun meletup di bulan puasa..
minggu ni ada mesin ATM diletupkan perompak..
..dan duit EPF diletupkan Menteri Kewangan baru
yang sebelum ini duduk di Kementerian Pertahanan tempat
diamnya C4 yang telah diletupkan dulu..

Allahyarham Samad Lefthanded- guitar hero!

gambar ehsan murai.com.my
Pemergian Abdul Samad Mean atau Samad Lefthanded menambah lagi bilangan kehilangan pemuzik Malaysia yang berbakat. Terhindar dari cerita-cerita gossip yang memualkan walau rockers selalunya dikaitkan dengan imej liar dan ganas. Samad terjun ke dunia muzik seawal usia mudanya bersama Lefthanded- melalui zaman jatuh bangun tetapi bagi insan berbakat dan berdisiplin itu perkara biasa. Ilmu yang ada dicurahkannya dan sebelum menyambut seruan Illahi, Allahyarham sempat menghadiahkan Malaysia sebuah vcd panduan bermain gitar dan jamming bersamanya. Album solonya dulu menggemparkan industri tanahair apabila beliau bergandingan dengan Paul Gilbert Mr.Big dalam instrumental 'JOGET".

ALFATIHAH bro! Semangat jadi Lamina!!!

Thursday, October 23, 2008

Dolah 2 - Najib 0

Dolah memang bijak. Suara akar umbi Umno yang memintanya berundur amat didendaminya. Berkuatkuasa serta merta Najib jadi Menteri Kewangan kononnya sebagai latihan sebelum peralihan kuasa berlaku. Walhal dia dah baca ekonomi akan jadi caca murba dalam tempoh mendatang dan menuntut dirubah belanjawan negara kerana unjurannya sudah tidak selari dengan keadaan semasa.
Pakatan Rakyat mendesak Menteri Kewangan bentangkan bajet(aduhai bahasaku) baru dibahaskan tetapi Menteri Kewangan baru tak berani muncul di Dewan..Siapa Menteri Kewangan baru? hahaha!! Imej Najib jatuh menjunam..Pak Lah masih boleh teruskan hobi tidurnya...1 - 0!!
Tengahari tadi Ketua Pembangkang bentangkan Bajet Pakatan Rakyat untuk atasi kemelut ekonomi global..ini menjejaskan imej kerajaan BN yang gagal dan tidak pantas menyaingi PR..Menteri Kewangan gagal..siapa Menteri Kewangan? Bukan Dolah......hahaha!!
2 - 0!! Alamat senasib Anwarlah dulu 98 ditendang Mahathir atas alasan gagal menangani krisis ekonomi...
siapa lebih licik? Dolah atau Najib?

Tuesday, October 21, 2008

memang perosak imej PR!

cerita Mat saman Kati pasal jual pasir di Perak memang merosakkan imej PR..walaupun ada unsur sabotaj kerjaan negeri janganlah tutup mulut je..atau mulut penuh pasir?

itu cerita di sana..ingat tak entry aku bulan puasa haritu tentang penganjur karnival Ramadhan kajang oleh syarikat Langat Care yang ada kaitan dengan PAS? Mereka mengenakan sewa mahal gila RM3000 pada tapak 10'X10' dengan janji yang macam2..(sila semak entry tersebut kalau lupa).. Penyewa yang berniaga di situ meminta sewa dikurangkan kerana penganjur gagal melaksanakan janji2 mereka tetapi tak dilayan. Akhirnya dengan bantuan adun Kajang dan ahli2 majlis, penganjur yang degil tak mahu turun padang ni akur dan memberi diskaun RM500 kepada penyewa dan meminta mereka menuntut semula wang mereka selepas raya nanti..

Aku dapat panggilan telefon penyewa-penyewa ni bagitahu mereka hanya dapat diskaun RM200 saja bukan RM500 seperti yang dijanjikan. Ada penyewa yang bersumpah haramkan dunia akhirat duitnya..

tulahh...Umno conquer pasar Ramadhan dan karnival tahun2 dulu marah...nak coba2 tapi takde pengalaman..pastu pi 'sub' dekat company lain kepunyaan seorang Datuk dari Bangi (dah tentu Umnolahh)..dengar khabor datuk tu sudah tukar Mercedes baru beb.. lu dapat apa? dapat sumpah seranah! bikin malu je..MTD, Adun Bangi dan Ahli Parlimen Hulu Langat serta ahli majlis dari PAS nasihatkan lah sikit kawan kamu ni..kalau bercakap bohong, berjanji dimungkiri dan amanah dikhianati itu dah penuhi ciri2 munafik!..orang DAP pun malu dengar isu ni kerana bikin rosak imej PR!
er..ada rakan kat Bangi bagitahu pasar-pasar malam di Bangi akan dirombak semula dan orang2 Pas bercadang nak ambil alih tanpa berbincang dengan kawan2 PR yang lain. Betulke?

Monday, October 20, 2008

di pusara Shamsiah Fakeh!


langit tangisi pemergianmu
bumi redha menyambut kepulanganmu
aku pernah di Baqi'
dan merasai semangat syuhada kekasih Illahi
kali ini aku berdiri di sisi srikandi
pejuang tanah leluhur ibu pertiwi
...nenek tidak berkata apa-apa padaku
tapi aku mengerti!
Selamat pulang nek!
kami akan menyusulmu nanti!


..turut hadir Syed Husin Ali, Pak Yazid, Hishamuddin Rais, Rahmat Haron, Amin Iskandar(Black), Khairul 'Jonah"Anuar dan aktivis-aktivis lain..

Sunday, October 19, 2008

Shamsiah Fakeh srikandi zaman!

aku sedang makan tengahari di sebuah warung berhadapan sebuah sekolah sewaktu menerima sms pemergian Shamsiah Fakeh. Lalu aku bertanya kepada tiga orang wanita yang aku rasa mereka semuanya guru. Mereka makan di meja sebelahku. Aku bertanya siapakah di antara mereka mengajar subjek Sejarah dan entah apa mujurnya memang salah seorang dari mereka mengaku mengajar Sejarah lalu bertanya "Mengapa?'..
Aku jawab "Shamsiah Fakeh meninggal dunia!".. dia menganggukkan kepala. Salah seorang dari guru tersebut bertanya kepada guru sejarah tersebut Shamsiah Fakeh tu siapa?"

Aku terkejut lalu menjawab dengan selamba "pemain badminton negara!"..Guru Sejarah itu tertawa.. PARAH!!! seumur hidup guru tersebut bersekolah, melanjutkan pelajaran lalu menjadi guru tak pernah sekalipun dia menemui nama "Shamsiah Fakeh"..

AL FATIHAH srikandi tanah leluhur ini!!
Kutaburkan mawar untuk seorang wirawati sejati.....

*jom! segera ke sana sebagai penghormatan terakhir di tanah perkuburan Islam sungai Besi selepas Asar..hubungi 0193870467/ 0123159561

OBAMA Presiden USA! Robohnya tembok perkauman..

Dua minggu lagi Barrack Obama bakal menerajui Amerika Syarikat. Hina menjadi kulit hitam atau 'nigger' sudah mula terhakis kalaupun tidak padam keseluruhannya. Orang kulit hitam dicop samseng, ganas dan jahat dulunya berbanding kulit putih yang dianggap mulia walhal mereka pun sama dajalnya. (sebenarnya diskriminasi yang menjadikan mereka begitu). Keturunan Buffalo Soldier bukan lagi hamba abdi.
Rakyat Amerika cuba beralih angin setelah bosan dengan pemimpin sewarna dengan mereka. Warna kulit, ketuanan orang putih dan bumiputera bukanlah soalnya lagi. (sebenarnya Red Indianlah kaum pribumi tapi dalam filem cowboy Red Indian digambarkan jahat.) Ketuanan rakyat diutamakan. Bush si anak dan bapak, Clinton telah gagal bagi mereka kerana pernah menggadaikan ekonomi demi menegakkan ego dan mempertahankan agenda peribadi mereka. Hillary Clinton bagai terkena badi skandal seks suaminya apabila gagal menewaskan Barrack Obama. Lalu si kulit hitam menjadi Presiden seperti yang pernah disaksikan dalam filem-filem Hollywood mereka. (filem bagi mereka adalah bahan propaganda dan juga eksperimentasi sebelum ia direalisasikan).
Di Malaysia pemimpin yang bergelumang skandal seks merogol anak bawah umur, belasah orang, makan rasuah, larikan anak raja tanpa segan silu bertanding nak jadi pemimpin kerana yakin lembu-lembu daging ternakan mereka pasti menyokong setelah dibagi dedak.
Amerika tetaplah Amerika. Obama barangkali tak jauh bezanya dengan Bush, Clinton mahu pun hero koboi Ronald Reagan. Sistem dan dasarnya belum tentu berubah kerana sudah diacu begitu tetapi kemerdekaan jiwa dan keberanian rakyat melakukan perubahan wajar dicontohi. Seperti negara maju yang lain, Presiden ibarat oil filter sahaja yang bila-bila masa boleh ditukar jika sudah tak mampu berfungsi lagi dan kereta(negara) akan terus berjalan. PM Jepun berkali-kali ditukar walaupun jarang tidur tetapi Jepun tetap maju.
Negara bukanlah syarikat sdn bhd yang mana pengrahnya boleh saja menyerahkan tugas yang tak mampu dipikulnya lagi kepada orang yang boleh dikudakannya. 25 juta rakyat Malaysia berhak menentukan siapakah PM mereka bukannya 2 juta ahli UMNo saja yang hari ini kerap bergaduh berbaling-baling kerusi tak kira lelaki, wanita, pemuda mahupun puteri..

Saturday, October 18, 2008

I.S.A- Ibrahim Satan Ali!!

(gambar Berahim dalam berbagai situasi)
aku memang dah lama bengkek dengan katak yang pernah jilat punggung Mahathir ni..aku memang tak setuju waktu dia bertanding calon Bebas atas tiket PAS haritu..bagi aku katak ni spesis buaya katak..tak jujur dan hanya mementingkan agenda peribadinya saja..tak caya tanya Hisham Rais yang pernah menyaksikan gigi-gigi asal Ibrahim sebelum direnovasi!

Berahim di dalam Dewan parlimen pernah menyangkal Azmin Ali yang mengecam tindakan kerajaan membayar berjuta ringgit kepada pelobi Yahudi untuk Mahathir bertemu Bush..kata katak ia tidak membazir kerana Mahathir bertemu untuk membincangkan soal Palestin..
Berahim sehingga hari ini konsisten menyokong perlunya ISA untuk menjamin keselamatan negara cuma perlu dipinda sikit..katak ni langsung tak bersimpati dengan Nik Aziz Mursyidul am PAS..
pendapatnya sering tidak selari dengan Pakatan Rakyat. Ya! Dia boleh kata dia calon Bebas dan tidak mewakili mana-mana parti..tapi dia wakili siapa? Rakyat pilih dia kenapa? Pasir Mas tentu ada alasan mengapa pilih dia..
sebelum menang 'mengikut' arus rakyat.. selepas menang pendapat sendiri ditegakkan di dewan!
apa kata orang Pasir Mas? apa kata PAS? apa kata PR?
orang PKR dah lama sisihkan barua ni..Allahyarham Omar Tan pernah bagitahu aku "kita saja je layan dia...perangai dia sapa tak tau!"

Jangan bagi dia berceramah lagi..PR kena ambil iktibar..jangan terpedaya lagi dengan dia ni..cukuplah tu..

kuburkan dia penggal akan datang!

Friday, October 17, 2008

Ketuanan Melayu Lanun!

doLLAH Yang Maha Isa..
( gambar ehsan isuhangat.blogspot.com)


ISA lagi!!


kali ni aktivis SUARAM dari Johor Cheng Lee Wee pula dihantar ke neraka kerana engkar perintah doLLAH Yang Maha ISA!


dosanya?


mempertahankan setinggan ramai Melayu dari dirobohkan..pemimpin Johor yang menjulang keris mempertahankan ketuanan(ketuhanan) melayu pi mana?yang dirobohkan rumah melayu..kalau pun tanah haram inikan tanah melayu? melayu tuannya..eh?tuan dihalau dari tanah leluhurnya?


seperti melayu kg.berembang,kg.chubadak...tanah mereka dirampas pemaju cina..siapa yang jual kepada pemaju? siapa broker? mana pejuang ketuanan melayu? kg. berembang dirobohkan ketika perhimpunan UMNO di PWTC berlangsung dengan keris-kerisnya dulu..



Guan Eng masuk jel di bawah Akta Hasutan sebab membela anak bawah umur melayu dirogol pemimpin melayu melaka..(thamby tu melayu ke?)



Mat Taib melayu bangang kantoi bawak 6 juta dolar lepas jual tanah di Kajang kpd sykt Metro.
Sebelum tu budak Melayu ni hina Sultan Selangor kahwin lari dengan Ku Yah..ingat tak anak dia kena culik dulu dan penculik minta tebusan rm1juta? senang2 je dia standby duit..Mat taib ni memang pokemon!! yang Melayu bangang nak sokong lagi pasaipa?



Tanah Melayu di Penang tinggal 3% siapa yang jual? Siapa Exco masa tu? siapa DO? Siapa pegawai Pejabat tanah?..Portugiske?

bagi bebudak Umno yang sibuk dengan ketuhanan Melayu dia tu rentikanlah menuduh org2 lain menggadai ketuanan melayu sebab belum sesaat pun dalam 51 tahun merdeka ni kerajaan lain memerintah selain Umno- pirates of carriBN..

Bukit Bintang lambang ketuanan Melayu dan Islam Hadhari!

wanita China sedang mempromosi khidmat 'urut'nya!

antara pengusaha-pengusaha khidmat urut..malam dah jadi macam pesta!
wanita China seksi tadi memujuk orang awam..pandaikah wanita seksi ini mengurut?


..malam semalam aku round Bukit Bintang..dah lama tak tengok KL Nightlife..pehh!! berderet-deret pengusaha urut mempromosi bisnes urutnya dan memujuk pejalan-pejalan kaki agar menikmati perkhidmatan mereka. Gadis Indon, dari China, pekerja Bangla berebut-rebut memujuk orang awam termasuk aku...gadis Indon si tukang urut memberitahu aku dia ada belajar refleksologi berbanding wanita-wanita China berpakaian seksi di situ yang hanya pandai mengurut 'batang-batang cendawan' sampai muntah lendir!!

aku tengok Bukit Bintang daj jadi Patt Pong, atau Had Yai....terlupa nak ambil gambar lalu aku bercadang nak ambil foto suasana itu malam berikutnya..
- malam tadi tah apa majalnya aku kena food poisoning..melepek di bilik hotel sampai pagi..aku cuma sempat ambil gambar pagi tadi di mana bisnesnya tetap berjalan walaupun tak sehebat malam!

Jika anda ditanya apakah Islam Hadhari oleh sesiapa, bawalah mereka ke mari dan tunjukkanlah jawapan yang tepat di sini. di sinilah ketuanan Melayu yang mereka cuba pertahankan dibela di mana Melayu dilayan macam "tuan" diurut,digosok badan, cendawan dan teloq sehingga berlendir, di sinilah Islam Hadhari disemai sebagai menghormati hak asasi orang lain..sebagaimana ketuanan Melayu dipertahankan kuotanya di Pusat Serenti dan di litar2 haram rempit..
Di sinilah ketuanan Melayu dipertahankan bilamana anda bebas bersubang bergelang berambut perang menghisap rokok asalkan anda Melayu dan masih lagi Islam sebab dah bersunat punai dan bijik..yang lelaki bercakap lucah yang peremupan berbaju sendat dan singkat menayangkan 'pusat islam'nya!
kata mereka "ah! peduli apa kamu? mak bapak aku tak marah sebab sibuk berclubbing dan mentedarah rasuah, tender dan kontrak, busy menjarah projek!!"

JAWI, JAKIM, Pusat Islam( hehe..pusat dah bertindik)...adalah Tanah Perkuburan yang sunyi!

reformis meninggal dunia!



Muhamad Shidik b Salleh, aktivis reformasi dan AJK PKR Bahagian Serdang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang di Institut Jantung Negara.

Arwah dimasukkan ke IJN pada minggu ke dua Ramadhan dan koma. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Universiti, bangi. Meninggalkan seorang balu Pn Masilah bt Yaacob dan dua puteri Nadia dan Nabila.

Sumbangan 'setitis air perjuangan' orang-orang kecil seperti beliaulah yang membantu mencipta gelombang ombak ribut reformasi!

Al Fatihah! moga rohnya dicucuri Allah SWT!

Wednesday, October 15, 2008

Menteri melayu kotak-katikkan Raja Melayu!

Tuanku Jaafar diarahkan bayar RM 1 juta kepada CIMB.. yang salah tetap salah dan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang..itu tak perlu dipertikai..tapi moral dari kisah ini ialah sesiapa saja rakyat Malaysia ini tidak boleh lari dari undang-undang melainkan pak-pak menteri. Kuasa eksekutif sudah meliwat dan merogol institusi kehakiman dan institusi Raja..Sultan Najib kebal (bebal), MahaFiraun tak lut undang2, Khalil Yaacob, Khairy dan lain2 semua kebal. Cuma Tengku Adnan Mansor je satu-satunya Raja yang kebal (orang nogori kata Rajo kobau- tengku self-proclaim)..
Kepada Melayu yang masih tak pasti ketulenan melayunya tetapi sungguh-sungguh risau akan hilang ketuanannya lalu menyokong Parti Melayu yang penuh mamak dan isteri presidennya yang bukan melayu tapi jadi ahli kepala Batas, lihatlah betapa Melayu lanun ini menghina kedudukan Raja-raja Melayu..aku belum kata menteri-menteri ni bersalah, tetapi mengapa mereka tidak didakwa? politik wang tu bukan rasuah ke wahai mangkuk2 yang bernama anonymous! Aku bukan penyokong Anwar ,kalau dia salah aku lanyak dia, tapi sampai sekarang Umno (United Malaon Notorious Organisation) gagal buktikannya di mahkamah..tapi berpuluh2 report polis dan BPR dilakukan oleh ahli PR, ahli Umno sendiri dan juga Mat Ezam terhadap salahlaku pimpinan Umno semuanya dibakulsampahkan..mengapalah anonymous ni bangang sangat..banyak makan semut ke atau belasah kari kepala ikan? atau memang malas nak keluar Umno sebab dok geram dengan Puteri pink yang gemar baca URTV?

apahal pun, raja-raja Melayu memang patut diperlekehkan kot oleh pemimpin Umno sebab depa tau raja-raja sekarang bukannya raja sebenar yang layak...betulke? ah!! cuba tanya abang sidan kassim, wira Melayu utara taukeh beras siam seperti keratan akhbar berita Hairan 15 tahun dulu..

Monday, October 13, 2008

PM: NAJIB lebih baik daripada ANWAR!

Anwar terpaksa menguburkan niat sucinya untuk menjadi PM ke 6 selepas gagal membentuk kerajaan pada 16 September lalu seperti yang digegarkannya. Terbukti semuanya retorik walaupun ia memaksa BN jadi inca-binca membawa lari MP mereka ke Taiwan dan Mongolia..Kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti Anwar mula terhakis dan kini mereka mengalih tumpuan kepada Najib yang dilihat calon yang paling baik dan sesuai menggantikan Dollah Badawi- Bapa Hadhari Malaysia @ Pak Mertua Khairy.

Di bawah ini diperturunkan dalil-dalil yang menyokong sebab-sebab mengapa Najib lebih layak dan tidak dapat ditandingi Anwar untuk menjadi PM ke 6:-

1) Latar belakang keturunan.

Berbeza dengan Anwar, Najib dikatakan mewarisi sifat-sifat pemimpin daripada bapanya yang juga bekas PM Malaysia. Kecemerlangan Tun Razak dapat dilihat sendiri Najib kerana beliau membesar dengan bapanya. Beliau juga mewarisi 'saham-saham' dan 'darah daging' dari Genting Highland sejak awal penubuhan pusat judi terbesar Asia tenggara di negara Hadhari ini.

2) Pemimpin keluarga

sebagai pemimpin keluarga Najib dilihat berjaya apabila TIDAK pernah meninggalkan anak isteri lamanya untuk berkahwin dengan isteri orang lain. Beliau merupakan suami yang cukup penyayang dan jarang menghampakan isterinya untuk berbelanja mewah apabila ke luar negara. Isteri dan anak-anaknya didik dengan penuh sopan bertudung litup dan bertutur lembut berbanding pesaingnya yang membiarkan isterinya berambut perang berbotox-botox. Anak-anak pesaingnya suka enjoy dan berpeluk2 dengan bukan muhrim..(sila lihat YouTube)..anak isteri Najib okey,!!
*err... sewaktu persandingan anak perempuan Rosmah dengan penyanyi lelaki yang juga seorang pakar motivasi, Rosmah dan Najib SENTIASA di sisi mempelai ini..

3) Mengenang jasa

inilah sifat terpuji Najib berbanding Anwar yang menderhaka menentang gurunya Mahathir. Najib sungguh setia dan mengenang budi. contoh:- Mengenang jasa Bintang Bollywood yang cium isterinya diizinkan dapat pingat Datuk oleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

4) warak

walau tidak selancar Anwar yang gemar bemain ayat Al Quran dan hadis, Najib tetap warak dan mengamalkan Islam dengan baik. Beliau selalu menasihatkan rakyar agar sentiasa mengikuti ajaran islam yang sebenarnya. malah beliau tidak kisah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal Altantuya. Itulah bukti kewarakannya.

5) pengalaman

Beliau antara yang termuda bergelar YB dan 6 tahun di penjara menyebabkan Anwar ketinggalan dari segi pengalaman merompak kekayaan negara berbanding Najib.

6) Tiada rekod jenayah

Najib bersih dari sebarang perlakuan jenayah. Walaupun dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, sumpah keramatnya diakui sah oleh ulama muktabar tersohor dunia, Syeikh Dollah Badwi AlHadhari. Anwar pula masih tak nak bersumpah apabila dituduh meliwat Saiful Bukhari, sebaliknya Najib bermurah hati menolong memberikan biasiswa kepada Saiful, mangsa liwat yang bangang di universiti.

7) Bijak berurusan

Ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya digunakan untuk berurusan dalam hal-hal perniagaan 'G to G'.. Kebijaksanaannya melantik Sykt.Perimekar dan Ombaklaut sebagai orang tengah dalam urusan pembelian kapal selam mahu pun jet Sukhoi telah menjadikan Razak Baginda kaya raya sebelum dikambinghitamkan dalam kes Altantuya..

8) Bibir Najib lebih merah..auw!
tak yah ulaslah bab bibir ni..tanya Ezamlahh!!

sebenarnya banyak lagi hujah-hujah yang mahu penulis bentangkan tetapi lapan ini saja sudah cukup untuk menewaskan Anwar..
Jangan bimbang Najib! kami para blogger berikrar akan berjuang dan menyokong dari belakang sehingga akhirnya kerusi Perdana Menteri menjadi milik................ ROSMAH!

Sunday, October 12, 2008

selamatkan Malaysia dari di 'bomC4' Najib!

Kemaraan Najib semakin ketara untuk menduduki kerusi PM yang telah diairliurbasikan Dolah selama 5 tahun. Mac 2009 dinantikan dengan penuh debar. Rosmah sedang sibuk berlatih berjalan di depan cermin seperti Aziz sattar (Ali Baba Bujang Lapok ) berlatih berjalan seperti orang kaya. Kelihatan tiada saingan yang yakin menang untuk mencabar kedudukan Najib sebagai presiden United Malaon Notorius organisation. Muhyiddin Yassin dikatakan saingan yang hebat dan mampu menggugat tetapi kedudukan 50-50 mungkin membuatkan muhyiddin ketar mencabar..takut2 kalau kalah langsung tak dapat apa-apa sedangkan ramai meramalkan wak sembab ini langsung tiada masalah untuk memenangi kerusi nombor 2...lebih baik pilih jalan selamat!

Najib adalah 'disaster' jika dia dibiarkan naik..kalau Anwar atau pakatan rakyat tidak berbuat sesuatu dan merelakan suami Rosmah ini menjadi orang nombor 1 Malaysia maka perjuangan reformasi akan terpelanting 10 tahun ke belakang semula..lebih menakutkan perjuangan ini silap-silap akan dilenyapkan seperti tulang temulang Altantuya!

Budak Pekan yang mempunyai stok undi pos yang banyak dari kem tentera Panching, Kuantan bagi memastikan kemenangannya dalam setiap PRU ini akan menggunakan segala instrumen kerajaan untuk menyekat kemaraan rakyat. Bik Mama akan terus mengagih2kan khazanah negara kepada penjilat lemak pinggulnya sambil menarik telinga Najib yang sekali-sekala menjeling2 artis cun!.. Bayangkan dalam keadaan menjadi orang no 2 pun dia boleh berbuat demikian apatah lagi jika menjadi no 1..siapakah Melayu dalam UMNO yang berani menghalang nafsu rakus cakar rimau Bik Mama? Pencinta ketuanan Melayu perlu melihat dan membuka mata betul-betul kerosakan yang pernah dilakukan olehnya..jangan sampai datuk Shah Rukh Khan yang bangkit menyeru Melayu berjuang menumbangkan Najib sambil menari dan menyanyi miming lagu "perjuangan Hindustani"!

Pakatan Rakyat, pejuang reformasi dan rakyat yang cintakan kemakmuran harus bersedia dari sekarang menghunus senjata dan menyusun gerak menghalang kaki-kaki cekam Najib memijak permaidani masuk ke mahligai PM..GERAK semulaa!!!

p/s sebut gerak teringat Gerak Ezam..mana dia budak tu sekarang?

Saturday, October 11, 2008

AL FATIHAH! bapa HISHAMUDDIN RAIS meninggal dunia..

aktivis reformasi NASIR ISA mengirim sms seperti tajuk di atas..patutlah semalam 'tukar tiub' tak update sekerap selalu..AL FATIHAH!

Friday, October 10, 2008

PAK LAH- PM paling bijak!!

Pak Lah dah umum enggan bertanding jawatan Presiden dan bersedia untuk peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti...memang berjiwa besar dan memahami suara akar umbi..

hey!! nanti dulu!! Pak Lah PM lah bukan JKKK..dia PM paling bijak daripada PM sebelumnya. (ini kenyataan ikhlas aku)..cuba lihat 'kebijaksanaan' pak mertua Khairy ni..

Masa Mahathir nak undur dan umumkan Dollah penggantinya dulu, rakyat malah Umno/BN sendiri tidak percaya ia akan berlaku tetapi Dollah dengan bijaknya mengaturkan majlis perpisahan Mahathir di setiap negeri dan berbagai kementerian..nak tak nak Mahathir kena undur juga takut2 dikatakan diktator seperti yang pernah peraun ni lakukan pada Musa, Ghafar dan Anwar..bijak kan?
Mahathir fikir dia boleh kontrol Dolah tapi silap..KJ sudah taruk kayu palang pada Che Death...

2-3 hari sudah bila Dolah kata nak undur dan enggan bertanding bermakna keputusan yang dibuatnya bukanlah pada hari itu juga..Sebenarnya dia telah membuat keputusan sebelum dia bagi jawatan Menteri Kewangan kepada Najib lagi..persoalannya kenapa tiba2 jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan bertukar tangan tanpa ada agenda tersembunyi? spy mat Comot dan MSK pasti sedang membelek2 X-Filesnya..

apa2pun pemilihan nanti biarlah betul dan pemimpinnya betul2 Melayu seperti yang mereka kehendaki agar ketuanan AGAMA Melayu mereka terus dapat dipertahankan..jangan sampai ada tikus, musang, cerpelai yang menyamar jadi Melayu..mencetak rompak identiti kulit mereka menjadi Melayu, mengaku pejuang...

gambar di bawah dipetik dari akhbar lama, Mahathir di majlis doa selamat Kesatuan India Muslim (KIMMA)..mereka mengiktiraf peraun ni kaum mereka tapi cuba Melayu seperti doctor46 nak join KIMMA,bolehkah? jangan harap!! sebab hang bukan India Muslim..hang Melayu!! takde darah mamak...tapi ehh?? Mahathir boleh jadi Presiden parti melayu dan meng'haprak'kan bangsa Melayu dan mengutuk Melayu mudah lupa? pokemon sepokemon pokemonluu!!..kemidian membawa segerombolan kaum sekapalnya menerajui United Mamak Nation Organisation?..

aku bukan racist dan sedikit pun tak heran dengan parti Melayu ni sebab yang ditanya Allah esok apakah yang kau lakukan untuk menegakkan hukumKu dan agamaKu di atas muka bumi ni? Dia tak tanya apakah amal ibadat yang kulakukan untuk melayuku??..
aku bangkitkan ini sebab puak2 Umno yang sebok dengan Ketuanan Melayu mereka tuu!!!

Amma Ba'du!!




Thursday, October 9, 2008

hey Melayu!! betulke kau melayu?

salinan ini kepunyaan seorang veteran pencinta sejarah/warisan dari koleksi peribadinya. Beliau mempunyai banyak dokumen sejarah dan sanggup berdebat tentang melayu, umno,merdeka dan institusi raja-raja.

hari ni aku maleh menulis..tunggulah esok2..jemu juga ngadap blog2..overdose dengan isu2 Ketuanan Melayu ni dan politik mentaliti dunia ketiga..

tapi bila doctor46 dan anonymous sibuk cerita pasal kemelayuan (kemaluan?) yang hendak ditegakkannya (walaupun dah lemah kebatinannya) maka aku selitkan di sini definisi "Melayu" oleh Rahim Kajai yang pernah disiarkan Berita Harian 8 november 1989- oleh Kamarudin Musa dipetik dari rencana "Ruangan Rabu"..

check adakah anda Melayu?


"kuno, pasif dan iri hati
malas pula boleh dibeli
suka berpolitik"
mabuk, amuk dan merajuk!
itukah cogan kata kita
yang diwaris dari pak tua!

- lagu/lirik M.Nasir "biarkan luncai terjun dengan labu-labunya"( album "SOLO" 1989)
.aku nak rileks malam ni nonton dvd haram "Righteous Kill" lakonan pujaanku Robert DeNiro dan Al Pacino

Wednesday, October 8, 2008

Malaysia sudah jadi Syarikat Sdn Bhd!

Pengumuman Bapa Mertua Khairy untuk tidak bertanding jawatan presiden UMNO tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat terbanyak malah telah menjadikan Malaysia sebuah negara makbapak mereka punya sendirian berhad!!
Mereka langsung tak peduli suara rakyat ketika jerih menahan gelombang kenaikan harga barang, ekonomi meleset dan perniagaan merosot..

Yang difikirkan perut bercacing kerawit mereka perlu diisi dengan kontrak, saham serta tender harus terus dibolot bergilir-gilir seperti dubuk merogol bergilir-gilir anak kandung mereka..Kau sudah tak diperlukan..cukup dah giliran kau mentedarah! biar aku pulak!! kau duduk diam2..sesekali kau bisinglah kutuk aku (macam Mahadey yang mencetakrompak kemamakannya menjadi bangsa Melayu) tapi itu semua takde hal punye..yang penting kita sudah kenyang!!

dubuk-dubuk ini akan berpura-pura berpakaian kemas dan bersopan menipu rakyat khususnya melayu purba cro-magnon yang masih berfikiran ala orangutan! (berbanggalah kita bahawa perkataan "orangutan" juga dipinjam oleh orang putih ke dalam bahasa mereka kerana mereka tak maju dan tiada perkataan itu dalam bahasa mereka..seperti perkataan2 lain yang mereka ciplak dari kita seperti 'situasi', 'teknologi' dan macam2 lagi)..

isu ketuanan Melayu terus dilagukan untuk membodohkan katak2 yang kadang2 memakai kopiah hijau untuk terus berprasangka buruk terhadap bangsa lain yang akan meragut kekayaan Melayu yang memang kaya dan jaguh dalam semua segi..

walhal mereka mahu terus berkuasa lagi..lagi dan lagi demi Sdn. Bhd!!
..selamat tinggal Pak lah!(ye ke?).. kemaskan katil dan bantal berpetamu di Putrajaya! Pi jadi JKKK kat Kg. Kepala Butus lgi baik..terima kasih kerana mengajar aku erti Islam Hadhari yang suci murni bernori-Nori!

..meriam punggungku meletup menggegar angkasa tanda kemenangan kami!!

Monday, October 6, 2008

Dewa Sri Anwar tidak sebesar "tuhan-tuhan" lain yang sedang kita sembah!

MESTI BACA- tapi panjang sikit!

Terlanjur keluar isu dewa Anwar tercogok kat Batu Caves ni membuka ruang untuk aku berbicara dengan lebih luas lagi!
- isu replika Anwar tu mudah saja... pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke...
kedua- tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..bagi tokoh2 yang dikagumi rakyat, perkara begini selalu terjadi...Siddhauta Gautama Buddha diangkat dan dipuja seperti tuhan kerana penganut itu terpesona dengan kezuhudannya..kita juga pernah melihat pendewaan terhadap Ayah Pin, Ustaz Ashaari dipuja pengikut Arqam (ni pun satu hal yang boleh dihujahkan kesahihannya), malah Dr mahathir pun pernah dianggap maksum dan khalifah ke5 oleh Shafie Apdal...

Sebagai muslim aku memilih TIDAK BERSETUJU dengan cara berlebihan begitu..asas syariat juga melarang disimpan atau dibuat patung,gambar,ukiran atau lukisan dan sebagainya apatah lagi dibuat besar2 begitu..sebab itu tiada dijumpai gambar,ukiran arca atau lukisan Rasulullah SAW walaupun pakar seni tampak sudah wujud pada zaman Baginda..dikhuatiri akan dipuja manusia..sedangkan sekarang pun ada yang memuja dan menyembah huruf2 Mim Ha Mim Dal atau Alif Lam Lam Ha..
lagipun kalau berlebih2an orang pun meluat..aku sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

ia mesti diturunkan TAPI.... bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika "Anwar"..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!!
-kita pernah marah bila Umno/BN mengeluarkan kenyataan khurafat mengatakan hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia dengan baik tapi pimpinan kita juga selalu bernada serupa apabila mengatakan hanya Anwar saja yang mampu membawa Malaysia ke arah kesejahteraan..masyaAllah!.... Allah boleh saja mengangkat sesiapa dan bangsa apa sekalipun untuk menerajui Malaysia jika Dia berkehendakkan begitu!

Cuma aku ingin belabun sedikit dengan Mufti Perlis Ustaz Asri ni bahawa jangan sekadar bercerita tentang penyembahan dan pendewaan dalam bentuk patung saja.. "tuhan-tuhan' yang disembah manusia bukan lagi dalam bentuk patung seperti Al manat, Aluzza atau Allata tetapi harTA, kereTA, waniTA dan takhTA..
"menyembah " bermaksud tunduk/patuh/takut/taat dan "Tuhan" bermaksud yang berkuasa ke atas sesuatu seperti hidup-mati,rezeki,jodoh dll..
menurut Ustaz Ismail Kamus jikalau seseorang itu membodek bossnya dengan harapan perbuatannya itu akan meyebabkan bossnya memberikan rezeki kenaikan pangkat. ia boleh menyebabkan syirik dan begitu juga jikalau kita takut berkata benar kerana dikhuatiri periuk nasi terjejas boleh mendatangkan syirik kerana bertuhankan makhluk dan tidak yakin dengan rezeki yang datangnya dari Allah!

inilah 'berhala' dan 'penyembahan' yang tidak disedari kita..penyembahan ketika berhadapan dengan sultan atau raja juga harus dijelaskan dengan sejelas2nya oleh Tuan Mufti apakah salah dan ada unsur-unsur penyembahan dan pendewaan kepada selain Allah? kalimah "Sembah patik harap diampun" apakah ada unsur2 pendewaan di situ?

juga pernah disentuh Hamka tentang perkataan "Duli" Yang "Maha" Mulia..apakah ada unsur2 syirik dan boleh memesongkan akidah? Duli bermaksud bawah tapak kaki atau ada yang mengatakan debu di tapak kaki...maksudnya kita pacal ini lebih hina dari debu di bawah tapak kaki sultan? Sultan terlalu suci hingga sanggup "mencemar" duli turun bertemu rakyat jelata?
perkatan "Maha" (bukan Mahathir) hanya layak untuk Allah yang Maha Esa..tetapi cuba lihat ada 'makhluk' lain yang sama taraf "Maha" dengan Allah pada lirik lagu negeri Pahang:-

Ya Allah yang Maha Kuasa
lanjutkan usia
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
dirgahayu, Darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Ke bawah Duli Raja Kami..

(cikgu Bahasa Melayu aku berbangsa India pernah memberitahu aku perkara ni dan aku terus tak berselera menyanyikannya selepas itu)..aku sekolah di Pahang dan menetap di Selangor..juga lihat lagu negeri Selangor:-

Duli Yang Maha Mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat pohon restu
Bawah Duli Tuanku
bahagia selama-lamanya
aman dan sentosa
duli yang Maha Mulia!

* tulisan berwarna merah lirik di atas menggambarkan betapa hinanya rakyat di bawah mohon restu di bawah tapak kaki Tuanku yang seperti Tuhan..Allah tiada perkataan "Maha" pada lirik ini...

kita tahu "malaikat tidak masuk ke rumah jika kita menyimpan patung" atau jangan simpan anjing di dalam rumah kerana malaikat tidak masuk!
- kita kena faham apa maksud "rumah", "malaikat"."patung" dan "anjing"..ini kiasan..

rumah bermaksud tempat berdiam, tempat selamat..dalam konteks tasauf "hati" adalah rumah atau kerajaan pada tubuh sesorang insan, kalau hati itu baik maka baiklah keseluruhan sistem badannya baik jasmani mahu pun rohani..

malaikat bermaksud-roh atau nur (kerana asalnya daripada cahaya-nur)

patung (berhala)- unsur2 yang membuatkan kita 'asyik' dan 'lalai' dengannya..seperti wang, harta, kedudukan dsb

anjing- sifat2 bengis

maka itu maksud "malaikat tidak masuk rumah jika ada patung" boleh diterjemah sebagai nur/cahaya/hidayah tidak akan masuk ke dalam hati jika ada unsur2 yang melalaikan yang kita puja seperti harta, pangkat dan wang..paling menakutkan bila kita menganggap 'anak' kitalah harta yang paling disayangi sampai naik leka akan kehebatan kita melahirkan anak2 yang comel dan pandai...jangan sampai Allah marah kerana kita leka lalu diambilnya sekaligus..seperti dalam quran "Janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu,"(aku bukan ustaz 4 sanawi cuma rajin berborak dgn kawan pak nawi)..

atau ayat kedua "jangan simpan anjing (sifat2 bengis) di dalam rumah (hati) nanti malaikat (nur/hidayah) tidak masuk"...kalau malaikat tak masuk rumah macamna nak mati? Izrail tak mau masuk? kena faham kiasan...

Dato Mufti disarankan banyakkan memberi penjelasan tentang pemesongan akidah melalui penyembahan terhadap makhluk..kerana khuatirkan rezeki tertutup, kita mematuhi arahan ketua yang zalim...sewaktu Dato mufti menjadi panel dalam forum sambutan 100 hari pakatan rakyat di kelantan bersama Prof Aziz Bari dan YB Saifuddin Nasution, dato ada mengatakan yang kedatangan dato sebagai panel pun ada risikonya!
lalu dibidas sinis oleh Saifuddin dengan meyatakan :jawatan mufti itu kurniaan Allah dan apalah risikonya..kalau dipecat pun boleh jadi pensyarah semula....laa..takkan takut juga dengan risiko tu? mengatakan kebenaran milik Allah pastilah dilindungi Allah..takkan dia nak menganiaya kekasihNya?

..maafkan patik "capal" yang hina!

Sunday, October 5, 2008

yang BABI di Hari Raya!

seperti Syawal sebelumnya, aku akan cuba menikmati hari raya dengan penuh nikmat..dan memang nikmat tahun ini.. berjumpa sanak saudara dan sahabat lama apatah lagi berjumpa geng2 blogger mat comot, aloha, zul dll.....cuma kesibukan aktiviti (chewah!) tak dapat menemukan aku dgn bro matsaman....takpe bro! there're always have a next time!
cuma yang BABI dan 'kamikup'nya ialah:-

1. KHUTBAH YANG MACAM KUNYIT HIDUP!
khutbah raya di masjid kampung aku hampeh! khatib muda segak berjambang itu mensia-siakan 'pakej' kewarakannya apabila membebel ala budak 7 tahun baca buku teks perihal Raya yang dipenuhi dengan program hiburan di tv..yg ni dari kecik lagi aku dah dengar! kdg2 kesian memikirkan khatib ni yg hanya mampu membebel sebelum pekena ketupat lemang..sebelum mabuk oren..bini aku yg bersemangat ke masjid terus membaca doa tidur ketika khutbah..kata org kalau lapar kita susah nak tidur..aku yg laparkan lontong terus ngantuk..bukit mana lagi kita nak menyalak?

2. SANTA CLAUSE ASTRO DI HARI RAYA
sambil sibuk mengangkat gelas tertengok rancangan raya astro tah rancangan apa tah..bila si Amy Mastura berrambut palsu putih dan sorang pengacara muda lelaki pergi dari rumah ke rumah..si lelaki menolak kereta sorong dan Amy yang duduk di dalamnya berkata "ni Santa Clause raya"!...woi!! mangkuk! woi Menteri Penerangan! woi Astro! jangan liwat hari raya kami yang suci dengan unsur2 lain!! POKEMONNN!!
(bila lagi bebudak PAS yg belasah Carburetor Dung tu nak bedal Ustaz Akil Hayy yang berlakon dakwah di Astro milik Ananda)

3. SAIFUL LIWAT TERUS BERJUANG
Syeikh Saiful Al-Liwati sakit? menurut sumber mamat ni sakit dan berubat dengan tabib di utara! Betulke? sila baca blog cucu mat kilau!..betul ke tidak, dia ni memang cibai!! blognya di'update' dan mendapat liputan berita tv3suku...apa punya tuur stesen tv kita...

4. replika Anwar di Batu Caves membahayakan aqidah?
yang ni aku akan tulis kejap lagi..tunggu!!

5. Hindraf serang rumah terbuka PM!
ramai marah-marah tak patut betul penyokong Hindraf bikin hal di rumah terbuka PM! Ada yang kata biadab dan tak menghormati kemuliaan Syawal dan umat Islam...mereka harus menghormati Syawal..Heyy!!! Mangkuk!! bagaimana dengan keluarga mereka yang ditahan tanpa bicara? tak biadabkah? Terkurung di hari Raya oleh mereka yang kelihatan bersopan di hari raya.. Hey? jangan kerana kita syok mentedarah lemang maka kita melupakan mereka di dalam? RPK dipisahkan dan beraya di Kemunting oleh mereka..tak biadabkah?? Kalau tiada ISA tiada siapa yang akan biadab!!! lihat entry aku tentang keluarga fatma beraya di Indon! Kesian woii!!

*"what makes people think the same thing?" pertanyaan mat saman kati yang bukan saja banyak menulis dan berfikir perkara yang sama denganku, malah nama kami dan anak kami pun SAMA?