Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Saturday, June 27, 2009

cabutt!!


Ada program hari ni di Shah Alam. Aku memandu dari Kajang- Cheras- KESAS- Federal Highway- Tol Batu Tiga..Hampehh!!
Kita terpaksa berbaris untuk membayar tol di lebuhraya....setahu aku lebuhraya dibina untuk menyelesakan penggunanya tapi sebaliknya ia sudah jadi kaunter membayar fitrah sebab lalu kat jalan tu..
Tiba-tiba aku teringat lebuhraya KL-Karak yang sejak aku bebudak lagi tolnya dah ada..Dah berapa kutipannya sekarang dan sampai bila? Kalau dah lama tentulah bayarannya hampir selesai..Anehnya Tol makin naik..bisnes jadah hapa?

Sebaik melepasi Tol Batu Tiga aku patah balik semula Kajang tanpa pergi ke tempat tujuanku kerana kecewa..!!
rasa macam nak jual kereta dan rumah lalu ikut Wak Jono beruzlah di Gunung Muria!

GEGAR TERUS!! (dari Sg Sumun ke Kajang)

gambar: petang sewaktu rehearsal, melakukan ujian lawak terhadap kambing Pak Karamu dan aku yakin persembahanku berjaya apabila kambing ini ketawa mendengar lawakku
aku dah lama tak perform atas pentas. Menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (ehem) di Pekan Teater peringkat negeri Pahang 2001 sedikit pun tak membantu aku kerana gah itu dicacatkan tahun berikutnya apabila persembahan grup kami hancur disabotaj team sendiri.. (Ikmal sama Pici mesti ketawa pedih mengenang tragedi ini). Sejak itu aku ada trauma disabotaj sewaktu perform atas pentas. Melakonkan watak orang tua tipikal desa yang pekak dalam "Ghazal Party Queen" bersama ANGKA (Angkatan Karyawan Kreatif KL) 3-4 tahun dulu pun masih terasa trauma tu..
Malam semalam di Sungai Sumun aku 'berlakon' lagi. Walaupun tak tahu apa reaksi penonton secara keseluruhannya tapi aku puas jugak bila ada 2 orang budak belum baligh terlanguk depan pentas ketawa dengan lawak "liwat" aku..
kalau kamu kata Pyanhabib kuasai acara malam tadi sehingga orang kampung serbu dia selepas show, aku akur. Atau kehebatan malam tu terletak pada Meor dan Nik yang sengih sampai ke telinga apabila CD mereka licin diborong orang kampung, aku setuju. Mungkin juga suara romantis garang Airmas memukau khalayak dan monolog Hariry memaku kaki penonton, aku percaya. Persembahan anak watan (anak-anak remaja memukul alat-alat muzik) mengkagumkan dan puisi oleh Anak Lapan @ Jeff membuka mata bahawa memang ada 'permata seni" sebenarnya di sana. Ia sudah dicungkil.
Pengacara Mat Saman Kati yang cool berselipar ala Bob Dylan (tak pernah dibuat oleh mana-mana MC di Tv kita) sebenarnya juga menghangatkan malam itu. Tapi jauh di sudut hati, aku lebih mengkagumi Abdullah Jones dengan persembahan bidan terjun ketipang payungnya..
Meor, Nik dan Pyanhabib akan terus melampiaskan keganasan mereka 4 Julai ni di Kajang..
Jomm!!
(minum di R&R Ulu Bernam sempat kami mengupas kehebatan Allahyarham Michael Jackson sebelum Jones, Nik yang membawa Meor dan Pyanhabib berlagak seperti Schumacher meninggalkan aku di lebuhraya..hampehh!!)
* terima kasih keluarga Pak Karamu: Mak Karamu, opah, Ummi Hani dan suami serta anak2 dan adik beradik. Krew wanita yang hebat bersama Ummi- Sya reformis..Meor Lantera Jiwa, Anje DD yang sangat sebok -aku sebenarnya takut nak senaraikan kerana khuatir ada yang tercicir namanya..tapi anda tahulah siapa anda malam itu (termasuk SB). Chaah yang datang menyokong, CYS dan lain-lain..
Sungai Sumun memang best!!

Thursday, June 25, 2009

bon voyage jacko!

dialog ni terjadi beberapa waktu dulu ketika Loga Alleycats meninggal dunia.

kawan : Loga meninggal semalam!
aku : Innalillah...
kawan : Hisyy!!! Dia bukan Islamlah!
aku : Ada Tuhan lain ke yang pungut nyawa, jasad ,roh dan sifat-sifat Loga?
kawan : err.......


innalillah juga Michael "Beat it"Jackson!

tolonglah along!



siapalah agaknya taukeh along ni ye dak?

kaya bebenor..dari mana le dapat modal ye? depa ni anak maharaja mana atau ketua lanun selat melaka ke?

well, sapa2 rasa sesak dan takde duit, kalu susah nak buat loan bank atau koperasi, silalah..abang long sedia membantu.. cuma belajor2 la kenal2 warna merah!

*kapitalis!

Wednesday, June 24, 2009

jom heboh!

Sekali lagi diumumkan PROGRAM PENTAS KITA..KARYA KITA.. akan berlangsung pada 26 Jun Jumaat 8.30 malam di LAMAN TERATAK BUDI milik Ust. Ariffin Ngah, SUNGAI SUMUN, BAGAN DATOH, PERAK..

AKU dan Meor dari CAKAPRAKYATGROUP, Pyanhabib, Nik, Mat Saman Kati, Lantera Jiwa, Mohammad Hariry, AirMas dan lain-lain lagi..

AYUHHHHHH!!!!!



Tuesday, June 23, 2009

di persimpangan

selalunya kita akan berada di dalam dilema jika perjalanan kita menemui sebuah persimpangan..Apakah kita akan memilih simpang yang betul?
Betul dan salah sebenarnya siapa yang menentukan dan apakah kayu ukurnya?

persimpangan memilih mengikut arus yang mana..jernih atau keruh?
menyerah menjadi mangsa atau melawan?
ke mana destinasi?


jalan susah atau senang?
sejahtera atau sengsara?
syurga atau neraka?


mana lebih baik, perjalanan betul tetapi termasuk simpang yang salah atau simpangnya betul tetapi perjalanan berniat salah?













p/s sesat di Madinah!

Monday, June 22, 2009

petua awet muda (mesti baca)


Secrets to a Long and Happy Life


A passer-by noticed an old lady sitting on her front step and asked her the “burning question” :
"I couldn't help noticing how happy you look! What is your secret for such a long, happy life?"


"I smoke 4 packs of cigarettes a day", she said. "Before I go to bed, I smoke a nice big joint. Apart from that, I drink a whole bottle of Jack Daniels every week, and eat only junk food. On weekends I pop a huge number of pills and do no exercise at all.""This is absolutely amazing at your age!!!!", says the passer-by. "And, how old are you?"
"Twenty four."
(emel dari osmang serawak)

semuanya nikmat

argghhhhhh yaawwwwwwwwwwwnnn!!
siapa yang bisa nafikan nikmat "menguap" yang Dia kurniakan?
Menguaplah sebelum menguap pun dilarang!!



Sunday, June 21, 2009

menuju jalan mustaqim!

sayang...
jalan menuju kesempurnaan dan kesejahteraan tidak selurus begini!

bentong-lurah bilut-raub-k.lipis
21 jun 2009
10.30 pagi

Saturday, June 20, 2009

keikhlasan 'disoalsiasat'

di sini semalam, di Plaza Sentral Alam sekali lagi keikhlasanku disoal siasat, antara belas kasihan dan manipulasi simpati, anak gadis ini entah orang yang ke berapakah datang ke meja kami mengemis simpati. Yang pernah diceritakan oleh mereka sendiri, mereka aadalah pelarian Rohingya yang diizin PBB berlindung di mana2 negara..
Di sini mereka ada, tapi mereka tak dibela sebagai insan, tak boleh bersekolah atau...ada sindiket?
seringgit dua bukanlah mahal tetapi jika dalam tempoh dua jam hampir sepuluh orang datang meminta, mungkin lepas tu harus aku pula yang mengemis hihihi..

oh ya! mereka ni islam kan?......

Thursday, June 18, 2009

menterjemahkan kata Tuhan

ketika orang lain bekerja, bebudakk dan cikgu mula ke sekolah semula..aku memilih bercuti dari kerja rutinku setahun..
buat apa?
cari je apa-apa rezeki, sekadar nak rasa dan terjemahkan apa yang dimaksudkan "rezeki di tangan Allah"

selamat berjaya, selamat susah KulupSakah!!

Wednesday, June 17, 2009

esok kiamat

ayuh kawan
cepat bungkus kain baju
ayuh kawan
tentukan segera arah tuju
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

ayuh kawan
selamatkan segera peti besimu
ayuh kawan
bawa semua rantai gelang emasmu
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

pastikan segala yang kau ada
cukup untuk merasuah penjaga pintu syurga
mintalah duduk kelas istimewa

tumbuk rusuk malaikat kanan kiri
biar mulut mereka terkunci
suap algojo di pintu kubur
biar dia tidur berdengkur
bagi duit kopi kepada Izrail
biar dia tak datang memanggil

serahkan semua harta bertimbun
yang kau curi dan samun
longgokkan depan Maha Pencipta
kerana kau yang lahirkan aku ke dunia!

berambus kau! Pergi kau main muzik di sana mengapa kau menangis di sini??







"MENGAPA KAU MENANGIS DI SINI? PERGI KAU MAIN MUZIK DI SANA!! MENANTU TAK GUNA!!"






hihi!! lebih kurang tulah dialog Mak Dara dalam IBU MERTUAKU. Benci sungguh dengan Kassim Selamat..






Apa lagi Nasha, MURSYIDUL AM dah sound tu tak reti-reti bungkus kain baju?






"Mamak Promoter Amat Nesfu" dah standby nak bawa road tour! Kita review satu Malaya!







p/s: sesiapa yang berbakat melukis kartun, sebuah majalah kartun reformasi akan terbit. Hantar karya ke karyajonos@gmail.com

Tunggu kemunculannya nantii!!

PENTAS KITA KARYA KITA



JANGAN LUPA SAKSIKAN KARYA-KARYA SENDIRI DARI KARYAWAN-KARYAWAN ANTI ESTABLISHMENT...

MEOR dan KulupSakah dari CAKAP RAKYAT GROUP akan perform (klik poster untuk melihat imej)..

lagu ISA Meor semakin dicari orang walaupun album belum siap (tengok video di blog cakaprakyat.blogspot)..

aku buat hapa kat situ?..tungguu!

Tuesday, June 16, 2009

tolong pokcik ya nak!

"Tolong pokcik nak! Beli le kepok ni..pokcik mari dari sempade nu..tepak oghe kito kene bedil baru2 ni!"

- aku meraba-raba poket apabila pak cik ni berkata 2 bungkus keropok harganya RM17. Dipaksa atau dipujuk WAJIB beli 2 bungkus sekali aku tak pasti..ikhlas atau tak bersilih menikam hati..

teringat kata kawanku Cheng Ho, "Kau taklah hebat jika mampu memberi ketika kau kaya, tetapi amat mengkagumkan jika dalam keadaan susah pun kau masih mampu bersedekah!"..

Pok cik.............

Monday, June 15, 2009

RENDRA RULEZZ!!

WAHAI ANAK MUDA!!
MESTI TENGOK VIDEO INI!!
video

Sunday, June 14, 2009

bongok!!

kemaskini terkini:- sila baca di sini

entry ni ditulis tanpa aku semak kembali ejaan dan susunan ayatnya. sori kalau tak best!

Semalam aku ke Kongres Khas PKR di KUIS, Kajang (13 Jun). Sekadar nak cari kot-kot kawan2 lama ada kat situ, sambil mengedar pamphlet program MALAM SENI RAKYAT anjuran CAKAP RAKYAT GROUP kami. Bertembung Adun Bkt Lanjan, Eli Wong dan dia yang dah lama tak perform telah diugut oleh aku agar menyanyi dan bermain gitar, dia setuju dan minta Black hubungi dia untuk berkolaborasi.

Ternampak seorang "Datuk" yang pernah bertanding dalam PRU 2004 di kafe. Beberapa bulan dulu aku pernah bertekak dengannya sewaktu kami menghadiri satu majlis anjuran SUK Selangor. Kebetulan forumer kebanyakannya bukan Melayu maka salah seorang peserta f(dah tentu dari PR) forum membelasah program ni yang mengetepikan Melayu sehingga seorang panel berbangsa India (lelaki) menangis. Panel ini berkata dia datang kerana dijemput mengutarakan pandangannya dan adakah kerana dia bukan melayu maka dia tak layak bercakap? Aku bangun memberikannya semangat dan orang ramai ikut bertepuk menyokongnya tanda tiada prasangka perkauman.
Sewaktu minum teh, Datuk ni tiba-tiba memanggilku dan bertanya "Kenapa beria-ia benar sokong KELING?" . Aku jawab, "tolong jangan sebut KELING!"
maka terjadilah perang mulut di situ tentang beberapa isu. Dia yang dibantu dua kawannya sibuk geromal tentang semangat melayunya dan sering juga mengingatkan aku yang mereka adalah orang PKR sejak 98 lagi. Aku cakap, PKR belum wujud tahun 98 dan sebelum 98 kamu di mana?" Mereka senyap saja sama seperti mereka senyap ketika aku bertanya siapa nama mereka sedangkan sewaktu mereka bertanyakan nama aku dan dari mana aku datang, aku memberi nama penuh dan asal dengan lengkap. Nak takut hapa?
Semalam aku memberinya pamphlet MALAM SENI RAKYAT dan dia ternyata agak serba-salah dan keberatan bersalam sewaktu aku hulurkan tangan..PASAIPA?

Aku tak berminat nak ikuti Kongres sepenuhnya. Duduk di ruang pemerhati dengan isteri sambil berbual2 dengan blogger CK Chew dan Yap Seputeh. Cuma isu yang panas apabila undian dibuka kepada perwakilan sama ada bersetuju atau tidak perlembagaan digubal, terjadilah peristiwa panas bila mana undian dijalankan seperti bebudak sekolah mengundi nak pilih ketua darjah. Main angkat tangan je..lepas tu bila dilihat ada yang tak setuju maka undian dijalankan sekali lagi dengan cara berdiri tanda sokongan. Beberapa anak muda seperti Zaki Yamani, Zulfikar (S/u AMK), Mazli dilihat bangun untuk tidak bersetuju dengan cara terbuka begini sebaliknya undian mestilah tertutup kerana ada isu yg mereka boleh setuju ada juga tidak tetapi apabila DSAI dan semua pimpinan di atas bangun maka ramailah perwakilan bangun menyokong. Bersorak kemenanganlah mereka dengan laungan REFORMASI (nak tergelak dengar).

Anak2 muda ini tak setuju pindaan yang mensyaratkan Angkatan Muda mestilah berumur 35 tahun ke bawah. Mereka ada hujah mereka dan minta diperdebatkan. Aku pun setuju juga kalau bawah 35 tahun supaya anak muda berdikari tetapi aku setuju juga pandangan mereka kerana 39 tahun ke bawah adalah sesuai kerana ramai melalui proses kematangan pada umur sedemikian. Dilihat juga YB2 bawah 30 ni agak teruk, kata mereka (yang tua pun sama juga) tapi tak kisahlah. Yang mereka komplen tiada ruang kebebasan bersuara walaupun sehari suntuk dibebelkan soal keadilan dan kebebasan.

Sesetengahnya berpendapat ada orang2 tertentu di atas sengaja mencadangkan pindaan kerana ada agenda tersendiri. Pemilihan 2010 menjadi percaturan kerana rata-rata reformis anak muda yang ada sekarang, yang lantang akan tersingkir dari AMK jika pindaan ini diluluskan. Mereka yang tidak disokong oleh anak2 muda vokal ini sedang cuba membawa masuk bebudak baru yang masih bersekolah ketika ribut reformasi menggulung dan ini menjamin kedudukan mereka. Wallahua'lam..

Kata aku "parti bukan agama, kalau rasa menyampah, blah!' . Nak berjuang bukan semestinya dalam parti aje..

* kepada anonymous yang kutuk aku kata kalau nak jawatan pilah jumpa DSAI aku nak bagitahu yang aku tak lapar jawatan dan aku pernah letak jawatan sebab maleh layan politing dalam parti, aku jadi AJK je udoh!
Dan pada yang marah sebab aku aku kata zaid Ibrahim terus masuk PKR dah jadi MPT dan minta aku berbaik sangka, kononnya penjara dan jalanan bukan ukuran perjuangan aku nak bagitahu aku selalu dengor benda ni dikatakan oleh mereka. Lihat jelah sejarah dunia, wira2 dan pejuang mempertaruhkan nyawa dalam perjuangan.
Nak suruh aku berbaik sangka? hmm...waktu berahim ali jadi calon bebas bawah tiket pas dan baru2 ni dia kata manek urai pelung terbaik dedah kelemahan pas, aku berbaaaiikk sangkaaa..
waktu pimpinan pas yang mula2nya tak ngaku muzakarah dgn umno malah nak saman bakaq @ penarik beca yang mendedahkannya aku berbaik sangkkaaa sehinggalah depa mengaku jumpa untuk muqabalah..aku berrbaikk sangkaaaaa..
kawan aku ditendang dari suarakeadilan dan syarikat lain mengambil alih penerbitannya setelah berjaya mempengaruhi org atas, aku baikkksangkaaaa..
kawan aku sorang lagi (amoi) dipaksa letak jawatan oleh orang ATAS dalam PKR kerana dihasut oleh dubuk2 yg dtg lepas menang besr..
aku berbaikk sangkaaaaaaaaaaaa!!

Saturday, June 13, 2009

sonang yo!

Zaid Ibrahim umum join PKR dan terus dilantik menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi..

hmmm...senang je ye? Tak yah kena tangkap, kena balun, masuk lokap..
Dulu nak saman Pas dan Hudud tapi bila Umno tak suka dia terus dia blah dan masuk PKR..

Yang luka parah dalam perjuangan semakin terpinggir..
Asalkan kau bekas menteri terus kau jadi suci murni dan muluk!!

*orang umno gelak pasal yang dah expired dalam umno semua lari masuk PR! macam Fauzi rahman, jenderal2..dll

tih tih tih

Friday, June 12, 2009

bayor dulu gaji weh!

RM13,000 HADIAH MENANTI PENCIPTA LAGU TEMA SPIESharakahdaily
SHAH ALAM, 12 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik. "Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.

HOOHH!! Sebelum tu cepatkanlah proses membayar gaji tenaga kerja yang terlibat dalam PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR tu!
Dah dua bulan depa kerja dan ngajor takde gaji..takkan BIROKRASI pun lembab macam BN dulu? Haritu kemain kutuk BN, sekarang macamana dengan pengurusan?

Consultant yang terlibat dan Exco tak berhadapan dengan cikgu2 yang mengajar ni..apa nak jawab bila depa mintak gaji??? CEPAT KASI SETTLE.. bukan apa, masa taklimat haritu bukan main lagi cakap macam-macam, kena pantaslah, kena itu ini lah..tapi bila orang bawah dah siap kerja lu orang pulak lembab..apa cerite???

Yang disuruh "Bersabar! Berdoalah agar dapat cepat, dan tabahlah mungkin ini ujian kita!"

SABAR, DOA DAN UJIAN kalau boleh dimasak lomak dan digoreng oklah!!

Thursday, June 11, 2009

syok juge kalu umno menang di manek urai

aku rasa syok gak kalau umno menang di manek urai, kemenangan berturut2 PR membuat mereka sedikit rasa besor. kalau umno menang mesti depa akan bising pasal pengundi hantu le, tipu lah walhal isu ni patut diperjuangkan betul2 dan konsisten, bukan bila menang je senyap...

aku alu-alukan berahim ali dan kaum amfibianya berkempen menyerang pas.

yang anti KERAJAAN PERPADUAN mesti tunjuk protes dan jangan bekerja untuk PRK ni..

blogger-blogger yang rasa dipinggirkan semasa muktamar atau sebarang majlis PR, jangan buat liputan..buat macam aku yg tuleh pasal bomoh, jin atau seni. MatSaman Kati pun dah tuleh pasai joget lambak dan muzik..hehe!

KUASA PIHAK KETIGA harus dibuktikan!

MALAM SENI RAKYAT

baru lepas bertumbuk dan bergaduh selepas berselisih pendapat tentang corak persembahan MALAM SENI RAKYAT! Black terbujur, KulupSakah tersandar, Rahmat menyesal dan Meor mengusap bibir yang kena tumbuk..
Sessionist sedang menunggu di bilik rakaman untuk record lagu Meor tapi kesemuanya dah lembik!

nantikan 4 Julai di Dewan Cempaka Kajang!!

wira cadar baldu


aku pernah dengar dia menangis
waktu diseksa dalam tahanan
dari bilik sebelah aku menjerit mengapa
katanya: aku cuma ada satu nyawa
kalau aku mati musuhku akan ketawa sekali cuma
kalaulah aku ada seribu nyawa dapatlah mereka ketawa seribu kali
sayang nyawaku hanya satu
kerna itu aku menangis

aku pernah dengar dia ketawa
berdentam dentum dinding diketuknya
kala sahabat seperjuangannya berpaling mengkhianatinya
katanya: fitnah, hina, nista dan tuduhan yang dilempar kepadanya
mungkin menghantarnya ke syurga

aku pernah mengintainya apabila terdengar dia menyanyi
sambil mencabut panah di rusuk dan mencungkil peluru di ubun-ubunnya
darah yang membuak disapunya ke muka
katanya: dia sedang berwudhuk
dan mahu menyolek wajahnya agar cantik jika ditakdirkan dia kan menghadap Tuhannya
aku jua pernah mendengar dia meraung
berdengung lolongannya memecah sepi malam gelap
katanya: dia takut pemujanya terlalu mengagungkannya hingga dia tercampak ke neraka
ujub dan takabbur..

dialah wira pujaanku
yang hanya sempat kulihat dan kudengar di balik pintu
sebelum dia keluar lalu menghilang
kata mereka: dia kini sedang lena beradu
di tilam empuk cadar baldu!

Wednesday, June 10, 2009

ghuyup al ghuyup!

Haahh!! Nonton video klip Rosmah Puaka membuatkan aku bertanya-tanya "jenis apakah kita?" Ke mana kita nak dibawa oleh pemimpin yang berkuasa?
"One Malaysia" lingkup, one malaysia dikorupkan..

Yang PAS pulak sebok nak berpepaduan dengan yang korup- tahapa kononnnya yang nak dipertahankan entah..dengan menggunakan istilah arab yang kelihatan suci boleh menghalalkan perpaduan dengan lanun-lanun itu. Ke manakah kita ?

Mana duduknya rakyat?

"harapan Baru" oleh Anwar adalah harapan baru dubuk-dubuk lapar kelilingnya yang hanya muncul mengaku wira selepas perang perit selesai. Yang menjadikan wang adalah "senjata" dalam perjuangan. Konon menyumbangkan wang juga adalah suatu bentuk perjuangan dan hari ni nampaknya perjuangan itu hendak dibalas balik..


(Tolong jangan lintasi garisan merah yang kami gariskan, jika tidak golongan "pihak ketiga" yang Rahmat Haron katakan akan muncul)

Tuesday, June 9, 2009

halal halam haram dan haramzadah!

hanya yang merasa mereka ada kuasa saja yang boleh melabelkan sesuatu itu haram.. Amat mudah bagi puak yang berasa berkuasa untuk bertindak menghalang sesuatu perkara dengan meletakkan label HARAM maka segala kesulitan dan kemelut itu selesai.

Aku serba sikit tahu siapa di balik Sister In Islam (SIS) tapi tak kenal puak ni apatah lagi banyak perkara yang aku tak setuju dengannya. Sama seperti Farish A. Noor yang pernah mengeluarkan kenyataan yang Rasulullah SAW (mengikut kajiannya) pernah ada perempuan simpanan bernama Raihanah (kalau tak silap). Atau Astora Jabat yang mengemukakan teori soalan kubur tiada maka berdedailah puak2 mengatakan mereka ini sesat lagi menyesatkan, haramkan dari membaca tulisan mereka atau tandakan pangkah ke muka mereka.

Tu belum termasuk lagi Al Arqam yang sampai hari ni aku masih tak faham tang mana haram melainkan kenyataan puak-puak yang dibonsaikan dalam ISA, Ustaz Ibrahim Libya haram (yang ni digelar as-syahid bagi kebanyakan orang yang peka tetapi parti Melayu-Islam Umno haramkan dan tak sedikit juga yang terus menganggap Allahyarham sesat). Rakyat macam aku pening! Siapa yang sesat dan tak haram? Siapa yang duduk di sirat al Mustaqim? Siapa golongan beriman? Yang mana para solehin? Mana yang digelar Muqarrabin, para Asyiqin, Syuhada, Aulia? Banyak istilah pastilah ada ciri2 yang membolehkan insan itu layak duduk dalam kategori itu?

Pendekatan Rasulullah SAW, para sahabat,Ulama muktabar silam dan juga ahli sufi agung pada zamannya menggalakkan kebebasan bersuara dan menerima perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang perlu diraikan. Perbezaan pendapat adalah tanda nikmatnya ilmu. Selagi bernama manusia kita tak boleh memaksa orang lain untuk menerima apa yang kita fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Insan yang bijak ialah apabila mereka berjaya membuat orang mengikutinya berdasarkan kebenaran hujah-hujah dan juga amalannya. Nasihat yang baik dan paling berkesan adalah dalam bentuk perbuatan, bukan percakapan. Mengharamkan kebebasan menyuarakan pendapat tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menyimpulbelitkan lagi kemelut menjadi suatu polemik yang tidak akan selesai zaman berzaman. Seharusnya jika satu pihak merasakan sesuatu perkara yang disampaikan oleh pihak yang satu lagi tidak betul dia mestilah membalas (counter) dengan pendapat yang dirasakannya benar. Perdebatan sihat seperti yang pernah dilakukan oleh pendakwah berani Allahyarham Ahmad Deedat harus dipuji walaupun ada sesetengah golongan melabelkan Deedat juga agen Kristian kerana tindakannya itu. Jika Ustaz Ashaari pernah menulis buku tentang Aurat Muhammadiah yang dilabelkan sesat atau Ahmad Laxamana dengan kitab Hakikat Insannya yang terus popular dan tersebar walaupun dalam bentuk fotostat itu tersasar dari aqidah, bincangkan dan bengkelkan atau terbitkan buku untuk membalas semula.
Barulah wujud dan subur pembudayaan ilmu dan cerah pengetahuan. Rakyat dan individu boleh menilai dan memilihnya. Apakah Islam akan jadi hancur kerana mencontohi Kristian yang suatu masa dulu mengamalkan dasar begini? "Kau dengar saja aku, tak perlu mengkaji dan sesiapa yang tak sama denganku itu sesat". Maka wujudlah Lutherian, Vatican, Protestant dan masing2 melabelkan yang lain2 sesat. Hari ini muncul Islam Kontemporari, Islam Liberal, Islam Hadhari dan macam-macam jenama lagi seperti durian yang ada berbagai gred. Masing-masing mendakwa merekalah yang benar . Maka itu membuka pintu diskusi mencari kebenaran dengan berlapang dada adalah perkara yang paling mustajab untuk sekurang2nya meredakan kegelisahan ummah.

Monday, June 8, 2009

Cinpeng, ahtantOya dan Saving Private adam..


"sebarang usaha untuk membawa pulang Cinpeng harus ditentang dan penyokongnya mesti diISAkan! Cinpeng kejam kerana membunuh banyak nyawa! Dia pengkhianat!" Ghani Sood menjegilkan matanya sambil berkata-kata. Tumpah sedikit teh dari cawan aku, kurang sekupang jadinye..


"Selepas Cinpeng bunuh orang apa yang dia buat pada mayat tu?" tanya aku.


Ghani Sood menjawab,"Entah tak tahulah, ditanamnyakah atau dibiarkannya tak tahulah, tapi kalau ditikam atau diseksa mayat yang dah mati tu memang kejam sangatlah dia!"


"Macam Altantuya yang dah mati ditembak lepas tu dibom?" tanya aku.


Ghani menikus memandang ke arah lain. Rengkungnya bergerak-gerak seakan hendak berkata sesuatu tetapi suaranya tak keluar.


"Macamana pula dengan Adam Jaafar, anggota Renjer yang pernah mengorbankan nyawa orang awam dan mencederakan yang lain pada Oktober 1987 dulu kalau kau masih ingat? Kenapa senyap je? Apa khabar dia sekarang ha? Kalau tak silap perhitungan aku, umurnya sekarang 45 tahun..macamana ha?


Ghani diam terkulat-kulat macam muka lalat tertelan tahi p@l@tzs!!
**sewaktu memberikan butir2 program Malam Seni Rakyat aku sempat berkata kepada SB yang menelefonku agar janganlah halang walaupun ada Isham Rais dalam program ni, SB berkata," tak ngapa, Isham memang hot tapi dia bukan Cinpeng, kami boleh bekerjasama tak de hal punye kah kah kah!"

Saturday, June 6, 2009

memang nasib kerbau..

akhbar Suara Keadilan telah diambil alih oleh orang2 yang ada pengaruh melobi pihak pimpinan parti dan usaha itu berjaya.
Setelah Suara Keadilan mencatat jualan 150,000 naskhah setiap keluaran, setelah mendapat permit (cukup perit mendapatkannya), beberapa kali disoalsiasat oleh SB dan polis, editor lamanya (pejuang yang popular dengan lukian kartun firaun berhidung besar) ditendang begitu saja...

inilah cerita kerbau yang pernah aku tulis dulu di sini

Friday, June 5, 2009

sampai hati korang!! huuu...


hari ini 6 jun 2009 HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MIZAN..


ade ke patut hadiah besday baginda korang hadiahkan bumbung stadium Sultan Mizan..


memang tak patut!! huuuuuuu!!

bodohbongokbangangbengong dan bangsat!

tengok iklan dulu sebelum baca entry nih hehe!

teman balik kampung hari ni ziarah mak dan apak. Dah lebih dua bulan rasenye idak jenguk. Apak dan mak sehat nampaknya. Masih belum luruh gigi dan masih bertenaga lagi. Mungkin mandi ayor mate ayor dari bukit hari-hari bikin kulit dan wajah sentiasa segar.
Waktu teman sampai, abang ipar teman sedang menukor atap bilik ayor yang bocor. Seingat teman atap bilik ayor tu dipasang semasa teman belum masuk jawi lagi iaitu lebih 25 tahun dulu. Bukan macam atap Dewan Parlimen mahupun Putrajaya yang asyik bocor tak sampai setahun diperbaiki.

Lepas teman berbasa basi bertanya khabor dengan apak dan mak, minum ayor kopi che Nah hangat secawan due, teman ke belakang romah nak nengok Mahat, ayam serama yang abang ipar teman bela di reban. Teman juge nak bergurau senda dengan Tamby, kambing jantan hitam yang teman beli dari Melaka dulu. (nama pun teman bagi sempena nama orang Melaka tuhh!). Ternyata reban ayam yang abang ipar teman buat dengan kayu tanpa pelan dan simen masih teguh. Walaupun tidak tegak sangat tapi ia idaklah senget. Begitu juga kandang Tamby. Bertahun-tahun hujan dan angin kuat, paneh terik bertukor ganti, reban dan kandang masih berdiri. Atap bilik ayor yang abang ipar teman tukor ni harus akan bertahan lagi 25 tahun gamaknya jika tiada hujan batu-bata turun dari langit.

..tapi tanpa hujan ribut kuat ngapa stadium tu..stadium tu..stadium kat ganu tu...kih kih kih!! koman spana..

perhatiaann!!!

Wednesday, June 3, 2009

bicara kakak nasi lemak

Sewaktu aku membeli nasi lemak di gerai kakak ni, van penguatkuasa melintasi gerai tersebut dan penguatkuasa di dalamnya memerhatikan gerai tersebut tetapi terus berlalu. Kakak tersebut menarik nafas lega, "setiap kali penguatkuasa lalu akak rasa macam nak mati..takut dik! Kalau dirampas apa kakak nak buat? Ni jelah mata pencarian akak. Laki akak ni dah tak kerja. Kencing manis teruk!"

Suami kakak tu hanya tersenyum tak berkata apa-apa.
"Jangan risau kak! diorang tak kacau punya asalkan akak jaga kebersihan, meniaga di sini tak ganggu sesiapa pun, selamat tak ganggu jalan!" kata kawannya yang melepak di situ. Bini kawannya ini pun menyampuk, "Ya! Sekarang PKR memerintah sini, apa ada hal? Mereka akan tolong rakyat!"

kakak nasi lemak pun tersenyum, "Ya! PKR menjaga rakyat! Tengok kat Ampang, apa ada hal? Mereka boleh berniaga sebab kita rakyat Malaysia!"
Aku terharu kata-kata itu datang dari rakyat marhaen sebegini. Betapa besarnya harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang selalu mengatakan mereka akan menjaga kebajikan rakyat.

Aku tanya adakah kakak sokong PKR?
kakak tu menjawab, "Kami akan sokong orang yang nak tolong rakyat seperti kami!"

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat! Dengarlah suara salah seorang rakyat di sini yang menaruh harapan yang tinggi kepada kamu. Teruskanlah berjuang untuk mereka dan janganlah hendaknya terpedaya dengan pangkat dan kedudukan.

"Suara Rakyat Suara Keramat!

roda hidup..

Mail aku rasa belum lagi 45 tahun. Jiran lama aku ni seorang pemandu lori dan kuat merokok. Aku pernah mengajak dia mengamalkan pemakanan sihat dan kurangkan merokok. Tangani masalah rumahtangga dengan penuh kewarasan dan sentiasa tenang..Dia yang gemar berlawak jarang mengambil serius kata-kataku..

Disember lepas sewaktu aku sibuk berkampung di wad menjaga anak aku yang hendak dibedah, aku mendapat khabar Mail koma dan terlantar di wad selang dua tingkat atas dari wad anak aku. Kawan-kawan yang menziarahinya sempat mengunjungi aku yang menjaga anakku. Kata mereka Mail koma, pendarahan otak.

Bulan lepas, isteriku terserempak dengannya di hospital yang sama sewaktu membawa anak aku berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Menurut isteriku, Mail sudah sedar tetapi duduk di kerusi roda, ditolak oleh isterinya yang setia. Mail sudah tidak boleh bercakap lagi tetapi mampu mendengar. Mail sebelum ini pernah bercerai dan anak-anaknya terbiar. Mujurlah dia dah berkahwin baru dan mendapat isteri yang setia. Aku tak dapat bayangkan kalau dia koma sewaktu menduda. dalam keadaan begitu, adik beradik bukanlah boleh disandarkan harapan.

Siang tadi aku membawa anak aku ke hospital itu untuk rawatan susulan dengan pakar ortopedik. Di kafeteria aku terkejut kerana berjumpa dengan Mail yang dari jauh tersengih padaku. Dia sudah bertongkat tetapi masih tak boleh bercakap. Anggota sebelah kanannya lumpuh dan terketar-ketar. Aku tak mahu bertanya banyak sebab tak mahu dia bersusah payah menjawab.
Isterinya tetap setia. Aku dan isteriku memuji isterinya dan berharap Mail terus cekal berusaha kerana keadaannya dilihat lebih baik dari sebelumnya. Cuma Mail dikatakan agak panas baran dan agak sensitif. Mungkin dia berasa rendah diri kerana tak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada sang isteri. Aku kata aku yakin dia akan sembuh..

Segera aku terfikir, semalam dan hari ini kita masih boleh ketawa, melepak, makan dan mungkin kita ini samseng memukul orang atau mengherdik bini, tetapi ketika roda berputar dan kita berada dalam keadaan lemah, masih sayangkah orang2 yang pernah kita kasari? Atau Yang Maha Esa akan mengajar kita cukup-cukup akan makna "Engkar"..

Tuesday, June 2, 2009

gedebussssss!!


teringat lagu kecik2 dulu..

TOM TOM BAK
MAK YONG DEDEK
PECAH SEBIJI TINGGAL SESANGKAR
OH NENEK OH OH NENEK
STADIUM NENEK DAH REBAHHHHHHHH!!

*sa lagi projek kerajaang barisang natang

Monday, June 1, 2009

menanti anak muda gempur!

PRK Penanti mengakhiri PENANTIan, Manek Urai mengurai-urai menggamit bikin Umno/Bn panas bisul di buntut poreng berkepuh mereka.

Aku masih menanti penubuhan "PEMUDA PAKATAN RAKYAT" yang diuar-uarkan sebelum ini. Gerakan anak muda tidak tersusun sejak akhir-akhir ini. Pas dengan halnya, hanya muncul garang bila isu-isu dunia seperti Palestin dan sebagainya saja. (Isu dunia selamat sikit, jarang kena tangkap). Anak muda dalam PKR teraba-raba mencari sesuap nasi. Masih lagi ke hulu ke hilir menjual t-shirt, topi atau sticker. Budak-budak setia seperti Lan Ampang, Zali Gombak yang kekadang tidur tepi jalan hanya dipanggil apabila diperlukan. Anak-anak muda DAP tak surface sangat, kalau ada pun tak ramai. Bebudak JERIT kebanyakannya dari PSM pun ramai tapi lebih menumpukan kepada isu kaum India seperti isu estet, Hindraf dan sebagainya.

Ketua-ketua pemuda dari ketiga-tiga parti perlu duduk semeja menggembleng tenaga memfokuskan hala tuju perjuangan seperti era reformasi dahulu. (Ezam dari keADILan, Mahfuz dari PAS, Johnson Chong dari PRM). Isu SPR masih belum selesai, rasuah dan penyelewengan masih berleluasa dan kebobrokan menjadi amalan.

AYUH ANAK MUDA!
BANGUNNN!!
LAUNGAN "REFORMASI" MAKIN TENGGELAM!