Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Friday, July 30, 2010

di kaki lima ini

waktu aku mengelap meja dan mengutip pinggan mangkuk yang ada bekas sisa makanan pelanggan budiman, seorang lelaki dari sempadan menyapa.

"beli kepok abe?"
"tak pe, terima kasih."

keropoknya mahal. dia terus berlalu mencari pelanggan yang lain. di kedai-kedai sebelah dan di seberang jalan. sejam dua menghilang, dia datang lagi meninjau pelanggan lain pula.

siapa pun dia, aku tak mahu marah. dia bukan meminta-minta, dia berniaga. mencari semula sesuap nasinya yang telah dicuri.

Wednesday, July 28, 2010

mat teori

geraknya perlahan tetapi meyakinkan. kemas dan ringkas penampilannya. tuturnya bersungguh dan ada slang inggeris sedikit bicaranya yang sesekali diselitkan dengan ayat-ayat orang putih. dia jujur apabila memuji-muji masakan sham. "mencengkam!' katanya. sebab itulah dia selalu ada di kafe aku. datang seorang dan adakalanya dengan isteri dan anak-anak.
dia seorang idealis. banyak idea dilontarkan untuk kami memajukan lagi bisnis makan ini. strateginya begini, promosinya begitu, cadangannya memang hebat. dulu kami pernah berdebat pasal politik tetapi akhirnya dia akur dengan hujah aku. tapi dia memang banyak teori. Fared Ayam, budak pencuci pinggan kami yang kami ambil bekerja kerana simpati dengan nasibnya yang selalu tidur di tepi hiway karak-kl pun telah dibasuhotak oleh Mat Teori.
"kenapa dia gunakan nama 'ayam' sedangkan dia tau nama itu satu doa?" tanya dia kepada aku, bukan pada Ayam yang dah balik tidur di kolong tepi hiway. tapi aku suka dia, mat teori yang telah menutup restorannya beberapa bulan lalu untuk menumpukan kerja kontraktor dan seorang dua bekas pekerja restorannya pernah juga bekerja dengan kami.

Monday, July 26, 2010

lawannnnnnnnnnnnn!!

di mahkamah jalan duta tadi petang, Zunar dari Sepakat Efektif dan Prem (kanan sekali) dari Mkini memfailkan saman terhadap KDN kerana mengharamkan buku Perak Darul Kartun dan 1Funny Malaysia.

dari kiri: kartunis Jonos, aku , Hishamuddin Rais, Zunar dan Prem

Sunday, July 25, 2010

universiti kaki lima

Blog ini ditukar sedikit penulisannya dengan tajuk KulupSakah graduan universiti kaki lima yang akan menceritakan kisah manusia yang aku temui sepanjang berada di kafe Uk5 kami. Harap korang suka.

Uk5 kafe (Pyanhabib marah- katanya kalau mahu guna perkataan 'kafe' harus ditulis "Kafe Uk5" kerana kalau Bahasa Inggeris baharulah jadi UK5 cafe) dibuka dalam keadaan modal yang sangat cukup-cukup apa yang ada. Perniagaannya sederhana, maklumlah Restoran mamak di depan kedai kami adalah pencabar yang terlalu gagah. Sukar orang kita nak yakin kedai makan Melayu yang biasanya akan dilabel servis yang lembap, makanan cincai dan macam-macam. Dalam keadaan bertatih kami teruskan juga. Ahad minggu lepas dibuka semula setelah hampir dua bulan tutup kerana kesihatan Annisa dan An-Nur tak stabil. Sudah tentulah mengumpul semula pelanggan yang hilang adalah kerja sukar. Alhamdulillah, pelanggan sudah mula sedar kafe ini dibuka semula. Aku suka memerhatikan kerenah manusia. Salah seorang pelangganku namanya aku tak tahu tapi aku gelarkan dia Mat Bahasa. Bukanlah kerana dia pejuang bahasa tetapi dia selalu menceritakan keberanian dia 'membahasakan' sesiapa saja yang cari pasal dengan dia. Bertubuh gempal dan berwajah garang memang seperti samseng.
"Sekali tu ada dua budak Cina kerja kompeni along kot sedang tampal sticker iklan along depan rumah saya. Saya tak kasi dia tampal tapi dia jawab dengan kurang ajar. Apalagi, saya bahasakan dia. Kalau mau gaduh mari cepat. Terus blah budak tu.'

Ketika lainnya ada cerita pasal membahasakan orang lain pula. " Restoran depan tu pernah saya lempar cawan sebab lambat. Saya bahasakan je taukeh tu. Menggelabah dia!"..
Dan bermacam-macam lagi. Selalunya mesti ada saja mangsa sergahannya.
Dua minggu dia tak datang kami tertanya-tanya ke mana menghilang dia. Apakah dia tak mahu minum di kafe kami lagi ? Adakah dia pergi ke kafe lain dan bercerita yang kami telah dibahasakannya pulak? Maklumlah dia asyik membahasakan sesipa saja. Betul tidak lain cerita.

Semalam dia datang juga. badannya sedikit susut dan agak kurang bermaya.
"Saya kena darah tinggi. Demam dua minggu tak bangun, lembik badan. Makan pun tak selera. Bagi saya air suam dan cekodok sajalah.'
Biasanya dia akan minum nescafe kow.....

aku gatal saja nak tanya, tapi tak jadi.."Kau tak bahasakan kat Tuhan ke sebab kasi kau sakit ni? Kurang ajar betul Tuhan ye tak, samseng pun dia tak kenal.."


(gambar di bawah ni bukan Mat Bahasa tapi silap-silap korang boleh jumpa dengan dia di dapur kafe aku sedang basuh pinggan)

Wednesday, July 21, 2010

alahai tok serban dengan tok peti..

wahai tok serban dan tok peti biarlah cerdik sikit..

Ini bukan soal gaduh sesama Melayu-Islam..
Ini soal bergaduh dengan perompak, perasuah dan penzalim..
tak reti-reti?


kalau nak tolong Melayu- Islam senang je..
tolong Melayu Kelantan yang ditarik subsidi minyaknya dan..
tolong dakwa sedara semelayu-islam si Anwar Ibrahim di mahkamah yang mana undang2 yang diamalkan di bawah undang2 Islam..simple!

tak reti-reti?

Monday, July 19, 2010

cerita dalam jamban

salah satu aktiviti harianku ialah pergi Giant Kajang buang hampas perut di tandas awamnya. Aku selesa kat situ sebab ia disenggara dengan baik dan bersih. Amat celakalah aku kalau masuk dalam jamban yang bersih tapi keluar dengan mengotorkannya. Sebagai Kulupsakah aku amat geli dengan tandas kotor dan aku takkan mengotorkan tandas.
Sambil duduk menjalankan proses perkumuhan aku meninjau-ninjau coretan grafiti mahu pun vandalisme yang dilakukan. Ada yang tertulis:-

"Aku benci awek aku. so...kalu sesiapa nak rogol dia aku xde hal nyer. Nama dia Ayu" (ada disertakan nombor telefon bimbitnya sekali.

ada anak panah di bawah coretan itu sebagai respon dengan menulis:-

" Kalau aku, aku jual je dekat Chow Kit, kurang-kurang dapat gak 10k..hahaha.."

Ada pula anak panah lain merespon kepada catatan pertama tadi:-

"Buat ape kau susah2 tulis kat sini bro..baik ko pi cakap kat Karam Singh dalam aduan rakyat ha ha..'

Dari pengamatanku aku rasa budak sekolah yang tulis ni dan walaupun ada bermacam-macam komen aku tetap percaya penulisnya adalah orang yang sama sebab pen yang digunakan pun sama jenis..Haha! Tak kisahlah..
Dulu aku sangat takut nak masuk tandas di Pertama Complex sebab mat-mat pau ramai bersidai di situ mintak duit macamlah kita ni bapak tiri depa. lagi satu tandas kat CM (sekarang tak tahulah..) penuh gay berkampung dalam tandas tah pebenda nak cari tak tahulah..aku tak suka kencing kat mangkuk yang membuatkan kita kena kencing berdiri tu..tah kenapa kadang2 orang sebelah suka meninjau nak nengok barang kita..apa punya turr daa.. macamlah sendiri punya takde..
aku akan masuk dalam tandas yang berkunci..

sekali tu aku kesian kencing sebelah apek tua di tandas kotaraya..17 tahun dulu nih..aku ingat apek tu ada batu karang kot..menjerit2 cakar2 dinding nangis masa nak kencing..aku punya saspen terus blah..

Friday, July 16, 2010

terima kasih Najib.


lagi di sini

Terima kasih piem kerana menaikkan harga petrol dan barang-barang lain selaras (aha! perkataan selaras ni sila rujuk tukar tiub) dengan slogan Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

ketahuilah Najab rasul melayu, sabdanya adalah wahyu dari Apco s.w.t..
Utusan meloya adalah kitab yang benar mukjizat Najab..

Samikna wa'atakna..

Thursday, July 15, 2010

bila aku malas..

aku malas sekarang nak apdet blog,
malas nak ulas bibir najib yang seulas,
haha............tutup akhbar PR sebab takut siar cerita nama dia disebut di perancis waktu Bala ditemubual di sana
tutup paper PR sebab takut kecoh barang naik,
barang dia memang asyik naik je..
aku malas komen bila menteri kata telur cukup untuk raya ni
telur dia pun kuncup bila najib umum 1malaysia walhal dia pun tak setuju
aku malas nak nyampuk bila senatak membebel dalam fb dia kata anwar peliwat dan azmin dayus bagi bini dia dibelasah anwar..
aku malas nak cakap kalau aku kata dia pun kaki bedal bini orang
dan bini dia dibedal kawan sendiri..
boleh ke kata gitu? betul tak betul bukan penting sangat
asal boleh kata
asal boleh bohong sumpah
demi agama Islam yang sangat Zul Nodin cintai..

aku malas layan tulis aku malas nak ulas aku muak dengan puak2 yang membawa aku turut jadi malas..
esok hari jumaat, aku malas dengar khutbah yang memalaskan..kalau aku pompuan aku pasti tipu kata aku period..aku malas kau tau..
aku malas layan kerenah birokrasi yang nak tunjuk kuasa dia pada aku..
aku diajak 'bermain' aci-aci dengan mereka..jawab surat itu jawab surat ini..
tunjuk sebab, tunjuk sembab, tunjuk punai, tunjuk unjuk jari telunjuk..

aku malas kau tau aku malas...malam ni malam jumaat..
aku malas!

Wednesday, July 14, 2010

mat kasawari..

Penangguhan permit akhbar akhbar parti Pakatan Rakyat (Suara Keadilan, Harakah dan Roket) oleh KDN (Kote Dak Naik) menunjukkan kerajaan rasuah pimpinan Nazak memang dalam keadaan nazak dan tidak mahu maklumat sampai kepada rakyat. Dalam keadaan semua berita digelapkan, Nazak akan mengadakan pilihanraya mengikutkatanya akan diadakan dalam keadaan mengejutkan semua pihak. Maklumlah M.Rosma memang sukakan surprise party.
Strategi seterusnya adalah terus cuba memburukkan imej PR dengan menyiarkan keburukan2 parti dan tokoh2 mereka. Media-media akan memperbesar2kan cerita tentang salah laku dan penyelewengan YB2 PR. SPeRMa dan Polis dijuburbabikan untuk menjadi perkakas mencekup, memerangkap dan menyiasat seterusnya mengugut. Kes yang tak ada diada-adakan. Ini semata-mata taktik untuk mengotorkan imej PR.
Lihatlah kes Khalid IBrahim rasuah lembu dan sebagainya - senyappppp je selepas dihebohkan seluruh MalayIsa hingga ke Mongolia.
Ketakutan amat jelas sampai majalah dan buku kartun politik pun diharamnajiskan.

Nazak di bawah kawalan suaminya M.Rosma yang garang ternyata lebih kejam, sadis dan primitif berbanding Mamak Kutty al Peraun..
Dia cuba menghindari masalah yang mencengkamnya dengan memasukkan mukanya ke dalam lobang dan menyangka musuhnya sudah tiada. Dia seperti kasawari yang semput dirogol badak.

Tuesday, July 13, 2010

apa kata anda?

BERITA

Beruk Main Bola Boleh Tarik Pelancong - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.

Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Monday, July 12, 2010

jangan ada gentar atau rasa tak popular


gambar atas: agen asing

tahniah saudara Azmin Ali yang lantang bersuara tanpa rasa gentar dan rasa tak popular dalam usaha memastikan kerajaan pakatan rakyat Selangor mampu menjaga kebajikan rakyat Selangor. baca di sini..Memang benar, kecenderungan exco2 tertentu melantik syarikat2 tertentu menjadi perunding untuk sesebuah acara dan majlis besar-besaran boleh menimbulkan spekulasi kerana dikhuatiri ia akan mengamalkan kronisme sama seperti kerajaan rasuah umno/BN. Kos perbelanjaan akan juga meningkat kerana syarikat perunding ini pastilah akan 'sub' kan kepada yang kecil2..

Umpamanya Tourism Selangor pada tahun ini telah melantik sebuah syarikat untuk menjadi penganjur Festival Musical berbanding tahun lepas di mana pada tahun lepas banyak syarikat2 persembahan yang kecil2 berpeluang mengadakan persembahan dengan penuh kepelbagaian identiti. Hari ini mereka tidak dapat peluang lagi melainkan mereka kenal syarikat perunding ini. maka dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor' pasti gagal disebabkan oleh pemimpin sendiri. Selain itu kalau kita lihat Program Tuisyen Percuma Rakyat Selangor dilihat terlalu susah birokrasinya disebabkan kelemahan pengurusan perunding yang dilantik. Diharap tahun ini ia akan bertambah baik. Perunding dan juga exco terbabit diharap kerap turun ke padang untuk melihat kelancaran program ini di peringkat 'ground' dan bukan membiarkan staf mereka menjalankan kerja tanpa seliaan.

Azmin juga membangkitkan masalah kelewatan kelulusan program pinjaman mikrokredit untuk peniaga2 kecil. Sebelum ini Anwar juga sudah membangkitkan perkara yang sama. Betul tu! Cepatlah sikit, apa yang lembab sangat..nak tolong peniaga2 kecil ni tak payah banyak kerenah sangat. Along uruskan loan senang je.. Peniaga2 pasar malam ni bukan reti sangat nak buat proposal ke kertas kerja ke..mudahkan urusan, jangan banyak sangat birokrasi..interview mereka dan buat lawatan tapak kemudian beri dengan faedah yang cukup rendah. dulu kata Selangor kayakan?

KETUANAN RAKYAT!

nak jayakan pun mesti telus. jangan ada yang ambil kesempatan macam TEKUN umno buat tu. asal ahli umno je takde bisnes pun boleh mohon dan lulus. tipu sana sini sikit, dapat. yang benar2 memerlukan tak dapat. kalau ada ahli perti PR yang benar2 meniaga dan layak untuk dibantu, bantulah kerana mereka layak. tapi kalau ada yang menipu dan ambil kesempatan, terajang je ke balai polis atau sprm yang sangat suka menangkap orang PR.

kerajaan negeri telah memulakan dengan baik dan jangan sia2kan peluang yang ada. mana2 exco yang lembab, hampeh, dan mula nak amalkan kronisme - tendang depa sebelum imej rosak.

JANGAN BAGI MUKA!

Saturday, July 10, 2010

gila bola

aku bukan kaki bola dan takdelah ambil serius pasal bola ni. EPL ke hapa ke aku pedulik hapa. Apatah lagi Piala Malaysia. Tapi waktu kecik2 dulu ambil tahu jugaklah team Pahang dalam Piala Malaysia.
Sebenarnya paling happening masa aku kecik2 ialah Liga Bentong - Kejohanan bolasepak di daerah kami yang sangat berprestij. Ia macam pesta. Kebetulan aku tinggal lebih kurang 2km dekat pekan Bentong maka tiap2 petang aku dah tunggu di padang menyaksikan liga ni. Team kegemaran aku tentulah team dari kampung aku. Kelakarnya masa tu team kampung aku guna nama "Umno Chamang f.c" - langsung tak terfikir masa tu aku tentang parti politik tu adakah masa tu team tersebut memang dapat sponsor dari umno atau ada orang parti cuba ambil kesempatan buat duit, tak pasti. Aku tak tahu, yang aku tahu pemain2nya adalah wira kampung aku yang sangat aku minat. Kami siap buat lakaran pada buku catatan untuk mencongak potensi dan peluang.
Tanda-tanda liga Bentong hampir apabila Liga lain sudah bermula seperti Liga Polis, Liga askar (kem askar berdekatan dengan daerah kami, mungkin mereka pilih pemain terbaik dari liga mereka bagi mewakili team askar ke liga bentong).
Menariknya ada berbagai2 team. Team budak2 India namanya KBBT (Kelab Bell Belia Tamil), Team bebudak Cina namanya Kenzo, ada team dari felda2 seperti Bilut, Sertik, Mempaga. Ada kampung2 tradisional seperti Benus, Janda Baik, Ketari dan lain-lain.
Paling menarik liga Genting di mana semua staf Genting punya liga sendiri. Mereka turun dari puncak gunung tersebut dan bermain di padang daerah kami. kalau tengok bas mereka dan jersi fuyoo, klas oo tapi main macam hampeh tebu..kah kah!
Dari Liga Bentong inilah akan dipilih pemain terbaik mewakili Pahang. Tapi biasaklah, di sinilah selalu berlakunya pemilihan kroni saja. Yang benar2 bagus kadang2 tak terpilih atau kalau terpilih pun duduk di bangku simpanan saja. Bergantung pengurus pasukan dan coachnya dari grup mana. Kadang-kadang perlawanan belum habis lagi aku dah dengar mereka berbincang nak tidur hotel mana, pi jalan kat mana waktu bawak team daerah nanti ke peringkat negeri. haha!
Budak kampung aku dulu pernah dipilih berlatih untuk team Pahang tapi kemudiannya digugurkan atas alasan dia muda lagi.. baru 17 tahun dan tak sekolah sebab gagal SRP. Ceh! Pele main untuk Brazil pun ketika usia itu.
Aku juga tertanya2 ke mana perginya orang2 asli yang sewaktu mewakili pasukan sekolah mereka sangat hebat sekali tapi akhirnya mereka lenyap hilang gitu saja.
Aku? Pencapaian terbaik aku mewakili pasukan sekolah bawah 15 tahun. Itu pun simpanan dan team sekolah aku masa tu adalah team belasahan..huhu! Kira okeylah tu sebab kalau ikutkan aku minat sukan gusti dan berhasrat nak masuk wrestling tapi Malaysia takde...ptuihh!
bayangkan aku juara World Wrestling Federation menewaskan Hulk Hogan masa tu.

haiya alal bola!

haiya alal falah
haiya!
haiya alal falah!
mari!
marilah!
marilah menuju kejayaan..

dunia akhirat
zahir batin
awal muhammad
tiada akhir

marilah menuju kejayaan
mengenali diri sendiri
haiya!
Ya Hayy!

(tajuk entry takde kena mengena dgn puisi ini)

Thursday, July 8, 2010

ini betul cerita hantu

korang kalau cerita hantu kemain lagi..ceh! Cerita sedih dan berat senyap je..

Masa kecik-kecik aku suka dengar Tok cerita hantu. Pengalamannya berjumpa hantu. Dan Tok memang terapkan kepada kami anak cucunya agar jangan sesekali takut dengan hantu. Aku akan duduk sambil mendengar cerita Tok.

Suatu petang hampir senja tok mandi sungai dekat rumah. Tiba-tiba bunyi suara ketawa mengilai. Tok jerit," Ate menjerit je buat penama? Marile mandi same!". Suara itu tak kedengaran lagi.

Masa yang lainnya Tok mandi waktu malam. Dan sewaktu naik ke tebing dan hendak salin pakaian, tiba2 ada lembaga hitam seperti kerbau hendak meluru kepadanya. Bunyinya sangat kuat. Tok sedikit pun tak panik. Tok mengelak sikit saja sambil melindungi api pelita agar tak terpadam. Anehnya bayang hitam itu hilang.

Ketika menggagau udang di Sungai Perak bersama dua kawannya kedengaran suara perempuan mengilai cuba mengganggu. Tok menjerit, "hah! Mari sini kamu bior kami bergilior merogol kamu." Biasalah, pontianak barangkali takut juga dirogol. Cabut adalah lebih baik.

Pernah Tok menghantar Kak Yong aku untuk tidur di rumah kawannya pada suatu malam dan sewaktu berjalan pulang melintasi kawasan perkuburan ada lembaga memakai tarbus cuba mengganggu Tok. Tok mengeluarkan golok dan mengejar lembaga tersebut.
"Mari ke mari kamu, bior aku tangkap kamu letak di muzium. dapat jugak anak cucu aku nompang nengok rope kamu!".

Tok banyak berpesan kepada aku tentang hidup dan hakikat kehidupan. Hubungan insan dengan Tuhan - yang mana Allah yang mana insan, yang mana Muhammad dan yang mana Adam.

"Siapa berani dengan kamu kalau kamu dah kenal hakikat?"
Al fatihah Tok.




Allahyarham Tok, Pah , aku (duduk sebelah kiri) dan Arip sepupu aku.

Wednesday, July 7, 2010

hantu kepala serigala.

aku malas cerita pasal politik..musim bola ni semua tak jadi apa.. sambil dok ngangkang begini aku teringat sebuah cerita yang agak seram yang kami alami semasa dok gila main bola kecik2 dulu.

5 petang. Hujan lebat tak menggagalkan hasrat kami untuk bermain bola. Padang sekolah berhampiran rumah kami adalah tempat kami beraksi. Tak macam sekarang, pintu pagar sekolah dulu tak memerlukan pengawal keselamatn. Guard hanya bertugas malam saja. Kalau pintu pagar berkunci kami panjat pagar.
Aku suka bermain dalam hujan. Selitkan daun di cuping telinga adalah petua yang kami percaya untuk tidak demam. lepas tu buka baju dan hiarghhh!! Main bola.

Lebih kurang pukul 6 petang hari dah mula gelap sebab hujan lebat. Kami ke tandas laki-laki untuk mandi. Petang tiada kelas jadi suasana memang sunyi. Tandas murid kau tahu sajalah, kotor dan hancing. Jambannya macam belacan.
Sedang kami yang seramai 8 orang mandi, terdengar bunyi suara bayi menangis di tingkat atas. Tandas murid perempuan. Sayu saja tangisan tu. bulu roma meremang. Terasa seram tapi disebabkan ramai, kami setuju untuk menyiasat.

"Kita tengok Lup." kata Sazali yang 5 tahun lebih muda dari kami. Dia ni biasanya akan jadi mangsa buli kami. Pernah sewaktu main nyorok-nyorok kat sekolah ni - waktu dia dok tutup mata membilang sampai seratus sebelum mencari kami yang menyorok, kami blah balik rumah tinggalkan dia dok mencari sampai senja. (Sazali sudah arwah beberapa tahun lalu kerana overdose dadah - Al Fatihah)

"Aku suspen nih.." kata Mi Manap. (hampir 20 tahun tak jumpa dan 2 tahun lepas jumpa semula. Sempat bertandang ke rumah aku sebelum hilang tanpa dikesan semula hari ini)

"Apa-apahal kita balun dengan besi ni." kata Sham Malek yang dah siap sedia dengan besi paip. (Sham Malek kemudiannya membesar dengan sejarah handal bergaduh.)

"Baca ayat Qursi." kata Mat Sahak anak Pak Imam kampung kami yang hingga hari ini adalah kawan paling sejati.

Kami pun membaca ayat Qursi beramai-ramai. Di dalam jamban. Suara tangisan bayi tetap mendayu. Kami mendaki anak tangga. Rahim Dollah di depan sekali. matanya liar ke kiri ke kanan. patutlah hari ini dia kerja pegawai kastam. Aku nombor dua diikuti Sham, Mi, Sazli dan Mat. Dua beradik Cikedi dan Kutan bersedia di basikal. Takut basikal kena curi dan bersedia untuk memastikan laluan untuk kami lari selamat.

Sampai saja depan pintu tandas, suara tangisan hilang. kami berpandangan sesama sendiri. Kali ini suara tersebut kedengaran di tandas guru wanita blok bertentangan. kami makin suspen. aku nampak mata Rahim Dollah membuntang seperti sedikit ketakutan. Bau hanyir seperti darah tiba-tiba menerpa. Tak tahu dari mana.

"okey, kita berani saja serbu terus ke tandas tu. apa nak jadi- jadilah. setuju?" ajak Sham Malek. kami setuju. Dan.............

(Selamat menonton bolasepak dan terima kasih kerana sudi baca cerita bohong ni))

Monday, July 5, 2010

gempar! legenda rock n roll kembali!


band "Iron mydin"yang paling mengebom abad ini akan beraksi di royal albert hall. tiket percuma dibatalkan.
lagu dijangka akan dinyanyikan: live after bombed till dead, stairways to kemunting, kill 'em all, 2 minutes to mid year.

Sunday, July 4, 2010

makin kenyang makin bangang..

fatwa As Syafie Apedal pengasas mazhab syapie


PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.


ni cerita ezam lak..aku maleh nak komen banyak..cubalah korang tengok statement dia di facebook dan di akhbar2..
apa kata korang?


ezam sedang menceritakan bagaimana dia dikejar ular



appa punya turr! edisi belasah kawan sendiri.

bila tengok gambar saudara haslan tentang program nasyid anjuran tourism selangor (kalau tak silap) Sabtu lalu di stadium melawati shah alam yang gagal walaupun ada artis dari luar negara macam2 aku rasa. nak nangis, tergelak, malu dan nak ucap padan muka pun ada gak.
yennadey?
restoran mamak tengok world cup pun lagi ramai. Pekan Frinjan pun ramai jugak pada malam yang sama walaupun demam bola melanda dunia.
kenapa jadi gini? Aku kekadang cemuih juga dengar komplen kawan2 kita. mula2 malas ambil pot tapi lama kelamaan kalau dah ramai komplen yelah tu..
mengapa banyak program anjuran kerajaan negeri selangor bawah exco2 tertentu gagal?
buat program seni gagal, karnival rakyat hancus, program wanita lingkup..macam syok sendiri kenapa?

sebab pimpinan dan orang2nya gagal mengenalpasti kebolehan dan potensi kawan2 pejuang sendiri. paling penting mereka tak percaya agaknya. Seniman yang pro PR sewaktu zaman perit tidak pernah berkira soal wang untuk buat persembahan di mana2 program parti atau rakyat tetapi bila kita memerintah - mereka dilupakan. Kepala kita masih nak pop, ambil artis tv dengan bayaran standard mereka walhal mereka ni dalam program anjuran umno ke dalam rtm ka dok tibai kita..naik meluat aku tengok ada mamat tu boleh dapat perform tapi bila tengok dalam tv kekadang perli tok gurulah, perli PR....ni artis cari makan..oportunis.
panggillah seniman kita jadi penasihat. rangka program, promosi dengan betul. bagi yang mahir tubuhkan ajk. budak2 frinjan ada pengikut mereka, ada republik anak muda, sindiket soljah yang aktif membuat persembahan tanpa bayaran.
bagilah mereka peluang. mereka tak mahu stadium melawati aih..
tapi angkat mereka kerana bakat dan sesuatu yangmereka bawa. Ni asyik nampak yang dah top dan glamer je. Takde beza dengan jomheboh. Kalau syok tengok artis wanita menyanyi sambil main gitar tu (sapa ke namanya) apa kurangnya Beeha, penyanyi wanita yang menyanyi sambil bermain gitar di Frinjan. Atau bebudak Dewangga Sakti yang main muzik ala mini orkestra. Lagu ketuhanan? Ramai!
Kumpulan Usratika ada. Kumpulan Dendang Anak yang dah menjelajah seluruh nusantara pun ada. PR cubalah angkat dan bina satu imej mempopularkan seni muzik dan lagu alternatif. Ambil penyanyi nasyid luar negara berapa besar kos tu?
Penyanyi Meor, Nikbinjidan, Airmas, Black Amin (sekadar menyebut beberapa nama) adalah penyanyi lagu independen yang berbakat dan ada pengikut sendiri.

Promosi?
Dah tentu akhbar perdana tak nak cover punya. takkan tak reti2 lagi. itu pun tak tahu ka?
carilah blogger kita yang cukup berpengaruh dan bincangkan tentang penyebaran maklumat. Ada budak parti PKR kata TV Selangor pun dipilih tah apa kriteria tah sampai tak berkesan langsung sampaikan info.
Ramai bersungut cukup susah nak yakinkan exco2 ni untuk buat program. Pegawai2 yang mereka lantik (bukan ahli parti tapi dari NGO yang YB ni aktif) tak kenal mereka dan banyak lak sekatannya.
Kawan aku geng lawyer pernah bawa proposal untuk buat program melalui satu exco tu tapi mereka kemudiannya diberi ceramah oleh pegawai kanan yb bagaimana mahu buat wang.
ceh!!

kata budak2 bawah ni, "tolong dengar suara bawah, jangan sampai kami fed-up!"

Saturday, July 3, 2010

rapatkan saf!


petang ni demo di masjid negara

Thursday, July 1, 2010

seorang pak cik tua penghisap rokok di suatu petang di luar pagar masjid sri petaling..

"Ada api?" tanya lelaki tua itu. Aku agak dia dah 70an.
"Takde. Tak hisap rokok." jawab aku.
"Baguslah." kata dia.
"Saya berhenti dah tujuh tahun dah." kataku.
"Aku dulu pun dah berhenti juga. Lama. 13 tahun tak merokok tapi bila bini aku meninggal 4 tahun lepas aku start merokok balik, sampai sekarang." kata dia.

Tap! Dia membakar rokoknya dengan lighter yang diambil dari kocek belakang seluarnya. Kalau ada api buat apa tanya aku tadi?

"Rokok adalah sahabat paling jujur. Dia dah kata dah di kotaknya yang dia membahayakan kesihatan. Dia dah akui keburukannya. Kalau kau sanggup berkawan, kau mesti menerima keburukannya seada mungkin." kata dia lagi.

"Susah nak cari kawan macam tu sekarang. Adik beradik lagi hancur. Kalau kau miskin takde siapa mahu dengar cakap kau."

Azan Asar berkumandang dari corong masjid sri petaling.

"Tuhan dah panggil tu. Aku pergi dulu." Dia melangkah menuju ke masjid. Dalam 5 langkah dia berpaling padaku dan berkata,"Sahabat yang baik adalah yang semakin hari makin rapat dengan kita. Siapa? mim alif ta ya!". Dia berjalan terus.

"Patutlah pak cik hisap rokok macam nak gila. Tak sabar nak jumpa sahabat baik kot?" jerit aku...dalam hati.