Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Tuesday, August 31, 2010

malam al qadar

"Lailatulqadar Wak dah sampai!" kata Wak menyeringai menampakkan taringnya. "Berkat ibadah yang tak putus-putus akhirnya malam tadi menderu-deru malaikat turun dari langit membawa rezeki dalam gerai songkok Wak."
Wak penjual songkok sama-sama berniaga bazar ramadhan dengan kami sejak tiga tahun lalu tetapi baru seminggu dua ni kami bertegur sapa. Mungkin kerana wajah serius dan imej songkok tingginya membuat aku agak skeptik. Atau mungkin juga muka aku tak mesra alam membuat Wak malas menegur aku selama ini. (Kesian, songkok dan kopiah bisa merenggangkan silaturrahim).

"Ibadah apa yang Wak buat tak putus-putus? Aku tengok Wak tak pernah tarawih pun, asyik dok kedai songkok ni je..(macam aku)" tanya aku.

"Nak harapkan tarawih Wak memanglah tak menderu- tapi orang balik tarawih menderu-deru masuk beli songkok Wak. Berkat ibadah Wak." kata Wak. "Apa kau ingat solat aje ibadah?" jerkah Wak macam mengerti kekusutan aku.

"Apabila kau menyebut innasolati wanusuki wamahyaya wamamati maknanya apa saja yang kau bikin untuk kebaikan diri kau demi Allah adalah ibadah. APA SAJA! Makan ibadah, tidur ibadah, rehat, kerja dan berniaga ini adalah ibadah. Asalkan kau ikhlas dan jujur. ASALKAN NIATMU MENEGAKKAN KALIMAHNYA."
"Apa saja kau lakukan..setiap lenggang tangan dan langkah kaki sewaktu berjalan, setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, setiap adanya gerak-bergerak haruslah kau pulangkan kepada Yang Maha Suci. Itulah ibadah berterusan, tanpa ada campurtangan orang lain dan ikhlas redha meredhai antara kau dan Dia."

"Ah! LailatulQadar Wak sudah sampai." senyumnya lagi tetapi matanya seakan basah.

Aku yang ala-Qadar ini mengambil masa sedikit untuk mengerti kata-katanya.

Monday, August 30, 2010

mer..de..ka..

apa merdeka?
kalimah syahadah telah memerdekakan manusia dari segala bentuk perhambaan dan penjajahan.

jika mengingkari perintah apa yang dilafazkan untuk kalimah ini demi menuruti makhluk lain kerana takutkan mereka adalah syirik dan tidak merdeka.

mudahkan?
...aku belum merdeka



cuba korang tengok karya aku pasal merdeka di sini

Saturday, August 28, 2010

selindung di balik 'alif'

gambar selingan. pompuan islam masuk surau tak tutup aurat..lagi hina ye dak?


sebagai warden asrama yang dipenuhi budak-budak tingkatan 4 dan 5 yang mendewasa dan ganas suatu waktu dulu, aku amat ditakuti mereka. Bukanlah kerana aku garang, malah ada warden dan guru yang lebih garang tetapi telah dicipta 'dongeng' untuk aku. Aku telah dilabel turun temurun oleh pelajar-pelajar ini sebagai 'lelaki misteri' kerana sukar membaca gerakanku.
Pelajar-pelajar yang selalu melakukan aktiviti nakal seperti merokok, menghisap ganja atau mencuri telah mencipta 'pantang' baru iaitu jangan sesekali menyebut namaku setiap kali mereka sedang melakukan aktiviti kerana banyak kali berlaku - apabila mereka sebut namaku, aku tiba-tiba menjelma menangkap mereka. Ini telah diturunkan kepada junior-junior mereka. Pantang!
Asrama sekolah itu rekaan lama di mana pintu masuk dormnya cuma satu saja dan tiada pintu kecemasan. Pelajar-pelajar biasanya akan merokok setelah lampu dipadamkan dan seseorang akan menunggu di luar pintu untuk 'cover line'. Pernah sekali aku telah berjaya melolos masuk tanpa disedari oleh penjaga pintu dan aku duduk bersama kumpulan merokok di dalam gelap. Kebetulan tubuh dan saiz aku lebih kurang mereka saja ketika itu (dan hingga kini..hehe!). Apabila aku menepuk bahu salah seorang dari mereka memintanya menyalakan lampu, mamat itu terkejut. dalam samar gelap dia masih cam aku. Lampu dibuka dan aku telah menangkap mereka. Selepas itu hebohlah cerita tentang kehebatan aku menjelma dalam gelap dan masuk tanpa disedari penjaga pintu. Cerita ini diheboh-hebohkan malah pelajar-pelajar ini mengadu juga kepada guru-guru lain dan kaunselor.
"Sumpah kami dah kunci pintu dan tak tinggalkan pintu, macamana dia boleh masuk? Gila!" kata mereka. maka aku pun dikaitkan dengan ilmu persilatan dan jampi serapah. Kebetulan pula aku guru penasihat Silat masa tu. (penasihat je bukan tok guru). Dan itu bukan sekali, ada banyak juga kes seumpama begitu berlaku.
Apabila sampai kepada pengetua cerita itu, dia bertanya kepadaku,"Adakah cikgu Kulup mengamalkan ilmu berselindung di sebalik 'Alif'?"
Aku jawab," saya duduk di dalam titik 'Ba'?"

hahaah!

*jangan ambil serius jawapan terakhir aku..ia sekadar lawak. aku cuma memanipulasi kelekaan mereka dengan sedikit taktik David Blaine..tih tih tih!

Friday, August 27, 2010

bila kepala bangang...ekor bahalol..

aku paling menyampah tahap bangsat kalau ada isu agama seperti isu bukan islam masuk masjidlah, cina baca ayat quranlah, melayu masuk tokonglah..
dan paling babi apabila media utama mainkan isu ini.
ia cukup jelas di mata dunia bahawa pengetahuan Islam kita ditahap bebal dan bodoh nak mampus.

aku pernah ternampak banner yang ditulis di situ "Allah untuk orang Islam saja" dan di bawah banner tersebut ditulis MAIS. Tak sempat nak ambil gambar.

Inilah tahap bangang dan semalam kawan aku seorang peniaga juga memperkatakan tentang biadabnya amoi parlimen serdang menghina islam masuk surau tak pakai tudung. Kalau aku balas sikit aje tentu mamat ni tergolek..kalau aku cakap paling hina islam jika umatnya sendiri tak pakai tudung luar masjid dah tentu dia malu akan bininya. Tapi aku bukan macam tu.kerja menilai orang ada iman ke takde iman ke bukan kerja aku. aku terima sapa saja kawan aku dan macamana pegangannya itu hak dia, pemahaman dia dan keyakinan dia. aku hormat dan sayang kawan-kawan aku walau apa bentuk penampilannya. itu adalah fi'il Allah yang berbagai-bagai menunjukkan kesempurnaan kejadianNya.

yang aku nak marah, dah 50 tahun isu bodoh gini masih dibualkan. kalau Ketua bodoh dah tentu anak buah bangang. Sebab itulah menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimin dan muslimah (tolabul ilmi faridhatun ala kulli muslimin wa muslimat). Tak tuntut ilmu berdosa sebab akhirnya kita sendirilah yang akan menilai sesuatu kebenaran ilmu.
ilmu apa?
cakap pandai ahli sunnah wal jamaah konon..
apa dia ahli sunnah wal jamaah?
apa tiga cabang ilmu yang ahli sunnah wal jamaah gariskan yang berdosa jika tak dituntut?
islam, iman dan ehsan yang telah pun disiapkan cabang ilmunya oleh ulama terdahulu melalui ilmu fiqh, tauhid/usuluddin dan tasawwuf.
kalau tak tahu tiga cabang ni nak mengaku sunnah wal jamaah hapa?

sibuk haram itu kafir ini, halal itu harbi ini..
ya betul kata tukar tiub, KFC dan McD tu halal ke? sila jawab dengan tegas!!itu paling sempoi..yang masuk tembolok hari-hari tu..
ayam yang dah siap proses dibeli di pasaraya tu pastikah bukan bangkai ayam yang mati dalam lori ketika dalam perjalanan?

toksah cerita pasal syariat, tariqat, hakikat dan makrifat lagi.. belum hurai Allah dari sudut asma, zat, sifat dan af'alNya..kang pening!

asal usul kejadian diri pun tak reti nak cerita...zahir tubuh badan bagaimana kejadiannya dan roh dari mana masuknya..apa hubungkait antara pencipta dengan insan ketika proses kelahiran ini pun tak tahu..

kaji diri sendiri dulu..lihat diri sendiri dulu...
mengapa nama kita begitui, mengapa lahir tarikh itu pun ada rahsianya..
berapa lama kamu di dalam kandungan bapa sebelum dipindah ke rahim ibu..dalam kandungan, anggota apa yang jadi dulu? mani bapa membentuk anggota apa dan benih ibu membentuk anggota mana?
apa hubungkait benda2 ni dengan kalimah ALLAH?

belajar..
jangan sibuk nak jadi kepala tapi huru-hara..

Thursday, August 26, 2010

oh anak..

kalau bertemu kawan-kawan,ipar duai, adik beradik atau sepupu sepapat pastilah ceritanya akan berkisar tentang berapa anak kau, dah pandai apa, berapa gred dia dan bla..bla..bla...kenakalan, kecomelan dan macam-macam.
Aku jarang ambil pot cerita-cerita begini sebab aku kurang berminat.
"Eleh, sebab anak kau dua-dua tak boleh buat apa-apa, hanya terlantar sebab tulah takd cerita menarik untuk dikongsikan." Mungkin ada yang berfikiran begitu dan kalau melihat aku mengacah-acah anak kecil pasti ada orang berkata,"kesian dia..teringin sangat nak anak normal."

Hihihi....aku pernah dengar semua tu dilemparkan pada aku dan ketahuilah ia tak memberi kesan dan ketahuilah anggapan itu adalah salah. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku tak berminat sebab dari dulu lagi aku cukup sedar dengan ayat:"Dan janganlah anak-anak kamu dan harta benda kamu melalaikan kamu kelak kamu akan tergolong dalam golongan yang rugi."

Ya..melalaikan...cinta lebih-lebih akan menyebabkan kita lalai dan jauh. perasan dan syok sendiri. kalau kita tak sedar ia pinjaman, suatu hari nanti kita akan gila apabila pinjaman itu ditarik.

Aku teringat kisah seorang sufi yang sangat abid sehinggalah apabila dia mendapat anak, ia leka bermain dengan anaknya. Suatu malam ia bermimpi melihat sekumpulan manusia berkuda memegang panji-panji. Dia cuba menghampiri kumpulan tersebut yang diketuai Rasulullah tetapi Rasulullah mengatakan ia tak layak kerana ia bukanlah dari kumpulan tersebut.
"kau terkeluar sejak kau sibuk dengan anakmu."
Dia kemudia terjaga apabila terdengar jeritan jirannya melaungkan yang anaknya mati jatuh dari bumbung.
(Aku adalah pengkagum Dzun Nun al Misri, Rabiatul Adawiyah, Junaid al Baghdadi, Syeikh Abd Qadir Jailani, Ibrahim Adham dan Sunan Kalijaga)

Sayang anak...sanggupkah kau menyembelih anakmu seperti Ibrahim jika diperintah Allah?
"Demi Allah, jika anakku Fatimah sendiri mencuri, akan kupotong tangannya." kata Rasulullah saw.


p/s entry ni ditulis setelah tak dapat tidur diganggu An-Nur yang merengek sepanjang malam sampai subuh minta ditepuk bahunya...arghh!!

Tuesday, August 24, 2010

satu hari di bulan puasa..

seorang polis trafik yang kami kenal iaitu bapa kepada kawan kami juga dilihat memberhentikan motosikal polisnya dan masuk ke dalam bilik wudhuk surau berhampiran tempat kami yang sedang bermain tuju selipar.
Surau itu kepunyaan arwah nenek Nazim, kawanku yang rumahnya beberapa rantai dari situ. Neneknya mewakafkan surau yang terletak di tepi jalan utama ke Raub-Kuala Lipis-Gua Musang itu.
Dengan pakaian seragamnya, dia membuka bungkusan nasi dan makan dengan laju.

"Pak cik tak puasa?" tanya Nazim. Kami terhendap-hendap di balik dinding zink yang mengepung kolah wudhuk.

"Pak Cik tak sahur, nak." kata pak cik tu. Mungkin dia penat sangat agaknya dan perut boroi yang selalu diletakkan di atas tangki motosikalnya tak mampu menyimpan stok sehingga waktu berbuka.

"Saya pun tak sahur jugak pak cik." kata Nazim, budak darjah 6 sebaya dengan aku.

"Puasa ni untuk diri kita, nak. Bukan untuk Tuhan. Tuhan Maha Kaya dan tak perlu apa-apa dari kita. Tidak cacat dan lemah akan Dia jika kita tak berpuasa. Puasa ni untuk kita. Kalau kita buat ia baik untuk kita."

"Pak cik tak puasa?" kata Nazim.

"Pak cik tetap bersembunyi dan memelihara kesucian bulan puasa. Kalau pak cik makan di khalayak ramai pak cik rela dituduh menghina agama."

"Macam solat. Kenapa orang selamba je tak solat apabila sampai waktu solat. Merayau-rayau. Tak menghina ke?" soal pak cik tu semula.

Kami perlahan-lahan meninggalkan pak cik yang sedang makan itu dan meneruskan main tuju selipar.

Monday, August 23, 2010

pelaris gampang!

Macam biasa, sedang Sham sibuk melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai jubah dan kurta kami masuk sepasang suami isteri (agaknya) dari seberang membelek-belek pakaian. Apabila semua pelanggan sudah keluar, pasangan ini merapati Sham.

"Adik, mau pelaris tak?" tanya si perempuan. " Adik mahu jualan adik laris. Orang pegang baju saja terus beli. Satu hari boleh jual banyak." katanya lagi.

"Suami akak ni ada dua je bahan pelaris. Kami tak mahu jual tapi entah kenapa hati dia terbuka nak bagi adik bila melihat gerai ni." madahnya lagi.

Sham sudah bersedia mental dan fizikal. Cuba melayani sebaik mungkin. Entah pelik apa rasional Sham agak baik, tidak terus hentam saja macam selalu. Tak kasi can.

Mereka terus berkempen bahan pelaris mereka tetapi agak kona-kona dan tidak berterus terang. Sham masih tak faham apa jenis bahan pelaris. Geliga ke, batu ke, minyak ke..

Berulang-ulang kali mereka kata mereka tak mahu jual cuma harga 'ikhlas' je. Tapi ayat mereka berdolak- dalih.

"Adik jangan risau, minyak ini takkan habis. Bila bulan mengambang ia akan penuh. Kalau kita ikhlas, Insyaallah rezeki akan datang dan masuk."

Oh, minyak.

"Ye, kak. Terima kasih. Saya ikhlas berniaga dan percaya rezeki Allah akan beri. Takpelah ye, saya tak perlukannya." Penolakan lembut itu disambut baik dan mereka keluar.

Aku teringat akan kawanku yang berniaga pakaian juga. Ditawarkan oleh seorang pelanggan akan perkhidmatannya yang pakar dalam hal melariskan jualan ni. Berhabis dia RM4000 habuk pun tadak. Yang laris perniagaan bomoh tu.
Huih! Macam-macam manusia cari makan. Kenapa jadi begini? Sudahlah kecurian kerap berlaku akhir-akhir ini. Dalam sibuk2 itu tanpa sedar, henfon Sham dicuri. Kata seorang kawan, " dapat pencuri tu elok dicincang-cincang je."

Aik? kan Tuhan dah suruh buat apa yang digariskanNya dalam Quran. Kita yang degil dan sombong. Berani ke nak mencuri kalau kantoi kena potong tangan?
Aku teringat di Arab Saudi, rasa selamat.

interview ..

sejak kecik, aku rasa bakat adalah anugerah tetapi ada katalis yang mendorong. macam aku, aku teruja melihat kartunis Nan (din teksi) buat demonstrasi dalam suatu game show masa aku kecik2 dulu. lepas tu aku tak berhenti melukis.

aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna? dan skang dgn majalah mna?

Ronasina: karya pertama tersiar di majalah gila-gila ruangan senyum pelajar. masa tu aku tingkatan 5 (1990) menggunakan nama 'fendi'. lepas tu guna macam2 nama seperti Banzai dan Ude di majalah GELAGAT, JENAKA, GADO-GADO dan UMBUT. majalah ni semuanya dah terkubur. lepas tu aku mogok berkarya sebab majalah2 ni tak pernah bayar aku (kecuali GILA2 dan GELAGAT).


baca lagi interview dengan aku di sini

Saturday, August 21, 2010

nekad

sejak bibik pulang ke indon dua bulan lepas, kehidupan kami menjadi seperti tahun-tahun asal. Tak boleh lagi kami suami isteri keluar meninggalkan anak-anak yang terlantar. Setahun juga kami boleh bergerak dengan menaruh kepercayaan kepada bibik menjaga Annisa dan An-Nur. Dulu waktu meniaga di pasar malam, di luar pagar masjid waktu Jumaat, dua-dua anak aku akan ikut dan terbaring tergolek di belakang kereta. Panas hujan, mandi atau tidak, berak, makan minum bersama. Adanya bibik banyak membantu. Terima kasih bibik. Allah berkati kamu hendaknya.
Tapi bulan puasa ni kesihatan mereka perlu dijaga takut-takut jadi macam tahun lepas. Masuk wad. Mujurlah keluar semula tiga hari sebelum raya dan mujur juga pembantu gerai kami, Kak Seser berkhidmat dengan jujur dan baik. Kami tinggalkan sepenuhnya kepada dia dan dapat juga dia bonus kerana kecemerlangannya.
Annisa dan An-Nur hanya ikut aku ke gerai pada waktu hampir berbuka sehinggalah jam 12 malam. Siang-siang tak boleh, panas. Aku akan hantar Sham pagi-pagi dan membantu Sham membuka, menyusun apa yang patut. Annisa dan An-Nur terpaksa ditinggalkan sekejap.

"Kau gila, tinggalkan anak-anak kau begitu saja terlantar di rumah?" kata kawanku.
"Aku tak senekad Siti Hajar yang gila tinggalkan Ismail di tengah panas padang pasir yang penuh dengan binatang buas. Pasrah sungguh dia pada tuhannya." jawabku.

Thursday, August 19, 2010

aku dengar suara dia

hari ini cuaca baik. Jualan pun baik setelah tiga hari berturut-turut disakat hujan, disergah petir menggundahkan jiwa. Dia seakan berbisik, "kelmarin aku turunkan hujan untuk mereka yang memerlukan. Hari ini rezeki untuk kau. Gilir-gilirlah."
Aku enggan menjawab. Kadang-kadang aku merajuk dengan Dia. Tetapi bila tengah malam, rindu menggaru, aku memohon ampun dan bergurau dengan Dia semula.

"Aku cintakan Kau, sungguh. Cuma janganlah kau ajak aku bermain di padang berapi, aku takut aku akan terbakar dan curang denganmu."

Aku dengar Dia menjawab," Aku tahu apa yang kau tak tahu."

"Kau cintakan aku?" tanya aku pada Dia.

"Kalau aku tumpahkan hama cintaku kepadamu nescaya kau takkan tertanggung." jawab Dia.

"Bolehkah ada dua cinta dalam satu jiwa?" tanyaku.

Aku tak dengar lagi suara itu. Aku mencari ke gunung, di awan, di bintang. Aku menjerit melaungkan nama Dia.

Sunyi..........

Wednesday, August 18, 2010

redha

tiga hari hujan lebat gila....
niaga tercabar
tuhan bergurau kasar..
aku redha..
kerana kaulah tuhan
bukan aku

Tuesday, August 17, 2010

mari berpuasa

cerita 1

seorang lelaki tua bertanya, "berapa harga daging salai masak lemak ni?"
Ayam jawab,"RM6".
"Bungkus satu.." pintanya.
Sedang mencedok, lelaki itu menyuruh Ayam berhenti kerana mendapati duit di sakunya hanya ada RM4. Bajetnya lari sebab dah beli makanan lain agaknya. Lelaki tua itu melangkah longlai kerana tak dapat membeli apa yang diinginkannya.

Kata Ayam," Saya kesian tengok dia hampa sungguh."
Sham tidak sedar kehadiran lelaki itu kerana sibuk melayan pelanggan lain. "laa..kenapa kau tak bagi je RM4 tu, kesian pak cik tu." Sham kesal dan lemah.
Ayam kata dia bukan taukeh dan tak berani memandai-memandai. Betul juga. Dan kami bertiga terkilan, hanya kerana kurang RM2 seorang insan tidak layak mendapat apa yang diinginkan. Kalau dia datang tentulah kami akan beri.

cerita 2

Terkejut aku mendapati harga setin susu anak aku sudah menjangkau RM69.99 (70 hinggitlah tu, kelentong dengan angka lak). Sebulan memerlukan hampir 5 tin. Harga barang mentah semakin mahal dan margin keuntungan meniaga makanan semakin kecil. Orang-orang keparat sibuk merompak sana sini mengayakan diri. kekayaannya luar biasa tak terjangkau kita fikirkan. Anjing mereka bersarapan lebih mahal dari sehari makanan kita sekeluarga.
3 ekor ikan kembung hampir RM5 tapi ada alternatif. 8 ekor RM5 pun ada tapi perut dah pecah dan mata dah merah. Tapi oleh kerana kau miskin maka kau dan anak beranak kau layak makan ikan pecah perut itu..


maka itu mari kita berpuasa dengan niat yang ikhlas..jatuhkan kezaliman.

anak ini hanya tahu susunya ada bila dia mahu.

Sunday, August 15, 2010

selamat hari lahir, Sham...

semalam 15 ogos hari jadi ke 37 Sham .

"Kita bangun
kita jatuh
kita ketawa mengunyah ria
menelan duka
kita ketawa ketawa ketawa
dengan mata berair
kita dan dua permata"


Pak Samad meraikan ulangtahun ke 37 Sham tahun ini.

Saturday, August 14, 2010

kalau ramadhan sepanjang tahun

kalau ramadhan sepanjang tahun
minoriti akan menghormati majoriti
yang tak puasa atau malas atau tak mampu akan bersembunyi
menghormati orang lain yang berpuasa
tak seperti bulan lain, yang nak buat baik terpaksa bersegan-segan
kalau ramadhan sepanjang tahun
nak menipu nak mencuri nak marah-marah pun segan
nak bertekak nak mengongkek haram nak mentedarah rasuah pun malu
nak bohong tersipu-sipu

kalau ramadhan sepanjang tahun
kau akan nampak gulai masak lomak lado api Uk5 cafe di tepi-tepi jalan
dengan menu ayam kampung, itik salai, daging dan keli salai


atau air barli limau nipis kami
yang menyegarkan tekak
menyejukkan hati
melegakan minda

Thursday, August 12, 2010

ramadhan bersama tok

"tok puasa hari ni?" tanya aku pada tok.
"tok tak pernah tak puasa dari dalam perut ibu, tok sentiasa solat 24 jam sehari semalam." kata tok.
"solat pakai niat je ke?" tanya aku.
"pakai niat opah kamu!" jerkah tok.
"opah saya binii toklah.." jawabku..dalam hati.

tok menangis. "inilah yang aku takut berlaku pada anak cucu aku. tak faham hakikat tak faham isi." puasa hakikat bukan di bulan ramadhan saja tetapi setiap waktu, menahan laparkan duniawi dan dahagakan kuasa. sentiasa mensucikan diri. puasa mata, telinga, mulut dan pancaindera dari melakukan noda."

"solat itu 24 jam. berdiri tegak tauhid dan aqidah menghadap yang satu. tak tergelincir dari syahadah. menghadam fatihah dan sujud merendah diri."

"semua itu sepanjang MASA. mana yang kamu kata pakai niat?" tanya tok.

aku masih anak-anak ketika itu. ramadhan saat tok masih belum kembali menyatu dengan kekasih abadinya.

Wednesday, August 11, 2010

magik ramadhan

kisah 1

kanopi meniaga pasar ramadhan kami hilang dicuri dan hanya kami sedari waktu nak mula angkut barang niaga ke kereta. Bulan puasa ni kami tutup kafe dan buka gerai di Taman Mesra Jalan Cheras- Kajang lama. Bersama Sham, Fared Ayam dan pembantu yang lain, kami meniaga masak lomak lado api keli salai, daging salai, itik salai dan ayam kampung panas dalam kuali. Terpaksalah hari pertama berniaga tanpa kanopi. mujur tak hujan lebat. aku terpaksa ke hulu ke hilir angkut barang dan menengok keadaan anak di rumah. 7 petang waktu aku pergi semula ke tapak gerai aku dapati mereka semua dah rileks sebab masakan kami licin dan laris. Syukur.

kisah 2

ke pekan semenyih mencari kanopi untuk dibeli. tak mahu berpanas lagi. semalam amat panas sampai si Fared Ayam tak mampu nak makan nasi waktu berbuka. tah berapa gelas dia togok air istimewa jualan kami - barli limau.
Ada bekas anak murid sewaktu mengajar di Kuala Lipis dahulu aku bekerja di kedai hardware milik Melayu itu. Aku dah lupa siapa namanya. Dia dah berkahwin sebulan. Dia layan aku sebaik mungkin. Memeluk dan menepuk2 bahuku, mencium tangan..aku terharu. Dia budak SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Di sekolah Vokasional, aliran SKM selalunya budak2 yang malas nak ambil mata pelajaran akademik yang lain, mereka hanya ambil kemahiran saja. Kalau bukan malas pun, pelajar itu pelajar yang lemah pencapaian akademiknya.
Apa ukuran kejayaan seorang pelajar sekolah selalunya? Gred yang baik? Berapa A berjaya dicapai? Bagi aku, pencapaian terbaik pelajar ialah apabila keluar sekolah mereka sangat bermoral, menghargai orang lain dan mampu berdikari. Aku pernah berselisih dengan budak-budak pintar yang cemerlang akademiknya tapi sombong dan mengelak untuk bertemu. Kadang2 selisih bahu pun mereka buat-buat tak tahu. Yang mereka tak tahu, aku ada mata ketiga boleh nampak kelakuan mereka bila mereka membelakangi aku.

kisah 3

Dua orang awek Indon tersengih2 memandang aku dan berbisik2 sesama mereka di luar kedai hardware. Aku mulanya ingat aku yang perasan tapi lama kelamaan ia amat ketara.

"bang, muka abang macam Yesus lah." sapa salah seorang darinya.

Pulak! Yang nyata kemiskinan Yesus aku contohi. haha!
Dalam perjalanan pulang, Sham sms berita gembira.....barangkali lailatul Qadar untuk kami sampai dah hari ini..

Tuesday, August 10, 2010

puasa kita

puasa orang miskin - dah biasa, sepanjang tahun makan lebih kurang

puasa orang senang - banyak penyakit kena berpantang

puasa orang ada kuasa- berehat jap makan rasuah dan minum darah orang miskin

puasa orang ada jalan - membersih diri zahir batin

Monday, August 9, 2010

puaka hujung syaaban

sebuah cerita seram tahap estrekoimutrr..menewaskan filem ' jangan pandang jubur sepol'.





Sunday, August 8, 2010

dilema KS

Sabtu kami tutup kafe jam 3 petang dan hari ni (ahad) kami tutup pukul 2 petang. Aku dan Sham rasa dah tak boleh angkat kaki. dua hari di hujung minggu selalunya ramai pelanggan bersarapan. Si pembasuh pinggan bercuti seminggu kerana sibuk berteater.
Kami kemudiannya pergi makan di sebuah restoran pizza di sebuah pasaraya. (pizza dan pasaraya ni milik orang asing yang dibenarkan meniaga sedangkan warga asing yang buka gerai tepi jalan dicekup).

Budak pelayan mengambil pesanan. Aku macam teringin nak minum teh ais lemon. "jangan! mahal kat sini. kat kedai kita murah je. Adik datanglah kedai akak. " dalam dok tak kasik aku minum tu sempat Sham promote kafe kami kat budak pelayan tu.

"saya tau kak. UK5 kafe." kata budak tu.

"Hah? mana kau tahu?" tanya Sham terkejut.

"Saya baca blog abang. Bila abang masuk sini je tadi, saya dah cam." kata dia.

Hohoho! femes ke aku? (perasan..keh keh!). nampaknya aku kena kontrol ayu bila ke mana-mana sekarang. tak boleh lagi menyanyi lagu 'Forever and one' - Helloween kuat-kuat.

moral cerita di atas:-
1) meniagalah walaupun penat
2) tak kira orang asing ke orang tempatan ke, kalau kau 'besar' kau jadi halal. Yang kecik haram jadah.
3) kalau takde orang kenal kau, Tuhan kenal.

* terima kasih si pelayan yang merupakan pelajar sebuah kolej universiti. aku sempat jeling namanya "Kimmy".

Saturday, August 7, 2010

ini blog dah dua tahun

rupa2nya blog ni dah dua tahun..terima kasih dan di bawah ini entry terawal aku dua tahun dulu..

berapa visitor? berkali2 ganda kurang dari tukar tiub..mungkin takde kah kah kah..

carburetor dung vs goat dung

isu carburetor dung londeh seluor dah basi!! (bukan londeh pun...yg ni penulis2 yg dok tulih khabor bebudok ni londeh seluor kene tanggung dose nambah2 ceghite!)

teman dok geram dengan bebudak yg pi punggai botoi2 kat kumpulan ni...kata depa bebudak ni sesat dan laknat!! setan!!takde agama!!lucahh!! hishamuddin rais agen maksiat..ni akan mengundang bala!!!

ya!! tak sampai sebulan bala Tuhan pun sampai!!

pecah lobang pimpinan PAS pi ciummolot dgn puak2 UMNO atas kononnya menyelamatkan ketuanan Melayu!! Pemimpin yg bebuih mulut labun pasai keadilan samarata dalam Islam tiba2 tak yakin dan terpaksa kembali berpegang kepada aqidah kemaluan..err..kemelayuan! Kitab yg selalu diguna dipunggai dalam tong HIJAU lalu memilih kitab Merah...Selamatkan Melayuu!!bekerjasama dgn PKR yg tak minat Islam dan DAP yg benci islam akan merosakkan kesucian perawan islam Pas!!

maka mesti bekerjasama dengan Umno yg bawa Islam Hadhari dan Rasulnya Dollah Badwi...dgn MCA,MIC dan lain2 takpe..itu kafir baik!

heyy!ulama kaya!! what about us? yg sokong kamu sampai tumpo 5 negeri? cina hindu taruh kepercayaan kpd kamu- tiba2 kamu lari dari mereka..mana slogan gula2 PAS UNTUK SEMUA?

takkan pi telan slogan tu atau sorok dlm jubah XXL kamu?

aduuhh!! nak dakwah UMNO...laa... ngape tak dakwah bebudak mcm Carburetor dung? ohh!! depa budak2 takde value...takbuleh bagi kamu kaya?

mana lebih lucah..carburetor dung tayang punggung (tak pernah pun) atau UMNO yg kuat mencarut kata orang meliwatlahh... pancut kat tilamlahh..lendirlahh!!

mari kita baling botol kepada goat dunggg!!!!

Friday, August 6, 2010

malai dilemma

sepasang kekasih awal 20an kami dengar bergaduh - nak sarapan di mana. Sang teruna (harap teruna) memilih untuk ke mamak depan sementara sang dara (harap juga) mahu ke Uk5. Sang teruna terus masuk ke kedai mamak meninggalkan sang dara di luar.
Bagus! Permulaan yang baik. Lelaki mesti menang. tak harus tunduk pada wanita. Tapi...............tak masuk ke kedai aku, rugilah aku. Dara kemudiannya membontoti teruna ke mamak depan. menikmati sarapan dengan penuh selera harapnya.

Sepuluh minit kenudian mereka keluar dan kedua-duanya masuk ke kafe kami. Duduk dan memesan makanan. Anehnya sang teruna melantak nasi lemak begitu penuh khusyuk dan tawadhuk sampai licin pinggan. Sang dara biasa-biasa saja. Tetapi habis makanannya.

Kali ini kami menang.

Thursday, August 5, 2010

di sini


di sini cinta bertemu kasih bersatu
terpisah seketika
menjeruk dendam berkurun dahaga
di sini
janji disemai kasih diikat
tangis dan tawa berpadu
menyimpul nafsu berahi
di sini hanya nafas mengalun lagu
tiada kata tiada suara
di sini
dicoret rasa dicurah lara
mengumpul harapan
menuju cahaya


- jabal rahmah ogos dua tahun lalu

Wednesday, August 4, 2010

label melabel

j"Bang, bang selalu lepak sri petaling ke?" tanya budak pomen tu.
"ada gak sesekali. best lepak kat situ. tenang dan damai." jawab aku.
"Bapak saya ada niaga kat situ, jual jubah, kurta macam-macam lagi. kat luar pagar masjid." kata dia.
"macamana kau tahu aku selalu dok situ?" tanya aku.
"alah..tengok rupa pun tahu..." jawab dia.

Yang dia maksudkan ialah masjid sri petaling, pusat gerakan tabligh. aku bukan gerakan mana-mana tapi aku selalu juga lepak situ dan aku akui ia amat damai sedamai persekitaran masjid kampung baru. tempat-tempat begini ada roh bagi aku.

tapi....aku ada rupa mat tabligh ke? macamana kita boleh kenal mat tabligh, orang Pas, orang umno atau pekasam? atau serpihan al arqam?
ada label atau cop mohor?
macamana kau nak kenal pengikut agama lain yang bermazhab berbeza?

hmmm..........aku mat tabligh....

biasa labelnya begini-

mat tabligh - nampak keras dan tak pedulikan orang lain. janggut sejemput panjang
mat pas - nampak lembut, jugajarang pedulikan orang lain
mat umno - bersongkok camana pun nampak keruh
mat arqam - lembut dan peramah juga

Tuesday, August 3, 2010

tuju-tuju angin?

minggu-minggu awal UK5 dibuka, sedang aku membancuh air tiba-tiba sebiji gelas di antara gelas-gelas lain yang tersusun di rak meletup. meletup kau tau. jaraknya sehasta dengan kedudukanku. serpihannya berterabur tapi tak mengenaiku. ia sangat menghairankan kerana puas aku kaji dari sudut logik mahu pun saintifik - tiada sebab boleh meletup sedangkan yang lainnya tidak meletup. gelas itu tersusun di antara yang lain-lain. ia di tengah bukan di tepi. kalau di tepi pun tak de sebab meletup.

"itu tuju-tuju tu. ada orang dengki. macam nak kenakan kau tapi tak kena." kata kawanku.

aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu. benar atau tidak, tuhan yang maha tahu. jadi atau tak jadi, atas kudratNya. aku hanya mahu cari rezeki halalNya yang Dia suka- berniaga.

"kau kena pakai pendinding." ujar kawan lagi.

"Pendinding letaknya di dalam diri. ayat-ayat yang digantung silap-silap bikin kau syirik. dah jadi macam tangkal pulak meletakkan keyakinan pada huruf dan ayat." teringat pesan arwah Wak Lisut.
Aku teringat abang chik- abang sham yang dah 30 tahun berniaga. pernah dia jumpa benda2 pelik ditanam di gerainya seperti jarum, rambut dan macam. bila disuruh jumpa bomoh dia akan jawab, "biarlah dik. sabar jelah. tuhan ada."
aku lihat satu demi satu gerai di sekelilingnya bertukar ganti, tapi dia tetap tegar. tenang dan sederhana.

aku hanya mahu mencari rezeki halal untuk membesarkan annisa dan an-nur. akan engkau kami sembah dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan (iyyakana'budu wa iyyakanasta'in)

Sunday, August 1, 2010

di balik tirai roti kirai.

waktu di kolej dulu ada program kem bina semangat, kira macam PLKN la di mana peserta akan dilibat dengan program lasak yang dianjurkan. Mental dan fizikal dilanyak kononnya nak melatih bakal guru kuat semangat. Tika sarapan pagi pada suatu hari, 18 tahun dulu di kem itu - seorang ahli kumpulan aku ketawa.

"Cuba kau tengok dekat ampaian tu..kah kah kah!" kata dia.

Di antara banyak-banyak pakaian tersidai di situ ada sehelai spenda tahap sadis terselit. berlubang macam roti kirai. getah pinggangnya barangkali dah longgar maka dijahit dengan cebisan kain batik. Amat buruk.

"Tak segan ke awek tengok" kata kawan tu lagi. Dan sekumpulan kawan-kawan ini terus ketawa kegelian. Memang ramai awek-awek peserta program ni dari pelbagai kolej di ibu kota. bakal guru semuanya. mungkin mereka juga ketawa melihat spenda roti jala tak de ampun punya cikai.

aku juga ketawa melihat spenda itu dan terbayangkan tuannya pastilah orang yang daif. Tuan spenda itu adalah....aku.