Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Friday, December 31, 2010

perutusan tahun baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU DENGAN KEBODOHAN YANG LAMA!

Thursday, December 30, 2010

tolonglah bagitahu aku alamat hari nak siang

masa kecik2 bila baca buku hikayat klasik lama2 kita akan jumpa gurindam atau...apa nak panggil menda di bawah ni?

yang buta datang berpimpin
yang capek datang bertongkat
yang....

itu untuk menggambarkan betapa ramainya yang datang sewaktu sultan buat keramaian. aku teringat tanda2 hari nak siang digambarkan dalam cerita klasik. aku cuba google tapi tak dapat. aku tak dapat menyusunnya dengan betul tapi baitnya lebih kurang begini:-

menguak kerbau di padang
embun jantan mentis
orang tua beralih tidur
kanak kanak dua kali jaga
anak muda pulang bertandang
itulah alamat hari nak siang

lebih kurang gitulah...sapa yang dapat betulkan atau dapat penuh rangkap tersebut tolong bagi.

persoalannya:- benarkah dari zaman dulu hingga kini anak mudanya memang kaki lepak..hari dah nak siang baru pulang bertandang. sedangkan ketika itu orang tua dah beralih tidur dari kiri ke kanan dan bayi dah menangis lapar minta susu. zaman dulu anak muda buat apa ha? haha..maknanya orang tua2 tak leh marah la ye tak pasal anak muda resamnya memang gitu

kemaskini

tak sampai 10 minit kawan aku rusnizam mahat respon:-

Gurindam Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di kandang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tabtibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.


inilah canggihnya it

Wednesday, December 29, 2010

kau kau aku aku

"betul ke cerita kau tulis ni bang?" tanya dia. "orang-orang yang brader jumpa dan cerita dalam blog tu ada ke?"

"hmm..."

"yang dalam wak jono tu kisah brader betul-betul ke?". Oh ya! Bagi mereka yang tak tahu, aku ada satu lagi blog - "Wak Jono" yang dah lama tak diapdet sebab aku rasa dah cukup buat masa ni walaupun pengamen Nikbinjidan suruh aku sambung menulis. silalah ke sana TAPI mesti baca dari entry pertama baru best dan MESTI baca komen-komen pembaca yang power belaka.

"betul ke kisah-kisah tu Lup?"

"Aku tak nampak untungnya apa jika aku menipu." jawab seniman Fared Ayam yang selalu juga ditanya penggemar karyanya.

ye...betul salah pada anda. kalau anda dapat rasakan kebenarannya betullahh tu tapi kalau anda rasa ia menipu maka salahlah ia. masing-masing.

"manis tak kopi tu Lup?" tanya Joko.
"Aku tak tahu bagaimana manis engkau, aku hanya dapat mentafsirkan manis aku saja." kata aku.

engkau engkau, aku aku.

Monday, December 27, 2010

bila aku ngada2

suatu ketika blog ni tersenarai antara 40 blog pro PR yang ramai pembaca. hari ini blog ini sudah terkeluar dari top 100 blog pro PR. Kah kah! ini blog 'aku' maka aku boleh tulis apa saja. sesiapa pun boleh melabelkan blog aku kategori apa. tafsiran politik macam2..tapi ia lebih kritik sosial. aku nak tulis pasal aku hari ini.

aku suka:- berangan, menung dan tenggelam

aku benci:- berborak di restoran bising
- trafik jem
- beratur panjang

aku memang agak pemalas dan tak suka kerja berat.

aku gagal cetak buku 'universiti kaki lima' kerana tiada modal. bahannya sudah siap cuma tinggal cetak saja - tapi aku gagal cari uang.

aku layan lagu-lagu berlirik keras, protes, ketuhanan dan seperti itu maka itu aku minat:-
- iwan fals
- nikbinjidan
- queen
- helloween
- led zeppelin

aku masih minat m.nasir, lirik loloq, ahmad dhani.

aku suka baca novel a. samad ismail - hud
- orang jauh
- sutinah
aku minat aktor otai - marlon brando
- robert de niro
- al pacino
- robin william
- dustin hoffman
generasi baru - matt damon
- edward norton
- johnny depp

aktres - julia robert
- sandra bullock

aku dan sham minat hugh grant (mamat poyo romantic comedy)

filem kegemaran dan meninggalkan kesan pada aku :- sleepers, braveheart, bronx tales, mrs doubtfire, godfather, matinya seorang patriot, kembara seniman jalanan, jogho, anak sarawak.

ada beberapa orang sahabat yang sudah kami anggap seperti saudara. ada juga pembaca blog ini asalnya kini kami anggap seperti keluarga.:-
- zunar dan alin
- kak nashita blogger ummu asiah, abah anas dan keluarga mereka
- kak hasnah gombak yang berhati mulia
- keluarga rodzi aku
- lee learn eng

anak muda yang aku senangi
- dalyanoon
- fared ayam
- puspa rosman
- febri ian
- genr RIMbabara
- syafiqsunny
- siddiqin omar
- najwan halimi
- faizal riduan milenia

otai best - matsaman kati dan blogger isa

tim impian - tim gedung kartun (naza, lan orang-orang, jonos, art, oly)

sebab aku impikan demam komik ala 80an melanda malaysia menewaskan manga.

aku kagumi:- hishamuddin rais dan rahmat haron

aku hargai pembaca tegar dan pengomen tegar blog ini. aku takut aku akan tercicir nama korang maka korang tau sapa korang. thank you geng!

Saturday, December 25, 2010

makna 37 tahun

tiga tahun

6 tahun

18 tahun

36 tahun
25 tahun kahwin
hari ini..
37 kali beraya
tak pernah putus cinta
beratus kali mati
hari ni hidup lagi..

esok tetap menanti..

Thursday, December 23, 2010

kisahnya..

seorang kawan, sangat kuat beramal dan membaca buku-buku agama sewaktu aku menziarahi jenazah adik lelakinya yang berusia 13 tahun - meninggal kerana kemalangan bertanya:-

"Aku sedih mengenangkan arwah adik aku ni Lup," katanya.
"Dia meninggal dunia ketika 13 tahun dan tak sempat berkahwin." sambil menahan sebak dia menyambung," bukankah Nabi tak mengaku umat jika umatnya itu meninggal dunia tak kahwin?"


haha! agak korang apa jawapan aku?

Wednesday, December 22, 2010

bila mama pakai celana

akhbar tak berkala 'keadilan' ada menyiarkan sitcom "bila mama pakai celana" karya aku berbagai episod. kisah suami isteri- suaminya jendul dan sangat takutkan isterinya yang besar. pergi dapatkan!
tajuknya dah jadi 'bikmama' tapi aku lebih suka tajuk 'bila mama pakai celana' dikekalkan. bikmama adalah hakcipta tukar tiub. nanti dia mintak royalti. kah kah kah!


Tuesday, December 21, 2010

siri bercakap dengan azfar lagi...

selepas keluar dari surau seusai mengerjakan 'itu' azfar bertanya aku:

"Pak Ngah, tadi Pa salam dua orang lepas solat. sorang kanak-kanak sorang orang tua."
"hmm.."
"tapi kan Pak Ngah, orang tua tu macam tak layan je Pa nak salam dia macam dia tak pentingkan budak-budak je." komplen azfar.

aku nampak kejadian itu. aku juga terkedu. bukan kerana bahsa tinggi azfar. aku tahu dia berbahasa tinggi sejak tadika lagi. aku akui kebenaran kata-katanya.
aku lihat orang tua jarang meraikan anak muda. bagi mereka anak muda jahil, kurang ilmu, mentah dan kurang matang.

aku teringat hang nadim yang bijak dibunuh kerana raja takutkan kecerdikannya akan mengancam kedudukan suatu hari nanti.
aku teringat zaman kegemilangan ilmu dulu betapa anak-anak kecil juga diterima suara mereka. Imam Abu Hanifah masih kanak-kanak lagi ketika berdebat dengan Dahri tentang 'Tuhan' dan perdebatan itu menggegarkan dunia ilmu.
aku teringat Syeikh Abdul Qadir al Jilani diakui kehebatannya sejak kecil lagi. Imam Ghazali juga tahfiz ketika 7 tahun dan menjadi qadzi ketika 15 tahun. pehh! Qadzi samalah seperti menteri besar zaman ini.

aku teringat suatu waktu dulu seorang tua di kedai kopi kampung aku mengatakan kami anak muda haruslah belajar mencari ilmu jangan sesat barat tak tentu pasal. lepas itu aku dan mat korea 'membedal' pak cik tu tentang asal-usul kejadian insan - kalimah syahadah yang mana nak nafi yang mana nak isbath - syahadah pertama syahadah apa syahadah kedua apa namanya pulak? -sifat 20 yang mana 7 dari 20 itu dipanggil sifat ma'ani yang dikurniakan kepada insan. bismillahirrahmanirrahim ada 19 huruf ke mana pulak menghilangnya 1 huruf lagi...

akhirnya pak cik tu mengesat air matanya. uhualaala!

"pak ngah, Pa lapar..belanja makan dua hot dog ye?" Pa menyedarkan lamunan aku. aku membayar hot dog dua biji. kali ini aku pulak mengesat airmata... huawaawa!

Sunday, December 19, 2010

part 2: macam macam kulup


sarapan di gerai dalam masjid. di dalamnya ada datuk ujang bagong (lelaki tua yang duduk itu). orang kajang kalau tak kenal atuk ni memang patut pindah ke tembeling. seisi hulu langat kenal bekas adun ni. dia otai kajang. jangan korang gaduh dengan dia, orang kajang pasti marahkan kamu. dia bagai bapa di sini. dulu hanya drebar lori sampah. tuhan punya kuasa, dia boleh jadi yb suatu ketika. stylo - rantai emas besar, ada kalimah allah dan muhammad, cincin penuh. beberapa kali masuk wad tapi keluar dan sehat semula.
"amalan bersedekah saya yang memanjangkan umur saya." katanya.
ada orang sinis menyatakan dia suka menunjuk-nunjuk ketika bersedekah tapi mana kita tahu keikhlasan hatinya? tahun lepas, duit pencen setahunnya telah disedekah ke palestin.
sesiapa yang nak jadi yb atau dihormati rakyat harus belajar dari beliau. jangan nyombong dan nak tunggu orang lain menegur kita dulu, dia sebaliknya. ramai penjaja jalanan terhutang budi kerana beliau banyak membela nasib mereka. mungkin kerana asal-usul beliau sebagai orang bawahan membuat beliau mengerti rintihan orang bawahan.
yb cikgu lee - adun kajang hari ini menyifatkan datuk ujang adalah kesayangan kajang.
pagi itu kami makan percuma.



di dalam gerai itu ada seorang lelaki. dia kemudiannya menegur kami. katanya dia hendak ke dengkil mencari masjid-masjid dan surau.
"saya boleh beri ceramah, tazkirah dan macam-macam." katanya.
"tak tanya masjid kajang?" tanya aku.
"sini layanan kurang." cemiknya.

katanya dia muallaf dan baru habis belajar pondok. dengan ilmunya dia boleh mengajar.
"tapi berhentilah merokok!" kata sham sebaik saja lelaki itu cuba membakar rokoknya.
"perjuangan pertama menahan nafsu merokok!" kata aku.

dia terkerenyin tak jadi merokok.
* gambar di atas relevan dengan entry ini

macam-macam kulup

1. otak di kulup

pulang berniaga selalu lewat malam. masalah yang sering dihadapi ialah nak parking kereta. ini kerana ada beruk yang suka parking ikut suka dia je. kereta melintang sampai makan dua ruanglah, parking memblok laluanlah...ni pun nak kena ajarka?
ks: sepatutnya beruk tak dibenarkan membawa kereta.

2. kulup di otak

dalam keadaan belum menjawab segala bantahan bertulis beserta bukti chegubard tentang kecacatan JPP dalam pemilihan pkr, parti itu melantiknya menjadi timbalan setiausaha agung pusat. chegubard yang tewas dalam pertandingan jawatan ketua angkatan muda keadilan kepada shamsul iskandar terus menanti respondari pusat dan sehingga hari ini segala dakwaan beliau dipetisejukkan / tiada jawapan / membisu. lantikan itu disifatkan penyokong chegubard sebagai satu penghinaan kerana cuba menggula-gulakannya dengan jawatan sedangkan yang dimahukan adalah jawapan.
ks: yennadey pkr????? ennasurlee?

3. otak berkulup

kawanku, seorang reformis otai yang sangat berbakat akhirnya telah menyeberang ke umno. dia yang bakatnya selalu digunakan kawan2 jarang sangat berkira demi perjuangan tetapi setelah mereka menjadi yb, kawanku ni jarang diperlukan. tiada job untuk dia. dia terpaksa bekerja dengan seorang datuk umno demi survival. anak isterinya perlu hidup apatah lagi isterinya sakit hilang upaya. pujukan beberapa kawan gagal mengubah keputusannya.
jauh di sudut hati - aku ucapkan syabas kepada dia. selamatkan keluarga kamu dulu. kamulah wira anak isterimu. dia kata dia akan gunakan bakatnya untuk lawan semula PR. aku tak kisah. jika ditakdirkan kami bertemu 1 by 1 di tengah medan tempur, aku takkan halakan pedangku padanya.

aku pun sengkek maka itu aku melukis. lukisan di atas bertajuk "penjaja di masjid kajang" menggunakan teknik crosshatching dengan pen teknikal. ia bersaiz 24" x 18" dan berharga rm380. kanvas ini terus boleh gantung tak yah diframe lagi.. untuk membayangkan besar mana, sila lihat gambar jejaka jelita di bawah bersama lukisannya.
zunar menawar diri membeli tetapi aku sedikit keberatan untuk menjual kepada sahabat/guru yang dah banyak memberi sesuatu kepadaku. sapa nak beli email ronasina@gmail.com

ks: jejaka jelita yang berposing ala gedek itu akan berusia 37 tahun 26 disember ini.
sekian.

Friday, December 17, 2010

kabinet impian aku

perdana menteri - Ir Nizar Jamaluddin
bagi aku beliau 'total package'. usia yang sesuai, berprinsip dan tegas walaupun
berdepan kerenah istana, kukuh dari segi ekonomi sejak sebelum jadi yb lagi,
berpendidikan tinggi, menguasai banyak bahasa.

menteri kanan (Penasihat) - Tok Guru Nik Aziz
sederhana, tenang, tawadhuk dan bijak

timbalan pm - Lim Guan Eng
jangan nafikan fakta laporan audit negara, penang cemerlang di bawah pentadbiran
nya. hidup bersederhana seperti menteri besar kelantan.

menteri kewangan - khalid ibrahim
tak reti berpolitik tetapi cekap bekerja. orang lokek macam dia diperlukan

penasihat ekonomi - anwar ibrahim
berpengalaman sebagai menteri kewangan. tak payah jadi menteri sebab
dah tua. uruskan parti yang huru-hara tu.

menteri kdn, pelajaran, miti masih dalam pemikiran dan aku suka dengan khalid samad, dr.dzulkefli, teresa kok, fauziah salleh, mat sabu.
saifuddin nasution dan azmin ali hilang kan keyakinan aku kerana isu pemilhan pkr.

siapa layak menteri belia dan sukan?
nurul izzah, chegubard, amir shari, yusmadi? anak muda pas atau dap siapa ye?

aku memilih:

ketua pembangkang - khairy jamaluddin
hanya dia sedikit bijak/berani walaupun jahat di dalam umno. yang lain
disergah bikmama senak telo..


tapi yg paling penting, selagi ada pilihanraya selagi itu BN menang..
hehe!

Thursday, December 16, 2010

untuk ahli politik malaysia!

kepada politikus khususnya ahli parlimen, tolonglah bercuti setahun
pasti malaysia aman
kerana yang menghuru-harakan kami adalah kamu semua

Tuesday, December 14, 2010

siri bercakap dengan azfar

sewaktu keluar dari masjid kajang selepas melakukan itu, anak buah aku yang berusia tujuh tahun bertanya.

azfar : pak ngah! kenapa lepas habis solat kita mesti salam orang semua?

aku : sebab semua itu saudara kita. setiap orang islam bersaudara.

azfar : takdelah, mana ada saudara..kita tak kenal pun mereka.

azfar ni sejak kecil tak tahu mana dia belajar, bahasanya cukup tinggi.

aku : semua orang islam bersaudara, tak boleh gaduh-gaduh mesti berbaik-baik. (terasa seperti aku seorang tua yang cuba menasihati anak-anak muda supaya berkelakuan baik)

azfar : orang agama lain bukan saudara kita?

aku tak pasti dia atau 'sesuatu' yang sedang bertanya kepadaku. dan tak pasti soalan menguji atau diuji. azfar ni ada sedikit persamaan sudah mula menconteng dan melukis. salah sebuah lukisannya yang aku kagumi ialah tentera gajah abrahah menyerang kota mekah. burung ababil datang melepaskan batu ke arah tentera tersebut. seekor burung ababil tersalah lontar sebiji batu termasuk dalam kaabah dan kaabah tersebut ada bendera jalur gemilang berkibar di atasnya. gambar profil aku di blog ni dialah yang lukis.

aku : saudara juga kerana semua manusia bapanya adalah Adam.

azfar : kalau manusia ada macam-macam bangsa, bapa mereka iaitu Adam bangsa apa? ketuanan apa?

aku : insan adalah bangsa 'muhammad' yang bermaksud 'yang terpuji'. itu pun kalau mereka menjadi insanul kamil..kalau tak - jadi camel je lah..

tulisan berwarna merah tu aku tambah sendiri..

Monday, December 13, 2010

marathon Jakarta - Delhi - Kajang

aku bukanlah berduit terutama dalam keadaan ekonomi perit sekarang, hendak melancong tentulah kena berfikir banyak kali apatah lagi melacur, ahak! irwin sebok ngajak aku ke UK. makan dan tempat tidur dia bereskan. cheng ho dah nak ke melbourne. dua hari lepas aku terlupa yang aku ada seminar nak ke new zealand...arghh!
tapi apabila idea gila datang untuk melakukan marathon melancong dengan pantas aku tak mau lepas peluang. rancangannya begini: sarapan pagi di Jakarta, makan malam di Delhi dan terus balik Kajang. Percaya tak aku boleh buat?
dengan kos yang paling minimum aku sampai ke Jakarta. di sebuah lorong di pinggirnya. lorong penjaja-penjaja kecil menjual jamu, makanan-makanan dan sebagainya. bau gudang garam menusuk hidung.
"Bang jamu bang!" jerit seorang wanita. terlalu ramai berjaja di sini. di dalam toko, di kaki limanya, di atas aspal malah di tepi longkang yang tersumbat dan hanyir. aku masuk ke toko musik mencari kalau-kalau ada cd Iwan Fals (mereka menyebut Falas) yang belum ada dalam simpanan. Hampa. terpaksalah aku dengar gali gongli, ambulan zig zag, belum ada judul, serdadu di youtube sahaja. aku juga meminati lirik tasawwuf ahmad dhani. juga gagal. mencari buku-buku pramoedya ananta toer, hamka atau ronggowasito. masuk ke toko sebelah kalau-kalau ada kitab sunan kalijaga mahu pun syeikh siti jenar dengan manunggaling kesuwo gustinya. buntu...
teringat aku keenakan sate madura di rumah terbuka zulhabri dan frinjan aidilfitri lalu. aku cuba mencari di sini tetapi masa mencemburui aku. seseorang sedang menunggu di delhi untuk minum petang nanti. aku bergegas pergi meninggalkan surya, dang dut dan jamu. juga mereka yang terpaksa berjaja untuk terus hidup.




Delhi juga sesak. "Kau kat mana? Dah sampai ke?" jerit Gos. aku menutup henfon. dah sampai. bau rempah jamu, dang dut dan gudang garam diganti dengan bau setanggi, rempah kari dan dentuman musik. hingar. orang india ni, seratus tahun bumi bergerak ke hadapan, tabla dan suara nyaring halus penyanyinya takkan pupus. sari dan dothi takkan lekang. tak macam kita yang dah lupa mengikat sarung pelekat atau batik. lagu pop melayu pun dah takde instrumen melayu. eheh! ada ke alat musik melayu? .. tabuh, gong, seruling dari mana? aku mencari melayu di sini. daun sirih pun ada hubungkait juga dengan kita. sirih bertemu urat tau? hahaha!
sesekali kelibat seperti aishwarya rai dan kareena kapoor melintas.
patung-patung dewa, ketukan tabla, wade, capati dan identiti tradisi mereka aku tinggalkan.

mengantuk, tau-tau dah sampai kajang. kecuali hari isnin, hari-hari kau boleh jumpa aku di perkarangan masjid kajang. minum cendol pekena sup, melukis dan menangguk rezeki. untuk terus hidup. nak jumpa-sembang-ludah aku, datanglah sini. mnggu depan mungkin aku ke Nepal dan myanmar pula.
glosari

jakarta = chow kit
delhi = leboh ampang

Thursday, December 9, 2010

bahagian ke 2 misteri tok ayah

aku tidak lama berdampingan dengan tok ayah kerana pulang ke kolej di kuala lumpur. rupa-rupanya kehadiran tok ayah di surau tersebut menjadi isu setempat. jawatankuasa surau kurang senang.
"surau bukan hotel suka-suka nak melepak" kata mereka. mat korea punya pengaruh untuk menghentam mereka tapi tok ayah tak benarkan. tok ayah akan meninggalkan surau itu secepat mungkin.
sewaktu solat subuh, mat korea menceritakan kepadaku betapa air matanya meleleh dan teresak-esak menangis kerana tak pernah mendengar doa lepas solat sesyahdu itu. tok ayah berdoa "ya Allah! Kurniakanlah cinta kamu kepada kami dan kurniakanlah cinta kami kepadamu".

"aku rasa tertusuk sangat dengan doa tu.." kata mat korea.

lepas subuh, mat korea menyewa proton saga Robert dan menghantar tok ayah pulang ke kelantan.

"entah kebetulan atau apa, setengah jam kami meninggalkan kampung hujan lebat, air sungai dah bertahun-tahun tak pernah naik, telah melimpah membanjiri surau kita." kata mat korea.

wallahua'lam bissawab.

Wednesday, December 8, 2010

misteri tok ayah

mat korea ajak aku lepak mengeteh di benteng kerana ingin menemukan aku dengan tok ayah, orang tua kelantan yang menumpang teduh di surau taman perumahan tempat mat korea menyewa.
"tok ayah kata nak dok surau ni sebulan sepanjang ramadhan." kata mat korea. aku yang waktu itu masih di kolej dan hanya sekali-sekala balik kampung mengikut. sesampai di warung bahrin, aku diperkenalkan kepada tok ayah. dia menyambut tangan aku dan menggenggam erat. matanya tepat merenung mataku. aku dapat rasakan orang tua ini kuat bekerja sewaktu mudanya. dengan semutar putih, baju dan kain sarung putih lusuh seakan-akan sedondon dengan misai dan janggut sejemputnya yang juga memutih. dalam 70an barangkali umurnya.

"bagus." katanya sebaik saja melepaskan tanganku. aku tak faham makna bagus. dan kami berbual bersama seorang dua kawan lain. soal yang dalam-dalam. isi-isi. Tok ayah jarang bersuara dan hanya tersenyum mendengar. sesekali apabila bercakap kami mendengar dengan teliti sebab loghat kelantannya pekat. tuturnya lembut dan dia seperti berlaku adil ketika bercakap kerana matanya memandang ke semua ahli dan tidak tertumpu kepada mat korea saja atau aku atau yang lain.

sedang berbual Kaloi, kawan sekampung datang menyertai kumpulan kami tetapi mungkin disebabkan topik perbualan kami yang berkisarkan tuhan dan diri langsung tak menarik minat Kaloi, dia angkat punggung.

"Kawanmu tadi tu buat kotor dengan makwe dia malam semalam." kata tok ayah kepada mat korea (setelah diterjemahkan dari kelantan pekat) yang bermaksud Kaloi telah berzina dengan kekasihnya malam semalam.

"Macamana tok ayah tahu?" tanya Mat Korea. memang kami tahu sangat perangai buaya Kaloi sejak kecil lagi tetapi yang peliknya bagaimana tok ayah tahu?

"Apa pulak tak tahunya? makwe dia bagitahu aku sekejap tadi masa dia berbual dengan kamu."

kau faham tak?
maksud tok ayah, ketika kaloi menyertai kami berbual, makwe kaloi telah duduk di sebelah tok ayah dan menceritakan kepada tok ayah yang dia baru berzina dengan Kaloi. patutlah tok ayah semacam gelisah je memandang ke arah lain ketika kaloi bercakap.

nak faham lagi?
untuk makluman korang, kaloi datang seorang saja menyertai kumpulan kami dan TIADA pun makwenya ikut (pada pandangan kita) tapi tanpa kita sedar makwenya 'juga' datang bertemu tok ayah.

.........bzzzz..bzzz...
aku mula cuak apa maksud 'bagus' yang dia cakap kepada aku.

Tuesday, December 7, 2010

di kaki lima di luar masjid

seorang pemuda membentangkan tikar dan berbaring di kaki lima gerai luar masjid kajang.
"adik dari mana?" tanya sham.
"terengganu" jawabnya. tuturnya lembut dan jawapannya seperti terlalu hormatkan penanya.
"takde rumah ke?" tanya sham lagi.
"takde, baru 3 minggu sampai sini nak cari kerja." jawabnya.
"awak cina ke melayu?" tanyaku.
"cina"
"islam?"
"ya..ahmad syakir"
dia meminta diri untuk tidur.

ketika ketua agama islam nyenyak di istana, pembesar-pembesar islam dan anak beranak melahap mewah, ada saudara mereka digigit nyamuk. aku rasa nak panjat tiang bendera dataran merdeka, mengambil bendera untuk menyelimuti syakir.

Sunday, December 5, 2010

jom sokong!


"kulup,
Kasi tampal dalam FB & blog. Ini iklan program. Kaver buku Antologi 54 Puisi aku dah bikin. Nama kau pun ada belakang kaver
sebaris dengan nama-nama besar yg lain. Ini maknanya nama kau dah sebaris dgn diorang" - email dari Jonos Pelukis


ayuh! Datang dan sokong!
selamatkan kampung tradisional dalam bandar yang hendak dimusnahkan kerana cukong lapar. sajak aku tentang ini ialah "budak lelaki kaki berkudis itu..."

senandung anak jantan



setiap kali meriam air asidmu memancut
nafsu berontak kami makin membirah
setiap kali gas pemedih matamu membedil
ketagih protes kami menjadi candu yang menggian
setiap kali belantanmu dihayun
seribu nyawa kami membiak
setiap kali kami dikejar
sejuta ketakutan menggarit wajahmu
kitalah wira diri kita
takkan berkata ya
jika hati tak rela


p/s kau punya bakat menggertak tapi tak cukup menakutkan!

foto: anas bad latif dan abah anas
foto tajuk blog: dalyanoon

Friday, December 3, 2010

berpisang-pisangan di hari jumaat

aku bukan pengamal ritual jumaat yang baik. aku juga dah lama meninggalkan amalan ritual makan pisang sebelum khutbah sejak kecil lagi. satu perkara yang aku tak boleh tinggalkan sejak budak lagi ialah jarang ambil pot dengan khutbah. ruang kosong sewaktu khutbah selalu aku habiskan dengan berangan menjadi kaya. kalau-kalau ada orang bermurah sedekah 2-3 juta, atau terjumpa karung guni perompak tertinggal yang di dalamnya ada sejuta. itu lebih menarik dari mendengar khutbah pasal anak muda rosak akhlak, suruh taat kepada kerajaan dan mendoakan kesejahteraan orang jahat.
tadi fantasiku terganggu bila khatib melaporkan hanya 115 ribu saja rakyat selangor mengeluarkan zakat sedangkan mengikut perangkaan lembaga zakat selangor, ada lebih kurang sejuta lebih layak membayar zakat. dan khatib terus membebel tentang ada hak orang miskin dalam harta pencarian kita.
huh! aku nak mintak lembaga zakat keluar juga kenyataan siapa yang rembat duit zakat? sebab tulah ramai yang malas bayar sebab tak yakin. Dr.Asri pernah keluar kenyataan hantu mana yang sebat duit zakat? takkan lembaga tak tahu? hantu dengan lembaga kan hampir sama?
hantarlah laporan kepada majlis raja-raja selaku ketua agama. bagitahu siapa yang rembat biar majlis raja-raja hukum.
tapi kalau yang sebat tu depa kenal, sepusat sepusing gak dengan depa memang celakalah.
dah kaya pon belasah orang miskin punya. memang terjun dalam jahanamlah kau!
orang-orang besar n aku dengar, bukan setakat rembat duit zakat dan tak pernah keluarkan zakat, keluarkan zakar pun mereka pandai.

citt!!
bila orang melayu nak sedekah epal, asyik pisang je!

Thursday, December 2, 2010

afa'al Dia..

"buat apa kau sebok-sebok dengan politik atau kekacauan dunia ni Lup? Ini semua afa'al Allah! Suka duka, baik jahat, hitam putih semuanya berpasang-pasang. mustahil dunia ni akan aman! kalau takde jahat macamana nak tahu 'baik? takde tinggi mana mau tahu rendah. ini semua perlu ada." Pak Sadik berkhutbah sambil meneguk kopi. Mat Korea kelihatan panas dan ingin berdebat tetapi masih bersabar aku tengok. mukanya kelihatan merah sambil menjeling-jeling aku mengharap aku akan bidas. Aku cuma korek hidung.

"Kau tengok orang sufi atau wali keramat, mereka tak heran pun permainan duniawi ini. mereka asyik mahsyuk dengan dunia mereka sendiri. mencintai diri sebenar diri adalah lebih indah. melayan kerenah duniawi akan melekakan hubungan diri dengan yang maha suci. berperang sampai hancur bumi pun mereka tak peduli. fana dalam dunia mereka sendiri."

mat korea membalut rokok. aku mencabut kemuncup di seluar.

"macam aku kata tadi ini semua afa'al Dia. Peristiwa hari ini telah diceritakan dalam Al Quran. Dia telah aturkan. jatuh bangun kerajaan dunia, naik turun pemimpin telah diceritakan, diatur dan ditentukan. kalau kau menentang melawan, kau engkar akan afa'alNya!" Pak Sadik belasah aku.

"Aku juga sebahagian dari aturannya. menentangnya aku kerana menjalankan perananku yang diaturkan selama hidup di bumi ini. mengondem aku juga adalah mengengkari ragam atau afa'al Dia!" kata aku.

mat korea tersengih. pak sadik terdiam.
akhirnya ketiga-tiga kami ketawa besar minum kopi.

kau faham?

Wednesday, December 1, 2010

cempaka, brutalsolo dan aku..

cempaka - kehadiran anakanda membuat uncel terasa dah tua langsung sayu teringatkan anak-anak buah yang semakin membesar dan dah beranak. mungkin juga annisa dan an-nur yang semakin mendewasa membuat aku tak sedar.
hmmm...berapa hari lagi aku hidup haa?

brutalsolo - macamana anak muda yang blognya lebih ramai pembaca dan lebih popular ini sukakan blog serabai gua?

ini misteri Tuhan...
kalau mahu tengok 'perjalanan' wajah setiap hari buat blog macam Gedek!.
Blog yang kreatif dan diiktiraf oleh mat saleh yang melakukan perkara yang sama dengannya. (kalau mat saleh iktiraf kira bestlah..mat saleh kan?)

nota** iklan! sesiapa yang berminat nak beli uk5 sila email ronasina@gmail.com.
akan diajar semua resipi. info lanjut, email dulu..

raikan hidup!

"dah 3 bulan, takde perkembangan pun.." kata Sham sambil menunjukkan carta perkembangan bayi minggu ke minggu dan bulan ke bulan. ya! sepatutnya kalau mengikut carta tersebut minggu ke 2 bayi sudah boleh memandang dan seterusnya bertukar senyum. Annisa masih tidur, tiada respon, menangis bila lapar susu dan kemudian sambung tidur.
kita ada naluri dan naluri mengakui ada sesuatu yang tidak kena tetapi hati aku cuba menafikannya.
"Ahh..nanti adalah..lambat sikit." jawabku sekadar nak sedap hati sendiri. naluri ibu sebenarnya lebih hebat.
paling pilu bila tidak dapat melihat bayi tersenyum. apa yang paling comel dalam dunia selain senyuman bayi? anak sendiri.
kami keluar senja itu mencari ketenangan. tergamak tuhan mentakdirkan anak aku begini. inikah yang kau balas sedangkan aku cinta pada kau.

"percayalah! selagi Annisa tak senyum, aku bersumpah tidak akan senyum juga selama hidupku.." protes aku pada tuhan. aku tak pasti suaraku yang bergetar didengar Sham yang sedang memangku Annisa di kerusi sebelah atau tidak. Aku memandu dalam keadaan ngilu. Awan kulihat berat dan gelap. mataku terasa kabur berbalam.

huh! sumpah protesku hanya bertahan tak sampai sejam. Waktu makan di sebuah gerai di batu 2 kuala lipis aku bukan saja tersenyum malah ketawa dan segala duka habis diterajang jauh-jauh. tuhan sayang kami, dia sendiri yang membuang dukalara itu kerana maha mendengarnya. kami seperti dibisiknya, "aku mahu kau begitu dan aku gembira kau begitu, bergembiralah!"

maka kami pun bergembira dan terus meraikan hidup ini - begini - seperti mahunya - adil untuk kami bukan?



Annisa yang montel sewaktu bayi..


p/s aku tau mesti ada yang akan komen: bersabarlah, ini semua dugaan dan ada hikmahnya. hahaha!
- cari modal lain boleh?