Wednesday, March 30, 2011

surat untuk anak

anak-anakku,
aku tulis surat ini tika kamu berdua sedang mengerekot damai tidur di sisi mamamu. aku tahu kau tak bisa mengenal huruf-huruf ini untuk dijadikan perkataan tapi aku sentiasa percaya akan bahasa rohani. aku tahu kau bisa membaca coretan ini. sebagaimana aku bisa melihat kau menari, berenang dan bercakap di dalam mimpi.

puteri-puteriku,
aku dan mama sayangkan kamu. itu kamu tak perlu ragu. walaupun aku bukan babah yang baik; sering tercampak semula ke nafsu ammarah walau konon sudah melintasi tingkat lawamah - tapi aku tetap sayangkan kamu. apa juga keadaan kamu, bukan masalah bagi kami.

dewi-dewiku,
jika keajaiban itu masih ada dan berlaku - dengan tiba-tiba kamu bisa bangun berlari dan berfikir, janganlah kamu campakkan diri kamu ke lembah hina. janganlah kamu menyembah makhluk. janganlah kamu tunduk dengan keangkuhan tuhan manusia yang cuba mengalungkan emas di lehermu. biar miskin, biar saudara buang kamu, kamu jadilah insan yang berjiwa merdeka. jadilah intan.

bunga-bunga hatiku,
Yang Maha Esa tidak menyusahkan kewujudanmu. kau hanya lahir untuk memerhati kekuasaanNya. Hitam atau putih kehidupan ini tak perlu kau endahkan. Yang Maha Suci hanya mahu kau tonton saja afa'al itu. kau tidak perlu berbuat apa-apa. kau kekasih istimewanya. tidak seperti aku, babahmu.

permata sukmaku,
aku babahmu diminta menjagamu. jika susumu dirompak, aku akan bangun bertindak. jika nasimu dirampas, aku akan bangkit melibas. selagi dadaku mampu menampan dentuman ombak cabaran, akan aku pertahankan. Demi cinta aku kepadamu. kasihku pada ibu yang melahirkanmu. jika aku tewas, jika aku bukan lagi seperti aku hari ini, jika aku gagal - harap tidak...
satu perkara kau perlu tahu - aku gugur kerana aku sayangkan kamu. kerana kalau hanya diam melihat kepala anak-anak aku dipijak, bapa jenis apakah aku..

anak-anakku,
jika keajaiban itu memang berlaku dan kau mampu berfikir - jangan kau kesali apa-apa dan jangan kau pinta apa-apa. teruskan saja apa yang kau ingin lakukan. pedulikan kata-kata sumbang si bodoh. terus terbang menuju cahaya.

intan payungku,
kita tak perlu fikirkan siapa di antara kita dahulu yang pulang menyatu dengan Yang Maha Abadi. Andai kamu atau mamamu, aku redha. jika aku dahulu, yakinlah bahawa kita semua akan bertemu menjadi satu di kampung halaman kita yang asal.

semoga kita aman.

dari aku,
babahmu.

Tuesday, March 29, 2011

mari melucah

"8 mlm ni jumpa di hotel kalkauthar seri negoro..sorang. urgent"
- sms aku terima dari datuk w. datuk yang dulu pernah dituduh meraba tetek beruk betina tapi kesnya dighaibkan kerana menangis merayu menjilat ketiak pak menteri lama.

apahal lak nih? tak habis2 datuk itu datuk ini telepon aku. takkan nak ajak aku berlakon bogel lagi? isy! lainlah kalau julia roberts ke, hilary swank ke jadi heroin...

aku sampai lewat 10 minit. hujan2 gini dah tentu jem. walaupun pakai hummer pemberian Datuk C pun takkan boleh sampai cepat.

"u are fucking late.." seranah datuk w. selain dia, ada dua orang lagi lelaki. seorang cina dan seorang india. 1malaysialah katakan. mesti datuk juga tu? biasalah kan? hari ni cuma aku je yang belum dapat datuk.

"heavy rain, datuk. fucking jam." sambil duduk dan menyalakan cigar brand hapatah milik datuk w, aku bertanya. "well, what the fuck are u wanted me to do, datuk. another monkey business?"

"ok kulup, let's get it straightly. i dapat slot program kat channel rtm."

"bukan rtc? roheng tambee c...?" aku ketawa kuat. mereka tak sambut. lelaki india hanya tersengih kerang. hodoh.

"rtmlah sengal! aku dapat slot untuk program kanak-kanak. more on education punya programme lah."

"kalau datuk mesti nak cakap campur2 ke dengan slang melayu jawa tertelan mentega?" aku ketawa lagi,.saja nyakat. Datuk w mendengus. marahlah tu. macamlah lawa. tangannya meramas-ramas alas meja. bukan tetek sapa2.

"be serious lup. u ada idea tak program macamana kita nak buat? macam cumi dan ciki dulu tu ka? something like sesame street..mesti ada badut, puppet dan ada animation. okey tak?"

"ye, ok!"

"hah! good! so, do you have an idea? i dah excited sangat ni. lumayan jugaklah."

"yep! i think exactly like "cumi dan ciki" dulu. tapi mesti sesuai dengan zaman ni.puppet and clown, ada belajar camana nak buat kraftangan, origami dan macam2 tu dah tak sesuai lagi zaman ni. ini zaman internet."

"ya! ya! apa you rasa sesuai?" datuk w seakan tak sabar. air liur dia meleleh macam nampak skirt terselak walaupun pemilik skirt itu pondan tua ataupun batang pokok manggis.

"kita gantikan cumi dan ciki dengan "ummi dan eski". tak payah puppet sebab kita akan panggil dua manusia ni yang muka pun macam puppet. yang sorang macam pepet. kita adakan slot kraftangan dan origami fesyen baru. episod pertama kita ajar budak2 cara membuat kondom menggunakan bahan terbuang seperti chewing gum atau belon getah. lepas tu kita ajar buat buih sabun yang ditiup dan buih-buh tu berterbangan. buh tuu kita ambil kita sapu kat batang dan ajar anak-anak kecil onani. madey dulu perkenalkan istilah 'masturbate' jadi kita tunjukkan kepada budak-budak."

datuk w ketawa. datuk brus li dan datuk rajnikanth pun ketawa terhinggut-hinggut.
"bagus! great idea! haha! senak telor aku ketawa..fucking great! aku setuju. kanak-kanak harus didedahkan dengan seks sejak kecil sebab dunia ini memang semakin bebas. seks di mana-mana. siapa tak tahu seks akan ketinggalan. well, next episode?..auw! i can't wait. u are fucking brilliant lup. that's why i suka colaburit dengan you!"

next episode kita ajar cara-cara meliiwat tanpa memasukkan batang tapi meninggalkan air mani di dalam jubo. ini dipanggil "sodomy via bluetooth". kita akan panggil pakar liwat terkenal iaitu syeikh sepol baukari aljandabaiqi. ulama ini akan terangkan bagaimana cara mandi hadas dalam keadaan darurat.

"wow! ada slot agama sikit. ye best! best!" kembang kempis hidung datuk w.
"lepas tu sudut kreatif kita minta budak2 buat jelly ky dengan tepung kanji. brilliant?"
"fucking brilliant. yahooo!!"
"next episode - rahsia - . tapi kalau you setuju bayar i mahal. boleh buat bayar deposit tanah rm700ribu, i akan siapkan skrip, pelakon, i cari lobang untuk buat animation, i cari mamat pelukis komik takde maruah untuk buat komik. this character umi and eski akan jadi icon untuk anak-anak generasi ini."

"i setuju. gimme your swiss bank account number. tomorrow i'll ask my man masukkan."

" i prefer cash, datuk. tomorrow night - here -. pull stop.
aku bangun, menghembus cigar mahal tersebut. sedikit pening tapi layan. memandu hummer ke kelab eksklusif untuk beromen dengan model terkenal. sumpah bukan model benggali tinggi lampai tu. aku tak mahu!

Sunday, March 27, 2011

pecacai

waktu pelancaran kempen tolak fitnah di gombak haritu pecacai datin rosmah mansor (pdrm) telah mengganggu majlis. anwar telah difitnah tv dan media dengan kes liwatlah..video lucahlah..dihentam sana sini termasuk didakwa dalam mahkamah. hari2 tv belasah, suratkhabar menghentam.. tapi bila nak bersuara pecacai dihantar untuk menyerang majlis. pukimak punya pecacai! segala fru topi merah lengkap dengan cota dan perisai datang menyerbu dan mengiring anwar keluar. terjadi pertempuran! nasib baik orang kita masih waras dan lembut. tapi tolong jangan cabar kesabaran rakyat! sabar ada haknya. kalau babi dan lembu coba mencabar rakyat akan marah. situasi malam tu nyaris2 memalukan pecacai kerna jika terjadi pertempuran ternyata pecacai akan teruk dibelasah. aku dapat melihat beberapa polis dan fru sedikit pucat kerana semangat melawan semula anak muda cukup kuat. ada polis yang dibaling botol, malah ada kerusi melambung dan ada polis yang ditumbuk. pecacai menggelabah! Ingat! rakyat ramai kamu sedikiit! Ingat! (internet aku kena potong, ni pun kat cc..kalau ada masa aku akan upload video kekecohan di sana) * An-Nur pula masuk wad serdang ahad 3 pagi..so aku sebok sikit.

Wednesday, March 23, 2011

sorry datuk!

sorry!
aku tak pasti kenapa link blog orang lain di blog aku hilang. silap teknik kot? maaf ya! bagi aku masa untuk link semula..


datuk
hari ni aku dengar m.nasir dapat gelaran datuk oleh sultan pahang. tak kisahlah!
yang kelakarnya tahun lepas kita saksikan seorang datuk dibunuh (sosilawati) yang terlibat pun datuk. datuk juga pembohong, penfitnah, perogol, penjilat dan macam2..

jangan sampai anak cucu kita bila ditanya esok apa itu datuk, mereka menjawab sebuah pingat yang diberi sultan atas kebolehan mereka menipu, memfitnah, membunuh, merogol dan lain-lain

Tuesday, March 22, 2011

tawaran Datuk P


I see a little silhouetto of a man, Scaramouche,scaramouche will you do the fandango- Thunderbolt and lightning-very very frightening me- Galileo,galileo, Galileo galileo Galileo figaro-magnifico-

nada dering henfonku (bohemian rhapsody - queen) berbunyi.

"hello, Kulup De Niro ke tu?" tanya pemanggil. Dalam gelap pun aku cam suara itik tertelan spring itu adalah suara Datuk P - Penerbit filem porno tempatan yang selalu mendapat geran dari kementerian filem lucah negara Malassiasia.

"Ya saya Datuk P. Hawau U, curly butt? Fine?" jawab aku sambil mengulum ais krim potong perasa nangka.

"not so good. business is really fucking lose nowadays. i yam going to be a fucking broke." aku agak itu yang dia cakap. tak berapa jelas. hanya fucking fucking je yang jelas. line telefon macam fuck!

"Yes, Datuk. What can i do for u? u want me to fuck your daughter or your mom?" tanya aku.

"well, fuck you. hahaha! You're still funny like i knew u when u still a teenager and ganteng. now, listen here very carefully Kulup. Sei ado projek baek punyo hah! sey nak ajak ekau!" kata Datuk P.

"What project? projek bini kau?" aku memang gemar mencarut dengan orang tua birah macam dia. sesambil amik kesempatan kutuk depan2.

"Come on Yop! Take this seriously...sey dapek geran buek filem blue ni ha..sey nak ajak ekau belakon." Datuk P memulakan cerita.

"Saya dah taubat. I don't want to involve any fucking business with u anymore datuk. I dah insaf. i nak buat album nasyid macam Murah Zain. I tak mahu buat kerja kotor, bergesel dengan bitch lagi."

"no no no..u don't have to bergesel dengan 'bitch'. Ini filem lain dari dulu. Dulu sey buek cito liwat dah, then sey buek cito dongan betino. filem baru ni sey nak buek dengan binatang lak. ekau fuck dengan real bitch - anjing tino."

"are u fucking crazy Datuk? Untuk apa ni?"

"Filem ni adalah filem terakhir dari trilogy blue tu..kira macam Godfather lah..sampai part 3. Watak sex maniac ni main ngan menatang lak?"

"watak yang sama? lelaki mata lebam dan berjanggut?"

"Indeed. Mr. WARlord." Walaupun jauh, aku dapat rasakan Datuk P sedang berbual denganku di atas perut perempuan. Nafas semputnya bersilih ganti.
"this time more bizarre! ada scene taruk butter kat barang kau and the bitch will lick your ball. then u fuck with that goddamn dog! hahaha!"
"bulan depan masuk market. Raya akan disiarkan di tv tanpa iklan. sey dah sound lembaga penapis santan agar filem ni lulus."

"Nak mampus? Budak2 akan tonton!"

"ohh.. ini adalah set induksi bagi sex education. By the way, Tom Byron akan direct film ni.."

Gila! I 'm sorry Datuk. Like dulu, I really can't do this time too. I am going to record nasyid album. My fan akan terperanjat nanti. Depa dah nak mula nak terima saya sebab saya pernah buat pengakuan dulu saya jahat la ni saya dah tobat dan nak nyanyi lagu nasyid je.. saya baru sembahyang subuh tadi ni.."

"don't worry my blue eye boy! sey dah tunjuk kat beberapa tokoh agama skrip filem ni dan mereka proceed. Dengan syarat kena bubuh ayat quran di babak awal seperti ayat: Carilah pasangan di kalangan keturunan kamu atau sebagainya. dan di akhir cerita dituliskan moral of the story; don't fuck with animal. hahaha!"

"you semua gila. i don't want to be crazy like u all!"

" Bayarannya RM1.5 millon dan sebidang tanah di Argentina. Think about it. I'll always love your acting."
"callah sey kalau ekau nak. roger and out...erphhh!! alamak terpancut lak..Bye!"


.....1.5 million..
ok tak guys?

Monday, March 21, 2011

kulupsakah: lelaki serba boleh

aku tak segan mengaku aku serba boleh. anugerah tuhan ini mesti aku hebahkan dan korang kena catatkan dalam batu jemala korang. kelemahan aku ialah aku suka merendah diri sejak kecil. filem back to the future sebenarnya akulah pelakon asal, bukan maikel j.musang. dia tewas 2 markah sewaktu diskrintest. segala penggambaran dah bermula. apabila di saat2 akhir babak hero hanya berspenda di dalam bilik yg sepatutnya takde diadakan, aku menolak. lalu penggambaran dibatalkan dan aku digugur. aku membantah kerana stand in yang mereka gunakan boroi tak sama langsung dengan aku.
aku juga sepatutnya bergandingan dengan demi moore dalam GHOST, bukan arwah patrick swayze, aku lari dari lokasi waktu babak cium kerana tak tahan mulut demi moore bau jeruk maman. sejak itu aku malas berlakon. gambar di bawah adalah hero2 hollywood ketika kami mengecap kegemilangan. sayangnya mereka mengambil gambar ni sewaktu aku ke tandas. dennis quaid yang memegang pintu telah mencuri tempat yg sepatutnya aku duduk wal hal dia tiada dalam senarai.


baru tak baru jugaklah haritu aku ditawarkan berlakon sebuah filem porno tempatan. dengan bayaran yang berbentuk kontrak membina loji nuklear mesra alam, penerbit datuk Tee meminta aku ke lokasi di perkosa..er..carcosa. aku agak keberatan pada mulanya tetapi untuk menguji semula kehebatan aku, aku terima. sampai di set penggambaranaku berasa tak sedap hati. mereka minta wajah aku disolek dengan janggut ala orang alim, mata kiri sedikit lebam dan meminta aku bertutur dalam loghat penang. aku kurang pandai, aku tak mahu filem spoil macam cerita anak mami - ada bukan orang penang cakap penang bunyinya macam tupai tercekik tempurung. sekali lagi untuk tempoh yang lama, aku berundur. datuk tee agak kecewa dan terpaksa menggantikan tempat aku dengan seorang yang sedikit boroi. booorooiii laaagi!

bukan aku tak reti cakap penang cuma lama tak praktis. 98 dulu - sebuah produksi pelawa aku odisyen uji suara loghat penang kerana mereka nak buat drama dalam bentuk kaset. sebagai insan serba boleh aku lulus. aku kena bawa watak suara lelaki penggoda sedang menggoda isteri politikus dengan loghat penang. nama aku anuwa. aku tak setuju sebab nama tu tak glamer. aku minta ditukar kepada nama lain seperti Raise Stim yang aku rasa sesuai sebagai lelaki gatal. lagi sekali aku digugurkan.

aku buat keputusan tak mahu berlakon. kalau nak pun, biarlah watak kecil2 je seperti watak budak pembancuh kopi yang warak tetapi diliwat. kecil tapi berkesan.
"the saddest thing in life is wasted talent"

tak mengapa. aku serba boleh. aku akan buat kerja lain. ijazah 8 sanawi dari pesantren al huda al maghrib di universitas sunan bono melayakkan aku menjadi mufti atau penceramah agama. aku yakin kerana aku amat arif dengan ilmu fiqh. memberi fatwa memang mudah. aku tahu hukum nikah di masjid tak boleh, upacara merenjis tidak haram. tertuduh boleh dianggap suci tanpa menggunakan hukum islam. cukup dengan bersumpah saja.
aku yakin aku layak.
aku insan serba boleh.

Sunday, March 20, 2011

aku dan taik bintang

dari dulu aku sangat teruja untuk mendekati seniman pujaan aku. sejak awal 20an aku selalu berangan kalaulah dapat berkawan dengan selebriti dan seniman-seniman, bertukar idea dan fikiran alangkah bestnye...
"kau minat mickey mantle? hey! dia buat banyak duit tau? kalau bapak kau tadak duit nak bayar sewa rumah kau ingat mickey mantle pedulik ke? dia tak pedulik pon!" lebih kurang gitulah dialog Sonny kepada budak didikannya Colegero dalam filem arahan DeNiro "Bronx Tales".
aku minat seniman tu. aku beli buku dia. aku beli album dia. aku pernah duduk semeja dengan dia bersama arwah loloq. dia belanja kami hari tu. minggu depan aku jumpa dia di CM. Dia angkat kening menandakan masih cam aku. tapi bila aku cuba bertanya tentang lukisan Aris Aziz yang dipegangnya, dia menjawab malas2 dan nak tak nak layan aku. dan ada beberapa kali aku jumpa dia dan ajak berbual - dia tak berapa layan. wal hal aku beli buku dia, album dia.
seorang lagi kawan seangkatannya juga pernah duduk semeja dengan kami tapi mamat seniman sohor ni hanya menung jauh tak cakap sepatah pun. bila berbicara tentang lagu dia, dia jawab nak tak nak...
kedua-dua mamat seni ini aku pangkah! mampuihlah lu...kalau tak peramah tak seniman ka?
- aku pernah menemani kawan untuk berjumpa dengan pihak jabatan yang diharap dapat membiayai kegiatan seninya. bersama kawan aku ni juga seorang seniman yang mengenali orang jabatan tersebut. sepanjang sejam lebih bersama, dia langsung tak mau bercakap dengan aku, aku salam dia pun dia sambut nak tak nak..
orang gila ni aku pangkah!
aku pernah lihat seorang pak cik datang dari jauh menghadiri satu majlis dan dia sangat nak bergambar dengan sorang lagi mamat seniman.mamat ni pun bergambar dengan muka masam dan langsung tak bercakap apa pun.. pak cik ni aku tengok kesian gak...tersengih2 malu..

tulah..kadang2 nampak macam star tapi bangang! zaman kerajaan korup ni berkuasa, seniman perakam suara rakyat ni semua kecut telor tak bersuara. jika satu hari nanti keadaan politik berubah aku rasa mereka ni akan berbondong2 keluar karya bodek kononnya selama ni mereka adalah penyokong.
cibai!
aku telah tidak mahu beli dan tengok apa2 pun karya seniman tak bertelur ini.

apa? M.Nasir ka? M.Nasir sombong?
sori..aku tak kenal M.Nasir dan dia tak kenal aku, tapi kami pernah berbual2 beberapa kali dan dia pernah sama2 mencicah pucuk ubi sambal belacan dalam piring yang sama dengan aku. dia tak pernah sombong.

Saturday, March 19, 2011

gurindam alamat hari nak pilhanraya

Tengah malam fitnah terlampau
Dinihari belum lagi berhenti
Budak-budak blogger kena tangkap
Orang muda dikasi pesta
Orang tua dikelentong kelentang
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi katak lompat parti
Sering lanting riang di rtm
Melenguh perkasa di kandang
Sambut menguak kerbau di bukit tak aman
Berkokok mendung tivi tiga mengigal
kangkung bersongkok menyingsing naik
Kicak kicau utusan meloya
kegilaan melambung tinggi
Berkuku balam di hujung lokap
Terdenyut badak panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat pilihanraya dah dekat.

Friday, March 18, 2011

radiasi

aku mangsa radiasi
ledakan nukleur peracun minda
diletupkan oleh sang dungu
yang seumur hayat tak pernah kujulang
aku mangsa nukleur adu domba
semakin hari semakin bodoh
kabur dan keliru
bahana radiasinya

al kitab vs al bengap

injil dalam bahasa melayu? al kitab namanya? apa? ia akan mempengaruhi orang melayu untuk masuk kristian?
haihhh! Al Quran punyalah banyak tafsirannya dalam BM, melayu haram tak pandai2 pon..makin bengap lagi ada.. tafsir dalam inggeris tak menakutkan kristian pon? malah Al Quran dikajinya dalam2 lalu mereka dapat kuasai dunia dengan ilmu yg dicedok dlm al quran.Abdullah munsyi dulu menterjemah injil dalam BM tapi dia tetap Islam. itu orang bijak namanya.
orang yang bengap ni berdegar je lebih konon alim, sayang agama tapi bangang. dalam Al Quran kata jika datang sesuatu berita buruk terhadap saudara seagamamu, maka hendaklah diselidiki dulu kebenarannya, lihat pula siapa yang bawa berita tu.. ni tidaakk! asal dibagi makan sikit, mula mabuk. pergi demo minta anwar bagi dna..betul cukup bangang mak cik2 ni..haha! kalau di rumah sah Quran dok atas rak paling tinggi sebab tu jarang bukak..

"tapi dalam kes liwat ni, ada pro dan kontranya jugak yang kita kena pikirkan...." kata sorang ajk pas kampung aku. kawan-kawan sekampung cerita kat aku waktu aku balik baru2 ni.
"pro dan kontra hapenye? kah kah kah!" digelak dek kawan2 sekampung termasuk orang tua yang juga ahli pas.
"yalah! ada gambar seyfool tu dengan anwar di kondo dan di cctv!" katanya. disambut lagi gelak tawa kawan2 yang kesian tengok mamat islam ni punya bongok.
"adat orang jahat nak buat fitnah mestilah akan sentiasa cuba cari peluang gambar dirakam. boleh pura2 ketuk bilik anwar konon nak bagi pen ka, diari ka, macam2 helahlah..!" kata kawan aku.
sambung pak cik sorang lagi, "kalau setakat duduk sebilik kamu dah boleh cakap orang meliwat atau berzina sah kamu tak baca quran!"
mamat ni terkulat2 tapi khabarnya di waktu2 lain mamat ni terus menjaja Anwar meliwat. tak heran pun, sebab ada gak pimpinan besar pas dok percaya Anwar meliwat.
bengap gak tu!

ini bukan soal anwar je. tolong jangan jadi bengap dabel. rais yatim ke, najib dan altantuya ka belum boleh dikata bersalah selagi tak didakwa mengikut undang2 islam. menghentam dan memburuk2 sangat salah. diberi hak membela diri seadilnya adalah ajaran islam.
tak lama lagi aku percaya, akan muncul lagi orang2 agama yang akan membebel di media yg Anwar bermasalah moral. kononnnnn golongan agama konon..tunggu jelah!
tunggu apa?
tunggulah hari di mana orang2 jahat akan dibalas azabnya dan orang bangang yg neutral juga turut dibedal kerana neutral bermaksud bengap.
aku maleh nak petik nas itu nas ini, pandai2lah cari.
tapi kalau dah bengap, bahasa planet mana pun kita cakap - bengap tetap bengap

Wednesday, March 16, 2011

kita dan humor

"kalau duduk dengan kau sehari mahu pecah perut je asyik ketawa" kata seorang teman fb kerana aku selalu menulis status lucu.
Aku tak tahu aku dalam kategori kelakar atau tidak. sebab kadang-kadang ada juga kawan2 berkerut berborak dengan aku yang serius. Tapi, sama macam korang juga - takkanlah nak serius saje. humor perlu ada dan humor pun sebenarnya diambil dari benda yang serius. mungkin kerana aku selalu melukis dan menulis dalam bentuk humor maka aku dilihat kelakar. tapi apa salahnya jadi seorang yang kelakar ye tak?
Kadang-kadang kita terlupa manusia itu sama. perlukan kelakar. Kawan-kawan aku ada yang profesor, guru, pensyarah, ahli politik, guru agama, peguam, seniman malah ada juga anak-anak muda pelajar, peniaga, akauntan, arkitek dan macam-macam. Kita sangkakan mereka yang selalu kelihatan serius dengan kerjaya mereka itu serius sepanjang masa. Chegubard, Ustaz Badrulamin, Puspa, Wan Ji Al Bakistani adalah kelakar. Mat Saman Kati, Isa yang menulis gaya humor tidaklah kelakar sangat orangnya. Hishamuddin Rais yang serius itu menggamit jutaan pembaca dalam blog tukar tiubnya yang penuh 'kah kah kah'. Kalau buat serius letih nak baca.

Tapi humor penting dan diperlukan dalam hidup. Seorang suami jika kurang berkelakar di dalam rumah dengan isterinya tetapi banyak ketawa jika di luar bersama kawan-kawan tentu ada masalah dengan rumahtangganya. Lelaki yang ada sense of humour diminati wanita. Lelaki yang skema, serius dan bongok alias kecut amat membosankan. Wanita yang moyok, bosam dan kusam amat memotongstimkan.

Kritikan dalam bentuk humor amat tajam dan bisa lebih makan dalam. Majalah Gedung Kartun diharamkan kerana humornya menyakitkan mangsa kritikannya. Kalau tawar macam harakah, gomen pun buat tak pedulik je..kah kah!

Rasulullah saw juga kelakar. dalam suatu peristiwa ketika Baginda dan sahabat sedang makan buah tamar, Ali dan sahabat cuba buat lawak. Biji tamar yang mereka makan dilonggokkan di atas lantai berdekatan Rasulullah.
"Wah! banyak sungguh kau makan wahai Rasulullah!" kata Ali lebih kurang gitulah sambil menunjukkan biji tamar yang dilonggokkan berdekatan Rasulullah.
"korang lagi makan banyak dengan biji-biji korang telan." kata Rasulullah sambil menunjukkan di tempat mereka tiada pula biji tamar.

"laughter is the best medicine" kata mereka. Betul, tapi jangan banyak sangat ketawa kerana ketawa banyak adalah sedara setan.
Senyum adalah ketawa para Nabi.
Mari kita nikmati humor dalam hidup ini. raikan ia!

* pemimpin kita sarat dengan humor

dengar durian lagi

esok khamis 3 ptg dan ulangan 10 malam di DurianFM - bersama aku dalam rancangan "selongkar seni"
sapa tamu aku? apa dia belasah?
pergi sign up segera!!

Tuesday, March 15, 2011

al fatihah jugak dan hukum karma

1
Al fatihah ureka

semalam brader mat saman kati telefon kata dia ada di kajang. aku pun bergegas dari bentong. gila ah! takkan nak biarkan otai yang pernah menaikkan berahiku untuk berblog dok sorang2 terkonteng kerontong kat kawasan jajahan aku.
"ureka dah tutup. tadi aku buat posting terakhir. aku tak boleh buka ureka sebab asyik teringatkan arwah sam ahmad."
Sam Ahmadlah nyawa ureka. tanpa Sam, semangat hilang.

Al fatihah untuk Sam dan ureka.

2.
hukum karma

Zoy diminati kerana komik bersiri pendekarnya dalam berita harian. kekagumanku dulu luruh ketika era reformasi apabila zoy melukis kartun nik aziz dan menulis PAS adalah parti ajaran syiah.
kartun ultraman lari ketakutan dikejar ombak tsunami yg dilukisnya di berita harian membangkitkan kemarahan rakyat kerana mempersendakan kesedihan orang lain.
sesekali kau rasakanlah 'pedihnya' kena kutuk.

Friday, March 11, 2011

Sam Ahmad: Seperti kami, Allah sayang kamu!



Tidaklah aku mengenal rapat sangat dengan Sam Ahmad (berbaju hitam berdiri tepi tiang kiri). Arwah juga khabarnya dari kumpulan 'Bangsar' tempat geng-geng Institut Kajian Dasar (bawah Khalid Jaafar) dan Universiti Bangsar Utama (UBU) dipelopori Hishamuddin Rais.
Kali pertama bertemu di markas Blogger Pakatan Rakyat - Perak Network diterajui Mat Saman Kati sewaktu PRK Bukit Gantang. Mereka menjadikan sebuah rumah sebagai pusat operasi blogger yang melaporkan dari semasa ke semasa PRK Bukit Gantang. Ia menjadi sejarah kegemilangan blogger2 masa itu kerana liputan mereka cukup cepat dan tepat.
Sam ada di situ. Bersama blogger Topeng Perak (Perisik Rakyat), Albanjari, Mamamat, Sya Reformis (kini ketua srikandi PKR), UmmiHani, DugongDarat dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Aku sekeluarga datang bersama Mat Comot dan Pyanhabib.
Sam Ahmad tak banyak cakap tapi dia buat kerja-kerja penulisan, editing dan mengemaskini. Blog/website Mat saman Kati hidup di bawah air tangan Sam. Ya! Sam adalah OKU tapi pemikirannya OTU (Orang Terlebih Upaya).
Dia tak banyak bercakap dengan aku cuma sekadar tersenyum dan bertanyakan tentang kawan-kawan di Bangsar saja.
"Seganlah, saya kecil saja. Abang nama besar." katanya.
Sewaktu kami menganjurkan Malam Seni Rakyat di Kajang, Sam hadir bersama Blogger Network Perak . Dan sebagai pengacara, aku telah umumkan beberapa nama kawan-kawan yang hadir kecuali beberapa nama termasuk namanya. Aku khuatir Sam dan beberapa nama lain akan 'susah'. Benar! Selepas persembahan, aku ditanya SB siapa yang hadir. Aku tak sebut nama Sam. Bukan aku terlupa menyebut.
Baru-baru ini, entah kenapa sempat Sam chat dengan Sham di facebook bertanyakan khabar kami. Mungkin dia berasa itu 'sentuhan terakhir' dia untuk kami. Wallahua'lam.

Sam,
kamu lahir dan kamu kembali dengan nama yang cukup besar. Di jalan sejarah reformasi, kamu WUJUD! Sejarah takkan berbohong dan segala kerja-kerja kamu kini 'kekal' di alam siber dan akan ditonton generasi akan datang. Usia muda kamu telah kamu penuhi dengan jasa yang tak ternilai.
Kamulah yang bernama besar.
Al Fatihah!

Wednesday, March 9, 2011

jom durian

pergi sign up durianFM.com...
3 ptg ni (khamis) aku kana bicara soal 'buskers' atau peminta sedekah?
program aku - selongkarseni
ulangan 10malam..

Tuesday, March 8, 2011

pemuda yang lemau


ini tahun pra PRU 13. PRK saja menyaksikan BN menang. anak-anak muda parti2 PR masih dok dalam lobang. ketua-ketua pemuda parti PR kelihatan lemau. hanya muncul di pentas ceramah tempat orang tua berhibur. umno/bn amat suka kalau anak muda begini. hanya muncul isu palestin, konsert, isu mesir atau libya. rasuah dan penyelewengan dalaman tak nampak.
letih, kekenyangan dan lemau. tak ligat, tak mengancam tak menyerang. anak muda despatch memorandum namanya.
macamana bapok belakang bangunan pas nak ngundi pas nanti? tengok ustaz nasa tantawi pon depa ngeri. Sam pun sesekali kenalah pergi merempit kat federal hiway...
hahaha! jangan korang marah..aku pernah sembang dengan ketua pemuda pas ni..dia memang kelakar dan rock, cuma garang bila ceramah - macam haji hadi.
Sam pun jenis selamba dikritik.
aku harap depa faham mesej ini. anak muda tak perlu berjuang untuk jadi yb saje..


khairy pasti tersenyum. bukan setakat lumba lari, ngorat awek pun khairy menang senang2.

jangan pandang sebelah mata sama dia!

Abang lawyer manusia unik. (tengok entry sebelum ni siapa dia). aku telah merakam dia menyanyi. bukan untuk mempersenda tapi tah kenapa aku merakam.

video

tup tup, rahmad shafiee - orang kampung berdekatan kirimkan video abang lawyer di bawah ni..

video

aku pon tewas..

Saturday, March 5, 2011

altakkesah sebuah ceritera

tengok ni sesapa tak pergi frinjan malam tu...

video

Friday, March 4, 2011

kalau tuan orang budiman...

kalau tuan ke shah alam,
dari 5 ptg ke 11.30 malam,
ayuh melepak kat laman menara jam,
tengok saya melepas geram..

saya sampai dalam jam sembilan
akan juga buat persembahan
jika tuan orang budiman
lepa stu belanjalah saya roti naan



ni apahal lak?
rakam album?
hah sudah!!
tunggu jelah yek?

Thursday, March 3, 2011

apak mati umur 63

sedang mengisi petrol di stesen bahanapi, terjumpa Wak Jaini. Lalu kami bertanya khabar setelah hampir 3 tahun juga tak bertemu.

"Apak apa khabar, Wak? lama tak jumpa dia.." tanya aku.

"Apak sakit sekarang ni, ada kat Jenderam. Dah seminggu tak bangun, kata bini dia." jawab Wak.

Apak (nama panggilannya) memang orang tua yang rugged. Berpakaian smart sentiasa dan menjadi kawan aku. Rasanya dah tujuh tahun kami berkenalan. Kami selalu bersembang di Restoran Abu. Macam-macam yang disembangkan. Apak memang handal bercerita. Berbekalkan rokok sampoerna dia boleh bercakap tanpa henti. tentang ketuhanan, asal-usul kejadian manusia dan kemasukan roh dalam tubuh insan. Tentang jalan menuju makrifatullah. Pernah kami bersembang selepas Isyak tau-tau hari dah cerah dan orang sudah mula nak keluar solat hari raya Qurban. Kah kah!
"Aku dah minta pada Tuhan mati umur 63 tahun. sama macam Nabi. Aku yakin." katanya dulu.

Mati boleh diminta bila-bila? Atau kita boleh tahu mati bila? Haha..(part ni panjang cerita, nanti ada yang komen tahapahapa lak nanti).. Atau mati adalah satu ketetapan? Bagaimana kalau mati juga boleh dicari? Contoh kita ditakdirkan mati 5 tahun lagi tapi kita memilih membunuh diri esok. Apakah mati bunuh diri itu satu takdir? Kalau gitu senanglah ye tak? Kita bunuh orang dan apabila didakwa kita kata itu takdir dia nak buat cemana ye tak? Haha..

Teringat aku khutbah wida' Rasulullah s.a.w, antara ucapan awalnya ialah "Aku tak tahu apakah aku dapat bersama kamu (berkhutbah di tempat yang sama) lagi pada tahun hadapan.......
seolah-olah Rasulullah sudah tahu dirinya akan wafat. Tapi rasulullah menggunakan perkataan "aku tidak tahu sama ada....."

aku dail nombor apak sejak semalam tapi tak dapat. hendak juga menziarahinya. Banyak yang aku belajar dari orang tua rugged ni.
"Tapi aku tak terperanjat kalau dia sakit Lup. Umur apak sekarang pun dah 62. Tu baru nak mulalah tu.."
"Ya! kalau betul dia akan pulang jumpa kekasihnya pada 63 dan kekasihnya izinkan....kita alu-alukan." kata aku.


..... aku terus menunggu.

Wednesday, March 2, 2011

bahalolisme


waktu bila - hidup kita ni - sedang mata berkelip dan nafas dihela - dikecualikan dari agama?

Tuesday, March 1, 2011

altakkesah bengong vs bangang

iklan dulu:-
jom tengok aku mengelentong..


ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong.

"jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu.

penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai."

"kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi.

orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel."

"Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi.

"patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman.

"Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!"

mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!"

YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!"

"wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.

Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.

(idea asal: Raja Bad Hakim Shah)