Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Wednesday, April 27, 2011

part 3: sahabat gua

"mengapa kamu tinggalkan aku terkontang-kanting seorang bersolat?" rungut aku.

"Bukankah kami ada? Hahaha! Solat itu penyaksian, menyaksikan diri batin. Mungkin diri zahir kami semua fana dan larut ke alam solat menyebabkan kau tak nampak. Sebenarnya ada. Batin di luar zahir di dalam. Eheheh! Jangan ambil serius, bergurau je." Darwis sudah pandai berjenaka.

"Yalah! Tiba-tiba je aku lihat aku seorang diri sedangkan aku sedang berjemaah." rongos aku sedikit pongah.

"Bukankah kau juga sedang berjemaah? Dengan 7 anggota 5 indera dan 1 jiwa kau sendiri?" sampuk Sufian.

Aku terdiam sekejap. "7, 5, 1?....7 + 5 + 1 = 13?"

"Ya, 13 rukun sembahyang tu ada pada kaulah.. Bila kau mendirikan solat 13 rukun tertegak dengan 13 yang kau sebut tadi. 7, 5 dan 1 itulah. Rukun pentingkan?"

"mestilah penting. tak cukup rukun tak sah solat. Macam rukun nikah, takde perempuan atau takde saksi tak jadilah nikah, haha.." aku berjenaka.

"Rukun sembahyang pertama berdiri tegak. Kalau orang kudung macamana? Bukankah dia tak boleh berdiri tegak? Tak sahlah sebab tak ikut rukun.." tanya Sufian.

"Ah! Kan Tuhan Maha Pengasih, Dia suruhlah solat duduk. pahalanya tetap sama walau tak ikut rukun berdiri tegak." kata aku.

"Kah kah!" ketawa Darwis, aku terkejut dia tak pernah ketawa sejak aku berkenalan dengannya.
"Si kudung itu memanglah tak boleh berdiri tegak tapi dia wajib juga berdiri tegak kalau tak solatnya tak sah. Yang wajib berdiri tegak adalah keyakinan yang haq dalam mentauhidkan Yang Maha Esa. Keyakinan itu yang wajib berdiri tegak, tidak ragu-ragu. Bukan tubuhnya. Jasad tak mampu tegak tapi jiwa mampu. La syarikalahu wabiza lika umirtu....."

sufian menyampu ketawa sebelum berkata " rukun yang seterusnya menghadap kiblat. Bagaimana jika kau diikat di sebatang pokok sedang kau masih wajib bersolat tapi kau diikat dan tidak menghadap kiblat?"

"Kan Tuhan Maha Mengasihani. Dia tahulah kesulitan hambaNya." jawaban selamat dari aku.

"Itu jawaban orang tak mahu berfikir tapi mengaku pandai. haha! Maaf aku bukan mengata kau tapi orang lain." Alif yang tiba-tiba muncul terus membelasah aku.

"Kiblat adalah arah penyatuan. Ramai-ramai menuju ke arah yang satu, mengesakanNya. Tertambat di pokok pun boleh asalkan hati kau berkiblatkan keesaan, bukan berkiblatkan taghut dan duniawi." Kata Alif.

Kali ini aku kena teruk. Tiga orang belasah aku. Aduh!

"Sudahlah, dah lewat malam ni. Pergi tidur. Letih kau aku nampak." kata Darwis.

Aku bangun melangkah, berhenti dan bertanya. "Nyamuk banyak tak kat sini?"

"Nyamuk pun nak cari makan juga. Izinkanlah dia menghisap sikit darah kau. Beritahulah dia jangan bising-bising, hisap saja darah aku yang kotor dan jangan beri aku penyakit." Sufian ketawa tapi aku rasa macam perli aku saja.

"Binatang buas?" tanya aku lagi.

"Orang yang taat dengan kekasih akan juga disegani makhluk lain." jawab Alif. "Pernah suatu subuh kami tersedar harimau kumbang tidur nyenyak dan manja dalam dakapan bapa aku."

aku ngeri. "Kamu semua tak tidur ke?" tanya aku.

"Kami hanya baring. Tidur bermaksud tak sedar. Wahai orang-orang yang berselimut......" Darwis buat lawak juga.

Malam itu aku tertidur juga tetapi agak lewat. Dari perbaringan aku, aku melihat mereka memuja kekasih dengan berbagai cara mengikut selera mereka. Pak Fakir hanya duduk diam termenung jauh tak berkelip, Alif memukul rebana mengalunkan lagu-lagu memuja. Adakalanya dia seperti mabuk dan dzauk, menari-nari sambil melaungkan nama sang kekasih. Darwis sujud tak angkat kepala langsung,berjam-jam. Ibrahim solat tak henti-henti. Muhammad dan Adam tidur saja.

Aku terasa kelopak mataku panas. Hatiku sayu. Aku cuba menyembunyikan esakanku dan akhirnya aku terlena dalam esakan.

(belum habis)

Monday, April 25, 2011

part 2: sahabat gua

kami sampai ke kawasan lapang di bukit itu. Ia seperti padang yang sudah diterangkan semak samunnya. Kebun sayur-sayuran berada di sebelah lereng. Gua tersebut tidaklah dalam dan lamannya seperti bumbung pisang sesikat.

"Makanan yang ditanam dan dimakan sendiri lebih bersih dan baik. Yang kita beli tu penuh dengan racun dan kotoran." kata Darwis. "Pemakanan penting."

Aku melihat telefon bimbit tiada 'coverage'. Huh! macamana nak tahu keadaan anak isteri di rumah. Bimbang pulak mereka tak dapat hubungi aku.

"Adam dan Hawa dulu tercampak ke bumi dan terputus hubungan. Tapi dengan gelombang suara dari laungan mereka akhirnya mereka dapat bertemu. Gunakan 'gelombang' suara batin kau untuk mendengar dan meninjau keadaan mereka di sana." kata Darwis.

"Macamana pulak?" tanya aku.

"Ah! Usah risaulah... anak isteri kau tinggal di dalam rumahkan? Ismail dulu ditinggalkan Siti Hajar di padang pasir yang terik dan penuh binatang buas. " Darwis selamba saja berkata begitu.

Aku diperkenalkan kepada kawan-kawan Darwis. Adam, Muhammad, Ibrahim, Sufian, Alif dan Pak Fakir (bapa Alif). Mereka mesra, manis wajah dan tidak sombong tetapi taidak banyak cakap. Masing-masing dengan tugas. Adam dan Muhammad memotong kayu api, Ibrahim dan Sufian membersihkan kebun, Alif tak pasti buat apa tetapi kelihatan sedang buat sesuatu juga. Aku mendapatkan Pak Fakir.

"Pak Fakir sudah berapa usia?" tanya aku. Nampak seperti 70an tetapi masih gagah.
"86 tahun." jawabnya.
"Sihat lagi ya? Apa petua?" tanya aku.

Pak Fakir tersenyum tidak menjawab. Kemudian dia termenung jauh tidak menghiraukan aku. Wajahnya sedikit sugul. Alif mencuit belakangku.
" Jangan ganggu bapaku. Dia sedang merindui kekasihnya yang satu. Jangan buang masa kamu dan masa dia. Jangan alihkan perhatiannya dengan pertanyaan yang tiada kena mengena dengan kekasihnya. Dia tak akan layan."

Aku terdiam. Darwis yang tadi menghilang muncul dan berbual-bual denganku sehingga hari hampir senja.

"Sudah hampir maghrib. Makan dulu." Sufian menghulurkan aku sepinggan nasi putih ayam kurma dan baunya amat menyelerakan.

"Bila kamu masak ni? Tak nampak pun?" tanya aku.

"Tak masak. Kekasih yang beri. Katanya kamu tetamu kami. Makanlah."

Aku makan. Mereka semua bangun seperti bersiap-siap membersihkan diri untuk maghrib.

"Kamu semua tak makan? Takkanlah aku seorang saja?" tanya aku.

"Kalau rohani kenyang, jasmani pun takkan lapar. Kamu makanlah. Tiada masalah." Jawab Sufian.

Terasa malu tapi aku meneruskan makan. Sebaik saja habis makan, aku terdengar suara azan yang dilaungkan oleh Ibrahim. percayalah! Itulah azan yang paling menusuk dada seumur hidup aku. Ia seperti satu laungan yang benar-benar 'mengajak'. Bukan sekadar mengalunkan lagu mengajak sembahyang. Hati aku berdebar.

Ibrahim kemudiannya qamat. Semua duduk didalam satu saf sementara Pak Fakir menjadi imam.

"Itulah hayat kita. Sewaktu kita lahir, kita diazan dan diqamatkan. Apabila mati, jenazah kita disolatkan. Bukankah antara azan dan solat jaraknya terlalu singkat?" Bisik Muhammad.

Aku terpempan. Sewaktu takbiratul ihram, aku memejamkan mata menghayati bacaan Pak Fakir. Apabila membuka mata aku dapati mereka ghaib tetapi aku dapat rasakan mereka sebenarnya 'ada' berjemaah sebab aku boleh dengar bacaan Pak Fakir, laungan amin mereka, pergerakan anggota dan turun naik nafas jemaah....

(bersambung)


sahabat gua

Ini hari kedua aku di sini. Di sebuah kaki banjaran Titiwangsa. Seorang diri berteman kamera dan peralatan lukisan. Mencari ketenangan. Penat menjaga anak yang sakit. Minggu depan giliran Sham pula bercuti. Aku akan di sini seminggu. Lewat petang semalam aku sampai di sini. Tidur dalam khemah.

Pagi tadi aku bangun dan meninjau jaring yang aku pasang. Ada seekor sebarau. jadilah untuk tengah hari.

"kau bukan nelayan. Cukuplah untuk tengah hari ini. Karang carilah lagi." tegur seorang lelaki sebaya aku. Pakaiannya putih bersih. Terkejut juga, ada manusia di sini.

"Aku Darwis." Dia menghulur tangan seolah-olah mengerti keserabutan aku padanya yang muncul tiba-tiba. " Aku dan enam kawan aku tinggal di situ." Dia menunjuk ke arah sebuah bukit yang tinggi di sebalik bukit-bukit berhampiran kami.

""Kami tinggal di sini lebih 10 tahun. Tidak keluar ke mana-mana. Makan minum di sini."

"Di kaki gunung ni? Tanpa kenderaan dan apa-apa? Sejak 10 tahun?" tanya aku.

"Kami semua bersembunyi larikan diri dari kezaliman dunia yang semakin teruk. Kami tak mahu terlibat dengan benda-benda yang menyesakkan, mengejar sesuatu yang akhirnya musnah. Kami mahu tumpu kepada kekasih yang Satu, yang kami rindu untuk bertemu dengan Dia. Di sini kami dapat tumpukan segala usaha dan kerja-kerja memuja Dia." kata Darwis.

"Kau tak pernah keluar dari sini?" tanya aku.

"Kami aman di sini."

"Tak da keluarga yang kau rindu? Kereta, rumah, kerja, ibu bapak, anak bini?" tanya aku.

"Semua itu telah hilang dan akhirnya tinggal kita sendiri juga. Kau juga satu hari nanti akan kehilangan apa yang kau ada." kata dia.

"Kamu tinggal dalam gua macam pemuda kahfi?" tanya aku.

"Marilah ke tempat kami. Kamu jadi tetamu kami malam ini. Jangan bimbang."

"Boleh juga." jawab aku. "Jom!"

"Kita zohor dulu.." katanya. Dia tunduk menyapu debu-debu di batu sungai dan bertayammum.

Lalu dia terus melangkah 2-3 tapak dan mendirikan solat di atas sebuah batu. Aku menunggu sampai habis.

"Kau solat tak ambil wuduk? Mengapa bertayammum sedangkan air ada tak sampai sepuluh tapak melangkah?" Tanya aku.

"Masa makin singkat. Aku takut tak sampai 10 langkah menapak ke sungai untuk berwudhuk, ajalku sampai. Langsung aku mati tak sempat solat." katanya.

Mulutku terkumat-kamit cuba berkata sesuatu tapi cepat Darwis berkata.

"Jom cepat. Hujan di hulu sekarang. Nanti kepala air datang melibas tempat ni."

Kami berjalan meredah semak samun dan denai di tebing-tebing sungai menuju ke bukit itu...

(bersambung)

Saturday, April 23, 2011

kita lebih alim

satu kepantangan aku ialah apabila ada orang lain merasakan dia lebih alim dari orang lain dan cuba melabelkan orang lain dengan label yang tak baik jika orang itu tak sependapat dengannya. Bagi aku agama adalah bagi 'diri' mereka dan hubungan seseorang itu dengan penciptanya adalah rahsia peribadi mereka yang mana tiada orang lain yang boleh nampak dan nilai di tahap mana seseorang itu. Aku tak boleh kata kamu sesat dan lebih teruk daripada aku. Dan dari dulu aku tak pernah cuba melibatkan diri menuduh seseorang atau sesuatu pertubuhan itu sesat selagi mereka mengakui keesaan Yang maha Suci.
Aku tak mahu terlibat menuduh Syiah, Naqsyabandiah atau apa jua tarekat, Al Arqam, Tabligh, Qadiani, Mat Matahari, Ayah Pin atau sesiapa sesat.
Senang ceritalah - ada juga sekali dua pengomen di FB mengatakan aku ini freethinker atau kurang berpedoman.
Hahaha! Pegi mampuslah dengan label. Selalunya mereka yang cuba berdakwah di fb ini jenis yang muka sendiri pun tak tunjuk. Macamana boleh kata orang itu terpesong akidah jika muka kita sendiri pun tak berani tunjuk? Kenapa tak berani? Takut kalau dikenali nanti susah nak cari makan? Aiikkk...makhluk ka yang bagi rezeki? Mana pulak akidah kamu ye dak?

Ada banyak jalan tapi tujuannya menuju yang satu itulah. Kamu kamu punya jalan, aku aku punyalah. Tuhan itu satu tapi bagaimana menghayati 'Tuhan' itu aku rasa berjuta sebab setiap orang intepretasinya berbeza. Ada yang menganggap dirinya hamba yang perlu taat dan tidak boleh langsung membantah maka dia melakukan ibadah sungguh-sungguh sampai bengkak kaki dan lebam dahi. Salahkah?
Ada pula yang menganggap Tuhan itu kekasih yang sangat dicintainya. Rindu, puji-pujian tak lekang. Tapi sesekali dia bergaduh dengan kekasihnya, merajuk dan selepas itu dia merindui lagi. Bercintalah katakan. salahkah?
Ada yang menganggap Tuhan itu bermacam-macam. Aku buat itu ini sebab Tuhan dah janji nak bagi itu ini. Bagaimana pula yang ini?

Untuk aku, aku tak kisah sebab insan itu memang istimewa kedudukannya dalam mencipta hubungan dengan penciptanya. ada macam macam golongan dan mereka ini semua berbeza pendekatannya dengan tuhan :-
ada rasul, anbia, aulia, muqarrabin, solehin, asyikin, syuhada, abidin,
ada puak yang sibuk beribadah dan mengasingkan diri dari pergolakan persekitaran macam 7 pemuda kahfi. sekarang pun ada yang tak ambil pot dengan persekitaran tapi takdelah juga beribadah sangat. Rasulullah tidak mengganggu sekumpulan manusia yang sangat warak dan menetap di masjid.kalau ada kerja atau peperangan mereka akan turun jika tidak ada mereka lepak je. ada rezeki makan, takde kalu mereka berpuasa.

sepanjang perbualan,aku hanya menerangkan perbezaan pendapat tapi sebaliknya mamat ni meletakkan aku seorang yang rosak akidah. Aikk? mengapa mesti jadi berpihak begitu? Musa tidak salah Khidir yang nampak songsang itu juga tidak salah. Kebenaran bukan hak mutlak sesiapa melainkan Dia.
lepas tu aku diminta jangan kaitkan cerita khidir dan musa sebab ia jauh.

pulak....bukankah cerita itu ada dalam Quran, dekatlah kan?
Quran bukankah dekat dengan kita.....

"takkanlah kita nak jadi khidir pakai ilmu laduni?" kata dia. Tak boley ke? Cerita dalam quran tu sekadar cerite je ke? tak perlu tahu mengapa khidir boleh kasyaf? kelebihan apa dia? ilmu apa yang dia tuntut? Rasulullah ada tak ilmu tu?

"bagaimana akhlak Rasulullah wahai Aisyah?" tanya sahabat.
"Akhlak baginda ialah Al Quran!"
- nah...apa yang ada dalam Quran semua baginda amalkan. Dan kita dituntut contohi baginda.

aku mahu tanya kalian. Ayat pertama ialah "iqra" - "bacalah!"
tapi Rasulullah reti bacakah? baginda buta hurufkan?

Apa maksud 'baca'di sini?

Wednesday, April 20, 2011

di wad...

di wad 5a serdang, takde apa yang menarik selain kami menguruskan annisa dan an-nur di wad. mereka semakin pulih, mungkin keluar sehari dua lagi.

apa aku buat?
huuuhh...nurse mintak lukis gambar dia dan pasangannya..okeylah..


..dan meneruskan kerja terakhir potret peguam murnie hidayah anuar, sikit lagi nak siap..penat gak..

telur di atas pagar

seorang kawan aku , lulusan luar negara tetapi telur tercucuk di atas pagar berkata."Politik ni sama je semuanya. Semuanya nak kayakan diri. Tak kiralah parti apa pun. Pas tu nama je Islam tapi jual agama untuk cari kuasa. dengan kuasa buat kekayaan. PKR terdiri dari orang-orang kecewa."

aku bertanya: "Siapa dalam Pas yang nak cari kekayaan dan siapa yang kecewa dalam PKR. Yang kecewa semua dah keluar? Kah kah kah!"

kata dia: "Sekarang belum memerintah memanglah takde, nanti kalau dapat sama je.."

aku bertanya lagi: "umno/BN sekarang macamana?

kata dia: Tak kira umno ke BN ke Pas ke PKR ke semuanya sama....

aku: Kau pulak apa ye?

dia: aku tak sokong mana-mana. aku atas pagar. tak peduli!

kata aku: OHhh! Kau macam lembu je ya...makan tidur kencing berak mengawan....

..tapi dalam hati je. tak sampai hati nak tengok orang bodoh terkulat-kulat kene titik lebih sedih kalau si bodoh yang kena titik ini adalah kawan aku sendiri..

Monday, April 18, 2011

kata mereka...

kata mereka, dia dilihat masuk ke bangunan itu untuk ditanya akan sesuatu... di dalam pejabat itu dia disoal bermacam-macam, lama juga.. kemudian dia dilihat keluar, seakan kecewa, kata mereka... kata mereka lagi, dia naik ke atas bangunan... ...dan dia terjun? Mengapa dia mesti terjun sedangkan dia hanya saksi? ..tapi itu kata merekalah...

...dan dia ditemui mati tanpa patah riuk seperti jatuh bangunan. Tapi dia bunuh diri.



..kata merekalah.....


(amaran: jangan tiru aksi ini. Dia adalah pelakon profesional!)

antara dua sampah..

"apa hal pak jabor, menung je?" sapa aku. Pak jabor tersentak,tersenyum tawar. menggosok mata. apasal lak menangis orang tua ni? "takde apa.. duduk melepak takde kerja ni mulalah terbayang macam-macam." sengihnya kembali ceria. Pak Jabor pencen JKR. ada 3 anak. Yang bongsu perempuan. Yang sulung sepasang kembar lelaki. Kasim dan Karim. Aku ingat lagi. Kasim adik Karim abang tapi Karim digelar 'karipap' oleh Pak Jabor sejak dulu sebab kurang pintar berbanding Kasim. Kasim selalu dalam ranking pelajar terbaik manakala Karim ranking pelajar slow-motion. Jauh beza walaupun mereka seiras hampir serupa wajah. Karim cemerlang dalam sukan dan permainan tapi Kasim lebih lagi. Pelajaran dan sukan. Pak Jabor selalu memuji-muji Kasim bila berborak dengan kawan-kawan. Karim kurang disebut. Hari ini Kasim dan Karim sudah berkeluarga. Kasim kerja hebat, pegawai besar. Karim hanya bekerja memandu lori sampah. "Kasim jarang balik. Sibuk kerja banyak. Mujurlah Karim ada kat sini. Dialah dok hantar aku ke hospital ke, ke mana kalau aku nak pergi. Kadang-kadang Som (isteri Karim) atau Iqbal (anak Karim) datang hantar lauk. Lega sikit." Aku nampak ada kesayuan dalam kata-kata itu. Anak yang ditatang 'jauh' sedang yang 'karipap' itulah terus berbakti. Sampai di rumah tadi aku ternampak lori kutip sampah depan rumah aku. Aku balik bekerja berpakaian rapi. Mereka bergelumang sampah. Anak isteri mereka mungkin geli nak peluk waktu mereka sampai rumah petang nanti sebelum mandi. Tapi jika mereka tiada, siapa yang hendak pungut sampah kita? kalau semua orang jadi pandai kerja besar, siapa nak angkat sampah? Baju mereka busuk kerja mereka mulia. Anak isteri diberi makan dengan kerja ini. Ada yang berbaju wangi tetapi busuk bergelumang sampah dan najis rasuah.

Sunday, April 17, 2011

perang!


aku tak de mood menulis entry. aku tak de mood dengan internet. minggu kedua dah an-nur di wad. tol, petrol, dobi,makan minum semuanya kena kira. kedai tutup dah dua minggu. juga dapat surat tunjuk cipap kenapa aku tak datang kerja seminggu? Haaiiiihh!! Tak boleh ke tanya kabor aku dulu sebelum kasi surat. sms ke, apa ke... tak kisahlah tu.. man gotta do what man gotta do! cuma aku serius kali ini:- isytihar perang kawan-kawan yang mengaku benci dengan kezaliman dan fitnah tapi masih membeli akhbar sial. masih dok sumbang duit untuk mereka meneruskan fitnah! kita berperang! maknanya jika kau sedang mengelek akhbar sial tu dan ternampak aku, maknanya kita bermusuh ketika itu. sori! aku tak mahu berkompromi dengan orang yang bersubahat.


gambar di atas adalah gambar mood aku punya muka!

Saturday, April 16, 2011

apa kene kita ni?

kau lepak kat restoran. order teh tarik. kau tau? itu bukan teh..itu hanya serbuk berpewarna tiruan. susunya bukan susu lembu tapi lemak santan kelapa sawit. kau order roti canai. minyak peket yang digunakan adalah minyak yang dikitar semula menjadi bersih. minyak itu telah pun diguna dan dipeket semula. kolestrolnya tahap tinggi. kau isap rokok...huh! tak yah ceritalah! kau order air kosong yang datangnya dari air pip yang tak berpenapis. Air ini datangnya dari loji rawatan air yang mana air kotor dirawat semula dan dibubuh klorin. jika kau tengok dalam mikroskop air rawatan ini memang kuman semua dah mati dibedal klorin - cuma cacing pada babi saja yang tak mati - kan kandang babi kebanyakannya semua tepi sungai? cacing ini mengalir ke dalam paip dan terus masuk dalam cerek kita melainkan jika kita menggunakan penapis yang lubangnya lebih kecil dari cacing ini nak tembus. pekena teh o ais limaulahhhh.... gula makin putih maknanya makin banyak bahan kimia digunakan. limau yang dibagi adalah limau kasturi - kat kampung dulu mak opah kita buat basuh ikan je...patutnya guna limau nipis baru ada khasiat. kita pun minta kopi sachet + tongkat ali....kah3...berapa kandungan steroid tau tak? akhirnya kita mampuih... (aku menulis entry ini sambil pelahap 'megi')

Friday, April 15, 2011

ngap sayot!

Bangsar, 11 malam Jumaat 15 april, terserempak dengan Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri. "Tak pergi Sarawak?" "tak. aku, isteri, anak-anak dan poket semuanya sakit. Macamana Sarawak?" "Saya dan Fad baru balik. Pehhhh!!! Meremang bulu roma tengok kebangkitan mereka. Protes terang-terangan, takde sembunyi. Semua bendera, lencana PKR mereka mahu. Ingat kan sekitar bandar saja rupa-rupanya di pedalaman pun. Semuanya memang nak tumbangkan BN" "Ada macam 98?" tanya aku. "Lebih gila. Mac 2008 pun kita tak rasa sangat kebangkitan rakyat. Hanya tau-tau saja keputusan PRU, PR dapat 5 negeri. sarawak lain macam." "Tapi kita selalu kena tipu dalam PRU." "Yalah..jangan harap terlalu tinggi nanti kecewa. Tapi kalau tengok sentimen, saangaaat gila!" Sarawak adalah penanda aras untuk PRU akan datang sama ada oleh BN mahu pun PR. Jika BN menang majoriti mudah dan gagal mendapat 2/3 ini bermakna BN memang dalam keadaan nazak apatah lagi jika Taik Mamod pun bungkus dalam taik. Faktor sarawak akan menyebabkan semenanjung lebih bergelora. Jentera BN akan diguna habis-habisan kali ini. Jika mereka menang tipu pun mereka tak dapat bohongi kenyataan sebenarnya. Tinggal Johor saja lagi kubu Umno paling ampuh di dunia. bahang ini akan melimpah ke sana. Tidak mengapa jika ia baru nak bermula akan tetapi ia akan makin lama makin mengepung hingga BN gagal membendungnya lagi. apa? isu video lucah, liwat mahu pun RPK? kah kah kah! Di sarawak tak laaakuu weh! Semenanjung pun orang dah menyampah! Cuba belajar ikat kain kafan sendiri sekarang!
Ayuh Sarawak! Terajang Taik Mamod segera. Kamu dibiarkannya miskin sedang keluarga cibai ini kaya raya! HUmban! Biiar bujang senang makan. Kasik Ngap Sayot!

Thursday, April 14, 2011

Katak-katak yang melompat itulah PEJUANG sebenar!

hari ini aku tersedar yang aku telah tersilap. selama ini aku juga macam orang lain, menuduh pejuang-pejuang yang dulunya gah tetapi kemudiannya menjadi katak itu pengkhianat. aku salah. aku terikut-ikut dengan orang lain mengatakan ezam, zul nodin, lokman adam, gobala mahu pun hari ini RPK adalah pengkhianat. aku minta maaf kepada mereka.

sebelum menuduh mereka pengkhianat aku kaji diri aku dulu. adakah aku telah melangkah sejauh mereka sebelum aku gugur dan melompat menjadi katak? pernahkah aku menganjurkan demo besar-besaran, berkempen membongkar rahsia-rahsia penyelewengan pemimpin negara, mengedarkannya ke setiap pelosok negara seperti yang telah mereka lakukan? pernahkah aku berpidato membakar rakyat sehingga kerajaan goyang dengan aku? pernahkah aku ditangkap, diseksa, dilokap, dibicara atau aku lari meninggalkan negara dan merempat di tempat orang?

tak pernah.....
layakkah aku menuduh mereka pengkhianat dalam perjuangan sedangkan aku sendiri tak pernah buat apa yang mereka buat, lepas tu aku pun gelarkan diri aku pejuang juga? jika mereka gugur dan melompat pun mereka telah melakukan semua itu sedangkan aku hanya dok dengar ceramah, pasang bendera, hulur seringgit dua, bertempik takbir saja. itu pun aku bangga mendabik dada mengatakan aku pejuang. ada juga yang mengutuk mereka pengkhianat tapi muka kamu sendiri pun kamu tak berani nak angkat...

sekurang-kurangnya mereka berjuang dan sehingga hari ini juga sebenarnya mereka masih lagi berjuang menjatuhkan BN. mereka walaupun dah melompat dan mengutuk PR tetapi tingkah laku mereka sebenarnya membuatkan orang bertambah benci lagi kepada BN. Tidakkah itu menunjukkan yang mereka sebenarnya masih lagi sedang berjuang membuat rakyat membenci BN?
Ezam dan zul nodin hari ini sedang berjuang menjatuhkan BN dengan mengutuk anwar. makin kuat dia kutuk makin benci rakyat kepada BN. Perjuangan Zul dan Ezam ini harus kita puji.
Jangan buruk sangka dengan mereka. Jasa mereka dalam perjuangan menjatuhkan BN semalam dan hari ini sangat besar. Kita aje yang masih pengecut dan tak berani. Kita ini jika dibandingkan dengan mereka sangat jauh bezanya. mereka adalah pejuang sementara kita adalah lepat pisang.





Tuesday, April 12, 2011

tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua!

sesiapa yang lahir-membesar- remaja atau belia era 80an, pertengahan terutamanya tak dapat menafikan yang mereka tersimbah dengan pengaruh ROCK. Sama ada kamu pakai seluar ketat kakachi atau tidak, berboot kulit berenda atau kasut aliph, nike atau tidak, atau ada key di poket belakang dan berbuckle tengkorak atau tidak, berambut panjang atau togel, berbaju loudness atau pakalolo atau tidak, pekena dam, siong atau tidak - kamu rockers! itu yang berlaku pada kami. tapi yang ramainya adalah rocker jadi-jadian. hanya fesyen je. bukan attitude. bukan tahu pun pasal rock. hanya tahu muzik bising, suara meneran dan gorengan gitar. rock masa tu adalah rock acuan URTV dan Pancaindera Mingguan Malaysia. Kalau URTV kata band tu best sebab vokalis dan guitarisnya cun band tu best! Kalau Freddie Mercury yang bermisai tepet tu lahir kat Malaysia dah tentu melingkup balik kampung menoreh. Jangan harap dia nak popular. Aku tak mampu pakai fesyen2 bermafla langsir, berkasut kulit macam kawan-kawan aku masa tu. kadang-kadang aku dipulau sikit sebab takde baju rock. Kawan-kawan aku bukan tau apa pun. sekadar reti conteng vandalisme simbol lidah terjelir ada lambang nazi (rolling stones), conteng Iron Maiden. Mereka tak tahu pun lagu Queen, Led Zeppelin tu hapa, Black Sabbath jadah bende... toksah cakaplah Cream ke Uriah Heep ke.. Yang depa tau sebenarnya Glam Rock. Dressing macam Poison. Lagu Ballad Rock yang selalu radio RTM putar - lagu2 jiwang Scorpions. Sampai hari ni kalau Search bikin konsert, lagu Isabella masih jadi anthem lagi. Kah kah kah! RockRock Rock... Ia bermula bila Battle of the Bands menggempur Malaya. Siapa tak kenal Search, Lefthanded, SYJ, Bloodshed, Rahim Maarof n White Steel, BPR, Ella n the boys. Yearghh!! masuk second batch - Wings, May dari juara2 Rock, d'Febian's (sebelum vokalisnya menukar identiti menjadi Bandi Amok). Sebelum tu Rusty Blade dari Singapore kemudian Rockerz dan sampailah ke XPDC dan band2 nyanyi lagu rock nangis2 huhuhu... Sebenarnya Rock N Roll di Barat dah merudum masa Battle of The Band sedang hot. Led Zep dah disbanded bila drummernya meninggal dan beberapa band pun dah biasa je. Malah Ramli Sarip pun dah keluar Sweet Charity (band melayu terawal rakam lagu Rock dengan memelayukan rock - berjaya). Tapi kawan-kawan aku tak minat Ramli. Sapa orang tua gempal ni? Kah kah... mereka gila Amy, Awie, Ella, Man Bai Gersang, Ekamatra (kih kih)..budak-budak felda lagi haru. turun pekan siap borong tah band hapa pun dia sapu - Olan ke, Kejora ke..tahapa lagi tah.. M.Nasir handle Search, Wings, BPR dan beberapa band lagi. aku rasa zaman rock ni Datuk M.nasir ni betul2 kaya. boleh terbit 2-3 album rock dalam masa serentak di studio sebelah-sebelah. Ramli Sarip handle Lefthanded dan Ella. Sound Lefthanded pun dah macam Sweet Charitu dan Nash punya tone pun macam Ramli masa awal2nya. Amy dengan style Robert Plant + Mick Jagger + Freddie Mercury kekal rock sampai hari ini. Ella masih takde pencabar. Aku bukan ambil pot sangat dengan Ella tapi bila kau tengok dia live, wah! kau akan akui Ella bestlah woii! - Aku sebenarnya minat Lefthanded sebab muzik depa tight dan skil depa tinggi. Man Kidal (yang dah terang2 meniru bukan saja skil malah dressing Yngwie Malmsteen) dan arwah Samad memang best. Yan punya bass dalam Q'abul bikin aku melonjak. Man dayak pukul drum kadang2 macam aku tak percaya je..double paddle dia macam keropok rangup. Kelemahan mereka ialah lagu tak best- stereotype. Lepas "seruan' macam ada lagu lain yang ala-ala gitu. lirik tak baik dan tak hensem. BPR pun. kalau kau dengar album sulung dia SElamat pagi Malaysia, lirik aduhhh! Search ada pakej. Cun. Wings pun. Ada band yang main bagus tapi tak cun.band-band baru lagilah hancur. rockers jadi-jadian. macam masa nasyid top muncul grup nasyid jadi-jadian. bapok pun buat grup nasyid. hihi! dadah? Ganja? masa tu kira macam columbialah kot? hahaha! pernah kita ditanya mengapa band rock hebat Malaysia tak boleh maju sampai internasional? Sampai barat? hahaha! Senang je beb..Rock muzik depa bukan muzik kita. kalau kita main, janggal bagi depa. macam kalau kita dengar mat salleh nyanyi dondang sayanglah... cuba tengok, negro ada buat banyak band rock? Mat Salleh ramai ke popular sebagai penyanyi rap? cuba kau tengok you tube di link ni..kau rasa kelakar ke, bangga atau dia hebat? http://www.youtube.com/watch?v=bpqzgyZtLuo

Monday, April 11, 2011

eye of the tiger


mata aku dah macam mata kongkang. kena kuarantin. harap annisa selamat. an-nur sangat perlahan sembuhnya. sham juga sakit menjaga an-nur di wad. jantung sham berdegup laju dari biasa. dr suruh rehat. walau semangat kuat, fizikal kami mungkin tak sekuat dulu.

aku teringat anwar. sejak 98 hingga hari ini tak pernah dia diberi berita baik oleh media arus perdana. aku takde idea macamana dia boleh lalui semua ni. degil dan kering. semakin diburuk, semakin gelabah musuhnya kerana imejnya makin kuat. hebat!

kawan dari sarawak bagitahu sentimen anti taik mamod amat tinggi seperti gelombang 98. tapi aku masih tak percaya spr. cerita pasal mata dan anwar teringat akan lagu eye of the tiger - filem rocky. sewaktu anwar ditangkap 98 dulu menurut zunar, polis menyuruh anwar pakai baju banduan tetapi anwar menolak. katanya dia bukan penjenayah.terjadi pertengkaran. anwar memberi kata dua - jika mau juga, waktu bicara di mahkamah nanti dia akan datang berpakaian seperti ghandi. "try me if u don't believe!" - kelam kabut depa dan anwar pakai baju yang dihantar abangnya.

kalau kita tengking polis camtu kita penyet...kita takde 'matarimau'

Sunday, April 10, 2011

tiunaseng!

aku ada sebuah kereta yang murah bayaran bulanannya dan tidak diselenggara dengan baik. namun jasanya cukup banyak terutama untuk mengangkut barang jika ada dapat upah katering kecil-kecilan. disember lalu seorang ustaz telah memperkenalkan aku kepada seorang ustat gak. ustat ini telah dapat job angkut budak sekolah pergi-balik, dia perlukan kereta. memandangkan kereta aku itu selesa, dia mahu pakai. aku terangkan keadaan kereta tersebut yang tiada pendingin hawa, bocor power steeringnya. dia tak kisah dan berjanji akan membaikinya. tiada paksaan apa-apa pun. dia mahu guna kereta aku. tiada syarat apa dan perjanjian bertulis - atas kepercayaan saja. cuma dia sambung bayaran bulanan saja tak sampai rm400. satu hari dalam bulan februari dia telefon mengatakan kereta aku masih bocor power steeringnya walau dah ditukar suis yang selalunya bocor di situ. aku kata power steering tu mesti ditukar satu ketul, tak boleh diganti parts yang kecik2.. lalu aku kata nantilah dulu.. seminggu dua kemudian aku sms dia pada hari ahad yang jika tak berbaloi, pulangkan saja kereta tu kerana tak mahu menyusahkan dia. senyap sehingga 3 hari kemudian dia telefon aku mengatakan baru saja buka henfon dan nampak sms itu ( ye ke?). "kereta tu dah kena tarik jumaat sebelum awak sms hari ahad tulah Lup!" Aduuuhh! Kenapa dia tak bagitau awal2? "Awak tak bayar ke ansuran bulanan tu?" tanya aku. Dengan gelak kerang dia jawab tak, tak sempat busy sangat. Ceh! 3 bulan dia tk bayar memanglah kena tarik. aku meminta supaya dia menjelaskan bayaran 3 bulan tu kepada aku. patutnya bajet tu mestilah adakan? setiap kali aku telefon dia janji akan bayar hujung minggu tapi haraaammm!! sms usah cakaplah, tak pernah jawab! aku berlembut sebab aku tahu mungkin dia orang susah gak tapi sekarang aku pun susah..aku bakal disenaraihitam. dia cuma berhutang dengan aku aje... aku minta duit 3 bulan saja, upah tarik dan sewa tapak stor aku usahakan. tapi haram! aku telah pergi ke sekolah agama tempat dia mengajar, berunding. dia berjanji lagi dan lagi..bagi tempoh seminggu. aku terhangguk macam budak bongok. ok! takpe...baik sangka.. seminggu berlalu. tiada sms mahupun telefon. periksa akaun - tadak! esoknya aku pergi lagi ke pejabatnya. dia menyambut dengan menepuk2 bahuku. "amacam?" tanya aku. "belum lagi!" jawabnya sardin. aku sudah tak mahu dibongokkan lagi. aku tendang partition, tercabut dua laci meja. dua staf yang ada di dalam terkejut. ustat ni terkejut juga, mungkin malu dan dia juga naik marah kerana diaibkan depan kawannya. "jangan bergaduh di sini. nak bergaduh ayuh di luar." katanya. "kalau bergaduh pun hanya dapat sakit je.." jawabku."kau langsung tak berusaha. kau tak pernah fikirkan pasal aku. jika aku pecah2kan kereta kau sekarang, pasti kau tau cari jalan macamana nak cari rm1200 kan?" "kau tak patut membabitkan orang lain, mengamuk depan staf tadi.." "ohhhooo..kau buat aku takpe..aku blacklist tau? berapa lama aku nak nanti..nanti..kau tak telefon tak sms..kau nak bayar ke tak nak ni?" "nakkkkk....tapi baru ni aku balik kelantan.." "boleh balik kampung lagi?" "okey, 3 hari lagi aku bayar!" janjinya. "podah! aku tak percaya kau lagi. dengar sini. kalau kau tak nak bayar, kau cakap je tak nak bayar. aku tak nak tengok muka kau lagi!" dia mudar mandir kegelisahn, menyarungkan kasut dan berjalan meninggalkan aku. aku menjerit di koridor." kau nak bayar ke tak? tak nak cakap tak nak?" "tak nak!" jawabnya. "hah baguslah ustat pembohong. haramlah dunia akhirat!" kata aku. - putus hubungan. hingga hari ni aku masih tak tau di mana kereta aku disimpan. anak aku sakit. aku pun. dia sudah boleh tidur lena. aku belum. padan muka aku! tunaseng!

Saturday, April 9, 2011

lukisan hidup

kepala masih pening. mata aku merah dan bengkak kerana kurang tidur. tekak sakit dan kelenjar di leher membengkak. tapi kena jaga annisa di rumah agar dia sentiasa sihat. sham menjaga an-nur di wad. juga demam tak dapat tidur. an-nur agak perlahan sembuhnya. matanya juga dah sembab banyak masuk air. bengong begini nak buat apa pun tak de mood. nak apdet pon tak larat. seluruh sendi sengal dan sakit. capai gitar..greng! takde mood.. teringat wajah seorang ustat yang kencing aku sampai aku sengkek..potong! hidup ini adalah lukisan yang dilukiskan oleh maha pencipta (lagu Pelukis - M.Nasir) . lalu kucapai peralatan lukisan,melakar wajah seorang kawan - muda dan berani. perlahan-lahan aku cuba siapkan. masih kasar lagi lakaran itu.. harap berjaya...
kenal dia?

Wednesday, April 6, 2011

ketika kita sedang...

hari ni 7 april an-nur genap 8 tahun tapi dia sesak nafas dan dimasukkan ke wad 5a hospital serdang malam tadi. tertangguhlah rancangan untuk membuat acara makan dan kesyukuran hujung minggu ini. selalunya kami akan membuat majlis ulangtahun anak-anak kami kerana mereka tak pernah meminta apa-apa. maka itu kami akan meraikan mereka dan kesempatan itu juga kami ambil untuk mengumpulkan rakan-rakan dan keluarga.

itu cerita lain.
cuma ketika menemani an-nur di wad kecemasan, diberi nebuliser, diambil darah; aku terlihat sekumpulan manusia yang ketika kita sedang berseronok minum teh, menonton, bersama kekasih - mereka bertungkus lumus berkhidmat merawat dan meringankan kesakitan pesakit.
Doktor, jururawat dan kakitangan hospital memang hero!
Cuma seperti guru, mereka berdepan dengan risiko diugut, disaman, tak dihargai, kerja lebih masa. tekanan ini kadang-kadang menyebabkan kecuaian dan kadangkala kita dengar doktor tersilap itu ini.
TAPI itu hanya terpinggir kesnya. JASA mereka terlalu besar. Aku angkat topi sama mereka. melayani pesakit atau penjaga kepada pesakit harus dengan cara yang betul dan tidak menyinggung. silap kata akan diherdik orang yang baran macam aku. tapi kita juga haruslah berpengetahuan tentang sakit kita. buat research supaya kita juga bersedia.

annisa dan an-nur popular di sini dan kami ibu bapanya rasa tempiasnya. di hospital ini, ramai doktor, staf dan jururawat akhirnya menjadi kawan yang baik.

Salut untuk mereka!

*entry ini didedikasikan untuk doktor, jururawat serta staf hospital seluruh dunia terutama - Dr Eliza, Norhafiza, Zurina, Khadijah, dr azfar, meera, azyati dan Dr yang pernah membantu annisa dan an-nur
- Miss Saraiza di ENT dengan team Dr Muhammad, dr.Hisham, Dr.nik dan staf ENT. mereka pernah membedah annisa dengan jaya.
- nurse di wad 5a dAn 5b - norisha, zanira, nor azlin, khatijah, maureen, dianah dan yang tak disebut, aku tak mampu memikirkan semua nama saat tidur tak cukup sekarang.

Allah berkati kamu!
-

Sunday, April 3, 2011

semua palsu

bangi kopitiam melawati dah takde. kami masuk ke sebuah restoran area situ yang hiasannya canggih. pekerjanya bert-shirt seragam. tapi sejak awal lagi dah rasa sangsi akan mutu perkhidmatannya. takpelah...perut pun dah lapar. Tuhan dah tulis rezeki kedai ni nak merasa duit kami malam ni kot setelah gagal singgah makan di HR western food di kampung baru yang jem tadi.
tengok menu mak.....harga mahal. teh tarik sampai rm4.50. apasal? teh organik ka?

"teh o ais limau satu!" pesan Sham.

"saya gantikan limau dengan lemon boleh?" soal pelayan tersebut.

"lagi bagus. Buah lemon betul ke atau perasa je?" tanya Sham.

"kordial. Kalau nak limau ais kita pakai serbuk." jawabnya.

aih! kedai mahal-mahal gini apalah salahnya guna buah betul bukan perasa tiruan. aku heran! selalunya memang gitu kalau ke restoran sekarang ni. nak minta limau ais limau nipis pasti depa kata takde. depa bagi limau kasturi. apasal? buat tomyamkan guna limau nipis? kalau mahal pun takpelah, caj aje lah..tapi pi guna tiruan. sama juga kalau minta teh halia. mesti halia serbuk.

yang peliknya cecair pencuci pinggan mendakwa mereka menggunakan perahan limau asli. dan...makanan kucing dan anjing memang berkhasiat sebab tu bulu kucing atau anjing akan jadi cantik.

aku risau satu hari nanti kita semua tak dapat lagi menikmati yang asli. makan nasi pun tiruan, petai jadi pil, belacan dalam kapsul, air kelapa hanya pakai niat saja....

yang jadi pelayan pulak mat pendatang asing yang pakai ic palsu...
mampuih!

pergi beli dvd pun haram, rakam rompak. bukan yang asli tapi dalam dvd haram tu sebelum mula cerita disuruhnya kita beli dvd yang berkualiti. maksudnya walaupun cerita itu rompak tapi belilah dvd rakam rompak yang berkualiti sikit..
beli barang curi takpe tapi belilah barang curi yang berkualiti sikit..
semua palsu..
apa yang asli apa yang tulen?

aha! video seks itu disahkan oleh pakar ia memang tulen. tak pasti pulak ketulenan si pakar mana ni...memanglah tulen tapi pelakon tu?

Oh Tuhan!
Apakah kau masih lagi tulen?
Setan yang ada sekarang adakah setan yang asli sejak adam dulu?
Apa pekerjaan Jibrail sekarang selepas tiada lagi Rasul untuk dia hantarkan wahyu?
Kami kadang-kadang mahukan jawapan segera sesegera Firaun ditelan Laut Merah atau tentera gajah Abrahah dibedil ababil....
tapi kami takut..


(entry ini dengan jujur sengaja ditulis untuk menyedapkan hati arham aru yang memarahi aku kerana dah lebih 3 hari tak apdet blog. sungguh! aku takde idea..)