Wednesday, June 29, 2011

Unggun Bersih

dengan pen matabola dan sehelai kertas yang diminta dari doktor wad 5a serdang, terlukis lukisan ini dan discan oleh Ummu Asiah yang membawa pulang setelah datang melawat, istimewa untuk Pak A. Samad Said~ ikon!

Tuesday, June 28, 2011

lawak KUNING

Seluar dalam wanita dan lelaki berwarna kuning habis dijual di pusat membeli belah berhampiran Putrajaya. "Nak beli baju kuning, kami takut. Jadi beli spenda kuning pakai sorok-sorok pun jadilah sebagai sokongan terhadap BERSIH 2.0" kata seorang kakitangan awam di Putrajaya yang enggan namanya disiarkan.

TERKINI: penjual kuih seluruh Malaysia diberi amaran menukarkan warna kuih puding jagung kepada warna biru atau merah.

TERKINI: Kerajaan BN sedang cuba untuk membuang angka 9 di bulan Julai dalam kalender untuk mengelak demo BERSIH2.0 yang semakin tak dapat dibendung.

BERSIHKAN JALAN!


lupakan kelakar maharajalawak

lupakan carta lagu popular minggu ini

lupakan rumahtangga artis mana yang pecah berderai

lupakan datuk mana yang mengintai artis

jom turun bersihkan yang kotor

jom turun bersihkan yang korup

lupakan projek dan slot program tv mana nak kau dapat

lupakan geran percuma nak kau pungut dari proposal plagiatmu

jom turun

jom jalan

itu kotor kita kasi BERSIH!


28 jun 2011

(wad 5A Hospital Serdang)

Friday, June 24, 2011

9 julai hari kita!


Ayuh turun 9 julai ini. ini hari kita. hari yang akan melakar sejarah tamadun dunia. hari yang akan dikenang sampai bila-bila. sampai kita sudah tiada!
9 julai adalah perjuangan!
Kita hanya turun saja! Turun dan jalan!
Mereka gentar!
pedulikan bebelan ulama pembodek, persetankan cecehan politikus tercekik!
Pergi mampus dengan ugutan perkakas-perkakas!
9 Julai hari kita!
Katakan kepada ulama pembodek "ini perjuangan amar maaruf nahi mungkar!"
katakan kepada politikus korup "Bersedialah untuk mampus!"
Katakan kepada perkakas-perkakas "Ini untuk kamu juga!
Bayangkan air asid adalah air mawar yang akan membangkitkan semangat
Bayangkan canister adalah perfium yang akan kita pakai menuju syurga
Penjara? Ahh! Negara ini adalah penjara yang besar sebenarnya.
Ayuh turun dan bebaskan semua dari penjara!

kata Ghandi~ dulu mereka abaikan kita, kemudian mereka tertawa, kemudian mereka lawan kita dan akhirnya kita menang!

Thursday, June 23, 2011

selamatkan dewanbahasadanpustaka!



entry ini dirangsang untuk ditulis setelah baca posting Ummu Asiah di blognya. Sila baca di sini. foto-foto adalah dari blog beliau.
Program Selamatkan DBP di Warung Rakyat depan DBP berlangsung pada Rabu malam lalu. Semua yang hadir ialah otai old skool DBP. Mereka ada nilai syahdu dengan DBP. Perjumpaan kali kedua itu sebenarnya hanya mereka-mereka saja tapi peminat dan pencinta bahasa muncul menyokong. Lain kali aku rasa kalau diuar-uarkan mungkin akan menjadi lebih besar kerana sosok-sosok otai ini ramai pengikutnya. Kalau tak baca TukarTiub tak tau ada program ni.
Misi aku datang nak kasik gulai tempoyak petai campur dedaun pucuk ubi, kunyit dan lain2 yang dimasak Sham kepada Isham Rais, Rahmat Haron, Ummu Asiah dan pasangan Zunar/Alin. Korang boleh baca posting Ummu Asiah siapa yang hadir.
Anak muda yang hadir lainnya ialah Rozan dari Angkatan Muda Keadilan,Topeng Perak, Jimadie Malaysiakini, Sidiqin Suara Keadilan, PejuangProDemokrasi dan seorang amoi dari UKM, Katherine yang kebetulan lalu dan ternampak pak Samad terus berhenti dan join. Pyanhabib menjerit dalam smsnya kepadaku nak datang tadak transport. Ceh!

Siapa tau apa DBP sekarang ni? Benda apa DBP? Aku petik beberapa quote dari mereka selain aku yang hanya tahu DBP sebab pernah hantar lauk katering kat sana tahun lepas dan Ummu Asiah yang hanya tahu DBP penerbit buku teks sekolah.

"DBP adalah Johan Jaafar dan Johan Jaafar adalah DBP" - Hishamuddin Rais.
"Bahasa kita telah dialtantuyakan!" - Rahmat Haron. Rahmat sudah kunyah sepiring cili api dan meluahkannya dalam pinggan membentuk huruf DBP.
"Tukar saja yang baru!" - Hasni Abas.
Dan kritikan pedas juga dari Kassin Barajiwa. Semua ni otai.

Aku harap DBP tak jadi macam Pudu Jail, dirobohkan dan akan dinaikkan kondo di tapaknya suatu hari nanti.

Monday, June 20, 2011

di situ, di pintu CM itu...

...dia muncul lagi tahun berikutnya. Di pintu yang sama pada bulan Ramadhan. Dengan t-shirt putih vest coklat dan jeans biru, dia memang ayu. Tersenyum menikmati nyanyian Sidek (Al Fatihah). Cuma kali ini aku bukan lagi budak kilang haram. Aku penuntut kolej. Tapi masih lagi berselipar. Berjeans-tidak bawa dompet, hanya bawa 3 keping syiling emas seringgit dan sekeping kad pengenalan lama yang liat. Cukup untuk belanja pada waktu itu. Tengok wayang kadang-kadang Anis atau Arip belanja. Persis gagak kudung dari neraka, aku terbang senget menghampiri merak nirwana.
"Awak pekerja KFC Taman Pertamakan?" tanya dia.
"Taklah..saya kawan Anis!"
"A'ah ye!"
"Jom join kitorang berbuka puasa?"
Dia mengangguk dan kami berbual-bual sementara menunggu teman-teman lain. 6.30 petang sudah cop tempat duduk di warung lorong katak. Siapa boleh lupa enaknya roti canai, nasi ayam lorong katak sebelum mereka dihambat kemajuan dan McD menawan kawasan itu? (hari ini McD juga lingkup di situ).
Kami menikmati makanan bersama Arip dan Is. Anis, seperti selalu kata nak datang tapi takde. Dating tempat lain kot.
Mungkin tuah lorong katak agaknya, kami pulang ke destinasi yang sama kerana tinggal di kejiranan yang sama. Bas mini 32 selalunya penuh. Dia berdiri di pintu masuk sedang aku di belakang. Berdiri juga. Sesekali kami bertentang mata dan dia melempar senyuman. Senyuman yang meruntuhkan Tursina.
"Apa tu?" tanya aku sewaktu kami turun dari bas dan berjalan pulang. Harus menempuh rumahnya dulu manakala rumah sewa bujangku 300 meter lagi di hadapan.
Dia mengeluarkan pita video dari beg tangannya.
"Tremors. Best ke? Kevin Bacon..." tanya aku.
"Nak pinjam? Ambillah tapi janji mesti pulangkan balik."
Aku tak minat filem itu tapi meminjamnya bermaksud mesti pulangkan semula. Dan peluang berjumpa dia lagi ada.
"ok." Aku mengambilnya sebelum kami berpisah. Dia menunjukkan mana satu rumahnya yang terletak di tingkat dua flat itu.
Aku berjalan pulang ke rumah bujangku dengan pita video di tangan. Menyanyi riang dengan menyemai benih harapan yang mula berbunga. Dan aku lihat bintang-bintang di langit cemburu memandang aku.

Saturday, June 18, 2011

di pintu central market

"Ini classmate aku," Anis memperkenalkan kawannya kepadaku. Rutin kami akan berkumpul di tepi pintu CM sebelah gerai Mustika Ratu setiap petang lepas habis bekerja. Penat lelah bekerja kami legakan dengan menikmati alunan suara Adi Jagat atau Sidek yang mengamen saban petang di situ. Tiada sms atau telefon bimbit zaman itu, masing-masing setia dengan janji. Jika ada, adalah. Jika tak dapat datang, jumpa hari lain baru cerita.
Aku tersenyum menganggukkan kepala membalas senyumannya. Gadis tinggi lampai itu juga mengangguk. Lesung pipitnya menawan. Bias hijau t-shirtnya terpantul di kulit wajahnya yang putih. Dia tampak anggun dengan pakaian pejabatnya. Aku sempat membandingkan pakaianku yang comot dengan jeans lusuh dan berselipar. Jauh berbeza. Aku hanya buruh kilang haram di Taman Shamelin yang setiap hari bergaul dengan Minah Indon dan Mat Myanmar. Memotong besi, mengangkat logam dan menggerudi keluli. Sifat rendah diri dan kampung masih tebal.
Kami kemudiannya beramai-ramai ke pentas tepi sungai CM menonton acara bacasajak. Ada Imuda, Kamarul (Farouq dalam Gila-Gila Remaja), Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Pyanhabib buat persembahan. Kali pertama aku melihat mereka ini buat persembahan 'live'.
Aku dan beberapa kawanku kemudiannya meninggalkan yang lainnya untuk kami ke Kotaraya menonton wayang dan bermain snooker. Gadis putih tinggi lampai itu kulihat gembira menikmati persembahan bacasajak itu bersama kawan-kawanku yang lain. Aku meninggalkan kumpulan itu. Tanpa perasaan apa-apa. Keesokannya dan hari-hari serta bulan-bulan seterusnya seperti itulah, lepak-lepak dan minum-minum di situ. Di lorong katak. Gadis putih tinggi lampai yang senyumnya memikat itu tidak pernah kuingat lagi sehinggalah......

Thursday, June 16, 2011

aku dan rumah dia.

aku bukanlah ahli jumaat yang berdisiplin. mungkin pemakan-pemakan pisang sedekah dapat lebih banyak pahala dari aku apatah lagi jika mereka makan pisang sewaktu khatib sedang menyampaikan khutbah bertajuk "makanlah buah-buahan tempatan". Kalau tak tidur, kadang-kadang aku luangkan masa berangan menjadi kaya sewaktu khutbah membosankan sedang dibaca (ulang: 'dibaca').
Aku memang tak baik dan aku sangat sedar.
Cuma kadang-kadang aku rimas juga bila menghadiri jumaat di surau atau masjid yang berhawa dingin di mana petugas-petugas masjid lebih pentingkan air-cond dari jemaah. Pintu gelangsar cermin gelap mesti sentiasa dipastikan tutup agar air cond tak habis. Jemaah di serambi tak dapat melihat wajah khatib. Bila ada orang masuk dan terlupa tutup pintu, cepat-cepat mereka tutup.
Malah ada juga ajk masjid yang berbangga kerana di waktu zaman mereka menjadi ajk kejayaan diukur dengan keupayaan mereka mendapatkan dana untuk membeli air cond.
Di masjid Kajang ada seorang kawan aku lulusan Mesir yang OKU dan hanya berkerusi roda tetapi dia tak tinggal solat. Setiap waktu dia solat di masjid Kajang tapi di luar sajalah kerana kerusi rodanya tak boleh naik masuk ke dalam. Tiada laluan OKU. Hanya tangga je. Maksud aku, di mana-mana masjid sekarang jika masih tiada laluan kemudahan untuk OKU, buatlah.
Aku juga pernah mendengar di sebuah surau dalam sebuah kampung seorang imam berdoa selepas solat agar Allah memudahkan urusan mereka mendapatkan dana untuk membesarkan surau dan mempunyai pendingin hawa. Jemaah di dalamnya tak sampai 10 orang dan masjid yang besar hanya setengah kilometer dari situ.
Aku tak membantah, membesar dan mengindahkan tempat ibadah itu bagus tapi carilah idea bagaimana nak tarik ramai lagi jemaah agar mereka ketagih ke masjid.
Aku mendengarnya dari luar surau, ketika aku sedang makan sate di gerai tepi surau.
Aku tahu, aku bukanlah orang baik. Tariklah aku supaya aku ketagih kalau tak pergi aku akan berasa rugi.
Janganlah hanya bersalam selepas solat tetapi selepas menyarungkan selipar semua berjalan terus dan sudah tak mengenali sesiapa lagi kalau pun tidak memaki hamun saudara sejemaah tadi yang parking memblok kereta kita.
Haiya 'alal falah!

Wednesday, June 15, 2011

mari menafsir

melihat yang tersirat akan membawa maksud lebih besar dari yang tersurat. kitab suci penuh dengan ayat berbagai erti. matahati mau tajam, deria rasa mau peka. baru boleh baca.
"mata mau liaq, tangan gagau peliaq!"

jangan simpan patung dalam rumah nanti malaikat tak masuk.
- untungla ye dak? tak matilah kita malaikat maut tak boleh masuk. tapi maksud 'patung' atau berhala ialah benda2 yg kita sembah selain dia seperti harta, wang, pangkat dan kuasa. 'rumah' bermaksud hati dan malaikat adalah 'nur'.
maka- jangan letak pangkat/wang/kuasa dalam hati nanti nur atau hidayah tak datang.


semerah padi
-ini melambangkan pemuafakatan komuniti yang mengamalkan hidup bergotong-royong dan berganding bahu. ini dikaitkan dengan komuniti melayu/islam dulu-dulu. 'se' adalah satu, 'merah' adalah darah dan 'padi' adalah makanan orang melayu/islam. padi menjadi lambang penyatuan.
maka - satu darah melayu/islam maksudnya yakni bersaudara mereka.

maksud entry aku sebelum ini ialah:-
kambing: berjanggut ala pak lebai
mati pucuk: lemah
makan tahi sendiri: rasa macam perbuatan salahnya itu betul dan best je...
kerbau balar tu rahsia! haha!

ok, mulai harini selalulah melihat yang tersurat.

homework untuk anda: tafsirkan catatan fared ayam di bawah ni.

"sehari ruang sunyi
menjadi lebih berani
merasa lebih sendiri
untuk apa semua ini?"

Tuesday, June 14, 2011

seekor kambing tua yang mati pucuk duduk santai mengunyah tahinya yang disangka kacang sedang kerbau balar terus tertawa ketika azan berkumandang

seekor kambing tua yang mati pucuk duduk santai mengunyah tahinya yang disangka kacang sedang kerbau balar terus tertawa ketika azan berkumandang

masjid kajang

hari ini

sejak dua purnama yang lalu...



(boleh ke tajuk panjang isi sikit?)

Friday, June 10, 2011

saat api kugenggam

Kubah masjid itu teguh mengadah ubun-ubunnya ke langit lazuardi. Bulan dan bintang di hujung kubah adalah kesatuan dari dua 'barang'. Satu bercahaya dan satu meminjam cahayanya. hujung tajam yang menjunjung bulan bintang adalah 'habluminallah' sementara kubah yang menggelembung dan semesta itu adalah habluminannas. Ketika semilir memuput lembut mengusap daun telinga dan seekor serindit singgah di puncaknya, langit bertukar menjadi kirmizi memayungi buana yang membalas cintanya dengan melemparkan sejalur kasih ungu ke sempadan senja yang syahdu.
Aku lihat kau di sana, berlari ke puncak ancala sedang sayapmu mencecah tujuh warna pelangi. Kau menari mengikut mata angin. Asyik tarianmu, meremang romaku. Kemuncup di kaki tidak kusedari.
Untaian rindu terputus dan manik-maniknya terburai di padang lalang.
Aku terus berbaring di medan ini. Melihat bulan, bintang dan mentari tersenyum menarik tirai sutera.
Tarian terhenti. Sayapmu gugur. Pelangi runtuh. Ancala berkecai. Manik-manik berkilauan.
Aku...
aku bukan aku lagi!


sabtu 11jun 1.37 pagi~ saujana impian

Wednesday, June 8, 2011

aku anak bangsa apa?

aku punya ramai kawan dan ada juga kawan-kawan aku berfahaman dan memperjuangkan "anak semua bangsa" di mana di negara kita tak perlu ada kaum melayu, cina, india atau apa-apa. Mengisi butir-butir seperti bangsa, agama di borang-borang adalah tidak membawa apa-apa makna. bagi kawan-kawan aku ini, bangsa tiada erti. Semuanya harus disatukan menjadi bangsa Malaysia seperti di Indonesia.
Aku hormati pandangan mereka dan aku faham perjuangan mereka. Tapi secara peribadi aku tidak sehaluan dengan perjuangan 'satu bangsa' itu. Bagi aku tidak mengapalah aku ini Melayu, kau Cina atau dia India. Tidak mengapa malah kita boleh berbangga menjadi Melayu, Cina atau India. Tidak perlu menghapuskan ini semua dan menjadikan kita semua bangsa Malaysia. Aku bangga ku Melayu dan jika aku berkata aku ini Melayu tidak bermakna aku ini 'racist'. Tidak.
Ini pecah dan perintah. Yang penting bagi aku ialah kita tidak boleh menindas sesiapa. Jika kita kata kita Melayu, kita tak boleh tindas bangsa lain. Dan jika kita satukan semua bangsa pun penindasan akan tetap berlaku. Melayu kaya di atas tindas melayu miskin. Begitu juga cina dan india. Bersatunya manusia kerana keadilan diberi. Melayu, Cina dan India yang memimpin BN bersatu untuk merompak bangsa-bangsa mereka di bawah. Samy Vellu menggelapkan saham Maica~ untuk rakyat marhaen kaum India. Pemimpin melayu bergabung dengan pimpinan MCA rembat tanah PKFZ. TUkarlah menjadi satu bangsa Malaysia, penindasan ini tetap berlaku.
Kerana manusia tak berbalik kepada akar umbi. Asal kejadian. Di dalam Al Quran, dinyatakan Allah menciptakan manusia itu bersuku-suku dan berbagai warna kulit untuk kenal-mengenal, bukan tindas menindas. Kita patut raikan rahmat dan nikmat ini. Warna kulit sama ada hitam atau putih adalah keunikan dan kebesaran Yang Maha Kuasa yang patut kita akui. Kita kenal-mengenal.
Momokan "melayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan" adalah dongeng orang tua. Cina pun bergaduh sama cina. Yahudi pun bergaduh sama yahudi.
Asal manusia itu satu. Dikhabarkan dalam Al Quran, Allah meniupkan rohNya ke jasad Adam. Dari Adam dan Hawa manusia lahir dan dalam tubuh manusia ada roh Allah. Ini yang gagal dilihat Iblis sebab itulah dia enggan sujud kepada Adam.
Tidak ada salahnya kita berpegang pada bangsa. Yang penting semuanya kembali kepada asal~ kenal-mengenal.
Adam dan Hawa bangsa apa?
Tapi kalau kawan aku kata kita manusia ini semuanya satu bangsa aku mahu setuju. Semua dalam dunia ini satu bangsa. Ya!
Bangsa apa?
Manusia adalah bangsa Muhammad (Yang Terpuji). Allah jadikan manusia sebagai insan yang terpuji. (baca dan faham doa selepas azan). Muhammad, Ahmad, Mahmud.
Terpuji jika kita kenal diri dan mempunyai satu visi. Kembali menyatu. Haiya Alal Falah! Marilah menuju kejayaan. Kejayaan zahir dan batin.
Manusia ini bangsa yang terpuji. Rasulullah saw (nama pun Muhammad bin Abdullah bermaksud Yang terpuji hamba Allah) pun dah ajar dalam Islam tertib dn adab ketika tidur. Cuba lihat gaya tidur yang disarankan dalam Islam di bawah ini. Apa anda lihat?

Monday, June 6, 2011

when the smoke is going down!

"Zunar dapat award courage in editorial cartooning 2011 oleh CRNI- cartoonists rights network international. Aku ingat nak buat surprise punya majlislah lepas dia balik 7 julai nanti." kata Jonos.
Beberapa hari kemudian aku call Jonos. "Woi! Kita buat cepat sikitlah, 5 jun ni."
Maka segala kerja diatur. Ramai kawan dalam list tak dapat hadir kerana banyak urusan. Sasterawan Negara Pak Samad pun tak dapat hadir. Kerja-kerja mencari penaja pun dijalankan. Alaaahh..kos tak besar mana tapi manalah kami ada duit, setakat sorang YB pun boleh sponsor tapi muka kami ni bukan muka YB kenal pun..haha!
Jonos berjaya dapatkan Puan Ainon Mohd, bosnya dari syarikat PTS yang telah menaja lebih separuh dari kos majlis. Puspa, Egaponis dan Jai 'berusaha' mencari sumbangan. Akhirnya dapatlah bajet ngam-ngam. Malam itu kita pergi pekena nasi mandy dengan kambing di kedai Kak Hasnah yang pernah aku tulis dulu. Ya! Di Al-Amin Food Corner - Gombak.
Strategi diatur untuk meyimpan rahsia agar tak dicium Zunar, maklumlah alat deria penciuman Zunar agak hebat. Alin isteri Zunar hanya bagitahu malam tu aku sekeluarga nak makan dengan mereka berdua selain keluarga Ummu Asiah. Bila Zunar sampai ke tempat kejadian, dia terkejut ramai dah menanti dan bertepuk tangan. Maka berlangsunglah majlis yang dihoskan oleh Joni Depp (gambar bawah)

Sambil makan, ada ucapan dan diselangselikan dengan nyanyian seniman bersuara power - Nikjidan.Malam itu depa balun lagu kegemaran Zunar~ lagu-lagu Iwan Fals dan Zunar lepas gian menyanyi sama.

Jonos memulakan ucapan dengan lagu Negaraku ~eheh gurau je, maklumlah cara dia bercakap menegak je. Jonos cerita kisah dia merantau ke KL memburu ilmu perkartunan dan akhirnya bertemu dengan mahaguru Sang Adi Zunar, sejak itu dia berkawan rapat dengan gurunya sehingga bersama-sama berganding bahu menerbitkan majalah Gedung Kartun yang telah pun diharamjadahkan oleh kerajaan Najib. Jonos yang pernah menjadi pelukis poster wayang bertugas sebagai Ketua Pelukis semasa buat Gedung Kartun. Jonoslah yang menimbulkan idea agar majalah kartun politik bantai gomen diterbitkan dan Zunar telah merealisasikan idea ini. Jonos mengakhiri ucapan dengan bodekan tahap tinggi terhadap sifunya.
Ya! Gambar di bawah adalah gambar Jonos.
Seorang kawan lama Zunar sejak awal-awal penglibatan dalam bidang kartun juga memberi ucapan. Profesor Muliyadi Mahmood~ profesor yang ada doktor dalam bidang perkartunan juga seorang kartunis. Beliau menghimbau memori bernilai sentimental tentang keakraban dengan Zunar. Zunar pernah membantu membawanya ke hospital ketika beliau sakit tengah malam.
Hubungan mereka seperti sebuah keluarga.
Profesor Muliyadi (gambar bawah) pernah bergandingan dengan Zunar menerajui PEKARTUN (Persatuan Kartunis pada awal penubuhannya)
Roy, kartunis Brader Sport majalah GIla-Gila menceritakan pengalaman bersahabat dan berguru dengan Zunar sewaktu di Gila-Gila. Roy (gambar bawah) menghormati Zunar dan menganggapnya sebagai perpustakaan bergerak kerana Zunar adalah tempat mereka merujuk untuk mendapatkan info-info dan tips mendapat dan mengembangkan idea.
"Tapi rahsia Zunar muda-muda banyak saya simpan di poket saya." gurau Roy yang disambut gelak tawa hadirin.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhh! Pyanhabib bikin gamat menceritakan kisah sewaktu era reformasi, beliau adalah penyunting sebuah akhbar perdana (syyy!!) dan terlihat gambar Zunar yang dikenalinya hujung 70an sedang berdemo. Suatu ketika, isteri Pyan sedang menelefon Zunar dan sedang berbual-bual.
"Gambar masuk paper nak pi Dang Wangi lapor diri..." kata Zunar dan telefon terputus. Hilang lenyap...beberapa hari kemudian Pyanhabib terjumpa Zunar dan Zunar beritahu telefon terputus sebab dia kena lokap dan kebetulan berjumpa hari tu baru keluar ..Ketawa bertambah rancak apabila Pyan habib kata walaupun dah lama kenal tapi mereka masih belum 'friend' dalam facebook.
Hishamuddin Rais menyambung cerita Pyanhabib yang dia memang nampak muka Zunar dalam akhbar tu, sebelum ini memang dia tak kenal kartunis kontroversi ini. Lama kelamaan mereka bersahabat apabila sama-sama ke mahkamah menghadapi tuduhan yang sama - berdemo.
"Korang semua janganlah kena tangkap. Kalau kena hukum penjara berapa tahun tu tak kisah sangat, yang tak tahan kena bangun pagi-pagi pergi mahkamah tu, sakit kepala woo!" Lawak Tukar Tiub mengundang ketawa lagi. Meriah!

Ya! Siapalah Adam tanpa Hawa, Kejayaan seorang lelaki bergelar suami pastilah ada wanita bergelar isteri di belakangnya (ayat cliche). Alin, isteri Zunar~blogger bernama Rotikacangmerah menceritakan pahit maung menghadapi cabaran sebagai seorang isteri kepada seorang kartunis yang lantang menghentam kerajaan. Air mata ada masanya menemani hidup tapi kawan-kawan yang menyokong menguatkan semangatnya.

Last sekali Zunar berucap menceritakan macam-macam perkara dari dulu sehingga terkini. Beliau menghargai rakan-rakan kartunis lama dan barunya, penyokong-penyokong karyanya juga teman-teman seperti Ummu Asiah, yang sudi menghulur bantuan ketika beliau ditahan. Selain berus dan dakwat, mikrofon juga adalah kepantangan Zunar jika nampak. Beliau terus bercerita dan bercerita........Ya! Apa salahnya. malam itu malam beliau!
Adinda Syafiqsunny (baju merah) dan Israq - dua staf dan bekas staf yang kami gelarkan mereka "anak-anak Zunar" hadir menghadiahkan kek. Syafiq yang suatu waktu dulu hanya bekerja di sebuah kedai kaset digilap bakat oleh Zunar sebagai wartawan Suara Keadilan sekitar 2007. Jonos telah menembak mercun riben sehingga bunyi letupan disangkakan c4.

Yang di bawah ni, anak angkat aku ~ Fadiah, peguam Zunar yang berbangga berbakti untuk seorang kartunis yang disifatkannya sebagai pejuang. Fadiah juga pernah masuk lokap. Fadiah menawarkan diri bekerja sebagai tukang angkat beg Zunar jika Zunar nak ke Florida mengambil award nanti.
Masih ingat Murnie,potret yang aku lukis dulu? Dia tak mahu berucap cuma hantar Fadiah sebagai wakil sumpah...er...wakil ucapan je. Murnie juga salah seorang peguam Zunar dan pernah juga sama-sama dilokap dengan Fadiah. Tengoklah, makan cili pun selamba.
Seorang lagi roomate lokap Fadiah dan Murnie ialah Puspa Rosman, peguam yang pernah digari tetapi tangannya yang kurus tu boleh lolos dari gari, kah kah kah!.. Mereka ini dari LFL (Lawyer for Liberty) ~ sila google kalau nak tahu lebih lanjut.
Dah lama Sham nak jumpa Leha Brigitte, isteri Prof Muliyadi - malam itu kesampaian! Kak Leha Brigitte sangat gembira malam itu. Zunar pernah mendapatkan khidmat kak Leha ketika membuat kartun bahasa Inggeris kerana Kak Leha fasih BM, BI dan Perancis (negara asalnya).
Gedek sila jangan jeles! sapa suruh balik kampung?
Sambil disulami nyanyian Nik, acara menandatangani autograf dan ucapan tahniah untuk Zunar berlangsung. Semua hadirin menurunkan tandatangan di banner untuk cenderamata Zunar . Peguam Latheefa Koya (lagi sorang peguam Zunar) melukis karikatur dirinya sendiri.
Dia melukis sambil mengemam bibirnya.
Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff cool, dia satu-satunya YB yang hadir selain YB Zali Gombak, kah kah! Aku janggal sikit nak panggil dia YB sebab selalu kami bahasakan sesama sendiri bro-bro saje.
Sham menurunkan tandatangan.
Zunar tersenyum.
Kartunis terkenal Ronasina juga sain di banner.
Tukar Tiub dan Egaponis Anis mengkritik hebat penampilan terbaru Ronasina yang berambut ada remos.
Poyo!
Bergambar beramai-ramai. Kenal tak?
cari sendirilah. Antaranya~ Asiah dan Asma' Latif, kak Nashita (Ummu Asiah), KulupSakah, Sham, Annisa dan An-Nur juga anak angkat beliau~ Fadiah, Latheefa Koya. Nikjidan, kartunis Zack Kapchai Roslim menggenggam penumbuk dengan sedikit spotlight, kartunis Johhny Ong, Sidiqin Omar wartawan Suara Keadilan, Zunar dan Alin, Jai Ismail, Egaponis, kartunis A.Z, YB Yusmadi, Prof Muliyadi dan kak Leha, kartunis Haili dan isteri, Syafiqsunny dan Israq, Ammar Gazali editor jalan Telawi.com, Jonos, Puspa Rosman, Murnie, Azhar Ali, Rose-man. Yang terlindung harap jangan kecewa.
Maaf jika nama kalian tercicir, jika aku ingat semula, aku akan update. Terima kasih Puan Ainon yang sponsor, kak Hasnah dan Ustaz Hamzah tauke restoran. Semua puas hati makan malam tu.
Juga Egaponis, Jai dan adinda Pusparosman atas sumbangan. Naza Grafik pereka banner. Saad tukang siapkan backdrop, Nikjidan yang menghiburkan.
Kita semua kawan!

*tajuk entry terlintas di kepala begitu, maka begitulah tajuknya.

Thursday, June 2, 2011

pas dan seni/hiburan

tak lama dulu aku telah dipanggil untuk menjayakan persembahan 'seni islam' anjuran pas sebuah kawasan. aku telah bersedia, tetapi akhirnya program ini dibatalkan kerana seorang peserta - Bob Lokman tak dapat hadir kerana jadualnya penuh.
aku terfikir mengapa sampai batal hanya kerana tiada bob? ini program seni islam ke atau program tumpang populariti bob? takde bob tak jadi islamkah seni?

aku terfikir akan keseriusan pakatan rakyat khususnya pas memartabatkan seni. bagaimana acuan seni jika mereka ambil alih kerajaan. bagaimana pengisian dalam tv atau radio? seorang pengomen pas dalam fb ketika aku timbulkan ini dulu telah menjawab, "belum perintah lagi, kalau dah perintah nanti tahulah kami. bodoh!"

masalahnya mangkuk begini tak mahu tunjuk muka - kalau tak boleh juga aku korek hidung dia. sebelum perintah inilah kita harus jelaskan sejelas-jelasnya konsep seni dan hiburan yang bagaimana. setakat demo depan pintu stadium waktu konsert tak settle problem -
rasulullah sewaktu seorang pencuri berminat nak peluk islam tapi masih mahu terus mencuri tak dikutuk rasulullah, baginda kata masuklah islam dan boleh terus mencuri tapi jangan berbohong. akhirnya kutu tu surrender. ini hikmah ini fatanah. jangan dok kutuk je sebaliknya kita harus tampilkan jenis bagaimanakah yang ingin kita ajukan. di festival selangor dulu dijemput juga artis2 pop yg ada sekarang..cehh! seruupaaa jelah!

di kelantan dulu adalah dipanggil grup nasyid, mawi, akil hayy, m.nasir dan lain2..
soalnya sekarang bukan semua mau nyanyi nasyid. bagaimana konsep "pas for all" boleh artis/seniman rasakan melalui kepelbagaian cara. mereka tak mahu jadi macam bob atau yang seangkatan dengan bob - berhenti bergiat dan pergi berceramah. itu bagus tapi mereka tak mahu. mereka masih mahu bergiat. bagi aku, pas harus libatkan orang seperti bob dan kawan2nya untuk merangka garispanduan seni/hiburan.

bayangkan jika artis/karyawan malaysia jelas, faham dan setuju dengan rangka ini dan setuju memilih pas dan pr - bayangkan betapa besarnya pengaruh mereka. janganlah kerana mereka tak sehaluan dengan kita, kita kutuk baeekk punya macamlah depa hancuss sangat dan kita alim sangat.

so, fikirkan. sebab ulama dulu juga adalah seniman. jalaluddin rumi, fariduddin attar, rabiatul adawiyah, javid dan lain2 lagi.




cilake betul Pakatan Rakyat nih!

pundek punya Pakatan Rakyat! Menghasut rakyat menentang kenaikan tarif elektrik. Takde kerja ke asik nak baaaanggkkaannnng aje?
tau sebab ape kena naik?
sebab gaji CEO TNB keciiik tauuu?
ce tengok ni ce tengok!

tak berhati perut punya Pakatan Rakyat!

Wednesday, June 1, 2011

apa komen anda?

korang agak apa dalam kepala hotak aku nak komen tentang poster filem ni?