Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Saturday, August 27, 2011

jika pudu RAYA jdi pudu SENTRAL, maka...


di hari sentral, terkenang daku kepada si dia....
suatu hari di hari sentral, kulihat cahaya bersinar indah...
bila tiba hari sentraaaal, semua insan bergembiraaaa...

Friday, August 26, 2011

petang 26 ramadhan ini


petang 26 ramadhan ini

aku diserang sakit kepala

bila kubaca blog Tukar Tiub, dia pun begitu

sakit kepala ini sering datang

tetapi tidak seteruk sebelum sinus di hidung aku dibedah tiga bulan lalu

lalu aku teringat Sham yang bertungkus lumus berniaga dengan semangat yang gagah

aku bangun melayang

untuk pastikan Annisa dan An-Nur tidak lapar

petang 26 ramadhan ini

aku teringatkan sahabat jemaah seni suri jawi

berbuka apakah Wanji

minum apakah Wan Azli

di manakah Rasidan dan K'n berbuka

masih bekerjakah Amerul, Pekin dan Khir

bagaimana yang lainnya

masih membebelkah Nam Ron dengan dilema itu ini

Faisal sedang sibukkah

...aku masih belum bersahabat dengan Zahiril Bob

petang 26 ramadhan ini

berbuka apakah Fared Ayam

dan sudah beli baju rayakah Rahmat Haron

petang 26 ramadhan ini hujan

dan aku terkenangkan mereka

yang terpaksa meredah hujan melawan arus angin songsang

tapi masih belum basah

Wednesday, August 24, 2011

bantulah sahabat






MEMINTA BANTUAN PEMBACA

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis- Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

Tuesday, August 23, 2011

GEDUNG KARTUN - di belakang tabir (dua tahun dulu)

Intro:- foto barisan pendokong majalah Gedung Kartun, penyumbang, penggemar dan rakan-rakan yang menyokong.

Ketua editor dan pengarah urusan Sepakat Efektif, kartunis Zunar sedang berbincang dengan tenaga produksi Gedung Kartun. Kartunis Jonos, aku, Orang orang Tepi Sawah, Art Saad dan Naza Grafik.
Tenaga belakang tabir:- Orang Orang Tepi Sawah, Naza Grafik, Zunar, aku, Syafiqsunny, Art Saad dan Jonos.
Aku dan Jonos tergolek di atas bahan-bahan pruf Gedung Kartun. Aksi tidur kami seperti mayat Beng Hock dan Jonos melakonkan watak batu-bata di sisi Beng Hock.


barisan Kelab Kartunis Indipenden:- kartunis A.Z, Israq, Art Saad, Oly (menjulang kedua tangan), Zunar, aku, Johnny Ong dan Jonos.

pada hari ini 24 ogos 2009 juga pada bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan, terbitlah sebuah majalah Gedung Kartun (gambar atas), sebuah majalah kartun paling gila dan berani mengkritik pedas tanpa belas kasihan sesuai untuk melanyak kezaliman dan kebobrokan pemerintah. Majalah ini hanya sempat masuk pasaran dua hari saja bila mana ia terus diharamkan. Siapa pengasas dan ketuanya? Haha.. Kartunis Zunar (bawah) melalui syarikatnya Sepakat Efektif telah mengambil risiko yang bukan kecil untuk berjuang melalui kartun - medium yang mudah diterima semua golongan tak kira apa bangsa dan pelbagai peringkat usia.

Idea menerbitkan majalah berkonsep begini dicetus oleh kartunis Jonos (gambar bawah) kepada mentornya Zunar setahun sebelum penerbitan sebenar. Idea yang terperap itu akhirnya dijayakan jua apabila Zunar tidak lagi menjadi editor akhbar Suara Keadilan ketika itu. Aku dipanggil mesyuarat termasuklah beberapa kartunis baru dan lama yang hadir seperti Shida, Roy dan Cabai dari Gila-Gila. Oly - kartunis generasi baru Gila-Gila, Joy dan beberapa anak muda lain turut hadir pada mulanya. Kesempitan memulakannya cukup mencabar. Kami beroperasi di apartment sewaan Zunar pada awalnya. Ketika itu yang ada Jonos- Ketua Pelukis, Azzam Supardi - Editor, Naza - Grafik, Syafiqsunny - Multimedia dan Internet, Israq - Pengedaran, Jasmine - Pentadbiran dan aku sebagai residen artis. Zunar ke hulu ke hilir menguruskan bermacam hal.

Akhirnya kami berpindah semula ke Brickfields dan mula mengumpul bahan. Aku sudah mula melukis dengan serius. Perbincangan demi perbincangan diadakan. Ramai kartunis tanahair datang berbincang. Ada yang setuju dan ada yang berdiam terus selepas itu. Penyumbang kartun akhbar Suara Keadilan seperti Haili dan Enot turut menghantar karya. Juga Madsein, Kidol, Deng, Nur, Dikuk, Fahmie dan Kawe. Seniman Pyanhabib menulis dalam kolumnya 'Racau" yang membebel tentang isu PPSMI. Pendatang baru seperti kartunis Ubilepih dan penulis Benludin mencuba nasib, juga pelukis/penyair Abdullah Jones dengan lukisan kartunnya yang unik. Gedung Kartun juga menyiarkan cerpen "Ulan Bator" tulisan Nazri M. Annuar (penulis novel Karipap Karipap Cinta). Membanggakan apabila Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menumpahkan ideanya dalam sajak "Peludah Bahasa". ketika ini Munirah masuk membantu Naza di bahagian grafik dan Maisuri (setiausaha Srikandi PKR) bahagian pengurusan.
Berbagai cabaran dihadapi. Gangguan kesihatan bergilir-gilir terkena kami. Pada saat-saat akhir dateline, Zunar pergi bercuti dan memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menyiapkan majalah ini.
Sedikit rombakan dilakukan. Aku dilantik menjadi editor membantu Zunar selaku Pengarah Urusan dan ketua editor. Azzam Supardi terpaksa mengambil tugas lain mencari 'job' sampingan untuk survival syarikat seperti menjadi penganjur program lukisan.
Pada mulanya cover majalah ini adalah karikatur 'roh' Teoh Beng Hock terbang aman dan watak-watak jahat di bumi berwajah gelabah. Ini kerana misteri kematian Beng Hock sedang panas ketika itu. Oly telah ditugaskan melukisnya dengan media akrilik atas kanvas tetapi entah mengapa apabila siap seperti tidak nampak sesuai untuk dijadikan cover. Perbincangan terus dibuat dan aku, Zunar bersama Jonos memutuskan sebuah idea 'lekeh'- gambar PM Malaysia tersalah kibar bendera Mongolia menjerit "Merdeka" dan seorang budak bernama Dol Kerepek (maskot kami) menegur kesalahan PM. Lucunya idea yang kami anggap lekeh dan tumpul itu amat berbisa bagi kerajaan dan 'gila' bagi peminat duna kartun tanahair.
Dua hari di pasaran, pegawai KDN datang ke pejabat dan merampas 408 naskhah Gedung Kartun. Berita ini tersebar ke seluruh dunia jam itu juga ketika mereka masih lagi mengira majalah-majalah tersebut. Kepantasan Syafiqsunny menyebarkannya memberi kesempatan Salhan, wartawan Malaysiakini sampai merakamkan kejadian.

Seterusnya adalah sejarah. Panggilan telefon menempah bertalu-talu. Media luar negara juga turut melaporkan kejadian ini. Di sinilah papan lonjak yang mengangkat nama Zunar sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa hari ini.

GK juga turut mendapat sokongan padu ahli politik. Di bawah:- Zunar, Adun Batu Caves YB Amir Shari, YB Saari Sungip (Adun Hulu Klang), Ir Nizar (MB Perak pilihan rakyat), Azmin Ali (MP Gombak ) dan aku.
Pengharaman terus membakar semangat kami. Tak boleh buat majalah kami buat buku kedua "Perak Darul Kartun" diikuti majalah yang mendapat permit "Isu Dalam Kartun vol 1,2 dan 3" (kemudian diharamkan juga) dengan barisan penyumbang yang semakin hebat. Kartunis Art Saad dan Azlan Isa (Orang-Orang Tepi Sawah) menyertai kami. Penulis besar seperti Hishamuddin Rais, Rahmat Haron, Pusparos, Fathi Aris Omar mula menyumbang sehinggalah edisi-edisi terakhir termasuk Fared Ayam.
Bilangan kartunis juga makin bertambah dengan 'orang lama' turun ke gelanggang seperti Warih, Rossem juga anak muda seperti Rose-Man, Topek Taib, Rockafalas dan Shahril. Malah edisi yang tak sempat diterbitkan juga menyaksikan kemunculan beberapa kartunis arus perdana yang sudah berani menyumbangkan karya mereka dan menyatakan pendirian. Aku berpendapat, inilah juga ketakutan kerajaan apabila gelombang kartunis dan penulis humor mula membesar sehingga ia terpaksa dicantas. Perak Darul Kartun juga mengejutkan ramai pihak apabila Dr.Farish A Noor yang selama ini dikenali dengan tulisan-tulisan beratnya tampil dengan komik serius lukisannya sendiri.
Impak Gedung Kartun bukan kecil. Lanskap dunia kartun tanahair terkena tempias perubahan. Pihak pro kerajaan kini sedang cuba menghasilkan majalah seperti ini untuk membalas serangan kami. Kita tunggu dan lihat saja. Apakah Gedung Kartun akan kembali? Mengapa KKI (Kumpulan Kartunis Independan) gambar di atas tadi ditubuhkan?
Kita lihat sajalah nanti.

Sunday, August 21, 2011

mencari makna lagu Raya

Kecik-kecik dulu sudah tentulah aku minat lagu raya Saloma, P. Ramlee, Black Dog Bone, Sudirman, S.Jibeng, Fazidah JOned, Sharifah Aini dan lain-lain sehinggalah era 80an dengan Ideal Sisters, Cenderawasih, Aman Shah dan ramai lagi. Lama kelamaan minat itu hilang.

"Cahaya di Aidilfitri" Black Dog Bone misalnya bagi aku memaparkan sikap pesimis seorang muslim yang terlalu mengharapkan simpati. Mungkin watak ini kurang kasih sayang dan amat berduka tetapi bagi aku jika 'kekurangan' ini diangkat dan diperbaiki maka keadaan akan jadi lebih baik. Bukan.Bukan aku kondem lagu ini tetapi aku rasa ia pesimisif.

Pusing-pusing mana pun kebanyakan lagu raya kita gagal menyelami dzat atau roh Eidulfitri itu sendiri. Mereka hanya mengulang -ulang kisah balik raya, rindu ayah bonda dan keluarga serta kampung halaman, ketupat lontong, duit raya tanpa menyedari dan menyelusuri lagi mendalam apa makna semua itu. Ketupat lemang, ayah bonda, kampung halaman itu sebenarnya adalah "akar" (roots) yang menyedarkan kita dari mana asal kita. Fitrah kita. Mat rock kapak tak tersentuh pun dengan lagu raya versi Rock sebabrock sebetulnya bukan 'akar' mat rock kapak tersebut. Penggiat lagu masih belum dapat mengungkapkan pengertian raya dengan lebih dalam atau menyentuh rasa fitrah lalu menggabungjalinkannya dengan hubungan insan dan pencipta.

Waktu memandu tadi aku terdengar lagu Raya oleh kumpulan nasyid yang juga gagal. Kitar semula lirik sebelum-sebelum ini, masih bercerita tentang bersalam-salaman, meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Setakat ini Suatu Hari di Hari Raya dan Salam Dunia oleh M.Nasir membuka luas sikit tafsiran raya- mengungkap persoalan kedamaian jiwa, hubungan insan dengan insan, insan dengan pencipta, persaudaraan semesta. Boleh bagi bintang.

Dalam konteks suasana hari ini, pergolakan sana sini, apakah Raya? Bolehkah lagu Raya juga membicarakan soal-soal kebebasan, kemenangan menentang kemungkaran kerana 'raya' adalah hari kemenangan menentang 'kezaliman' serakah? Bukan sekadar tahan lapar dahaga tetapi lapar kuasa yang membusukkan perut dan mulut.

Jika tidak, begini sajalah kita sejak zaman 50-60an hingga kini. Begitu sajalah Raya. Dalam tv pun pengisian raya hanya nyanyi-nyani melaram, konsert dan lawak bodoh yang pasti ada.
Dzat Raya, Roh Eidulfitri semakin menghilang. Aku terus mencari lagu...tentang raya yang bukanlah pesta-pestaan. Zaman Rasulullah saw dulu masa raya ada juga acara selain zikir puja memuja Allah. Ada juga kunjung mengunjung dan ada pertunjukan seperti tarian pedang, memukul tabuh dan sebagainya untuk membakar semangat cintakan Yang Maha Kuasa. Dan ia adalah 'roots'.
Waalahua'lam bissawab.

* Indonesia kurang lagu raya ni, tak macam kita tapi lagu Ramadhan banyak. Juga tak macam kita..hehe!

Saturday, August 20, 2011

aktiviti sebelum berbuka ..

video

sebelum berbuka, mari penuhi aktiviti ini.

kursus 2 minit melukis wajah pm oleh abang ronasina. selamat mencuba!

Wednesday, August 17, 2011

al fatihah hijat.


seorang kawan, anak muda, blogger meninggal dunia hari ini kerana penyakit kulit (kanser barangkali). sempat bersahabat dengan beliau. usia sesingkat ini dihabiskan dengan menentang kezaliman.
kita entahlah...HIJAT PANJANG dan tulisan di blognya di sini akan terus diingati!


sebatang lilin perjuangan sebenarnya tidak padam, hanya berpindah untuk menerangi lagi syurga yang indah.
Al fatihah!

Sunday, August 14, 2011

meh baca niat puasa..

SAHAJA AKU BERPUASA DARI MAKAN RASUAH DAN MINUM FITNAH PADA SETIAP MASA SEPANJANG TAHUN DAN TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEPERTI MABUK KUASA, PANGKAT DAN GILA BODEK KERANA ALLAH TAALA.

Puasa ni tak boleh berbuka langsung.


p/s: air kelapa penyejuk jiwa.

Saturday, August 13, 2011

bakor yeop!

Sabtu 13 Ogos - bangkit lambat sebab sampai rumah hampir subuh setelah bersahur di Wangsa Walk dengan seniman Pyanhabib, pengamen NikbinJidan, Ammar editor Jalantelawi.com dan si Puspa. Macam-macam hal disembangkan. Dari politik, sosial, ekonomi, agama sampailah ke filem dan bomoh. Hahaha!
Sham kena bangun awal sebab berniaga. Aku macam biasa, Mr.Mama. Jaga anak. Aku tak punya pr yang baik untuk berniaga.
Yang nyata kami semua kena terus bekerja membanting tulang.
Badan pun susut sedikit ~ tak macam 'dia' yang sekarang agak bulat, boyot dan sudah berani nak bakar bangunan Malaysiakini. Pidatonya pun agak semput sebab boyot.

p/s: sudah tak mengidam air tembikai cuma agak kesal sahur semalam tak bedal sambal kerang sampai licin.

Wednesday, August 10, 2011

hoi bodoh!

apa akan jadi kepada melayu kalau bangla,myanmar, indonesia dapat ic dan boleh ngundi?

hoi perkasam
hoi pukida
hoi silat
hoi patriiout
hoi braheng
hoi ezam
hoi lokman
hoi zul nodin

apasal diam?
apasal bodoh?

hiburan sebelum berbuka


ini mungkin minah bunian, ic takde tapi tersenarai...
yg bawah ni awek cun. kalau nama dia 'kg baru' korang agak apa nama adik beradik dia yang lain?


nak ketawa pun tak larat. kena cari air tembikai lepas ni.

Monday, August 8, 2011

mimpi ramadhan...

panas terik menikam ubun-ubun. hausnya mencabar. dalam keadaan cemas ini aku harus menyiapkan tugasanku, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka. Hati berdebar namun aku gagahi juga. Dalam keadaan huyung-hayang aku mengisi air minuman ke dalam bekas. mEnyusun tamar dalam dulang-dulang. Ada manisan lain dan daging unta yang disembelih. sederhana hidangannya. Aku mesti siapkannya walaupun aku terasa longlai. itu saja tugas yang diberikan kepadaku.malulah jika aku gagal sedangkan 313 orang yang lain sedang bersedia bertugas syahid bersama baginda.


*mimpi Perang Badar di bulan ramadhan membantutkan selera air tembikai.

anonymoustakdepunai


lukisan ini adalah karya seorang kartunis akhbar harian. Demi kebebasan bersuara, aku tak kisah dengan apa yang dia lukis. seriuus!
Tapi taruklah nama kat lukisan tuu..kalau Ronasina tulis Ronasina, kalau KulupSakah tulis KulupSakah... melukis tanpa nama samalah menulis surat layang.
seperti awek cun tapi takde nama
seperti komen anonymous yang tak nampak muka.

jika dia taruk nama aku akan berhenti memperlekehkan dia.
jangan jadi anonymous.
jangan takde punai.

p/s: dah dapat air tembikai. berbuka hari ni air tebu lak...

Friday, August 5, 2011

air tembikai dan siti khadijah

hari ke 5, masih belum dapat jamah air tembikai yang diidam sejak hari pertama puasa. tak mengapa. aku sebenarnya tak pernah ghairah untuk makan atau minum apa waktu berbuka atau sahur. apa yang sempat saja.
semalam hujan lebat. tak boleh ke mana-mana. kereta sham bawa pergi niaga, aku tinggal di rumah ambil alih jaga anak. aku kira aku nak goreng megi saja.
sham balik bawa makanan. kami makan bersama. selepas itu dia pergi ke kedai semula. aku teringatkan Siti Khadijah yang dalam sibuk berniaga masih taat menghantar bekalan untuk Rasulullah yang sedang berkhalwat di Gua Hira'. Aku pernah sampai sana dan aku tak dapat bayangkan bagaimana wanita gigih itu memanjat bukit yang aku sendiri mengeluh memandangnya.

* sepanjang Ramadhan ini, Siti Khadijahku membuka gerai menjual pakaian lelaki dan perempuan seperti kurta, jubah, baju melayu, baju kurung, kain batik, kain sampin dan pelikat, minyak atar dan wangian serta barang2 lain di siarkaki Plaza Metro Kajang, gerai no 19...
pergilah ke sana! Bantulah Hawaku yang berniaga tanpa bantuan Tekun dan Mara walaupun anak Melayu dan keturunan Raja..

p/s: air tembikai..............

Thursday, August 4, 2011

segelas air tembikai.

"Apabila anonymous masuk mengomen banyak kat blog kau maknanya dia iktiraf kau blogger berpengaruh."

"eheh! Apalah sangat aku ni...hanya sekulup je..."

"dia cuma hantar mesej untuk pembaca kau baca. Apabila ada respon bermakna dia berjaya dan ada elaun untuk mereka. aku rasa kau tak perlu layan depa."

aku diam. kelemahan aku ialah aku tak suka hampakan orang apatah lagi susah-susah dia tulis takkan tak layan. apatah lagi lawak mereka menghiburkan dan mereka beroleh pendapatan pula.
aku mesti bantu.

harap-harap aku dapat minum air tembikai berbuka nanti setelah mengidam sejak hari pertama lagi...