Sunday, December 30, 2012

Tata Wooyoung!

Pagi tadi Wooyoung pulang ke Korea setelah hampir enam bulan berkhidmat untuk An-Nur. Banyak juga aktiviti dia selain merawat An-Nur.

Link-linkini adalahpersembahan Wooyoung.
http://m.youtube.com/watch?v=kfHs--8FdGo

http://m.youtube.com/watch?v=UoPBGSN5Tg4

http://m.youtube.com/watch?v=0VqEBVgbi_I

Terima kasih dari kami!

Ucapan pelancaran buku Negaraku oleh Hishamuddin Rais

https://fbcdn-video-a.akamaihd.net/cfs-ak-snc6/v/732536/859/4683875907955_44964.mp4?oh=0a64fd92df72c7cd9301bbf734b8eb38&oe=50E13BD3&__gda__=1356937481_8492c59feed6482d4cd031003cdc7dfd

Thursday, December 27, 2012

lagi pemanas menuju #KL112

http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/
berkhemah sambil membaca Negaraku

Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk ’Negaraku’ karya kartunis Ronasina. Dengan bertemakan ‘koleksi kartun satira rakyat’, buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani. Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.
“Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang. Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya.” ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com.
Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa. Setebal 96 muka surat, buku ini juga turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk ‘Hikayat Penyakit Kuning’ dan ‘Kak Ijat Kampung Lembah’ yang menceritakan seorang wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu ternakannya.
Menurut kartunis Ronasina lagi, “Sedikit perbezaan berbanding buku kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka surat bertajuk ‘Suatu Hari di Lebuhraya’ mengisahkan tiga lelaki upahan sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan batu, cat merah dan kayu. Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi mengekalkan kuasa.”
Kartunis Ronasina, 39 tahun yang juga aktif dengan persembahan pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee  dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain. Wajah ketua penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan. Selain itu ada juga lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi. Ada juga lukisan aktres Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia. Pendek kata, buku koleksi kartunNegaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif.
Buku terbitan Anak Kunci Production yang berharga RM25.00 ini boleh dipesan melalui


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/

Gempar! Ngeh ngeh ...

Wednesday, December 26, 2012

awek cun dan balak hensem baca Negaraku









SENI MELAWAN

dari roketkini.com


“Negaraku”, simbiosis seni melawan kartunis Ronasina Oleh Hafiz Zainuddin
24 December 2012
DIA tidak mahu mengakhiri hidupnya dengan menjadi seorang guru kejuruteraan automotif di sebuah sekolah vokasional lantas mengambil keputusan lari meninggalkan kerjaya itu dan bermutasi menjadi pelukis kartun.
Mungkin, semangat zaman sekolahnya yang dilingkari majalah Senyum Pelajar, Gila-Gila, Gado-Gado, Jenaka dan Gelagat telah mempengaruhinya sehingga buat pertama kali mendapat platform bergiat secara bebas di akhbar Berita Keadilan yang kini sudah pun berkubur. Bagaimanapun, talian hayatnya terus bersambung di portal Merdekareview yang juga sudah menghentikan operasinya dan kini dengan akhbar Suara Keadilan.
“Negaraku-Koleksi kartun satira rakyat” adalah hasil karya kartunis Ronasina atau lebih manja dipanggil Abang Fendi. Karya setebal 96 muka surat itu tidak sama dengan siri kartun dalam majalah humor nasional lain yang membuatkan anda hanya letih ketawa berdekah-dekah.
Akan tetapi, koleksi Ronasina dalam “Negaraku” adalah sebuah simbiosis “seni untuk melawan”, sambil ketawa dan sambil menambah ilmu.
Digarap dengan elemen hasutan untuk membenci kerajaan yang korup dan zalim, “Negaraku” mengetengahkan masalah semasa rakyat seperti kemiskinan, penindasan, salah guna kuasa, pembunuhan dan penahanan tanpa bicara selain telatah ahli politik di Malaysia.
“Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Kalau ahli politik dengan tugas mereka, kartunis pula punya tugas mereka.“ kata Ronasina.
Menurut Hishamuddin Rais pula, kerjaya sebagai kartunis satira merupakan bidang kerja yang berbahaya. Samada kartunis di Barat sehingga ke Timur Tengah, karyawan kartun punya sejarah hitam samada dibunuh atau mendapat kecaman hebat.
“Pada 1978, seorang kartunis Palestin, Ali, ditembak mati akibat kritikan tajam dan sinis terhadap pentadbiran Yasser Arafat dan Shah Iran,” katanya ketika melancarkan Negaraku di KLSCAH.
Sesuatu yang menarik pada “Negaraku” ialah konsep lakaran dengan gabungan konteks di mana generasi 100 tahun daripada sekarang boleh mengetahui isu dalam kartun yang dilakar.
Misalnya pada muka surat 55 bertajuk PDRM, Ronasina meletakkan nota bahawa kartun itu berkaitan dengan jumlah kematian rakyat Malaysia dalam tahanan polis yang diilhamkan setelah kematian Kugan dibongkar.
Selain lakaran kartun, ia juga memuatkan tiga cerpen beliau yang berjudul “Hikayat Penyakit Kuning”, “Bengong vs Bangang” dan “Kak Ijat Kampung Lembah” yang merumuskan senario politik semasa negara.
Disebabkan Ronasina bersilat dalam bahasa yang ditakuti pemerintah; melalui lakaran manusia berkaki katak, bersongkok tinggi, buncit, di samping lakaran eksklusif seorang wanita gemuk yang seksi dan menakutkan, kita tertanya-tanya adakah mungkin “Negaraku” akan senasib dengan Gedung kartun dan Perak Darul Kartun hasil suntingan Ronasina yang diterbitkan kartunis Zunar yang selamat diharamkan kerajaan?
Dan, kita tidak perlu berasa hairan apabila Ronasina sendiri mengatakan bahawa pengharaman  buku kartun sebelum ini merupakan dalil ‘aqli’ yang membuktikan pemerintah takut dengan buku kartun.
Mudah-mudahan, “Negaraku” mampu menjadi satu daripada catalyst for change demi negara dan masyarakat yang lebih adil dan telus atau setidak-tidaknya mampu menjadikan kerajaan BN sedar bahawa apa yang mereka lakukan kini adalah lebih kartun daripada kartun sendiri.
Buku “Negaraku” terbitan Anak Kunci Production ini cuma berharga RM25. Bagi sesiapa yang berani untuk ketawa sambil melawan bolehlah terus memesan melalui emel kepada raja_uda@yahoo.com atau ronasina@gmail.com atau terus lawati blog http://kulupsakah.blogspot.com –Roketkini.com


aku 39 tahun

yelah....26 Disember datang lagi. Bertambah lagi umur aku. Kami raikannya di Seoul Garden, Malaysia Fest, Danau Kota bersama Wooyoung, Najwan, Beeha dan FaizalRiduan.

Pukul 1 pagi kami menikmati surut laut dan bulan terang di Port Dickson.


Empat pasang kaki ini bergerak dengan cinta...


buku Negaraku aku sedang hangat sekarang dan 80% tulisan terbaru untuk sebuah buku kisah suka duka aku sebagai bapa kepada dua anak istimewa siap. harap keluar hujung Januari 2013.

Friday, December 21, 2012

setahun nan lalu...




Semangat tetap bersama. dalam redha harus ku akui sebahagian hatiki sudah hancur luluh dibawa pergi.
22 Disember 2012 genap setahun pemergian Annisa dan tarikh ini adalah hari pelancaran dan kelahiran buku Negaraku aku.
Ia sebuah semangat untuk aku, kami dan kamu!

Wednesday, December 19, 2012

Negaraku

Khamis 20 Disember 9.10 malam aku ditemuramah pasal buku Negaraku di radiobangsarutama. Yang belum tahu sila google dan tengok camana nak dengar

Thursday, December 13, 2012

Kita yang berperanan

mengapa kita lahir ada sebabnya. mengapa kita lahir pada tarikh itu ada sebabnya. mengapa kita lahir pada zaman itu ada sebabnya. mengapa kita diberi nama sebegitu ada sebabnya. mengapa kita lahir dengan diberikan kepandaian itu ada sebabnya.
ada tanggungjawab yang harus dijalankan.
ada tugas yang perlu dilaksanakan.
iaitu mengenal pencipta dan membawa kesucian pulang kepada yang maha suci,

melukis jika pandai, menulis jika tahu, menyanyi, berceramah, berkarya, buat apa sahaja untuk menegakkan kebenaran milik Yang maha Suci.
Yang dikurniakan kepada kita adalah untuk menjalankan tugas sebagai khalifah.
bagaimana hendak bertemu dengannya dalam keadaan kita menyembah yang lain tetapi menggunakan segala kurniaannya.
tidak yakin kita apabila membawa tugasnya akan tidak dibela Dia?
tidak diberikah rezekiNya ketika kita melaksanakan tugas menentang kezaliman dan mengangkat sebuah keadilan?


Monday, December 10, 2012

Friday, December 7, 2012