Wednesday, January 30, 2013

malam itu di kedai kopi sebelah pencaus brickfields

"kau nak buat fazalah? eh! majalah? gila beb! bukan senang...." Fazolah editor akhbar Suara Kesaksamaan terkerenyin skeptik.

"sejak lebih 3 tahun dulu lu cakap benda ni bro, gua memang mau sebab hari ni majalah yang bagus semua dah mati...tapi...." Om Dikin penggerak Radio Bangsar Prioriti seakan teruja. Wahyu, budak yang aktif menerbitkan zine sendiri tersenyum penuh makna. Hafiz Roket menggaru-garu meja.

Ya! Kita mesti kasi boleh, kata aku. Ustaz Wan J.I terkumat-kamit seperti hendak mengeluarkan nas dan hadis dari mulutnya.

"Positif! kena jalan!" kata Sham sambil menggolek-golekkan bola kecil di dada An-Nur untuk senaman. Di meja sebelah Isham Tukar Tayar sedang berbual dengan dua belacak yang datang menempel untuk melobi dirinya menjadi calon pi'aryu akan datang. Om Dikin meletakkan telunjuk di bibir.

"jangan bagi ayatollah dengar..." kata Om.

"bukan senang nak dapat tulisan penulis-penulis ni, itu masalah utama nanti...aku taulaaahhh!" Fazolah berbunyi lagi.

"belum cuba belum try, dah cuba baru fry!" jawapan positif satu-satunya dari Adam Lee, mahasiswa yang menurunkan bendera Union Jib tahun lalu. Entah falsafah apa tak tahu, tapi bolehlah...dia bersemangat.

"takpe. kita tengok dulu. aku cuba kontek beberapa budak tua dan muda supaya boleh sumbangkan tulisan seperti najman haliwi, mat saman kilo, esyu ppsmi hasni , athina fiddunia, push pop, hong siang malam, kak enn dan abang bat, dan ramaiiiii lagi ok tak Pejalriduan?" kata aku.

"ya!" jawab Pejal. "kita angkat idealisme, seni budaya, siasah dan agama dalam satu pendekatan sudut berbeza" Pejal berhujah dengan silat tangannya seperti berkuntau.

"komik pun kita naikkan imejnya semula macam gambar yang dilampirkan di bawah ni!" cadang Lan OOTS sambil meneguk neskopi cawan ketiga.






"cun!" kata aku. "setakat 1000 naskhah senang je terjual"

"lu gile punya konfiden beb?" Fazolah masih was-wasilkhonnas.

"tiada mustahil dalam dunia ini!" kata Sham.

"Ya! Wain kuntum junuban......" ustaz wan J.I memetik satu ayat. matanya mengerling takut-takut mufti yang di meja belakangnya terdengar.

"mana modal nak print?" tekan Fazolah.


Semua terdiam. beberapa minit. takde jawaban. Dan seperti kopi yang semakin sejuk di atas meja, cita-cita tadi pun begitu juga.



Saturday, January 26, 2013

Tegang keras dan melekat

Dah tahun 2013, masih ada lagi iklan macamni. Bertanggungjawablah untuk mendidik ummah, bukan menekan kepala orang untuk membawa ke martabat paling hina lagi memalukan.
Hidup ini bukan untuk mengawan aje

Thursday, January 24, 2013

yang semakin menghilang...

salam Maulidurrasul...


di penjuru ini, di sudut masjid Tengku Sultan Sulaiman Ketari Bentong ini pada ketika aku berusia enam tahun, balik dari zohor menyelongkar muqaddam dan menyertai barisan anak-anak lain mengenal alif ba ta dan surah-surah dalam al quran. Mak ayah aku belum sempat menghantar aku ke situ tetapi aku sendiri berlari mendapatkan penjuru ini.
Di dinding ini bilal Malek (arwah) bersandar dengan rotan kecil di tangan sebagai penunjuk dan sesekali mengetuk muka muqaddam atau quran untuk menegaskan sedikit ajaran.

"awak nak ngaji juga?" tanya arwah ketika aku bersila di hadapannya dengan muqaddam apabila murid di depan aku selesai giliran mengaji.
aku ingat lagi hari pertama itu, aku hanya mengulang apa yang bilal sebut. Yang aku tak ingat berapa hari aku  benar-benar sudah mengenal dan bukan menghafal. Yang aku ingat aku berubah dari satu ayat ke satu ayat dengan pantas dan memotong juga beberapa 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' yang lain.

Kawasan di dalam masjid ini luas pada mata kecil aku waktu itu. Hari-hari aku bermain di sini. Mak ayah aku tak larang. Dalam kawasan ini selamat. Dulu kereta pun kurang, tidak seperti hari ini apatah lagi jika perayaan sampai - jalan menghubung pekan Bentong dan negeri-negeri Pantai Timur ini akan sesak sesesaknya.

Kawasan masjid ini kawasan kami. Perkauman kuat waktu itu. Jika 'anak cina' atau 'anak Benggali' masuk kawasan ini kami mengejar mereka. Entah kenapa abang-abang mengajar kami begitu. Masjid ini meriah juga. Kadang-kadang ada kenduri, seluruh kampung datang bergotong-royong. Aku seronok sebab ia seperti pesta- malam pun mak ayah aku bebaskan kami berlari sana-sini. Ada pertandingan nasyid, musabaqah dan bermacam-macam.

Waktu SRP, kawan-kawan aku tidur masjid dengan alasan kepada ibu bapa kononnya hendak ulangkaji pelajaran. Walhal main terup, hisap rokok dan sayur.
Masjid ini tempat bersembunyi seketika apabilaselesai kami bergaduh.

Setiap kali pulang ke kampung aku akan ke sini. Mengukur kembali masjid ini yang kulihat kecil sudah. Kawan-kawan sepermainan aku hari ini sudah beranak bermenantu tetapi mereka masih setia di sini. saban malam mengimarahkan masjid ini.
Ada roh kawasan ini untuk aku. Melihat kembali penjuru itu, aku seperti melihat kembali aku sedang bersila mengaji. Riuh suara anak-anak lain melagukan ayat-ayat suci. Duri landak menjadi penunjuk bacaan.

"Sekarang ini masjid berkunci. Mana boleh tidur lagi? dah ada penjaga. Tapi kecurian berlaku juga." Kata Lani. Kata Amat Tebu pun begitu.
Aku memandang lagi penjuru itu. Aku nampak bilal Malek sedang mendengar aku mengaji dengan tersenyum.
Al fatihah untuk arwah...

kawan-kawan Ketari.

Anak-anak arwah bilal Malek : abang Ngah Lan yang berkopiah hitam tinggi di belakang, Fuad (Atan) berbaju askar hijau dan Kamar berbaju hijau paling kanan.

Amat Tebu paling tua tapi cuba merendahkan badannya di belakang Fuad (Atan)



Tuesday, January 22, 2013

Aku dan buruh asing

1991 aku pernah jadi buruh. Selepas berhenti jadi mekanik aku bekerja di sebuah kilang haram di Cheras. Kilang membuat dan membekal alat saluran pendingin hawa dan laluan udara pada bangunan-bangunan yang sedang di bina. Aku memotong besi, mengerat dawai, menggerudi, mengikir keluli, zink dan macam-macam. Sesekali aku menjadi kelindan lori menghantar barang-barang ini di tapak pembinaan. Hari-hari aku pulang dengan calar-balar baru di tangan.
Selain Melayu, cina dan india teman-teman sekerja di kilang haram ini terdiri daripada pendatang Indonesia dan Myanmar.
"kau tak sesuai buat kerja ini dik." kata buruh Indonesia wanita yang menjadi ketua kepada kumpulan wanita Indonesia yang lain di bahagian mengecat keluli serta membungkus. Aku tak tahu nama-nama mereka dan dia aku panggil kakak. Ke semuanya lebih tua daripada aku. Ada seorang daripadanya yang kelihatan muda selalu memandang aku dengan mata sayu. Tak pernah bercakap hanya tersenyum.
"Muka kau lembut dan kulit kau halus macam perempuan" kata kakak itu.
Cis! Patutlah aku selalu diburu Mokhtar, gay Wangsa Maju.
Sejak itu aku berazam menyimpan misai dan janggut. Sikit pun jadilah.... Tapi hari ni ia lebat tak terkawal

(entry takde makna cuma aku tau korang rindu entry aku)

Monday, January 7, 2013

4 hari lagi #KL112

11 Januari malam countdown di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL.
Jumpa di sana!

bangkitlah seniman

bangkitlah seniman, apa tunggu lagi. jiwa kesenimananmu tidak celik lagikah?
hutang Tajuddin Ramli jutaan ringgit dilupuskan.
Khairy masih belum jawab pendedahan Chegubard tentang pinjamannya berjumlah belasan juta ringgit di Bank Pertanian ketika pak mertuanya jadi PM tak berbayar.
Anak Datuk Bandar Raja Nong Chik dapat projek juta-juta
kroni buat untung saman AES

berhenti dulu melukis conteng warna yang tak siapa faham tu
tak payah nyanyi lagu putus cinta lagi sekarang ni
tangguhkan dulu lukis kartun ayam main gitar


jom lawan rejim!
turun ke jalanraya 12 Januari ini!
ibu segala permasalahan ini adalah kerajaan korup!

turun #KL112


Saturday, January 5, 2013

Thursday, January 3, 2013

#KL112

Ini bukan masa nak jadi YB. Ini masa henyak dengan lutut musuh yang sedang mamai.
Siap segera turun ke KL 12 Januari ini!

Mau t-shirt ini? RM25 + RM4.50
Masukkan ke akaun Maybank 162021363678 Raja Rohaisham. Tunjuk slip dan bagitau alamat pos di kutubkhanah112@gmail.com

Warna: putih, kuning, hijau
Saiz s m l xl xxl xxxl

Wednesday, January 2, 2013

Keadilan mana?

Hari ni ramai ibu bapa hantar anak ke sekolah. Setiap kanak-kanak punya hak untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi kanak-kanak kelainan upaya terlantar bagaimana? Cuba anda yang punya anak OKu terlantar pergi mendaftar ke sekolah termasuklah sekolah pendidikan khas layak atau tidak? Pendidikan khas pun hanya mahu OKu yang sekurang-kurangnya boleh urus diri.
Anak-anak Cerebral Palsy di Malaysia biasanya mati dalam keadaan potensi mereka dibunuh. Apabila aku suarakan hal ini ramai yang suruh aku bersabar dan redha. Ini bukan soal sabar dan redha, mangkuk betullah....
Kalau anak korang yang normal tak dapat buku teks percuma tau marah?
Ini soal pendidikan. Di negara Barat sekolah harian untuk anak-anak terlantar sudah lama ada. Kenderaan sedia menjemput dan menghantar. Guru khas diberikan bersama pembantu. Setiap pelajar OkU ini berbeza keupayaan mereka. Sedangkan kanak-kanak normal pun ada kelas A, B, C dan seterusnya inikan pula anak OKU. Mereka berbeza.
Ramai suruh aku rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Dalam Komuniti.
Aku sudah 12 tahun punya anak OKU dan aku tahu keperluan anak-anak sebegini. PDK terdiri dari sukarelawan yang kebanyakannya juga adalah ibu bapa anak-anak ini. Kanak-kanak OKu di situ bercampur, ada Down Syndrome , ada hyperactive ada autism. Kategori ini tidak sama.
Ini menandakan masyarakat kita mempunyai taraf kesedaran terhadap OkU yang sangat rendah. Mereka fikir menghantar anak ke PDK atau sekolah pendidikan khas selesai masalah...
Ini salah!
Tahukah anda ada negara yang menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak kidal? Ini untuk memberi keselesaan kepada mereka supaya tak berlaga tangan dengan murid lain.

Dan pernah juga permasalahan ini diajukan kepada ahli politik Bn dan PR. Mereka menunjukkan muka tak minat.
Macamana aku nak percaya mereka?

Lucunya aku dikatakan bagus dan lantang apabila menyuarakan hak anak-anak mereka seperti isu yuran percuma, buku teks percuma, PTPTN, AUKu, PPSMI dan lain-lain. Bila aku suarakan hak anak-anak OKU mereka suruh sabar dan redha sebab anak aku dan anak OKu yang lain syurga
tempatnya.


Kepala hangguk!

Tuesday, January 1, 2013