Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.

"Saya akan cuba yang terbaik. Saya yakin kita akan menang. Tetapi jika tidak, saya akan letak jawatan," kata Anwar malam tadi dalam lepak Google yang disiar secara langsung di YouTube.

NONEAFP melaporkan Anwar, yang telah mengajar di Universiti Oxford
dan Universiti Georgetown di Washington, berkata beliau akan kembali kepada kehidupan akademik jika kalah.

"Jika kita tidak mendapat mandat, maka kita harus beri ruang untuk barisan pelapis dalam kepimpinan," katanya semasa program sejam soalan-jawab yang sebelum ini menampilkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu, tetapi telah berkempen menentang gabungan itu sejak penyingkiran mengejutnya pada tahun 1998.