Saturday, December 24, 2011

Annisa 8 Februari 2001- 22 Disember 2011

Pejuang itu lahir tanggal 6.30 petang di HUKM. Keluar melalui pembedahan adalah satu perjuangan. Dia membesar dalam keadaan kecederaan otak sehingga perkembangannya terlewat. Bulan demi bulan apabila sering diserang Broncol Pneumonia, dia bertarung. Tercungap-cungap melawan dan selalunya dia menang. Dia memang pejuang. Pernah dia terlalu lemah sehingga tidak mampu minum, doktor memasang tiub melalui hidung ke perut untuk memudahkan dia minum tanpa melalui mulut. Kedegilan kami untuk tidak mengikut saranan itu lalu mencabutnya dan kekuatan semangat perjuangan dia, akhirnya dia mampu makan dan minum tanpa bantuan tiub.
Dia turun ke jalan bersama adiknya untuk 'menyuarakan' haknya. Ramai menumpang semangatnya. Ke hulu ke hilir dia perjuangkan haknya. Dia tidak mengaku berjuang untuk orang lain. Disembur, ditembak, dia tenang. Dia tetap jua begitu walau ada suara-suara perkecil dan bibir mencebik.
Dia menolak untuk ke China, barangkali memberi ruang untuk adiknya kerana untuk mencapai sasaran kutipan masih terlalu jauh. Dia padamkan lilinnya di sini untuk menerangi lilin di kehidupan abadi. Untuk menerangi taman-taman wangi- mempersiapkannya untuk kami menyusul nanti.
Dia pulang menyatu dengan seribu rahsia. Ramai yang hadir di majlis kepulangannya. Ada tali terputus tiba-tiba bertaut kembali. Terlalu ramai yang hadir sehingga ada yang tidak dikenali. Aku sendiri tak pasti jika aku kembali nanti, adakah beritaku disiarkan di kaca tv. Tapi begitulah dia. Dia memang pejuang.
Sehari selepas kepulangannya kami ke makamnya, dan terlihat ada bunga ditaburkan oleh seseorang yang tidak kami kenali. Bau semerbak wangi. Malam kepulangannya, rumah kami berbau kasturi- Apa lagi?
Sebab itu sejak saat dia kembali, 4 hari sebelum aku menyambut hari kelahiranku yang ke 38-aku menatap wajahnya, memandi, mengurus sehingga melihat dia ke liang lahad - sempadan kasih antara kami terkubur di situ- hingga saat menulis ini- belum setitis pun air mata aku gugur untuk pejuang ini.

Oh Annisa!

31 comments:

  1. Alfatihah dan takziah utk ahli keluarga arwah..

    ReplyDelete
  2. kau memang pejuang superb

    ReplyDelete
  3. Takziah, dan al-fatihah :')

    ReplyDelete
  4. kamu semua keluarga pejuang lup. al fatihah untuk yang sudah pergi dan yang masih ada.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kerana selalu tabah. Ahh..aku juga cemburu dengan ketabahan mu.

    Masakan tidak.
    Aku yang dikejauhan ini, dan sekadar mengenali Annisa melalui laman sesawang saja sudah beberapa kali bercucuran air mata...

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah. dan salam Takziah buat Brader Ronasina dan keluarga. semoga kuat sentiasa. 'kita pula pnyambung prjuangan dia' Allahu'akbar'

    ReplyDelete
  7. Respect u bro. - gopi

    ReplyDelete
  8. Annisa pasti sedang berbahagia di sana sambil menunngu Kak Sham, En Fendi dan An-Nur di syurga kelak..Insya Allah..Ameen

    ReplyDelete
  9. Kulup,

    Mike juga seorang pejuang kulup..seorang yg tabah dng ujian dari Allah...kalau teman sendiri pun belum tentu boleh..Apapun mike kena redho...itu saham mike yg amat besor menanti mike DISANA nanti...Arwah akan menunggu ayah dan ibunya DISANA..Bertuah mike kulup..

    Alfatihah utk arwah Annisa..dari jakchemor..

    ReplyDelete
  10. Alfatihah & Salam Takziah, kau lebih tabah dari apa yang aku sangkakan - Azly

    ReplyDelete
  11. Alfatihah & Salam Takziah, kau lebih tabah dari apa yang aku sangkakan - Azly

    ReplyDelete
  12. Bro,

    1.salam takziah...aku simpati,tapi aku tetap berbangga dgn perjuangan dan pengorbanan mu..

    2.aku pasti mengenangmu..annisa..bila menatap annur..

    3.teruskan perjuangan utk annur bro,,,mungkin ada hikmahnya..

    Anon tanpa nama- ikhtiar selagi bernyawa

    ReplyDelete
  13. Bhai Fendi...

    Gua speechless.... Al Fatihah buat Annisa dan kita semua jugak...

    ReplyDelete
  14. tuhan lebih sayangkan dia..semoga kita dapat bersama dia di syurga nanti..

    ReplyDelete
  15. Pejuang itu sedang menanti di syurga..

    ReplyDelete
  16. salam takziah dari saya...alfatihah buat arwah bidadari syurga...

    ReplyDelete
  17. Alfatihah buat Anissa. Salam takziah buat keluarga Anissa. semoga tabah menempuh dugaan Allah yang akan meningkatkan keimanan kita semua. Teruskan perjuangan demi An-Nur..

    ReplyDelete
  18. Kalau kek nismilan,ado kodai bundle namo eh Kodai Sopan..tagline dio "SOPAN GAYO POJUANG!!"

    So,buek abg RONA,ekau pun sorang pojuang yg sopan..sey suko tgk abg bojuang dlm kesopanan!!

    salute to Bro Kulup!!


    -encik belo-

    ReplyDelete
  19. ...bergembiralah, bro. koman-koman dah ada orang yg akan bawakan air untuk korang kat mahsyar nantik...


    ...

    ReplyDelete
  20. berbahagialah...moga tenang dan sabar.bagi nya syurga, bagi bro syurga bila redha dgn kehendakNYa

    ReplyDelete
  21. salam beb. takziah, semuga tabah, dan sesungguhnya itu yang terbaik untuknya. insyaAllah.

    ReplyDelete
  22. aku pernah melalui detik ini...kehilangan adalah lumrah bro...tapi keperitan menjadikan aku tidak setabah lu bro...aku pernah menangis

    ReplyDelete
  23. baru ini dapat melawat blog,al-fatihah dr keluargaku utk annisa dan takziah utk keluargamu.Walupun belum setitik air matamu menitis,tapi air mata kami sekeluarga terlalu deras mengalir...apa lagi yg dapat kami lakukan,hanya doa untuk yg pergi dan doa untuk yg ditinggalkan...Amin.

    ReplyDelete
  24. aq tetap bersedih...walaupun dia bukan anakku...terasa kehilangannya apabila bertandang ke KULUP SAKAH...hanya memandang dr jauh!!

    ReplyDelete
  25. Takziah. Relakan pemergiannya. Sesungguhnya dia adalah syahid dan dia bakal mendoakan kita di pintu syurga.

    ReplyDelete
  26. It's going to be end of mine day, except
    before ending I am reading this fantastic post to improve my knowledge.


    Also visit my blog ... Su Kaçağı

    ReplyDelete