Thursday, July 12, 2012

Bahalolisme

Bahlul adalah seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya untuk menyindir pemerintah. Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan aksi kebodohan oleh si pelakunya. Apabila perbuatan membodoh-bodohkan diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme".

Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.

Tulisan ini tidak membawa sesuatu yang baharu tetapi sekadar cuba menyorot kembali bagaimana bermulanya cubaan penanaman ideologi Bahalolisme ke atas rakyat Malaysia oleh pemerintah yang kalut dan semput.

Segalanya bermula apabila Perdana Menteri Doktor Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim yang semakin menggugat. Pelbagai alasan digunakan untuk membuat rakyat percaya tetapi gagal. Timbullah cerita skandal seks dengan isteri orang, dengan pelacur, rasuah tanpa duit dan semestinya fitnah liwat sehingga tilam dipanggil menjadi saksi di mahkamah, pertuduhan pula diubah-ubah tarikhnya atas alasan kesilapan menaip, insiden saksi lintang-pukang. Kebangkitan rakyat menyokong parti alternatif membuatkan pasukan pemerintah menjadi paranoid. Rafidah Aziz ketakutan melihat logo Petronas seperti logo PAS lalu logo itu ditukar. Untuk menambah lagi rempah kegelisahan, rakyat dimainkan sandiwara curi senjata yang dipunggah masuk ke dalam kenderaan Pajero di sebuah kem tentera.

Baca seterusnya di http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13236

No comments: