Wednesday, June 20, 2018

Mahathir kuasai tujuh petala

Pak Engku Semenyih, memang sentiasa ternanti-nanti kedatangan aku dan Sham terutamanya hari raya. Pak cik kami ini cukup terkenal dengan kelantangannya mengkritik kerajaan dan istana sejak 80an lagi. Kerap dia fax, telefon artikel, catatan ke syarikat akhbar mengkritik isu semasa tetapi tidak dilayan malah diblok.

Dia suka cerita dengan aku sebab dia kata aku ini penulis. Mesti menulis! Dan mencatat.

"Tau kenapa Mahathir nak jadi PM ke7?" Tanya dia. "Tahu tak? Dia tak mahu jadi PM ke 8 ke 9 ke 6 ke. Tapi 7 penting. Pasal apo
?"

"Manalah tau..." Jawab kami. Letih kalau banyak menyampuk. Dengar je cukup.

"Hanya nak diingati sebab angka 7 membawa makna kuat. Tujuh petala langit, tujuh petala bumi."

Huh! Itu je...

"Dulu kan dia PM ke 4? Dia dah kuasai empat penjuru alam!"

Sampai ke situ Pak Engku.

Itu belum lagi dia membongkar sejarah lain.

"Dulu kebanyakan nama tempat dalam negara kita didaftarkan mengikut lidah orang asing. Mana ada sungai langsing? Ada ke sungai kurus? Slim? Ada?"

"Takde..."

"Yang ada sungai berselut. Selut, lumpur. Slime! Slime River. Sungai berselut. Bukannya sungai langsing. Slim River!"

Kami ketawa...

"Itu belum lagi Seremban, Klang. Serban jadi Seremban, Kerang jadi Klang. Perhentian disebut dan didaftar sebagai Pontian!"

Huh!

foto: Depan rumah Pak Engku.



6 comments:

  1. Hanya Allah swt yg menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi. Jaga kata-kata kita, jangan tersasar akidah.

    ReplyDelete
  2. Ilmu kalam berfirasat firasat
    Mahathir unguli kuasa sembilan
    Selepas itu pertuturan lelah
    Kembali menemui kalam kalam

    Aduhai angin Aduhai air
    Aduhai tanah Aduhai api
    Aduhai air Aduhai angin
    Aduhai api Aduhai tanah

    Kalam kalimah tengelam
    Dalam lautan kalimah

    Marubbuqa Marubbuqa
    Marubbuqa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete