Monday, September 27, 2010

dia tempat bermanja..


aku kenal Rose. Dia biasa berurusan dengan Sham. Perempuan Indon seksi ini kawan kami. Dia senang diajak bekerjasama membantu kami dan dia juga senang bercerita. Dia dengan rokok sempoernanya, cat hitam di kuku kaki dan berpakaian ketat mudah saja melayani lelaki yang ingin bermanja dengannya. Dia tak memilih kawan. Ramai yang terpikat dengannya.
Cinta? Mudah saja dia berikan kepada penagihnya. Sepenuh hati atau tidak aku tak pasti. Mungkin harga sebuah cinta terlalu murah baginya. Kalau ada lelaki yang separuh nyawa gilakannya pasti akan merana jika dia boleh datang dan pergi begitu saja.
"Saja main-main saja kak." ketawanya bila Sham menasihatinya.
"Kau jangan Rose. Tengok banyak kejadian bunuh sekarang. Akak takut satu hari nanti kepala kau bercerai dengan badan."
Dia ketawa sambil tangannya menaip sms kepada seorang guru lelaki Melayu yang amat meminatinya. Sebentar kemudian kekasihnya yang berbangsa Cina datang menjemputnya dengan kereta. Sesekali dia jumpa kekasih senegaranya yang pernah bersekedudukan dengannya suatu ketika dahulu. Setakat ini Cina itu yang steady, esok entahlah. Kata Rose dia sudah ada suami dan anak di Indon.
Apa yang dia cari sebenarnya?

16 comments:

  1. cari duet la bang..kikis sikit2

    ReplyDelete
  2. suruh dia cari aku...... pasti yang lain akan ditinggalkannya...

    ReplyDelete
  3. semuga Allah memberinya hidayat

    ReplyDelete
  4. aku tak tahu apa n
    ama ada dia pernah tidur dengan orang lain aku tak tahu..untuk kami dia sangat ringan tulang membantu kami. itu aku reserved kerana di saat memerlukan, dia akan datang tanpa berkira soal wang.inilah warna kehidupan

    ReplyDelete
  5. elok dibunuh mati aje. banyak sangat aku jumpa jenis tu.

    ReplyDelete
  6. maksud kau, bunuh lelaki gatal?

    ReplyDelete
  7. Biarkan sahaja.Itu jalan yang dipilihnya. tegur sikit-sikit buleh ler, itupun kalau layak untuk menegur.

    cukup baik kalau kita tidak 'judge' orang sebegini. biarin aja dong :-)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. dunia punya cerita...rengan kepala bila baca

    ReplyDelete
  10. Salam bro KS,
    Gaya penulisan lu memang ala-ala Pak Samad (A Samad Said).
    Pak Samad pun punya banyak karyan yang berlatar belakangkan perempuan lorong belakang yang berhati mulia.

    ReplyDelete
  11. hidup ini banyak ironinya..salah menilai kita yang hancur.

    ReplyDelete
  12. Amusing post. Showed creativity. Great job done.

    ReplyDelete