
aku kenal Rose. Dia biasa berurusan dengan Sham. Perempuan Indon seksi ini kawan kami. Dia senang diajak bekerjasama membantu kami dan dia juga senang bercerita. Dia dengan rokok sempoernanya, cat hitam di kuku kaki dan berpakaian ketat mudah saja melayani lelaki yang ingin bermanja dengannya. Dia tak memilih kawan. Ramai yang terpikat dengannya.
Cinta? Mudah saja dia berikan kepada penagihnya. Sepenuh hati atau tidak aku tak pasti. Mungkin harga sebuah cinta terlalu murah baginya. Kalau ada lelaki yang separuh nyawa gilakannya pasti akan merana jika dia boleh datang dan pergi begitu saja.
"Saja main-main saja kak." ketawanya bila Sham menasihatinya.
"Kau jangan Rose. Tengok banyak kejadian bunuh sekarang. Akak takut satu hari nanti kepala kau bercerai dengan badan."
Dia ketawa sambil tangannya menaip sms kepada seorang guru lelaki Melayu yang amat meminatinya. Sebentar kemudian kekasihnya yang berbangsa Cina datang menjemputnya dengan kereta. Sesekali dia jumpa kekasih senegaranya yang pernah bersekedudukan dengannya suatu ketika dahulu. Setakat ini Cina itu yang steady, esok entahlah. Kata Rose dia sudah ada suami dan anak di Indon.
Apa yang dia cari sebenarnya?
cari duet la bang..kikis sikit2
ReplyDeletejiwa dia kosong.
ReplyDeletePasti 'uwang' yg di kejarnya.
ReplyDeletesuruh dia cari aku...... pasti yang lain akan ditinggalkannya...
ReplyDeleteesok ko kena C4 baru ko tau
ReplyDeletesemuga Allah memberinya hidayat
ReplyDeleteaku tak tahu apa n
ReplyDeleteama ada dia pernah tidur dengan orang lain aku tak tahu..untuk kami dia sangat ringan tulang membantu kami. itu aku reserved kerana di saat memerlukan, dia akan datang tanpa berkira soal wang.inilah warna kehidupan
elok dibunuh mati aje. banyak sangat aku jumpa jenis tu.
ReplyDeletemaksud kau, bunuh lelaki gatal?
ReplyDeleteBiarkan sahaja.Itu jalan yang dipilihnya. tegur sikit-sikit buleh ler, itupun kalau layak untuk menegur.
ReplyDeletecukup baik kalau kita tidak 'judge' orang sebegini. biarin aja dong :-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedunia punya cerita...rengan kepala bila baca
ReplyDeleteSalam bro KS,
ReplyDeleteGaya penulisan lu memang ala-ala Pak Samad (A Samad Said).
Pak Samad pun punya banyak karyan yang berlatar belakangkan perempuan lorong belakang yang berhati mulia.
hidup ini banyak ironinya..salah menilai kita yang hancur.
ReplyDeleteAmusing post. Showed creativity. Great job done.
ReplyDeletego right here his explanation go cheap designer bags replica you can try this out why not look here
ReplyDelete