Monday, October 29, 2018

Buku yang kita baca tak sama

Kita membaca buku tentang apa yang kita nak baca. Yang kita nak cari dan yang nak kita tahu. Atau yang kita suka nikmatinya. Apa yang kita nak belum tentu sama. Apakah tidak membaca buku yang kau baca itu maka aku ini bodoh? Sedang aku tak mahu tahu apa dan berasa tiada keperluan untuk aku mesti tahu apa yang ada dalam buku kau baca itu.

Tidak membaca buku yang aku baca bagi aku tidak menjadikan kau bodoh. Sebab kau tak mahu tahu seperti apa yang aku mahu. Perjalanan dan pencarian kita berbeza. kau, kau. Aku, aku. Kalau aku ini bodoh kerana tidak berada dalam lingkungan 'yang engkau tahu', okey.

Sejak lahir aku bawa buku. Buku lali dan buku lima. Hahaha, itu kata Sani Sudin kat aku Ramadhan lalu.

Buku kehidupan buku yang aku baca. Alam adalah buku paling besar yang aku baca. Diri sendiri adalah buku paling 'dalam' yang aku tekuni. Bab demi bab penuh suspen. Tak habis-habis, berulang-ulang.

Wafi'anfusikum afalatubsiruun.... (Adz Zariyat ayat 21)

Buku datang setelah ada pengetahuan. Orang melukis dahulu. Macam macam medium lukisan serta catan. Hasil-hasil lukisan agung adalah praktiknya seniman. Kemudian barulah datang buku teori lukisan tentang konsep, bentuk, komposisi dengan teori pencahayaan, sudut serta bermacam lagi. Ya, praktikal.

Aku pun capai buku mencuba untuk membaca. Anehnya aku tidak membaca sebaliknya aku ralit memerhatikan huruf-huruf di lembaran kertas helai demi helai, disusun sehingga menjadi perkataan, membunyikannya. Kemudian aku menyelak setiap helaian. Aku tidak membaca isinya. Sebaliknya aku terpaksa berfikir tentang buku itu sendiri. Apakah maknanya huruf-huruf tanpa dakwat? Apa pula kertas-kertas tanpa huruf-huruf? Apabila dakwat membentuk huruf dan diletakkan di atas kertas, mana yang benar-benar memainkan peranan penting? Kertas atau dakwat yang membawa dan memegang huruf?

Akhirnya aku tak jadi membaca isi buku tersebut kerana persoalan tentang apa dia hakikat dakwat yang berserta bersama huruf-huruf membentuk perkataan itu. Berfikir pula aku tentang bagaimana dakwat dihasilkan, bagaimana kertas dicipta. Aduh!

Lalu berkatalah seorang pujangga, "Hujung pandai adalah bodoh. Aku kini tidak lagi membaca kerana aku sudah berada di hujung pandai..."

Akukah pujangga itu?


                                                         Ngopi di Amsterdam, Belanda

2 comments:

  1. Tajuk buku fizik kimia biological
    Sudah tentulah tidak sama

    Sejak lahir semua semua bergelar
    Makluk puting ibu yang dicari
    Kemudian belajar bertatih
    Bercakap mama papa
    Kemudian sendiri menanggis
    Meronta ibu papa aku mahu
    Perhatian dari mu pandang lah aku
    Dokong lah aku belaian mu
    Dodoi tidur ku

    Lantas ibu papa memperkenal satu yang baru
    Huruf huruf alfa abc 123 alif ba ta
    Dan selepas itu dan itu dan itu
    Dan baru diperkenal dgn buku
    Inilah santun
    Dan seterusnya melakar bayang
    Bayang

    Hujung pandai ada bodoh
    Hujung bodoh adalah kebijakan
    Orang orang tertipu karna bodoh
    Berwatak bodoh adalah satu yangy
    Complicated memanipulasi keadaan
    Dari prasangka

    Pandai dan di pandang sebagai idolize
    Tinggi harum mewanggi tidak sampai ke
    Petang di penghujung itu bodoh dan kebodohan
    Bodoh tidak salah menjadi bodah
    Bodoh bukan kata bidalan
    Yang bodoh yang mengikut

    Contoh ahli politics
    Wataknya gayanya supernova
    Rona Bahasa bertona
    Jalan tegak
    Pabila menempa orang banyak
    Angkat angkat tangan
    Aku lah superstar
    Bercerita tentang kebenaran
    Menjana itu ini
    Kerajaan rakyat

    Panas tidak ke petang hujan
    Ditenggah hari disaat kebodohan
    Sampai.
    Harga Ayam rm5 saekor
    Nak murah makan kangkong
    Gst harga barang turun
    Sst harga barang tuwon Terus
    Pemantauan tidak Ada
    Warga marhien terasa bodoh
    Biijak menciptakan manifestos
    Perlaksanaan menjadi
    Watak watak bodoh
    Dan alasan juga jadi bodoh

    Lain padang lain belalang

    ReplyDelete
  2. Buku yang kita baca tidak sama
    Tapi kita mempunyai nafas nafas
    yang sama kita mempunyai tabiat
    yang sama makan menggalir
    melintasi tengorok dan kita mempunyai
    system percernaan yang sama

    Tentang usaha
    Tentang hamba hamba
    Kita dan tuhan agama
    Pasti sama

    Tentang tuhan
    Jikalau bukan kerana tuhan
    Nafas ini tidak berteman

    Tentang cinta aku kamu dan dia
    it's ordinary to search for something that will love
    Searching for something we will love
    Is part of a journey
    It might be a long
    Tough n exhausting

    ..... The and...

    ReplyDelete