Saya nampak isu khatan anak perempuan ini lalu depan mata. Saya buat tak tahu saja. Malu nak campur. Takkanlah kita sibuk berkelintau dengan perkara perkara macam ni. Tapi sebab ada langau langau yang tak ada sangkut paut turut sibuk menghurung, saya meluat.
Saya pernah ada dua anak perempuan. Istimewa pula tu. Saya cuak juga dulu bila isteri kata nak khatankan mereka. Takut saya anak-anak saya yang kurang upaya itu kesakitan. Tapi isteri saya adalah ibu kedua mereka. Takkanlah dia bangang tak sayang anak anak saya. Dia ibu lagilah kuat cintanya kepada anak anak. Takkanlah dia bangang sebagaimana saya bangang sebab tak faham bagaimana rupanya keadaan sunat perempuan tu. Bila selesai, barulah saya faham dan saya tahu. Ia bukan potong habis terus. Jadi, dalam bab sunat budak perempuan saya tak bangang lagi. Saya nampak dan saya dah tahu. Jika ada anak perempuan lagi, saya ok sahaja untuk buat.
Juga dulu ada desakan untuk mengiktiraf jenayah jika ibubapa memakaikan tudung kepada anak perempuan bawah umur. Bagi peribadi saya, jika saya ada anak perempuan bawah umur saya tidak memakaikan lagi tudung tetapi saya sangat sangat menghormati jika ada ibubapa yang memilih untuk memakaikan tudung sejak awal jika mereka percaya itu adalah didikan awal. Saya hormati sangat sangat. Yang marah, tak perlulah sampai minta perkara ini diiktiraf sebagai jenayah. Anggaplah ini hak asasi mereka berkeluarga. Nanti bila besar, anak anak ini akan memilih sendiri. Macam saya, ibubapa saya cukup anti lelaki berambut panjang. Tak tahu kenapa. Semasa remaja saya sangat patuh kepada mereka. Hari ini, saya pilih berambut begini sebab saya suka.
Berbalik kepada isu khitan anak perempuan, soal ia tuntutan Islam ke, budaya Arab ke, budaya Melayu ke, biarlah lingkungan-lingkungan ini yang berbicara. Yang tak ada kena mengena janganlah jadi langau. Seeloknya begitulah kalau kita menghormati kepercayaan antara satu sama lain. Isu tudung tadi pun, seeloknya yang tak berkenaan usahlah jadi langau.
Ini pandangan peribadi sayalah. Di facebook saya, saya yang kawal. Maka jika ada langau yang menyibuk nyibuk pasal kepercayaan dan amalan orang lain yang dia tak terlibat tapi dia memperlekehkan, menghinanya maka saya akan nyahkan dari senarai friend. Sebab saya sangat menghormati kepercayaan orang lain dan tidak akan menyibuk akan amalan mereka. Dia nak halalkan punai dia sodok kunyit, saya tidak campur. Budaya sial nombor 4 yang mereka percaya sehingga menggantikan nombor 3A di papantanda jalan, alamat rumah, tingkat lif itu, saya tidak ada masalah. Akidah saya tidak akan terpesong dengan kepercayaan yang tak ada kena mengena dengan kepercayaan saya.
Apa yang saya katakan di atas bukan untuk diheret ke medan yang lebih besar. Saya hanya bercakap untuk ruang facebook saya sendiri yang mana saya ingin mengatakan saya sangat menghormati budaya dan amalan kepercayaan orang lain tetapi sangat menyampah dengan mereka yang menjadi langau menyibuk dengan kepercayaan dan amalan saya. Itu sahaja. Bab berbeza pandangan politik dan isu lain, saya ok.