Tuesday, December 29, 2020

Menulis

 Ada yang tanya aku macamana nak tulis bagi orang suka baca. Aku jawab aku tak tahu nak ajar. Susah nak ajar orang bagaimana nak menulis. Cuma aku boleh kata aku menulis dengan menjadi aku. 

Aku rasa bentuk tulisan seseorang itu banyak dipengaruhi oleh buku apa yang mereka baca kerana sebelum menulis kena membaca dahulu. Buku apa yang kita baca, penulis apa yang kita suka, itu merupakan proses permulaan kita mencari cara kita. Selebihnya gaya bahasa dan larasnya mengikut pengalaman peribadi kita. Kalau tidak menjadi diri sendiri kita akan dilihat terlalu mencuba. 

Sama ada mutu tulisan itu baik atau tidak, kita tahu apa rujukan atau pengetahuan penulis. Aku tak mahu kata ia bagus atau tidak. Ada yang sedap tulisannya, olahannya dan gaya penceritaannya. Tak kira guna kaedah bahasa tinggi atau rendah, kabur atau jelas asalkan itulah gaya kita.