Alhamdulillah! setelah 6 tahun 6 bulan dikurung dalam neraka jahanam Kemunting, 4 orang tahanan ISA dibebaskan...berita terbaru yang isteri aku terima daripada seorang isteri tahanan yang dibebaskan...
Mangsa tahanan yang berasal dari Indonesia mungkin dihantar pulang ke sana walaupun sudah tinggal berkeluarga lama di sini! Sekali lagi mereka suami-isteri dan anak dipisahkan...walaupun dibebaskan tetapi 'rantai ISA' masih membelenggu tengkuk mereka! (klik blog GMI -kak nashitah di sebelah)
Moga akan terbit sinar kebahagiaan untuk mereka dan tahanan2 lain kelak..
Ayuh!! rakan2 teruskan tekanan terhadap rejim zalim yang sanggup lakukan apasaja hatta memikul beban dosa menghalang tahanan2 ini menyempurnakan solat jumaat hampir 7 tahun!!
ISA- Ikut Suka Abdullah!
ISA- Iblis Syaitan Act!
ISA- Ingatlah Seksaan Allah
ISA- I Say Abolish!
Monday, August 4, 2008
Sunday, August 3, 2008
tips kepada konspirator!!
Filem sekuel "LIWAT Part2: I wanna believe" dijangka akan mengulangi nasib yang serupa dengan filem Part 1 nya keluaran 10 tahun dahulu.. Gagal lagi menggagalkan malah dianggap sebagai "joke of the century". Filem bangang yang membawa mentaliti kita berundur ke zaman Charlie Chaplin itu dicemuh masyarakat seluruh galaksi Bima sakti kerana penuh dengan aksi yang memualkan. Menurut En Mansoor Kelabu, pengkretek filem Melayu sampah, 3 faktor terbesar kegagalan filem dahulu yang mendapat kutipan undersubscribe- tidak berjaya memecah box office ( bukan 6 boxes ezam) ialah:-
1) Kegagalan pelakon Azizan yang kaku memegang watak gay atau mak nyah, tidak seperti lakonan terbaru aktor Jalaluddin Hassan, adik aktor Musang Hassan yang cemerlang membawakan watak guru mengaji muqaddam yang gay. Sepatutnya penulis skrip Ummi Hafilda sendiri memainkan watak pelacur yang diliwat, lebih meyakinkan audien. kontroversi ditangkap khalwat dan mengaku bertenggek atas perut pasangannya sedikit sebanyak mengganggu kutipan filem ini.
2) Aktiviti liwat belum popular lagi di Malaysia ketika itu. Justeru itu ia dianggap asing dan tajuknya tidak mesra rakyat. Sepatutnya digunakan judul " Jangan Sondol Belakang", "aku Yang Terliwat" atau " Aduh! Busyuknya!".. Penonton beranggapan terdapat kesilapan menaip (typing error) pada tajuknya yang mungkin "lewat" bukan "liwat".
3) sebab terbesar kegagalan filem ini adalah setiap tenaga produksinya dari penerbit hinggalah ke tukang tampal poster semuanya bodoh alias bangang, maka penonton tidak sanggup jadi tongong dibahalolkan oleh badut-badut bangsat ini.
Tidak mengambil iktibar dari kegagalan lalu, sekuel ini diteruskan dengan budget yang ciput. Menurut Mansoor Kelabu kesilapan yang sama terus dilakukan (maklumlah bangang!) dalam filem terbaru ini yang dijamin bukan saja rugi malah akan mengkebumikan syarikat Keris Melayu Film production beserta pengusaha-pengusaha VCD cetak rompak sekali. Antara kesilapan yang paling ketara:-
1) Sepatutnya wajah mangsa liwat dikelabukan atau memakai topeng untuk menutup kemaluan (?) agar tipu helah ni lebih berkesan (mencontohi Sirul dan Azilah). Ini akan menjadikan filem ini 'real' dengan alasan dia malu kepada masyarakat kerana mendedahkan identiti buntutnya.
2) Saiful juga gagal menghayati watak sebagai mangsa liwat. Intonasi dan gesturenya ketika babak report polis tidak natural, sepatutnya mangsa liwat kelihatan depress tetapi wajahnya riang seperti baru mendapat biasiswa daripada TPM. Lakonannya banyak dipengaruhi oleh mentornya sendiri aktor Najis Razak yang pernah memenangi Gerammnya Award melalui filem lakonannya "7 Days in Mongolia". Ternyata pengarah filem ini, Gani Empattahil gagal mengeksploitasi bakat Saiful yang dicungkil(diliwat) dari program realiti "who wants to be a billionaire".
3) Kesilapan terbesar filem ini ialah mereka masih lagi bangang dan menyangkakan audien masih bahalol seperti 10 tahun dulu..
Marilah kita sama-sama ke punggung (tak silap ejaan) wayang untuk mentertawakan nasib badut-badut yang gilakan award ini."FILEM KITA LIWAT KITA"
Saturday, August 2, 2008
siapa mat saman kati?
nora, black, rahmat,farid dan amirul
program 'seni tanpa bicara' malam tadi menemukan kembali beberapa rakan reformis yang dah lama tak bertemu (lebih kurang 2 minggu...hahaha!!)..
aku, Nora, Rahmat Haron, Black dan...Anuar md nor 'UMNO REFORM'
merancang untuk berbuat sesuatu program rakyat seperti teater atau seumpamanya...
dan isu paling kontroversi diskusi kami ialah
"SIAPA MAT SAMAN KATI?"..
malam seni tanpa bicara (ISA)
menyebakkan dada dengan sajak yang menceritakan isi hati seorang anak kepada ayahnya yang ditahan ISA!
lagu baru Black 'ISA' dinyanyikan bersama-sama keluarga mangsa tahanan ISA ,YB Saari Sungib dan pengerusi GMI Tn Syed Ibrahim Syed Noh.
lagu dedikasi untuk "Burhanuddin al Helmi' dari Amin Iskandar (Black)malam itu dia kata Ibrahim Libya dan Memali adalah perjuangan menentang ISA paling berani dalam sejarah!
bertempat di bazaar melawati GMI dengan kerjasama dun hulu klang menganjurkan MALAM SENI TANPA BICARA- cukuplah 48 tahun akta yang zalim...
ruang yang terletak di medan selera ini berjaya menarik khalayak menonton persembahan2 peserta yg menyampaikan mesej kekejaman ISA! anda boleh ikuti ulasannya di BLOG Kak Nashitah (klik GERAKAN MANSUH ISA di link sebelah)
tapi sekalung tahniah kpd penganjur kerana mesej sampai dan sukses!! ruang terbuka begini ,tanpa berprotokol memudahkan rakyat menyertainya dan faham akan mesej..
aku sampai lambat tapi 'amukan' seniman rakyat Rahmat Haron bikin meremang bulu roma hadirin!! 3 lagu dendangan Black amin mendapat sambutan dan beliau sendiri terkejut cdnya laris tak berbekas..amat mengejutkan sang penyanyi sendiri!!haha...dengan bantuan salesgirl (?) Nora!!
tunggu akan datang mereka akan bikin havoc lagi!!
Syabas dan teruskan berjuang Tn. Syed Ibrahim Syed Noh (pengerusi GMI), Pn Noorlaila Othman dan anak, Pn Aliza Jaafar dan YB Saari Sungib (anda terlalu bekerja kuat) serta anak menantu, kak Nashita dan suami abg Bad juga anak-anak, Cikgu Siti Normah dan anak- keluarga2 mangsa tahanan ISA walau kurang mendapat sokongan orang-orang politik yang hanya menyibuk jika nama-nama besar muncul!!
(maaf -sekadar menyebut beberapa nama)
solat hajat di masjid negara!

<- SB sedang mkn nasi bungkus

santai sementara isyakantara maghrib dan isyak tadi Dr BadrulAmin Bahrol mengimamkan solat hajat memohon agar Malaysia diselamatkan daripada malapetaka fitnah dan moga perdamaian timbul,persengketaan terhenti...
lebih kurang 50 orang menyertainya termasuk aktivis senior saudara Nasir Isa, Khairy suami Nora reformis dan kemudiannya muncul YB Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin...
kehadiran polis lebih ramai! 100 orang termasuk SB dikerah menjaga kalau2 Ust Badrul dan kawan2 bikin konsert dalam masjid kot...tak payah ke Palestin, anda boleh rasakan pengalaman bersolat di masjid Al Aqsa yang dkepung askar yahudi di sini..
lebih 100 nasi ayam kuning depa pulun!
cehh!!membazir tenaga dan duit rakyat!!
Friday, August 1, 2008
Steel Cage match Ezam vs Anwar?
perlawanan hebat akan berlangsung tak lama lagii!!
Permatang Pauh akan menyaksikan sejarah.. Anwar dibungkus atau Ezam dicampak? atau sebaliknya? atau ..atau.. dunia sedang saksikannya!
Menangnya Anwar akan melakarkan sejarah...berduyun-duyun MP dikatakan akan melompat dan akan membentuk kerajaan baru..mereka dah siap sedia dengan swimming trunk nak terjun tiruk!
Apakah semudah itu BN nak bagi? hilang kuasa bererti maut!!
benarkah Ezam calon lawannya? Berdasarkan merit, dia memang layak..takde sapa orang UMNO yang seberani Ezam membelasah Anwar...dia lebih berteloq dari yang lain..
persoalannya UMNO percayakah padanya yang tiba2 muncul dalam UMNO sedangkan selama ini dialah hulubalang Anwar? Dia saja menunjukkan sikap dendamnya pada Anwar agar mereka percaya dia memang benar-benar layak menandingi Anwar..lalu dia dipilih!!
tup-tup hari penamaan di buat hal lalu Anwar menang tanpa bertanding!! Misi tercapai!!
inilah yang bermain di dalam kepala kura-kura pimpinan UMNO! habis siapa lawan Anwar? Ustaz Firdaus pakar sepak peti undi tu? Bahalol tu apalah dayanya!
Bagaimana kalau Anwar kalah..digagalkan dari segi taktikal dan teknikal? (kalau ikut logik Anwar tak mungkin kalah secara bersih)..
atau Anwar tak dibenarkan bertanding..siapa ganti? Wan Azizah tentu tak boleh....
(mujurlah aku bukan lawyer Anwar...kalau tak pasti aku bagi jawapannya....walaupun aku boleh agak!)
SIAP SEDIA SEMUAAAAAAAAAAA!!!!

Bilal Rabah atau Bilal Rebah
dah lama tak ke rumah Pak Engku. sesampai di rumah askar pencen lulusan darjah 6 tu, aku tengok dia ngelamun...punyalah terkejut dia bila aku sergah.
"hisy! tekojot den..ekau ni boto2 potong stim..den dah nak sampai langit ke7 dah tup-tup ekau sergah..jatuh balik kek sini..."marah betul orang tua ni..
"den pun nak jumpo Tuhan macam nabi mikraj tu..nak tanyo perintah solat tu masih kuatkuaso atau dah expired!..
aku tau dia perli aku tu..bukan kenen pasai aku tak semayang ke...pak engku ni tak pernah persoal keimanan orang..itu rahsia masing2 dengan Tuhan mereka. Dia sindir tentang kita yang macam takde rasa apa-apa melalui tarikh keramat israk walmikraj.
"ini peristiwa penting..bukan sedikit yang tak caya cerita ni...malah ada sahabat2 pun agak was2 kisah ni..ni cerita pelik yg menuntut kewarasan akal menimbangnya..macam kes baru tersedar 8 kali diliwat baru nak report...7 kali sebelumnya dia tak sedar." intro Pak Engku yang aku olah dari dialek nogorinya..orang tua ni bahaya sikit..bila syeikhnya sampai dia akan menjerit memaki kerajaan sambil mukanya dihadapkan ke rumah jiran-jirannya..'biar orang melayu umno ni tau! bukan cerdik manapun! nak translate apa itu umno pun tak tau..puiii!!'.
"kau ingat cerita seorang lelaki yg nk minta kat rasulullah ganti bilal untuk laungkan azan?" Pak Engku tukar topik. cerita Israk mikraj dia suruh aku kaji dalam2..
"ah! semua orang tau cerita ni..dipendekkan cerita lelaki yg suaranya lebih merdu dar bilal tu berjaya menggantikan Bilal untuk azan satu waktu subuh..menderu org datang lebih ramai dari biasa..ada yg dtg nk tau suara siapa yg sedap tu..ada yang tertanya2 sakitkah bilal.." cerita orang tua ni sambil memandang cicak yg menyorok di balik sticker 'dilarang merokok' yg ditampalnya di sudut ruang makan rumahnya.
"siangnya malaikat bertanya rasul ada tak sembhyang subuh tadi? rasul pelik dan mengatakan ada malah lebih ramai dari biasa!..kata malaikat suara azan tak sampai ke arasy!"..ini kerana lelaki itu hanya nak menunjuk2 sedap suaranya..tak seperti bilal yg ikhlas dan ada passion suaranya sampai ke arasy!"
soalan Pak Engku seterusnya membuat hidung aku gatal.."kau agaklah azan2 setiap masjid di Malaysia ni sampai tak ke arasy?"
aku macam biasalah...kalau tak tahu aku cuma diam je sambil gulung rokok daun."kau simpan Quran di rak rumah kau sama aras dengan buku-buku lain atau lebih tinggi?"dia tanya lagi..
"tentulah lebih tinggi..kalaupun jarang baca kita hormatlah kitab suci tu...takkan sama level dengan majalah lak?" aku jawab..
"macamana nak sampai kalau suara azan tu ditenggelami oleh bunyi bising mesin slot judi dan roulette Genting Highlands..bukankah pusat judi kita letakkan di maqam yg paling tinggi di banjaran titiwangsa..tulang belakang negara kita?"

Subscribe to:
Posts (Atom)