Monday, January 5, 2009

BIARKAN...BIARKAN!!

Adolf Hitler- ada teori mengatakan dia anti Israel setelah menelaah sifat2 Israel dalam Al Quran?

ISRAEL mengganas ke atas Palestin? masjidil Aqsa ditawan? Biarkan..biarkan! Tak perlu pulaukan Microsoft Windows, Coca Cola..tak perlu!
Tak perlu berdoa dan bersolat hajat, tak perlu berteriak pada dunia Arab agar bersatu..tak perlu ke jalanraya bawa sepanduk ,hantar memorandum...

Tak Perlu!..Israel hanya ketawakannya sahaja, lagi banyak tunjuk perasaan lebih bersemangat mereka membuli..biarkan! Walaupun tak berubah nasib sesuatu kaum itu selagi tidak kaum itu mengubahnya..biarkan!

Baginda SAW pernah bersabda tidak kan berhenti peperangan ini selagi Masjid Al Aqsa berdiri..
Biarkan! Biarkan!

Kerana mereka tahu SELAGI SOLAT SUBUH DI MASJID TIDAK SERAMAI SOLAT JUMAAT DI SELURUH DUNIA, MEREKA TIDAK AKAN TEWAS!!
Itu saja ukurannya..
tak usah cerita pasal Jihad..bangun subuh pun amat memeritkan!!!
..............aku pun!!

Saturday, January 3, 2009

KEMASKINI: Kosmo tipu?



ni keratan gambar dalam HARAKAH 5-8 Jan (8-11 Muharam) Demonstrasi anti israel di Masjid Negara. Perhatikan kawan aku lelaki yang memegang kertas putih bertulis WE UNITE FOR PALESTINE..

Dalam Kosmo ada berita demonstrasi anjuran Umno di Kedutaan Palestin tapi gambar di Masjid Negara mereka gunakan seperti yang aku tunjukkan pada entry sebelum ni..lihat gambar kawan aku tu diambil dari sudut berlainan..Mana gambar di kedutaan tu? Tak best kot sebab takde bakar bendera israel..ek elehh..sepanduk (bunting) yang dipegang pun bunting yang sama..

betul ke tipu ni?


ni keratan kosmo! hari ni Sabtu 3 jan 2009 berita demonstrasi di hadapan kedutaan Palestin lepas solat Jumaat. Khairy pun ada...
tapi..eh? silap ke ni? Rasa aku ni gambar demo di Masjid Negara anjuran Pas pada waktu yang sama? Aku ada semalam di situ dan aku nampak jelas gambar kawan aku si Haidir yang berdemo ni...Tipu ke silap teknik? Atau Haidir boleh berada di dua tempat dalam satu masa?

Friday, January 2, 2009

RASYID,RASHID, raSHIT dan anak RASHID!

YANG MANA SATU MENGGEGARKAN MALAYSIA?

Rashid Sidek? Legasi Allahyarham dato Hj Sidek Kamar dengan abang2nya yang menjadi jaguh dunia dalam sukan badminton?

Rashid Sibir? Pengarah drama melankolik Melayu yang karyanya wajib ada sawah, rumah Melaka, ada nangis2, orang miskin dan cacat dihina melampau2 dan akhirnya pun tetap sedih jugak...?
aku try google gambar Rashid Hassan, penjaga gol legenda skuad bolasepak tanahair sekitar 80an..takde..
ini gambar Allahyarham Rasyid Asmawi kartunis popular 80an dengan From Taiping With Love di majalah Gila-Gila..karya beliau juga unik!


Rashit SPR yang nak saman PR baru2 ni..hobinya meminum dakwat.. SPR membawa maksud Sial Punya Rasyid menurut pandangan Ustaz Shahrir Long..hahaha!



hmm..Uji Rashid pernah menggoncang Malaysia dengan suara merdu manjanya..lagu raya duet dengan Hail Amir terus malarhijau hingga hari ini.."indahnya sungguh di hari Raya.."



tetap maintain sejak muda hingga hari ni..





Anda pilih siapa? Ye tepat seperti aku..Uji Rashid!!! Popularnya dia sampai ada sejenis ikan diberi nama "ikan Uji Rashid"..
"Oh namamu bermain di haatiku...!"

PEJUANG MALANG..

"Pss..Lup Takkan takde apa2 projek Lup! Teman tengah teruk ni!". Atan reformis kontraktor kelas F mengeluh.

"Apasal tanya teman pulak? Teman ni sapa?" Aku pelik..

" Yele.. Kamukan orang Tan Sri? Bagile teman apa2 kontrak angkat sampah ke, mesin rumput ke, cat medrasah ke?"..

"Pulak! Masa bile teman oghang kuat Tan Sri..nak berjuang mana boleh tumpang nama sapa2" kata aku.

"idak lee!"..Atan menyedut Sampoernanya." Kengkawan kite yang dah jadi YB tu ngape langsong tak ingatkan kite yang susah2 naikkan depa..dulu mase lawan kite ni dikerah turun padang, kena hempukle, kene tangkap le, jenuh dah habih duit kite kene bayor jamin je..sekaghang udoh menang oghang Umno jugak yang dapat kontrak, depa yang kaya..dapat duit bagi kat parti depa untuk kumpoi dana pilihanraya akan datang, depa makin kuat tapi kite masih macam ni..tak menang susah, udoh menang lagi susah!"..

"Isy..dulu masa susah kite tak peronah pun berkire dengan duit, udah menang ngape sebok dengan kontrak dan duit? Dulu berjuang untuk tegakkan keadilan, sekarang ngape tak de azam cam gitu lagi?..biorle oghang Umno dapat kontrak, dulu depa dapat, depa kaya tapi kalah jugak..la ni tugaih kite belom selesai..baru menang 5 negeri kite dah berehat, sebok nak kontrak..sepatutnye kite kene pikior macamane nak kekalkan 5 negeri ni dan tawan Malaysia sepenohnye..barulah perubahan total boleh dilakukan..kerja kite masih banyak!!..kata aku.

"Kamu lainlee Lup! Bisnes ayor lemuju kamu kukoh! Kamu tak terdesak..tapi kamu kene ambik peluang Lup! kamu kene buat duit sekarang..kamu kalu nak bertanding akan datang duit kene banyak, baru boleh menang..macamane kamu nak menang kalu tak bayor bebudak pasang poster, gantung bendere..depa ni kamu kene jage..usah dipandang remeh depa ni"..

"laa..mase bile pulak aku khabor nak bertanding?Ngancuklah kamu ni.." ketawa kelucuan pulak aku mendengar..

"Dak lee..manele tau..kamu tu besor jugak pengaruhnye..err..bak rokok sebatang?"..

" Hoih! Dah 6 tahun aku berenti merokok!" kata aku..sedikit kembang termakan dengan pujian Atan yang tak berasas tu..tapi perasan pulak hebat aku..

"Baguih le..Tok Guru suke tu..bakal calon mesti tak merokok! Mat Saman Kati tu kalu berenti merokok aku sokong bebenor dia jadi calon nanti!"

"Beginile Atan..kite kene terus berjuang, usah pikior bab tender kontrak tu..semangat kite mesti kuat macam dulu..musuh kite tengah tersenyum kalu kite sebok dengan duit dan lemah untuk laungkan 'reformasi' lagi..depa kite jangan ikut..takde duit depa tumpo..kite kene pastikan kite menang besor akan datang!"

"Ye! Benor kate kamu tuu..tapi orang macam kami terus susah dan orang macam kami nilah yang depa harapkan nanti untuk menang, tapi salahkah bagi sedikit untuk kami bernafas? Dulu takde duit kami boleh berjuang tapi kalau diberi kami sedikit peluang tentu kami akan lebih gagah lagi! Bukan nak banyak Lup! Sikit jee..buat lepaih makan pakai anak bini...!"

..Aku terperangkap!...lebih tersepit bila Atan mintak pinjam RM50 buat beli kasut sekolah anak..
Catch 22..!!

Thursday, January 1, 2009

SIAPA KAMI?

















HAHAHA!! Gambar siapa semuanya ni? ohh..tahu pun korang ni gambar Menteri2 Besar dan Ketua Menteri di Semenanjung..saja aku letakkan berterabur..
korang dok sebok2 belasah MB Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan buat salah itu dan ini..sedar tak sedar MB2 ni langsung tak kena apa2..
sebab apa?
Sebab orang yang tak melakukan kesalahan ialah orang yang tak buat apa2..jadi entry istimewa ni aku nukilkan untuk korang ingatkan semula sapa mereka ni?











BABI laaagii!!

agak memalukan isu babi ni diperbesar2kan oleh sekumpulan NGO cendawan pro Melayu yang tiba2 tumbuh sejak Parti Melayu kalah teruk dalam PRU haritu..

Cuba fikir tenang2...Babi hanyalah binatang ciptaan Allah untuk dimakan oleh orang bukan Islam. Yahudi dan ada agama lain juga mengharamkannya.. Menurut pandangan sesetengah ulama', Islam mengharamkan babi bukanlah kerana ada sejenis kuman yang payah nak mati (die hard fan..haha!) tetapi ia kerana Allah yang perintah. Apa pun alasannya tak penting tapi ia adalah perintah Allah sebagaimana Allah perintahkan Iblis sujud kepada Adam, walaupun Iblis rasa dia lebih mulia tapi dia tak sedar itu satu PERINTAH!
Babi makhluk Allah. Jangan kerana dia haram maka kita membencinya, jadi iltizam beberapa NGO untuk 'memansuhkan' babi bererti menghapuskan makhluk Allah dan ini bererti menghina Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah menyelesaikannya secara betul salurannya kepada kerajaan yang diberikan kuasa memerintah dan menguatkuasakan undang2 negara ini..bukan sengaja menyelitkan isu perkauman dan membakarnya dengan mengheret semua orang Melayu memansuhkan babi..

Ketahuilah pada zaman pemerintahan para wali di tanah Jawa, Wali Songo langsung tidak membenarkan umat Islam menyembelih lembu untuk hari raya korban hanya kerana ingin menghormati kaum Hindu yang menganggap lembu binatang suci atau 'ibu' kerana memberikan susu. Bayangkan kalau itu berlaku pada zaman ini sudah tentu kita dituduh bagi muka pada kafir atau mengikut telunjuk 'keling'!..
Tetapi inilah pendekatan dakwah penuh hikmah para Wali Songo sehingga akhirnya Islam menjadi agama yang disegani, agama keamanan dan agama yang menjaminkan keadilan untuk berpayung di bawahnya..


gambar hiasan ihsan malaysiakini..

Teringat kenyataan Nik Aziz hampir 20 tahun dulu. yang lebih kurang begini... "Menghapuskan kemiskinan adalah satu usaha bersifat 'khayal' kerana Allah menciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan, lelaki dengan perempuan, bulan dan bintang, malam dan siang, kaya dengan miskin..ia tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan"