Saturday, March 7, 2009

Pidato Anwar 3.30 ptg ni: mari berpakaian formal..hihi!

dapat sms:-
pidato kebangsaan "ketuanan rakyat" DSAI pd 8/3/09 Ahad @ 3.30 pm Auditorium wisma MBSA, Shah Alam. Pakaian Formal.

hehehe! Pakaian Formal?
isy...apasal semalam demo anti PPSMI tak cakap pendemo mesti berpakaian formal?... Aiseh! Rentikanlah peraturan yang menggelisahkan rakyat nih!..

Sesetengah penganjuran acara seperti seminar dan forum kadang2 semua berbahasa Inggeris dari forumer sampailah yang nak bertanya hingga yang tak fasih beringgeris malu nak kemuka pendapat dan kekok nak cakap Melayu.
emm..I may look stupid if i speak Malay!

LKS- but we still ketuanan glokal malay!

..dia melayu dan Anwar penakut!

kisah 1

makanan di restoran dia boleh tahan, selalu jugak teman anak beranak makan di kedai mamat ni..masakannya masakan melayu sebab dia orang melayu, pelanggannya majoriti melayu..

istimewanya setiap Isnin ada potongan harga untuk pelanggan warga emas 60 tahun ke atas! Hebat dan promo itu ditampalnya di dinding restorannya..

"Boss! Alamak..kenapa promosi warga emas tu dan menu2 ditulis dalam Bahasa Inggeris ha? " sindir isteri teman.

"oh takpe! lain kali kami tukar ke BM" jawab tauke dengan muka sempar, muka orang sakit gigi..

kisah 2

malam lain, sewaktu memesan makanan untuk ditapau, tauke ini kelihatan agak 'panas' melihat teman memakai t-shirt "Mansuhkan ISA"..

"how old are u? i mean how young u are?" soalan perangkap dari tauke ni kepada teman dan bila teman menjawab, dia terdiam- mungkin tak menyangka umur teman tak jauh beza dengan dia lalu dia bertanya soalan lain..

" di mana kamu tahun 98? adakah kamu berada di rumah Anwar sewaktu dia ditangkap dan adakah kamu berada di kg.baru semasa zaman reformasi?"

"98 aku di Pahang, kg baru rumah no2 aku, setiap hujung minggu aku di KL !"

dia menyambung,"aku juga ada di situ tapi bagi aku Anwar bukan seorang yang berani dan belum cukup berani!"

teman cakap,"ya! bagi aku dia seorang politikus bukan revolusioner!"

dia kata," sepatutnya semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan adalah kesempatan terbaik untuk dia gulingkan Mahathir tapi apa dia kata? Anwar kata dia masih hormatkan Mahathir seperti bapak dia walhal orang macam Mahathir tak boleh diberi muka!"

"sekurang2nya dia lebih berani dari orang lain..seperti Dolah, Najib, Ku Li dan lain2, aku tak taksub dengan Anwar tapi Anwar ada 'touch' dengan rakyat, mereka yang lain 'jauh'!"

..mamat ni barangkali bengang dengan teman dengan isteri teman tempohari agaknya lalu cari peluang nak 'bedal' teman. Tiba2 kawan dia di meja berdekatan berkata pada teman, "ISA walaubagaimanapun tak boleh dihapuskan kerana ada kes yang tak perlukan bukti dan tak perlu diselesaikan di mahkamah!"

teman jawab,"Allah pun bicarakan hambanya di Padang Mahsyar walaupun dia Maha Mengetahui siapa yang layak ke syurga atau ke neraka tanpa hisab, tapi demi menegakkan keadilan Dia bicarakan! Kita lebih hebat dari Tuhan!" "Islam bukan agama bacul yang berlindung di balik ISA kerana Islam adalah agama yang memberi keadilan kepada insan sejagat!"

si B berkata' "betul! Tapi tak boleh dilakukan kerana kita negara sekular!"

teman jawab, "ulama muktabar berpesan, "amatlah malang jika seseorang muslim itu tiada langsung sekelumit di hatinya ingin melihat hukum Allah ditegakkan di atas muka bumi milik Allah tuhan yang disembahnya dan yang memberikan kehidupan, rezeki dan nikmat kepadanya!"

..mereka hilang suara sambil mata meliar ke dinding dan ke dapur..mencari nas agaknya di situ..

""terima kasih! Aku balik dulu!" kata teman..

Friday, March 6, 2009

SIAPA pemegang hakcipta ALLAH?

pagi tadi sewaktu duduk di bangku ngeteh, kawan aku yang menyelak Berita Harian (ceh! dok baca lagi paper yang dah jadi 'kecik' nih!) berkata:-
"Haron Din tak setuju Allah digunakan oleh agama lain terutamanya Kristian!"

"bukankah itu tandanya semua agama menerima Allah tuhan sekalian alam," aku menikam..

"Tidak! Kata dia (barangkali kawan aku ni pengkagum Haron Din sebab semuanya kata dia-bukan kata dari dirinya) ia akan mengelirukan anak2 kita suatu masa nanti! Kalau satu hari nanti Kristian kata Allah ada tiga (konsep trinity) anak2 kita akan percaya!"

- aku malas nak undang kontroversi walaupun aku ada hujah sendiri, hujah seorang budak bernama "Kulup"..

katanya lagi,"Haron Din kata (Haron Din lagi..) ini mesti perancangan jangka panjang musuh untuk sesatkan kita. Mereka selalunya ada rancangan!"

"Apa rancangan kita pula? Mengapa kita selalu berasa terancam dan paranoia? Dan mengapa hanya mereka saja yang selalu ada rancangan untuk kita? Mengapa kita pulak tak 'kelirukan' anak2 mereka bahawa Allah itu Tuhan seperti di dalam Al Quran, bahawa Allah yang mereka maksudkan adalah Allah yang satu, yang kita sembah?"..kata aku

..dan aku bangun mengangkat bontot apabila kawanku langsung tak berbunyi membalas...

LKS- Siapakah yang boleh menjadi orang perantaraan untuk berdiskusi dengan wakil2 agama di Malaysia membincangkan bagaimana "Allah" yang mereka maksudkan..apakah Allah mereka mereka maksudkan dan sembah itu Allah yang sama dengan kita? diskusi dengan berlapang dada.

selamat pulang zubir Ali!



Al Fatihah untuk Allahyarham Zubir Ali!

"penantian suatu siksa yang tidak tertanggung

oleh tubuhku yang kering dan layu

kepastian suatu penawar dalam suka dan duka.."

-pintuMu kuketuk aku tak bisa berpaling-

Thursday, March 5, 2009

AKU GENERASI PPSMI (sajak sempena demonstrasi 100k mansuhkan PPSMI esok 7 Mac 2009)

today i an veri hepi
bikos my englis is strong
bikos i learn inglis in matematik and sain
my teacher teach me very hard rock cafe
to make me clever like today

i an PPSMI genereson
will neva look back again
and must go straight
to petaling street of the successfull

together we unite
united malays nation orgasm
although we speak inglis
but we still ketuanan malay
be cool and glokal!

..malaysia can!

- Cool Lope Suck kah kah!
(never di deklamasi at everywhere before)

PENDEKAR TAHI KUCING!

(sapa nak lirik lagu yang baru aku bikin? haha! Meor pun reject nih!)

PENDEKAR TAHI KUCING

Kalau tak kenal yang mana satu
keris adat atau keris beradu
jangan sembang soal maruah
jangan bicara tentang darah dan tanah

mengaku rimau tapi mengiau
nampak anjing mengapa terkencing
depan marhaen bermuka seposen
ada ruang belasah komisen

Hoi pendekar!
pendekar tahi kucing!
nasib kau baik diselamatkan loceng!

Hoi Pendekar!
pendekar tahi kucing!
jangan sampai kau disumpah tak boleh kencing!

nget nget nget tali gasing
siapa lengit tak boleh main..

Wednesday, March 4, 2009

sidang bawah pokok malukan negara?

sidang bawah pokok
apa nak malu?
bawak bahan porno ke Australia lebih malu
sidang bawah pokok apa nak malu
bawak juta2 ke Australia malunya lebih besar
belasah anak ABU Melaka oleh sang berkemaluan besar

jambatan bengkok tak jadi lagi bikin aib
parameswara pun bersidang bawah pokok
universiti nombor corot di dunia takkan tak segan
Al Azhar ratus tahun dulu pun pesantren kecil saja
pergi mahkamah pakai topeng macam Rey Mysterio sebab terlalu pemalu
nama hilang di imigresen sebab nak tutup malu

apa nak malu sidang bawah pokok
beli apartment kat mekah atas nama sendiri tapi duit orang lain lebih memalukan
lembu melawat SPeRMa atau SPeRMa diliwat lembu mana lebih malu?
laung semangat melayu tapi hunus keris 'adat' sebab tak kenal keris 'tarung' tak memalukankah?
biasalah sidang bawah pokok
berjuang untuk melayu di bawah naungan parti bernamakan inggeris tak segan?
satu dunia kenal Piem kaki air liur basi sangatlah aib lagi mengaibkan
isteri kita cium artis bollywood , kita cium pantai port dickson..malu ah!
sidang bawah pokok cium bau tahi kucing saja..

malu bila tahu Mamoola Moon antem nasional (aduh bahasaku!)
malu budak Amerika tuduh kita ciplak bendera mereka
malu batu putih putihkan mata

..malu negara bila bebudak sekolah membuli junior
si topi merah melepuk orang tua..
lebih memalukan daripada sidang bawah pokok