Friday, June 5, 2009

sampai hati korang!! huuu...


hari ini 6 jun 2009 HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MIZAN..


ade ke patut hadiah besday baginda korang hadiahkan bumbung stadium Sultan Mizan..


memang tak patut!! huuuuuuu!!

bodohbongokbangangbengong dan bangsat!

tengok iklan dulu sebelum baca entry nih hehe!

teman balik kampung hari ni ziarah mak dan apak. Dah lebih dua bulan rasenye idak jenguk. Apak dan mak sehat nampaknya. Masih belum luruh gigi dan masih bertenaga lagi. Mungkin mandi ayor mate ayor dari bukit hari-hari bikin kulit dan wajah sentiasa segar.
Waktu teman sampai, abang ipar teman sedang menukor atap bilik ayor yang bocor. Seingat teman atap bilik ayor tu dipasang semasa teman belum masuk jawi lagi iaitu lebih 25 tahun dulu. Bukan macam atap Dewan Parlimen mahupun Putrajaya yang asyik bocor tak sampai setahun diperbaiki.

Lepas teman berbasa basi bertanya khabor dengan apak dan mak, minum ayor kopi che Nah hangat secawan due, teman ke belakang romah nak nengok Mahat, ayam serama yang abang ipar teman bela di reban. Teman juge nak bergurau senda dengan Tamby, kambing jantan hitam yang teman beli dari Melaka dulu. (nama pun teman bagi sempena nama orang Melaka tuhh!). Ternyata reban ayam yang abang ipar teman buat dengan kayu tanpa pelan dan simen masih teguh. Walaupun tidak tegak sangat tapi ia idaklah senget. Begitu juga kandang Tamby. Bertahun-tahun hujan dan angin kuat, paneh terik bertukor ganti, reban dan kandang masih berdiri. Atap bilik ayor yang abang ipar teman tukor ni harus akan bertahan lagi 25 tahun gamaknya jika tiada hujan batu-bata turun dari langit.

..tapi tanpa hujan ribut kuat ngapa stadium tu..stadium tu..stadium kat ganu tu...kih kih kih!! koman spana..

perhatiaann!!!

Wednesday, June 3, 2009

bicara kakak nasi lemak

Sewaktu aku membeli nasi lemak di gerai kakak ni, van penguatkuasa melintasi gerai tersebut dan penguatkuasa di dalamnya memerhatikan gerai tersebut tetapi terus berlalu. Kakak tersebut menarik nafas lega, "setiap kali penguatkuasa lalu akak rasa macam nak mati..takut dik! Kalau dirampas apa kakak nak buat? Ni jelah mata pencarian akak. Laki akak ni dah tak kerja. Kencing manis teruk!"

Suami kakak tu hanya tersenyum tak berkata apa-apa.
"Jangan risau kak! diorang tak kacau punya asalkan akak jaga kebersihan, meniaga di sini tak ganggu sesiapa pun, selamat tak ganggu jalan!" kata kawannya yang melepak di situ. Bini kawannya ini pun menyampuk, "Ya! Sekarang PKR memerintah sini, apa ada hal? Mereka akan tolong rakyat!"

kakak nasi lemak pun tersenyum, "Ya! PKR menjaga rakyat! Tengok kat Ampang, apa ada hal? Mereka boleh berniaga sebab kita rakyat Malaysia!"
Aku terharu kata-kata itu datang dari rakyat marhaen sebegini. Betapa besarnya harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang selalu mengatakan mereka akan menjaga kebajikan rakyat.

Aku tanya adakah kakak sokong PKR?
kakak tu menjawab, "Kami akan sokong orang yang nak tolong rakyat seperti kami!"

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat! Dengarlah suara salah seorang rakyat di sini yang menaruh harapan yang tinggi kepada kamu. Teruskanlah berjuang untuk mereka dan janganlah hendaknya terpedaya dengan pangkat dan kedudukan.

"Suara Rakyat Suara Keramat!

roda hidup..

Mail aku rasa belum lagi 45 tahun. Jiran lama aku ni seorang pemandu lori dan kuat merokok. Aku pernah mengajak dia mengamalkan pemakanan sihat dan kurangkan merokok. Tangani masalah rumahtangga dengan penuh kewarasan dan sentiasa tenang..Dia yang gemar berlawak jarang mengambil serius kata-kataku..

Disember lepas sewaktu aku sibuk berkampung di wad menjaga anak aku yang hendak dibedah, aku mendapat khabar Mail koma dan terlantar di wad selang dua tingkat atas dari wad anak aku. Kawan-kawan yang menziarahinya sempat mengunjungi aku yang menjaga anakku. Kata mereka Mail koma, pendarahan otak.

Bulan lepas, isteriku terserempak dengannya di hospital yang sama sewaktu membawa anak aku berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Menurut isteriku, Mail sudah sedar tetapi duduk di kerusi roda, ditolak oleh isterinya yang setia. Mail sudah tidak boleh bercakap lagi tetapi mampu mendengar. Mail sebelum ini pernah bercerai dan anak-anaknya terbiar. Mujurlah dia dah berkahwin baru dan mendapat isteri yang setia. Aku tak dapat bayangkan kalau dia koma sewaktu menduda. dalam keadaan begitu, adik beradik bukanlah boleh disandarkan harapan.

Siang tadi aku membawa anak aku ke hospital itu untuk rawatan susulan dengan pakar ortopedik. Di kafeteria aku terkejut kerana berjumpa dengan Mail yang dari jauh tersengih padaku. Dia sudah bertongkat tetapi masih tak boleh bercakap. Anggota sebelah kanannya lumpuh dan terketar-ketar. Aku tak mahu bertanya banyak sebab tak mahu dia bersusah payah menjawab.
Isterinya tetap setia. Aku dan isteriku memuji isterinya dan berharap Mail terus cekal berusaha kerana keadaannya dilihat lebih baik dari sebelumnya. Cuma Mail dikatakan agak panas baran dan agak sensitif. Mungkin dia berasa rendah diri kerana tak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada sang isteri. Aku kata aku yakin dia akan sembuh..

Segera aku terfikir, semalam dan hari ini kita masih boleh ketawa, melepak, makan dan mungkin kita ini samseng memukul orang atau mengherdik bini, tetapi ketika roda berputar dan kita berada dalam keadaan lemah, masih sayangkah orang2 yang pernah kita kasari? Atau Yang Maha Esa akan mengajar kita cukup-cukup akan makna "Engkar"..

Tuesday, June 2, 2009

gedebussssss!!


teringat lagu kecik2 dulu..

TOM TOM BAK
MAK YONG DEDEK
PECAH SEBIJI TINGGAL SESANGKAR
OH NENEK OH OH NENEK
STADIUM NENEK DAH REBAHHHHHHHH!!

*sa lagi projek kerajaang barisang natang

Monday, June 1, 2009

menanti anak muda gempur!

PRK Penanti mengakhiri PENANTIan, Manek Urai mengurai-urai menggamit bikin Umno/Bn panas bisul di buntut poreng berkepuh mereka.

Aku masih menanti penubuhan "PEMUDA PAKATAN RAKYAT" yang diuar-uarkan sebelum ini. Gerakan anak muda tidak tersusun sejak akhir-akhir ini. Pas dengan halnya, hanya muncul garang bila isu-isu dunia seperti Palestin dan sebagainya saja. (Isu dunia selamat sikit, jarang kena tangkap). Anak muda dalam PKR teraba-raba mencari sesuap nasi. Masih lagi ke hulu ke hilir menjual t-shirt, topi atau sticker. Budak-budak setia seperti Lan Ampang, Zali Gombak yang kekadang tidur tepi jalan hanya dipanggil apabila diperlukan. Anak-anak muda DAP tak surface sangat, kalau ada pun tak ramai. Bebudak JERIT kebanyakannya dari PSM pun ramai tapi lebih menumpukan kepada isu kaum India seperti isu estet, Hindraf dan sebagainya.

Ketua-ketua pemuda dari ketiga-tiga parti perlu duduk semeja menggembleng tenaga memfokuskan hala tuju perjuangan seperti era reformasi dahulu. (Ezam dari keADILan, Mahfuz dari PAS, Johnson Chong dari PRM). Isu SPR masih belum selesai, rasuah dan penyelewengan masih berleluasa dan kebobrokan menjadi amalan.

AYUH ANAK MUDA!
BANGUNNN!!
LAUNGAN "REFORMASI" MAKIN TENGGELAM!