Monday, June 21, 2010

antara dua darjat

Yang berbaju biru di bawah ni ketua puteri umno..

manakala yang berkot ni srikandi Keadilan..
korang pilih yang mana? yang mana nampak 'puteri'?

entahlah..

aku masih tak jumpa apa yang hendak ditulis..

penjara pudu roboh? baca tt..
wee choo keong jadi ustat?
tanda nak kiamat..

Friday, June 18, 2010

BABUN.

BABUN - JANGAN GANGGU DIA ATAU KAU AKAN MENYESAL

aku sedang membuat komik "Babun" - seorang budak misteri yang tak diketahui asal -usulnya. Dia tak ganggu orang tapi ada juga orang berhajat mencari pasal dengannya. Dan.. mereka pasti menyesal.

bukan komik politik tapi kau takkan jangka penyudahnya..

dalam kesempitan masa, aku cuba siapkan . kurang2 hujung tahun keluar.
masalahnya aku sedang cari2 ongkos mencetak...
ada sponsor? ahak!

er...korang nak beli ke nanti?
percayalah, ia lain dari yang lain..misteri, lucu, sedih dan bermacam2..

Wednesday, June 16, 2010

Monday, June 14, 2010

apa punya sial!!


ketika kocekku menjawab lauk yang sesuai untuk aku sekeluarga hari ini ialah ikan kembung peroi dan bukannya ketam,
ketika anak aku tak tahu aku berkelintau mencari duit susu mereka;
ketika bisnis menguncup,
ketika mereka menangguhkan kenaikan gaji pak guard;
dan pemberian subsidi yang dikatakan akan memufliskan negara
Bangunan parlimen akan mereka pindah,
wang juta-juta dibelanja untuk istana,
perkataan apa yang lebih indah
dari babi atau p*kim@k?

lelaki misteri karya tuhan

Dalam seronok-seronok jumpa kawan-kawan dan sosok-sosok terkenal di pesta buku alternatif semalam, aku tersentuh apabila terjumpa seseorang yang sangat aku kenali dulu. Aku merapati dan menyapanya.
Sepuluh tahun dulu (sewaktu menaip sepuluh tahun dulu ini, aku tak dapat putuskan sama ada jarak waktu itu singkat atau lama), sewaktu mengajar dan sekaligus menjadi warden asrama sebuah sekolah di Pahang, dia adalah muridku. Dia sangat unik dan misteri. Pelajar-pelajar lain dengan kumpulan masing-masing berkawan, dia menyendiri. Dengan dunianya. Dia berjalan seorang diri berteman beg sandangnya, main seorang diri dan bercakap-cakap dengan dirinya. Kalau ada pun seorang dua sesekali duduk berbual dengannya. Anehnya, jika selalu terjadi pergaduhan sesama pelajar atau kes buli, tak pernah pula dia menjadi mangsanya. Mungkin budak lain tak mahu mengganggunya.
Aku masih ingat sewaktu lepas makan malam, semua pelajar mesti ke surau untuk maghrib. Hujan lebat dan surau lebih kurang 300 meter dari asrama. Budak-budak lain akan mengikut tepi-tepi bangunan atau susur gajah supaya tidak basah. Dia tidak. Dia mengeluarkan baju hujan dari beg sandangnya - salah satu barang misteri yang sering aku tertanya-tanya apa isi yang ada di dalam begnya terjawab. Dia memakai baju hujan dan berjalan tenang meredah hujan lebat menuju surau. Dia tinggal lebih kurang 15 km dari sekolah. Apabila hujung minggu atau cutii sekolah sering juga aku ternampak dia merayau di pekan. Kadang-kadang waktu malam. Masih dengan beg sandangnya. Kadang-kadang berbaju hujan. Ya, bercakap-cakap seorang diri.
Sebagai warden aku sering juga buat pemeriksaan di dorm-dorm dan kelibatnya sangat aku perasan. Pernah aku memeriksa buku catatannya sewaktu dia sedang mengulangkaji pelajaran di kelas persediaan malam. Catatannya penuh unsur-unsur protes. Aku teringat bait "My life is wild" tulisannya. Aku tak pasti sama ada itu karangannya sendiri atau dipetik dari mana-mana lirik lagu. Tetapi jika itu karangannya sendiri pun aku percaya. Hey, dia adalah salah seorang pelajar yang sering mencatat keputusan peperiksaan yang baik di sekolah.
Lepas SPM aku dengar dia menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi di Trolak. Aku terus lupakan dia sehinggalah petang semalam.
Aku merapatinya yang sedang asyik menyaksikan persembahan dan bertanya sama ada dia masih kenal aku. Dengan senyum jujurnya, dia menggelengkan kepala. Aku tahu dia jujur. Mungkin juga fizikal aku yang semakin berisi, tidak bermisai lebat lagi dan sudah berambut panjang membuat dia tidak perasan. Tetapi apabila sham mengingatkan dia yang aku bekas gurunya, dia sekali lagi menggelengkan kepala. Tak mengapalah. Mungkin aku kurang berkesan dalam hidupnya membuatkan ingatannya terhadapku luput.
Hari ini dia sudah 28 tahun tetapi masih begitu. Sewaktu duduk makan bersama kawan-kawannya di restoran Annexe, dia memilih untuk duduk di hujung sekali. Tidak menyampuk kawan-kawannya yang sedang rancak berbual. Sesekali dia menoleh ke arah lain dan berbual-bual dengan dirinya.
Dia kata dia tidak bekerja. Aku faham mengapa. Kalau aku bapanya sudah pasti aku tak mahu dia berjauhan dengan aku. Paling sayu melihat dia jalan terdengkot-dengkot sekarang. Tak tahu kenapa.
Fadhil tidak pernah ku anggap kurang siuman. Dia manusia unik lagi misteri. Fadhil ada dunianya sendiri. Lahirnya untuk kita fahami erti hidup. Dia karya misteri dari Tuhan.

Sunday, June 13, 2010

KS vs KJ?

eh eh! Rasa macam kenal? Kau Ketua Pemuda kan?
Ayuh kita beradu tenaga!!


Eleh, nak beli tapi malu-malu...

Tadi KJ dan Nori datang ke Annexe CM, tengok pesta buku indie. Kami suruh dia beli Isu Dalam Kartun.

"Kau nak suruh aku beli? Hisyyyy!!"
"Ok aku bagi free!"
"Hiii tak mahulah aku!"
" Ambil gambar dengan buku ni ok?"
"Ok, tapi jangan minta aku baca. Dahlah aku tak jadi menteri, karang apa pun tak jadi kang."
HAHAHAHAHAHAHA! Semua orang ketawa.
"Apa pandangan kau tentang judi KJ?"
"semalam aku dah bagi statement dah. Tunggulah kerajaan bertindak."
"Kalau kau keluar umno jadi BEBAS kami sokong kau."
"Hahhaha! Tak mahulah! Ibrahim Ali dah kontrol. Citt! Menyesal aku masuk sini, ramai budak PKR. Hahaha!"

Woit KJ?
Betul gua cakap....lu masuk Bebas jelah....

paling kelakar bila aku terbelek2 semua buku cari mana part kami belasah dia. Dia pun tertunggu2 kartun mana dia kena belasah.
last2 aku cakap, "ko jarang kena belasah sebab kau kurang berkesan!"
kami semua ketawa termasuk KJ yang cool...ehem... i minat dia lahhhh..

foto ehsan: Sham dan Dalyanoon