Wednesday, December 10, 2008

AWAS! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!!

AWAS!!
ANDA SEDANG DIPERHATIKAN. JANGAN FIKIR ANDA SELAMAT DI DALAM RUMAH!!
TINDAK-TANDUK DAN GERAK GERI ANDA DALAM PEMANTAUAN MEREKA!



spray pakaian anda untuk kegunaan menseterika baju siap bermata dan bertaring!!


nbahagian belakang jam loceng anda sedang menyeringai!!

..dan tombol pintu siap berparuh!!

Ekspresi mereka menyeramkan!!
CUBA ANDA CARI LAGI DI MANA-MANA..DI DALAM KERETA, BILIK AIR DAN .....

Tuesday, December 9, 2008

WOII!! SEGERA!! ANDA MUNGKIN DIPERLUKANNN!!

BUKIT ANTARABANGSA HARI INI!! SEGERAA!!

1- Adakah anda doktor pakar darah tinggi? Sila ke sana dan rawat OKB Tumiran Kasdi..darahnya dah sampai tahap 1000/956..

2- Anda lawyer yang tengah takde job? CEPATT!! sebab ada di antara mereka memerlukan khidmat guaman anda untuk mendakwa Tuhan selepas penyiasatan punca kejadian selesai..

3-Guru matapelajaran Sivik diminta mengadakan kelas tambahan dengan segera. Tajuk pertama mestilah "MARI BERTERIMA KASIH". Hubungi ketua darjah Wak Tumiran..

4- Anda mencari rumah sewa? Di sini ada banyak dan murah! RM 100 sebulan..

5- Pendatang Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan Nepal diminta tolong mengangkat rumah-rumah sekali sebab RELA asyik makan biskut je.. mereka dah tak RELA melihat babi memakan makanan yang tak terusik!!

MAAF! Air mataku tak dapat menahan tawa melihat SEGELINTIR pelawak Antarabangsa..sesungguhnya aku simpati kepada mereka..
bertempur dengan mahkamah, polis, FRU menjadikan Azmin matang dan tenang menghadapi tungau jawa sekecil tumiran.SYABAS!

dalam tranungkite online ada link mamat yang sama diinterview bernama..BABEYY!!

BILA TULANG BELAKANG AKU HENDAK DITEBUK!!

"MAAF ENCIK KULUP! TULANG BELAKANG ENCIK TERPAKSA KAMI TEBUK!"
-Kenapa?
"ARAHAN PAKAR! ERR..DAGING PUNGGUNG ENCIK JUGA AKAN DIKOREK DAN TENGKORAK ENCIK AKAN DITARAH SEDIKIT!!
- Whaaattttt???

Aku menangis melolong dengan kuat..macamana nak berdiri kalau tulang belakang dah rosak? Bolehkah aku bergerak melangkah kalau daging punggung dah tiada? Cacatlah mukaku sebab tengkorak dah senget...

Begitulah bumi bertuah ini! Banjaran Titiwangsa ini bak tulang belakang dan gunung-ganang serta bukit-bukaunya adalah tulang temulang pemasak bumi..pasak buwono!
Kalau ditarah,diperkosa dirosakkannya, maka hukum alam akan berlaku. Bukan Allah menzalimi tetapi tangan manusia yang rakus itu sendiri menzalimi diri sendiri!
Tak hebatlah kita yang selalu melawan Dia! cukup hantar hujan lebat saja kita pun menggelupur!

jadi tak payahlah marah2 wahai en.tumiran kasdi! anda marah sapa sebenarnya? bayar tax bukanlah kite ni besor benor! aku cadangkan korang saman Tuhan!!!
*maaf ummi asiah kalau entry lalu menyinggung..kami tabik kakak sekeluarga..u know who u r! salam!!

Monday, December 8, 2008

AWAS!! DISEMBER memang bulan BALA BENCANA?

AKU BUKAN FORTUNE TELLER, NUJUM PAK BELALANG, TUKANG TILIK YANG TAK MAMPU MENILIK AJALNYA SENDIRI!! bukan bukan bukan!!

Menurut rekod- Ribut Gregg di Sabah dulu berlaku pada penghujung tahun, juga gempa bumi di Turki, paling ajaib Tsunami di Aceh berkongsi tarikh 26 Dis bersama Gempa bumi di Bam Iran (selang 2-3 tahun di antaranya)..sehari dua ni tanah runtuh berlaku hingga mengorbankan nyawa..Manusia biasanya akan beringat waktu itu sehingga Malaysia membatalkan perayaan besar-besaran menyambut tahun baru dan juga Pesta pulau Pinang selepas tsunami..tapi bila dah takde ape2 berlaku kita kembali begini.huha-huha.. bagai Tuhan bukan esa..ataupun macam Dia takde.."kita tidak belajar apa-apa" kata Musa Hitam yang kehilangan Carlos, anaknya dalam tragedi Highland Tower..

Mengapa berlaku bulan Disember wallahua'lam...walaupun banyak dikupas oleh ulama2 tak kira ulama politik atau ulama ikhlas ataupun ulamak nasi lemak apatah lagi ulamak yang fullamak! (gurau..takkan takleh gurau..amboi!! sejak bila korang serius sangat..hihi!)

Mesejnya ialah kita mesti belajar dari sesuatu peristiwa/musibah..menginsafi dan bertindak..

*selain tsunami dan gempa bumi 26Dis tu, sejarah sedih pada tarikh yang sama ialah kembalinya Allahyarham pak mertuaku 9 tahun dulu dan...........tarikh itu juga adalah hari lahirku..(another kind of Natural disaster?)

Saturday, December 6, 2008

kembalikan ROH hari Raya Korban!!


Sewaktu aku sedang duduk di saf sambil berangan sementara nak luang masa menanti solat Jumaat..ilham tulisan ini datang! maklumlah khutbah kurengg menarikk (hehe!)

Aku pasti khutbah raya korban esok akan ada cerita tentang peristiwa Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail dan khatib akan ceritakan betapa besarnya pengorbanan mereka...jemaah pun dengor dengan mata layu..

lepas tu kita semua pergi sembelih lembu, melapah dan mengagihkan daging2 korban..petangnya kita pun tersandar lega..sempurna sudah 'upacara' lalu yang di kampung pulang ke kota, yang di kota terus berehat sebab esok nak kerja.cuti sehari je..

Itu sajakah pengertian Korban? Apa sebenarnya mesej Allah apabila Nabi Ibrahim diperintahkanNya untuk menyembelih Ismail?

Anak beb!..harta yang paling disayangi manusia! Yang banyak melalaikan manusia dan sumber kebanggaan manusia..apakah kita akan melakukannya jika pada malam tadi kita bermimpi Allah perintahkan sembelih anak kita? Atau bapak kita bagitahu Allah perintahkannya sembelih kita?maksudnya untuk melaksanakan perintahnya (berjuang) kadang2 kita perlu mengorbankan yang sangat kita cintai!! ITULAH PERJUANGAN!!

ada pengerusi persatuan penduduk terengek-rengek minta kat YB agar menyumbangkan lembu untuk mereka jalankan ibadah korban..Aparaa!! Korang yang nak jalankan ibadah, kongsi2lah berkorbankan harta bukannya menagih2..sapa nak berkorban, kamu ke atau YB? kamu jadi tukang sembelih dan lapah jelahh!!

..khutbah masih panjang tapi lamunanku terhenti bila orang sebelah menolak tabung duit bergerak ke arah aku..aku mengorek saku mencari2 duit syiling di celah-celah not merah dan hijau lalu memasukkan 2-3 keping syiling ke dalam tabung..

takut nak korbankan not merah..


RUNTUH!! - BEREMBANG vs BUKIT ANTARABANGSA vs MORAL

TAKZIAH!
Memang sedih dengor tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, moga keluarga mangsa tabah...

Aku dapat sms dari ADIL agar dapat turun hulurkan bantuan makanan, biskut atau apa-apa keperluan..teringat aku tak jauh dari situ KG.BEREMBANG juga diRUNTUHkan tak lama dulu oleh manusia rakus yang RUNTUH moralnya..tak sehebat ini kesungguhan untuk menolongnya..kenapa? sebab kawasan Azmin?

juga mereka yang tinggal di bukit tu, pedulikah kalian sebelum ni dengan Berembang?Biskut apa yang kalian berikan?

TAKPELAH! KITA BELAJAR DARI PETUNJUK ILLAHI INI..
AL FATIHAH!

salam kg chubadak, kg.plentong...

Thursday, December 4, 2008

Agen Yahudi perosak Melayu

Sambungan entry sebelumnya..
Kosmo! hari ni...apa punya cerita/berita bangang yang hendak dipersembahkan kepada rakyat Malaysia di muka depan akhbar ni? Akhbar Melayu yang dibaca majoriti Melayu hanya menyiarkan cerita anak yusof Haslam putus cinta? Apa pentingnya kepada pertumbuhan ekonomi negara? Apa pentingnya dari aspek sosial, agama mahupun kebudayaan? BODOHH! Syarikat akhbar gergasi Melayu milik Umno penganut Islam Hadhari yang bertanggungjawab membangangkan pembaca Melayu dengan cerita artis kahwin cerai dan putus cinta..Bandingkanlah dengan akhbar cina yang pagi petang ada diterbitkan..kalau berita berlaku tengahari orang cina dah tahu pada petangnya tapi kita kena baca esok hari sebab akhbar petangnya asyik cerita pasal benda2 bodoh!! BODOH lagi MEMBAHALOLKAN!!
Tu belum tengok bermacam2 lagi majalah -majalah kerepek yang berlambakan di pasaran..apa nak buat, Menteri KDNnya bolo!
Nok menangih bukenyo budok
Nok kate kecik tapi palo botok!!