Tuesday, March 31, 2009

kucing kurap pun baguih dari kite..

Mengeteh dengan Pak Rahman di kedai Nasir memang seronok. Orang tua bekas kelasi kapal ni memang cukup berpengalaman. Kisah-kisah mengembara di negara orang memang cukup teman suke mendengornye sejak kecik lagi. Tak silap teman, hampir 3 suku dunia ni dah dijejaknye..

"Aku baru balik dari Giant tadi. Beli sabun, ubat gigi, sempoo, pencuci pinggan tup-tup dah nak abih seratuih! Gile betui dibuatnye la ni!" rungut Pak Rahman.

" Dah lagu tu Pak Rahman, nak buat lagu mana lagi.." jawab teman yang teruih tukar slang utara celup bile belabun dengan Pak Rahman.

"Lup, kalu hang ada 4 kupang boleh ka hang makan roti canai ni?" tanya orang tua ni.

"Hisy! Roti ni lapan kupang Pak oii, mana boleh!" jawab teman.

"Itule nasib kite kat sini.. kalu kamu tak cukup sekupang je, mampuih Nasiaq nak bagi kamu roti canai.. hang tau masa aku di sebuah negara bekas blok komunis, aku dapat saksikan sendiri negara yang dikatakan haprak kominih ni masih menghargai kemuliaan insan tau dak?"

"camana tu?" tanya teman.

"Kat sana, kalu hang ade 4 kupang hang boleh order roti canai ni separuh dan pekedai tu takdak masalah bagi separuh kerana bagi depa, sebagai manusia hang layak makan mengikut berapa yang hang ade..kalu mampu suku- suku keping pun depa kasi. Kat sana, depa juai minyak masak pakai mesin macam mesin air mineral kat sini..hang nak beli minyak masak secawan pun buleh! ikut kemampuan hang!"

tambahnya lagi, "kat sini kucin dok melangut kat tepi meja pun buleh dapat secubit roti, tapi kalu hang takdak duit, ade dak oghang nak campak secubit untuk hang?"

"mana baguih, hang ka kucin kurap tu?"..

teman memandang kucing jantan yang sedang dok ngendeng2 kat kaki teman mintak secubit roti canai...syahdu!

jeran!

untuk apa
kau sorok lagi
sat sepit di celah kelangkangmu
sedang langit berdentum
dah nak roboh?

PANCING UNDI punye cerite!

Dengan diringi sekalian para juak-juak,

yang berhormat itu memasuki sebuah perkampungan orang-orang asli.

mereka menaiki jip pajero.


segala kemudahan telah kamu perolehi, air paip, api elektrik dan jalan bertar sudah diberi


“apa lagi yang kamu mahu?” tanya yang berhormat yang tengah syok berkempen.


“kami mahu jip!” jawab tok batin“kami mahu jip pajero, macam encik punya,”sahut anak-anak buah tok batin. Beramai-ramai.


“kamu mahu jip? untuk apa?” tanya yang berhormat.


Panik dan hairan“supaya kami senang membawa barang-barang kami keluar dari hutan. Kami pun senang untuk keluar mengundi nanti”. Jawab anak-anak buah tok batin beramai-ramai.


Adapun yang berhormat itu, yang kedatangannya adalah untuk memancing undi orang-orang asli di perkampungan itu terkejut dengan permintaan yang tak terduga


“tak boleh, tak boleh, saya tak dapat luluskan permintaan kamu itu,” beritahu yang berhormat sambil matanya melilau.


“kenapa pula?” asak tok batin . “kami sudah diberi jalan bertar, takkanlah awak tak boleh beri kami jip!”


“saya boleh beri kamu jip tetapi, kamu tak ada lesen,” jawab yang berhormat.


Tok batin dan anak-anak buahnya ketawa terbahak-bahak.


Yang berhormat bertambah-tambah hairan. Kalau awak boleh beri kami jip yang besarnya sebesar-besar bapak gajah itu takkanlah awak tak boleh beri rekomen kami sekeping lesen yang besarnya, alahai! boleh diselit dalam kotak tembakau kami,” seru tok batin ..


Yang berhormat itu hairan dan paniknya tak sudah


hasilnya: apabila keputusan pilihanraya diumumkan yang berhormat itu kalah


kerana orang-orang asli yang dipancingnya


tak keluar mengundi.


Oleh:PYAN HABIB

Sunday, March 29, 2009

..calon BN doakan kemenangan PR?

Maghrib tadi, Ir Nizar solat di Masjid Simpang. Pak Imam pun bagile Ir Nizar mengimamkan solat maghrib. Kebetulan antara makmumnya ialah Dr Zambry Kadir, Timbalan Presiden Pekembar Muhyiddin Yassin dan calon Pekembar Ismail Saffian.
Tak tahule apa yang didoakan Ir Nizar tapi ketiga-tiga Pekembar tu pun kemain lagi mengaminkannya..
thee hee hee...


pi mampuslah depa !..(part 2)

(part 2)

..mungkin Atan ada dendam peribadi lamanya maka dia benci dengan orang politik..personal vendetta!

"kamu Kulup, kamu kene tulih pasai orang2 macam kite, macam orang2 bawah ni, bagaimana kite membanting tulang 4 kerat untuk anak bini, kita dikelepet sana-sini oleh kapitalis, kita dirantai dengan sistem yang berunsur 'paksaan'..itu yang kamu patut tulih!"

"buat penama tulih pasai depa! orang politik ni semuanya sama..macam Amerika! untuk hidup depa kene berperang! Menang deme berkuase, kekalahan dilontarkan kepada rakyat untuk menanggungnya! Kebajikan jadah apa namanya kalau bebanan kite makin bertambah? "

teman menyungkit," barangkali kamu tertekan pasei berbini dua dak?"

"hisy! teman bahagia Lup! Ape salahnye bebini 2? Apa jahatnye? ce kamu khabor?oo..kawin 2 tu jahat, yang merampaih bini orang, yang tua rogol bebudak tu pasaipa? yang pi cari betina sundal tu pasaipa? pasai kawin 2 tu dianggap jenayah..tu sebab ustaz rock tu tak mengaku2 lagi nikah ke dak dengan penyanyi comel tu..kite kene ajar masyarakat kite terime bende ni..ajar lelaki jadi muslim yang bertanggungjawab dan memimpin rumahtangga ikut Nabi dan agama! Bukan ikut nafsu..kita ni khalifah dan..bla bla..

teman tak tumpu sangat apa yang digeromalnye lepas tu sebab sebok berangan indah ke dak berbini 2..cuma angan2 teman berkecai bila Atan bertanya," kamu ade nombor Salleh Yaacob, Lup?"

Saturday, March 28, 2009

pi mampuslah depa!

Atan bukan calang-calang orang. Tua setahun dari teman dan lulusan agama luar negara. Pernah aktif dalam pekembar pada zaman gemilangnya sekitar 80an. Atan pernah menggelarkan PAS "Pertubuhan Angan2 Saja" dulu. Kini mempunyai 2 isteri dan 7 orang anak dan dia seorang pengusaha air soya yang cukup sibuk dengan urusan sehariannya.

"Najib tinggal sebelah kaki saja lagi nak jadi Piem!" jolok teman.

"Pi mampuihlah deme.. adeke deme bersidang soal rakyat kemaren? soal beraih, susu, minyak, gula dan tepung yang mahei dan menekan rakyat? ade? Ade Najib heran ni semua? Dia sebok nak naik jadi Piem jee..!". Entah baran apa Atan hari ini teman pun tak tahu, mungkin perit disabotaj 10 tahun lebih dulu dalam pemilihan ketua pemuda bahagian masih terasa, maklumlah dia kempen takde duit, alih2 mamak yang mencabar dia menang sebab keluar beribu2 RM.

baru teman nak ngangkat lidah, Atan terus ngomel," Ni semua katun! Pakatan Rakyat ke, BN ke kalau naik semuanye hanye memikiorkan perot deme je.. cube tengok suratkhabor hari ni..Mahadey pulak nak masuk balik, pasaipa?"

"dia yakin sebab Muhyiddin jadi Timbalan, maknanya perubahan yang dicita2kan akan berlaku!" jawab teman yang masih terbayang2 lenggok puteri pink semalam.

"Perubahan taik kucing kamu! Bukan pasai Muhyiddin, tapi asbabunNajib! Inilah katun dan orang Melayu masih bodoh lagi! Dulu depa sanjung Madey sebagai wira dunia ke3, bila madey jatuh, kura2 pun hentam dan tuduh rasuah dalam parti dimolekan oleh madey, alih2 bila madey nak masuk balik, semua pakat seghonok dan madey kembali jadi sucimacam dewa!"

HAHAHAAH!!

"teman rase, kalau Anwar diterima masuk semula, terus Anwar jadi suci murni dan dijilat oleh anjin2 tu..yang mane kate Anwar main bontot semuenye kate Anwar khalifah! udah le Kulup! Rentikanle sebok2 pase politik ni..getek! Katun dan kamu akan jadi bodoh!"

"ape yang penting harini bagi teman, kamu tau?.. Teman kene sara 2 bini teman dan didik anak2 teman supaya anak bini teman selamat dunia akhirat!"

Aku isytihar perang kepada penyokong Pakatan Rakyat!

Ekoran digantungnya HARAKAH dan SUARA KEADILAN,
aku isytihar PERANG kepada ahli dan penyokong PAKATAN RAKYAT yang berjuta tu
kerana BAHALOL, BANGANG, BODOH dan BARUA
jika masih lagi membeli utusan meloya dan berita hairan
yang diarahkan boikot oleh ketua kamu
..sesungguhnya kamu lebih BANGSAT dari bebudak pekembar!


- yang masih lagi sihat otak walaupun dah 11 tahun tak beli
KULUP SAKAH