Thursday, March 4, 2010

lawak jumaat kliWANG! juga teka-teki dengan hadiah mewah!

Mencari gambar tersembunyi.

cuba cari seekor katak dalam gambar di bawah ini.

Hadiah bagi yang berjaya ialah sebuah kapal tak reti nyelam.



gambar 2.
sengaja dihitamkan untuk menyembunyikan apa yang mereka 'ada'.
Tapi kalau katak2 yang melompat itu bergambar berbaris begini pasti tak perlu dihitamkan sebab memang "tak ada".

hak hak hak! (ketawa terbalik supaya tak tiru tukar tiub)

Wednesday, March 3, 2010

nota untuk abang.

dia macam abang aku dan kami sangat rapat. Tidur baring dan makan di rumahnya itu biasa. Sebagai abang dia kadang-kadang bertindak sebagai pelindungku dan sebagai abang dia juga menyekat aku dari menyertai aktiviti nakalnya. Aku hanya boleh menyertai aktiviti-aktiviti sihatnya. Aku yang datang dari keluarga susah memang takde baju seluar yang mengikut zaman tetapi dia memberikan baju seluarnya yang dah tak muat untukku. Dia tiada masalah wang. Bapanya taukeh.

Apabila dewasa kami masing2 mencari haluan. Tetapi aktiviti wajib aku setiap kali selesai solat raya akan mengunjunginya. Hampir setiap tahun. Rumahnya berhampiran masjid. Jika aku tak ziarah akan ada kawan2 menyampaikan pesan darinya memintaku datang.

Dia ada wang bapanya dan dari situ dia mula menjadi kontraktor kecil2an. Kemudian dia berjaya merapati seorang menteri kanan. Dia amat berbangga dengan itu. Di rumahnya penuh gambar ditampal di dinding dan di meja hiasan gambar menteri itu, gambar dia bersama menteri itu dan paling dia seronok ada gambar menteri itu sedang membetulkan tali leher yang dia pakai. Nak menggambarkan betapa rapatnya dia dengan menteri itu.

Dia kemudiannya menang Ketua Cawangan parti yang memperjuangkan Melayu. Semuanya kerana dia mampu beli sokongan. Dia ada duit. Perjuangan? Hahaha!

"Aku dengar kau kuat betul membangkang Lup? Hey! kau ikut akulah..cakap nak apa? Aku boleh tolong cakap kat Datuk."

"er..boleh kasi aku 2 juta?' jawab aku, dalam hati.

"Aku sekarang dapat projek 3 tahun makan tak abeh Lup. Bolehlah..untuk bekalan anak-anak." kata dia.

Untuk anak dia je? Bagaimana dengan anak-anak bangsa parti yang dia sertai? Apa perjuangan dia?
Kata kawan sekampungku yang rapat juga dengan aku," Dia sekarang dah buat rumah besar Lup! Dia kuasai kontrak kat daerah kita ni. Orang Melayu lain pun tak boleh cari makan. Abang Hassan tu dulu pegang kontrak makan kat asrama sekolah tu pun kena reject. Pak Mertua 'abang' kau dapat sekarang. Ada yang pernah dapat pun kena cantas, semua dia sapu! Kalau dia nak dapat aku tak kisah, tapi berapa banyak dia nak bolot sampai orang lain pun kena tendang?"

Ya! Aku sikit pun tak kisah kalau rezeki dia bertambah. Aku tak cemburu. Dia abang aku. Malah tawaran nak jadi senang pun aku tolak.(Jadi ketua cawangan pun kaya? Phh!) Tapi bagaimana orang lain yang nak juga peluang? Orang yang bangsanya ramai di dalam parti yang dia sertai.

Aku takkan putus sahabat dengan dia. Aku sayang dia. Kalau abang terbaca ini: anggaplah adik sedang menegur abangnya.

Cuma aku terfikir apa bentuk perjuangan dia? Dan pelik betapa orang2 Melayu boleh dibeli dengan duit untuk mengangkat dia menjadi ketua cawangan parti melayu.

Yang maha pelik: dia BUKAN melayu!!

Tuesday, March 2, 2010

PRU lebih awal?

kata isteri Rosmoh, PRU mungkin awal bukan disebabkan PR bergoyang ..kah kah!

Hey cipan!
Berapa ramai diperlukan MP melompat bagi mendapat semula majoriti 2/3 untuk persempadanan semula? Sila kutip babi2 bangang tu sekarang sebanyak mungkin.
Anwar yang ada kes akan diharamkan bertanding.
Bangsat Nasional akan berkuasa semula penggal hadapan.

Syabas!
Aku dah 37 tahun hidup di bawah pemerintahan bangsat. Asalkan pokok petai tak pupus okeylah..


"Dunia adalah syurga bagi orang-orang yang engkar dan ujian bagi orang2 yang bertaqwa"

"Jikalau perjuangan menegakkan kebenaran itu mudah, nescaya berbondong-bondonglah orang menyertainya"

mampuihlah depa

"percayalah pada naluri. Ia dari nurani. Bisikan yang pertama di dalam hati kau itulah bisikan kebenaran. Ia suci sebelum dikotorkan dengan bisikan lain. Kau kena faham antara nurani dan sanubari!' pesan Tok dulu. Sebab itu aku selalu percaya pada naluri dan naluri selalunya betul. Cuma kecetekan ilmu untuk menafsirinya membuat aku selalu terlewat. Atau aku bersifat husnuzan?
mungkin...
bukan aku nak kata..entah kenapa aku memang tak suka dari dulu lagi muka-muka katak lompat ni sejak mereka di dalam PR lagi. Ada yang sombong dok sebelah aku tak nak bertgur sejak jadi YB, pastu asap rokok berkepul2 kat muka anak aku. Yang sorang lagi penuh ciri2 racistnya. Dalam satu siri ceramahnya pernah dia tersasul menyebut perkataan "keling" dan lepas tu gelabah nak cover. satu demi satu dah keluar hari ini.
Ada lagi muka2 yang aku tak berkenan masih di dalam.

Ahh!! Aku wajib bersangka baik.
Namun jika pokok petai akan pupus di Malaysia disebabkan barua2 ni lompat ke BN, aku akan menangis. Jika tidak....pi mampuihlah hang!

kulupSakah : nak lompat dari parti Tupperware ke parti Underware.

Monday, March 1, 2010

senyum cipan


lagi lawak2 gampang dari cipan2 negara di sini

Sunday, February 28, 2010

senyum isnin


fairuz keluar pkr masuk umno demi prinsip AGAMA, bangsa dan negara? Cuba tengok kedatangan dia sebagai exco agama masa jadi TKM haritu.. nak bela agama jadah babi hapa?

(jadual dipetik dari blog rakyat marhaen)

aku tercirit-birit ketawa pagi tadi. kentut aku meletup sampai ke selayang.

cadangan untuk dia: sila tonton "i know what u did last year"

Saturday, February 27, 2010

memang hampeh lagi bangang! (kemaskini: video kalimah Allah)


Farid datang ke kafe aku pagi tadi. Dah lama tak jumpa dia. Aku bukanlah kenal sangat cuma sekali dua saja duduk semeja. Kali pertama bertemu dulu terjadi perdebatan antara kami tentang ISA. Dia mahu ISA dikekalkan dan kami berdebat sampai muka dia naik merah. Aku tak nampaklah dia penyokong parti rasuah tu tapi mungkin kerana dia banyak menelaah utusan bangang maka sedikit sebanyak benih2 bahalol tersemai di kepala hotak dia. Dia juga mempersoalkan keberanian Anwar dan macam-macam lagi. Walaupun kami masing2 merah muka waktu itu tetapi kami setuju untuk terus berkawan dan berpolemik lagi. Beberapa pertemuan selepas itu hanya sekadar bertanya khabar dan sedikit saja perbincangan. Mungkin tak mahu menyentuh sensitiviti demi persahabatan. Setahun juga tak bertemu.

Setelah memesan minuman dan lempeng kelapa (hah! kalau datang sarapan kedai aku, sila cuba lempeng kelapa atau lempeng pisang kalau pun tak cekodok, kemudian cicah sambal...pehh! ) dia bertanyakan perkembangan terkini politik tanahair. Nak kena belasah mamat ni. Tapi nadanya berubah.....

"Terus terang cakaplah Lup, kes Sepol liwat ni memang betul2 bahalol dan bengong. Aku tak percaya langsung. Betul2 bodohkan rakyat. Toksah cakaplah pasal Sepol tu gagah takkan tak boleh bedal Anwar, banyak sangat benda mengarut. Dua hari tak beraklah..Hisyy!!"

"Kenapa kau kata lawak?"

"Yelah! Spenda jumpa kat rumah tunang, gel pulak dia yang simpan. Bila aku telaah semula kes lama 98 dulu, aku sedar ia skrip yang diulang tetapi dengan lebih rapi. Camana pun ia kantoi!" Dulu aku percaya malah sekarang pun ada yang percaya terutama bila puak2 bodoh tu guna modal budak MCKK memang ada ramai gay..kah kah! Kau tau Lup?"

"Apa?"

"Kawan2 aku bebudak Umno pun ramai tak caya. Silap2 kalau Anwar masuk dalam, perpecahan besar akan berlaku lebih hebat lagi."

"okeylah, tapi mengapa kau tak percaya kes ni?" tanya aku mengharap suatu jawapan.

"hahaha! Kau takkan tak tau, kan Anwar ni pakar retorik, sastera berbunga-bunga dengan bahasa indahnya, nyanyi pun sedap...tapi dengan Sepol dia hanya straight forward je can i fuck u? Longgar betul skrip ni."

Hahaha! Hari tu aku belanja dia makan lempeng free.

sementara tu tonton video yang Sham ambil beberapa bulan dulu dari balkoni rumah kami. Bila ditengok kembali, ternampak awan hitam berbentuk kalimah Allah. Perasan tak?