Monday, April 29, 2013

muslim zalim vs non muslim adil

Malam ini!
Ceramah Anwar Ibrahim di Ampangan Seremban, kami ada dan anda boleh dapati:-
info lanjut sila telefon 0166353672 (sms tidak dilayan)

Terkini!

 Buku Ustaz Wan Ji 'Muslim Zalim vs Non Muslim Adil' 
harga rm10. harga pos rm15.



juga ini. rm35. harga pos rm45


ini rm12. harga pos rm16.50

ini rm25. harga pos rm29.50

atau boleh pesan pos dengan cara:
bayar ke akaun maybak Raja Rohaisham 162021363678, buktikan slip pembayaran dan beri alamat penghantaran di kutubkhanah112@gmail.com

gempar!

gempar! sila ke sini untuk lihat siapa terjah war room umno

http://www.youtube.com/watch?v=Utj9_0OMbTs

primadona mangkuk

kita memang banyak melahirkan primadona dan penghasil karya mangkuk. kebanyakan pembikin filem, lagu, lirik, drama, teater atau apa juga ini kebanyakkannya kaki projek dan kaki ampu. sebab itulah industri tak maju. ketika rakyat sudah ke depan mereka masih menggelupur babi buat benda-benda bodoh. buat drama korporat ala cibai, buat lagu bodoh, buat teater tahapa-hapa.
kalau ada pun cuba nak buat short movie - tapi sentuh secara kabur tak tahu hujung pangkal.
Come onlah...ada benda sangat best jika dibuat dalam bentuk kabur dan abstrak tapi dalam soal membentangkan wabak rasuah, penyelewengan kuasa tak payah berkias sentuh sini sikit sana sikit, ini bukan projek kondom - play safe!
beranilah sikit! jihad adalah berkata benar di depan penguasa zalim.

ini terjadi sebab tak berapa berani, tak cukup kajian, play safe dan bangang.
perhatikan Norman KRU bercakap dan ia disanggah Faizal Tahir.
jika kita karyawan bebas, zaman apa pun, kerajaan mana pun kita mesti lahirkan karya!
Buatlah lagu buatlah filem walaupun ditayangkan di dalam jamban!

Sunday, April 28, 2013

Mencari rasional di dalam politik

Di dalam politik tiada rasionalisasi. Politik adalah persepsi. Politik adalah karier. Politik adalah panggung dan taman permainan. Politik adalah gelanggang ahlinya bersandiwara memberi ilusi kepada khalayak tentang sebuah perjuangan memartabatkan manusiawi dan kemanusiaan, keadilan dan kebenaran tetapi sebenarnya politik adalah jambatan membina karier, mencari makan.

Orang-orang politik mendendangkan lagu-lagu kesukaan penyokongnya untuk beroleh kuasa. Dengan kuasa mereka mendapat sumber ekonomi yang memberikan pulangan lumayan. Cakap-cakap manis perjuangan nombor lapan sebenarnya. Lihat nanti siapa yang akan berada di keliling ahli politik yang menang ini nanti. Yang duduk di kerusi-kerusi tempat masuknya wang.

Mana-mana negara di dalam dunia ini diperintah oleh kaum pemodal. Pemimpin dan parti politik hanya boneka pentas yang memberi hiburan kepada khalayak seperti diarahkan kaum pemodal ini. Merekalah yang menentukan arah negara. Mereka akan merapati mana politikus yang dasar dan pelannya memberikan keuntungan kepada mereka. Wang dilaburkan untuk sokongan. Apabila menang, mereka menebarkan jala.

Politik bukan tempat mencari rasional. Mencari rasional dalam politik samalah seperti mencari bekas tahi lalat di tepi pipi Rosmah. Susah. Jika ada rasionalnya, masakan Pakatan Rakyat yang melaungkan anti rasuah, kronisme, rompakan harta rakyat boleh menerima Tamrin Ghafar dan Muhammad Taib menyertai mereka sedangkan kes rompakan mereka apatah lagi Mat Taib cukup pakej - larikan duit, larikan anak raja, tidak pandai berbahasa Inggeris menjadi suci murni selepas isytihar sertai Pakatan Rakyat.

Pemimpin politik mengajar penyokongnya menerima mereka dengan RASIONAL sambil melaungkan slogan "yang sudah-sudahlah..."

Paparon - Rasionalisasi oh Ronasinalisasi

Friday, April 26, 2013

Adam Adli tewas...

Mahkamah: Keputusan UPSI gantung Adam Adli sah

26 April 2013

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.

Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011, telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.


Paparon - Dahlaa Adam. Jom jamming



Tak serius nak tawan Putrajaya sebenarnya...

Ramai aktivis pro reformasi sejak 98 dan yang berfahaman 'tidak fanatik parti' dilihat kurang bersemangat dengan PRU kali ini. Jika dilihat, hanya orang-orang parti sahaja yang bekerja.

" kami nampak momentum mahu perubahan oleh rakyat ini disabotaj pimpinan yang mengambil peluang membawa kroni masuk jadi calon. Ramai terpinggir. Pak Jabit atau Pak Man Kadir pun bising-bising. Ada juga bebudak kutuk dia suruh bersabar tapi budak-budak ini bukan tahu sejarah. Pak Jabit bergiat sejak 70an lagi." kata Din Beruang.

"yang aku rasa pemimpin PR ini memainkan perasaan rakyat, memberi ilusi yang kali ini PR menang. Walhal mereka tahu mustahil hendak menang hanya melalui PRU. Menang itu bonus tapi yang penting dapat pekerjaan. Politik adalah karier. Memastikan diri ada kerja sebagai Yb dan juga kawan-kawan dapat juga" Mat Saadon mengeluarkan teori.

" lihat saja pertikaian merebut kerusi. Lima tahun tak selesai. Tengok pula Haji Hadi. Lepas kata Pas tak percaya beberapa calon PR, dia kata PM mestilah Islam pulak. Ini semua tak payah cakap, orang dah lama terima."

"macam sengaja nak cari kontroversi sehingga meleret ke isu hudud dan macam-macam"

"tobat lahum aku tak percaya depa!" Din Beruang hentak meja.

Paparon diam sahaja sambil korek hidung.

Paparon - pil kuda dengan tahi hidung mana lebih masin?

Thursday, April 25, 2013

orang agama punya cerita

1

mulanya dulu diberitakan PKR melamar Dr Asri untuk bertanding dan menawarkan nya jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semua okey...
Tup-tup Asri jumpa Najib dan lepas jumpa Najib terus diam tak berbunyi. Kenapa?

Paparon - Kata orang Maza ni antara 40 agamawan yang menyertai Umno dua tahun dulu tapi last minit but U turn.

2

Sebulan dua sebelum pembubaran parlimen kecoh juga Dr Juanda nak bertanding. Atas tiket PKR sebab dia pun kurang senang dengan Pas. Bincang pun bincanglah... dia nak bertanding lawan Taib Mahmud tapi PKR letak di Perlis. Raja Perlis pun panggil dia menghadap. Semua ok.
Bila MUstafa Ali dan Pas kata siap-siap 3 kerusi parlimen Perlis milik Pas, Juanda punya cerita pun terus hilang.
Tau-tau dia muncul di majlis BN dan isytihar akan pangkah BN demi keamanan.

Paparon - Sila baca blog Al-bakistani  ustaz Wan ji untuk cerita ini

3

Sejak kes Haji Hadi kata orang sosialis ni berasulkan Lenin maka banyak juga artikel menerangkan tentang apa itu sosialisme tapi lebai-lebai dan kopiah-kopiah terus mengecop sosialis dan komunisme ini sesat, terkeluar dari agama dan sebagainya. Hujah? Takdelah...dok petik ayat-ayat yang masih boleh diperdebatkan.
Tapi kalau kita baca sejarah, belek buku atau bergaul dengan tokoh-tokoh bekas sosialis ni kita dapati takde pun Melayu Islam sosialis ni keluar Islam malah menarik bukan Islam masuk Islam adalah. Kebanyakan mereka berkahwin dengan dengan orang bukan Islam dan menjadi orang baik.
Kenapa kita angkuh mengatakan orang lain sesat? Sesat nak pergi mana?

Paparon - Sesat di Kuala Lumpur, dosa dan pahala bercampur...