Monday, October 13, 2008

PM: NAJIB lebih baik daripada ANWAR!

Anwar terpaksa menguburkan niat sucinya untuk menjadi PM ke 6 selepas gagal membentuk kerajaan pada 16 September lalu seperti yang digegarkannya. Terbukti semuanya retorik walaupun ia memaksa BN jadi inca-binca membawa lari MP mereka ke Taiwan dan Mongolia..Kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti Anwar mula terhakis dan kini mereka mengalih tumpuan kepada Najib yang dilihat calon yang paling baik dan sesuai menggantikan Dollah Badawi- Bapa Hadhari Malaysia @ Pak Mertua Khairy.

Di bawah ini diperturunkan dalil-dalil yang menyokong sebab-sebab mengapa Najib lebih layak dan tidak dapat ditandingi Anwar untuk menjadi PM ke 6:-

1) Latar belakang keturunan.

Berbeza dengan Anwar, Najib dikatakan mewarisi sifat-sifat pemimpin daripada bapanya yang juga bekas PM Malaysia. Kecemerlangan Tun Razak dapat dilihat sendiri Najib kerana beliau membesar dengan bapanya. Beliau juga mewarisi 'saham-saham' dan 'darah daging' dari Genting Highland sejak awal penubuhan pusat judi terbesar Asia tenggara di negara Hadhari ini.

2) Pemimpin keluarga

sebagai pemimpin keluarga Najib dilihat berjaya apabila TIDAK pernah meninggalkan anak isteri lamanya untuk berkahwin dengan isteri orang lain. Beliau merupakan suami yang cukup penyayang dan jarang menghampakan isterinya untuk berbelanja mewah apabila ke luar negara. Isteri dan anak-anaknya didik dengan penuh sopan bertudung litup dan bertutur lembut berbanding pesaingnya yang membiarkan isterinya berambut perang berbotox-botox. Anak-anak pesaingnya suka enjoy dan berpeluk2 dengan bukan muhrim..(sila lihat YouTube)..anak isteri Najib okey,!!
*err... sewaktu persandingan anak perempuan Rosmah dengan penyanyi lelaki yang juga seorang pakar motivasi, Rosmah dan Najib SENTIASA di sisi mempelai ini..

3) Mengenang jasa

inilah sifat terpuji Najib berbanding Anwar yang menderhaka menentang gurunya Mahathir. Najib sungguh setia dan mengenang budi. contoh:- Mengenang jasa Bintang Bollywood yang cium isterinya diizinkan dapat pingat Datuk oleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

4) warak

walau tidak selancar Anwar yang gemar bemain ayat Al Quran dan hadis, Najib tetap warak dan mengamalkan Islam dengan baik. Beliau selalu menasihatkan rakyar agar sentiasa mengikuti ajaran islam yang sebenarnya. malah beliau tidak kisah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal Altantuya. Itulah bukti kewarakannya.

5) pengalaman

Beliau antara yang termuda bergelar YB dan 6 tahun di penjara menyebabkan Anwar ketinggalan dari segi pengalaman merompak kekayaan negara berbanding Najib.

6) Tiada rekod jenayah

Najib bersih dari sebarang perlakuan jenayah. Walaupun dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, sumpah keramatnya diakui sah oleh ulama muktabar tersohor dunia, Syeikh Dollah Badwi AlHadhari. Anwar pula masih tak nak bersumpah apabila dituduh meliwat Saiful Bukhari, sebaliknya Najib bermurah hati menolong memberikan biasiswa kepada Saiful, mangsa liwat yang bangang di universiti.

7) Bijak berurusan

Ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya digunakan untuk berurusan dalam hal-hal perniagaan 'G to G'.. Kebijaksanaannya melantik Sykt.Perimekar dan Ombaklaut sebagai orang tengah dalam urusan pembelian kapal selam mahu pun jet Sukhoi telah menjadikan Razak Baginda kaya raya sebelum dikambinghitamkan dalam kes Altantuya..

8) Bibir Najib lebih merah..auw!
tak yah ulaslah bab bibir ni..tanya Ezamlahh!!

sebenarnya banyak lagi hujah-hujah yang mahu penulis bentangkan tetapi lapan ini saja sudah cukup untuk menewaskan Anwar..
Jangan bimbang Najib! kami para blogger berikrar akan berjuang dan menyokong dari belakang sehingga akhirnya kerusi Perdana Menteri menjadi milik................ ROSMAH!

6 comments:

Unknown said...

Kah... kah... rupanya Tuan labun KULUP adalah seorang periwayat yang handal dengan fakta yang canggih!

Sayabas tuan.

Anonymous said...

KOMEN ANDA PULAK BILA DSAI MENOLAK SEBARANG CADANGAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM? BILA BELIAU MENYOKONG FORUM MEMELUK ISLAM OLEH MAJLIS PEGUAM? ADAKAH INI PEMIMPIN MELAYU DAN PEMIMPIN ISLAM YANG DIHARAP2KAN...YANG LAIN2 TU TAK PERLU SEBUTLAH BILA BELIAU DIKAITKAN ADA HUBUNGAN DENGAN YAHUDI, KAWAN RAPAT ORANG YAHUDI...KALAU NAJIB DENGAN KES ALTANTUYA YANG MASIH DALAM KES TAPI TIDAK MELIBATKAN BELIAU BAGAIMANA PULA KES ANWAR MELIWAT SAYFUL? INIPUN ANDAIAN JER BELUM TENTU BENAR. SO MANA LEBIH BAIK, ANWAR KA NAJIB? LU FIKIRLA SENDIRI JANGAN CAKAP MAIN BELAKANG JER..BEST KA MAIN BELAKANG NIE??HAHAHA...

Anonymous said...

anonymous,

saiful mana sekarang ye?.

Ronn said...

ha!ha!ha! kalau kasi open... sure berjela sambungan ceghita...

dua alam said...

memang nampak gayanya dia lebih baik dari yang sorang lagi tu.....
sejarah telah membuktikan yang najib adalah dari keturunan yang membela rakyat...tak caya???? Tu Tun Abdul Razak dulu....takkan tak ingat DEB????

Mogen Ali Rico said...

Salam Tuan labun kulup sakah..

Dalam kata saudara ada yang terkena..Dalam yang terkena ada yang merana..Tahniah tuan..Teruskan menulis..