Tuesday, February 10, 2009

Reformasi Sultan atau Sultan reformasi?


Melayu adalah tonggak negara ini, itu fakta dan hakikat yang sudah diterima rakyat Malaysia. Kegagalan kerajaan BN menerapkan fahaman ini di dalam mata pelajaran Tatarakyat telah menimbulkan kemelut yang mana ada segolongan individu atau kumpulan yang berlindung di sebalik NGO mempersoalkan hak istimewa Bumiputera dan kesamarataan hak kaum dan beragama.

Terlalu banyak berpolitik, memunggah kekayaan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin yang wajib mendidik telah menyebabkan kudis menjadi barah. Sepatutnya matapelajaran Tatarakyat mesti dijadikan matapelajaran wajib di sekolah yang mengupas tentang Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial- di mana kedudukan hak Orang Melayu dan Islam serta di mana pula kedudukan kaum2 lain. Apabila ini difahami dan dihayati maka barulah masing2 menerima dan tidak mempersoalkannya lagi. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa proses kemerdekaan dan inilah yang harus kita terima, sesiapa yang tidak bersetuju dengan ini maka mereka memanglah bermasalah dan pulanglah ke tempat asal mereka. (kontrak sosial anjuran British ini masih boleh diperdebatkan- tapi biarlah di tajuk yang lain, blog ini bukan tesis)

Sistem pendidikan sekarang sibuk dengan nak lulus periksa, skor berapa A - menggunakan teknik menghafal bukan menghayati. (exam oriented)



Ketaatan orang Melayu dengan Raja mereka tak boleh dinafikan kerana itulah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan adalah cogankata warisan yang tak boleh dibantah.

Raja yang mengasihi rakyat harus menjadi arkitek mencorak negara menuju kemajuan dengan rakyatnya yang berjiwa hebat. Derhaka adalah taboo bagi orang Melayu. Raja-raja Melayu harus melakukan reformasi jika ingin melihat Malaysia maju dan bersih dari rasuah yang telah membarah dalam negara ini. Akan tetapi jika Raja-raja Melayu bersekongkol dengan kezaliman, maka marahlah rakyat dan bangkitlah mereka dengan sembah derhaka.



Sekian lama bersidang, rakyat tidak pernah tahu apakah yang mereka bincangkan dalam Persidangan Raja-Raja Melayu. Apa iltizam mereka dan apa bentuk perjuangan yang mereka lakukan untuk rakyat selain dari makan elaun puluhan ribu.



Raja Melayu harus lakukan reformasi sebelum reformasi Raja dilakukan oleh rakyat. Apalah Raja tanpa rakyat, tidak bergelar Rajalah mereka tanpa rakyat. Telah terkubur dan hilang kerajaan di raja yang pernah bertapak dalam dunia ini atas kebodohan yang mereka lakukan sendiri. Ada yang digulingkan rakyat dan ada yang dimusnahkan Tuhan tanpa kita lihat kesan yang ditinggalkan hatta seketul batu sekalipun.

Aku secara peribadi menghormati Raja-raja kerana 'Ulil Amri" bukan bikinan manusia tetapi ia kurniaan istimewa dari Illahi sebagai amanah. Bukan Raja saja, manusia malah haiwan dan makhluk seisi alam juga mesti disayangi selama mana ia 'baik' terhadap kita. Tidak mampu aku menghormati pemimpin termasuk Raja yang berperanan memimpin rakyat seperti aku tetapi berkelakuan sumbang, minum arak dan berjudi, kaki perempuan, makan rasuah, berjiwa penakut dan khianat.

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya orang melayu beriya-iya sangat nak kan PKR memerintah balik di Perak. Apa pula yang dilakukan oleh orang cina. Orang melayu berguling-guling di jalan raya tapi orang cina relax jer. Walhal sebenarnya kuasa orang cina (DAP) yang dirampas di Perak. Saya juga tidak setuju dengan cara BN ambik Perak. Kalau betul anak jantan adakan pilihanraya di tempat tu. Tentukan secara adil.