Monday, June 8, 2009

Cinpeng, ahtantOya dan Saving Private adam..


"sebarang usaha untuk membawa pulang Cinpeng harus ditentang dan penyokongnya mesti diISAkan! Cinpeng kejam kerana membunuh banyak nyawa! Dia pengkhianat!" Ghani Sood menjegilkan matanya sambil berkata-kata. Tumpah sedikit teh dari cawan aku, kurang sekupang jadinye..


"Selepas Cinpeng bunuh orang apa yang dia buat pada mayat tu?" tanya aku.


Ghani Sood menjawab,"Entah tak tahulah, ditanamnyakah atau dibiarkannya tak tahulah, tapi kalau ditikam atau diseksa mayat yang dah mati tu memang kejam sangatlah dia!"


"Macam Altantuya yang dah mati ditembak lepas tu dibom?" tanya aku.


Ghani menikus memandang ke arah lain. Rengkungnya bergerak-gerak seakan hendak berkata sesuatu tetapi suaranya tak keluar.


"Macamana pula dengan Adam Jaafar, anggota Renjer yang pernah mengorbankan nyawa orang awam dan mencederakan yang lain pada Oktober 1987 dulu kalau kau masih ingat? Kenapa senyap je? Apa khabar dia sekarang ha? Kalau tak silap perhitungan aku, umurnya sekarang 45 tahun..macamana ha?


Ghani diam terkulat-kulat macam muka lalat tertelan tahi p@l@tzs!!
**sewaktu memberikan butir2 program Malam Seni Rakyat aku sempat berkata kepada SB yang menelefonku agar janganlah halang walaupun ada Isham Rais dalam program ni, SB berkata," tak ngapa, Isham memang hot tapi dia bukan Cinpeng, kami boleh bekerjasama tak de hal punye kah kah kah!"

11 comments:

aku said...

hahahahahaha..
..kurang sekupang jadinye..

bro,
mayat kalau ditikam2 kejam tuu..
kalau tak nak berlaku kejam,c4 kan je.sekali kebaboom..trus tak sempat ngadoi..
hehehe

rahmat haron said...

setakat ni Amerika Sykt paling kejam sekali kerajaan dan korporat keparatnya.

tapi, sebab kertas cap dlar jd kwn baik niaga Malaysia.
tak lama lg rasanya nak sain perjanjian kunun bebas dgn Amerika.

Unknown said...

yg depa ni dok marah kat cinping apa hal nye...cinping tu kisah lama..dia pun dah taubat....apa yg aku pelik kenapa depa tak marah pada pada GEEP C4, yg terang2 lebih zalim dari cinpeng, zalim cinpeng masa tu kerana dia kominis...tp zalim GEEP C4 tak kan kita nak pertahankan...

Anonymous said...

mana lebih jahat cheng peng ngan pak jib

Chin Peng Junior said...

Hidup Chin Peng! Hidup Chin Peng!

maun said...

Chin Peng zalim kerana terpaksa menghadapi satu pilihan..di bunuh atau membunuh...zalim zaman perang..penzalimnya sekarang walaupun bukan zaman perang...zalim kerana menidakkan hak dan amanah rakyat untuk membolot kekayaan peribadi sehingga kadangkala perikemanusiaan sudah tidak wujud lagi, belas kasihan dan kasih sayang tidak bermakna..perkataannya sama ZALIM!!! cuma yang satu zalim bertempat atau yang satu lagi zalim tak bertempat..

yoblehsastra said...

betui kata pensyarah dari perancis yang telah memeluk islam bahawa sifat orang melayu ni cepat melatah dan tak pandai memilih pemimpin. wahai generasi baru hindarlah fikiran anda dari kedua sifat yang merosak diri ini!

Anonymous said...

alangkah baik jika ching peng dapat balik ke malaysia.aku nak bertanya pada dia jika perjuangan komunis dulu berjaya dan memerdekakan malaysia adakah dia akan menyerahkan tanah melayu ini kepada kaum melayu?
alangkah baiknya jika antantonya boleh hidup semula,aku nak bagitau dia inilah risiko bila berkawan dengan orang politik.
kepada saudara adam,anda melakukan pada zaman yg salah.

Xenan said...

hehe,

Lepas chin peng, prebet adam plak ke dijangka jd tajuk pop melaysia?

Meriah tul malaysia ni..

DR 1221 said...

CHIN PENG/ADAM JAAFAR ADALAH KATEGORI YG BERBEZA WALAUPUN DISENARAIKAN SEMUA TERRORIST DI MALAYSIA.

Anonymous said...

Sblm Pbt Adam di tangkap, dia ada menulis surat. Bolehkah tuan paparkan ayat ayatnya disini?