Monday, June 1, 2009

menanti anak muda gempur!

PRK Penanti mengakhiri PENANTIan, Manek Urai mengurai-urai menggamit bikin Umno/Bn panas bisul di buntut poreng berkepuh mereka.

Aku masih menanti penubuhan "PEMUDA PAKATAN RAKYAT" yang diuar-uarkan sebelum ini. Gerakan anak muda tidak tersusun sejak akhir-akhir ini. Pas dengan halnya, hanya muncul garang bila isu-isu dunia seperti Palestin dan sebagainya saja. (Isu dunia selamat sikit, jarang kena tangkap). Anak muda dalam PKR teraba-raba mencari sesuap nasi. Masih lagi ke hulu ke hilir menjual t-shirt, topi atau sticker. Budak-budak setia seperti Lan Ampang, Zali Gombak yang kekadang tidur tepi jalan hanya dipanggil apabila diperlukan. Anak-anak muda DAP tak surface sangat, kalau ada pun tak ramai. Bebudak JERIT kebanyakannya dari PSM pun ramai tapi lebih menumpukan kepada isu kaum India seperti isu estet, Hindraf dan sebagainya.

Ketua-ketua pemuda dari ketiga-tiga parti perlu duduk semeja menggembleng tenaga memfokuskan hala tuju perjuangan seperti era reformasi dahulu. (Ezam dari keADILan, Mahfuz dari PAS, Johnson Chong dari PRM). Isu SPR masih belum selesai, rasuah dan penyelewengan masih berleluasa dan kebobrokan menjadi amalan.

AYUH ANAK MUDA!
BANGUNNN!!
LAUNGAN "REFORMASI" MAKIN TENGGELAM!

11 comments:

Anonymous said...

Golongan OTAI dalam PKR akan menerima nasib yang sama macam "Aminah Ronggeng" di PENANTI. Lawan tetap lawan.

Unknown said...

Tahniah buat kulupsakah kerana berjaya mewujudkan CAKAP RAKYAT GROUP, bro mendoakan segalanya berjalan lancar dan diberkati...amin, Bro nak cadangkan kalo boleh kulup sakah buat satu fun club...saya yakin benda ni akan berjaya.....

kulupSakah said...

brother,
harap2 gitulah. perjalanan masih panjang.
CAKAP RAKYAT GROUP adalah kolaborasi kami sebagai kawan yang mula menjalin ikatan seperti adik beradik.(meor dan black serta sokongan rakan2 seperti Rahmat Haron, Nikbinjidan,Pyanhabib)..Agak banyak perancangannya..tapi dananya kureeengg...

harap kawan2 dapat menyokongnya!
kita berjiwa merdeka..maka D.I.Y (do It Yourself)

kulupSakah said...

bro, fun club ke fan club?
kalau fan club takut meor marah..dah macam AF tuh! kekawan bolehlah..Rahmat Haron yg brutal tu pun gigil bila diterjah kipassusahmati (die hard fan) dia..haha!

..tapi fund club gua setuju..hihi!

aku said...

kalau lu nk guna tenaga gua,lu kasi tau la bro.
gua sedia membantu.foc!
kot la nk tarik wayar ka,susun krusi ka,apa saja.jgn suruh gua mengrengg gitar dah..

Basuh Baju said...

cakaprakyat?

cool!

Tinta Hitam said...

Aku setuju cadangan KS.

kulupSakah said...

aku,
orait..tunggu 4 julai ni haa..ada program kat kajang..

tinta,
setuju nak derma ke? hahaha! kami ni akaun company pun belum ada lagi walau dah register R.O.C tapi jika nak derma boleh call terus pengurus (tengok kat blog cakaprakyat)..kami akan keluarkan resit..

alangkah indahnya kalau production house ni jadi sejarah dan rekod ianya idbiayai oleh rakan2 sealiran sama ada yang dekat atau di alam maya ni..(ayat nak bodek)

kulupSakah said...

:)

faizsaaid said...

waduh, terpaksa balik awal masa pekan frinjan

KhaL said...

weyyy..aku macam keling tonkang x?..heh..pasaitu aku suka makan parpu..hampa kalau jumpa aku kat luaq jgn pulak tak teqoq noo..hehehe