Monday, October 26, 2009

salut untuk Mat Motor!

Kata kawan-kawan, muka aku nampak garang dan agak kerek. Tapi berwajah garang dan kerek tidak membantuku ketika menunggang motosikal. Aku akui sejak bujang sampai hari ini (menunggang motor Panther Gamma yang dah 15 tahun itu) aku sangat penakut ketika di atas motor. Gayat!
Hari ini aku sering berulang alik ke Brickfield menunggang motosikal. Setiap kali di atas motor aku akan diserang pertanyaan selamatkah aku sampai.
dan perrrrr................ seringkali motor kesayanganku bermasalah di jalanraya.

Dua minggu lepas waktu senja ia sekali lagi menderhaka di lebuhraya hapatah (aku malas nak ambil tahu nama-nama lebuhraya bertol ni).. Sedang sedap memulas throttle dengan kelajuan...(speedo meter rosak, tak tahu berapa km/j- yang nyata bawah 100) tiba-tiba senggugut dia menyerang. Tersengguk-sengguk bersin dan mati enjin. Hari mula gelap.
Cett! kat tengah-tengah pulak tu..Aku membelek-belek kabel plug (perbuatan yang biasa dilakukan orang apabila kenderaannya rosak walhal bukan tahu apa pun) mencari-cari dan meneka2 kerosakan. Bekas pelajar Vokasional jurusan Automotif macam aku boleh saja mendiagnosis kerosakan tapi tanpa 'tools' takde makna. Ibarat bomoh tanpa kemenyan.
Percayalah tak sampai 3 minit terkangkang-kangkang di situ datang seorang mat motor bertanya," minyak habis ye bang! Meh saya tolak!" dan dia menunda motosikal yang aku tunggang dengan kakinya.
"karburetor tersumbat ni!" bisik aku dalam hati. Apabila sampai ke selekoh bandar Tasik Permaisuri yang jalannya agak menuruni bukit, aku biarkan dia melepaskan aku dan pergi kerana dari situ sudah boleh nampak stesen minyak. Kami mengangkat tangan sebagai tanda "terima kasih- sama2".
Motosikal berhenti 50 meter dari stesen minyak dan pastilah aku kena tolak sikit. Dan....muncul pula budak India dengan motosikalnya "saya tolong abang sampai Petronas". Sekali lagi aku selamat. Dan terima kasih juga dari aku dalam bahasa isyarat angkat tangan.
Sebaik saja mengisi minyak motor aku hidup apabila dikrank.."cool!"..
tak sampai 1 km senggugut datang lagi dan enjin mati. "Sah! Carburator dung!"..
Dalam keadaan begini aku biasanya akan lebih cool berbanding duduk dalam kereta yang terperangkap kat traffic jam. Biasanya kalimah-kalimah sakti yang tak senonoh akan keluar dari mulut aku.
Seorang budak Melayu yang dah terlajak berhenti dan mengundurkan motosikalnya menawarkan pertolongan.
"Abang nak balik mana?"

"kajang!"

"Jom! saya pun nak balik Mantin!"

..dan dia menunda aku sepanjang jalan yang penuh sesak itu. Berkali-kali juga aku membaca doa makan sebab gayat. sesekali kami berhenti kerana lenguh!

"jauh lagi ni dik!" ketika berhenti di Taman Connaught (pasaipa bubuh nama Connaught?). "kalau adik tak dapat tolong takpelah!" ayat aku yang sebenarnya bermaksud "janganlah tinggalkan abang!".

"Takpe bang! Saya pun selalu kantoi tengah jalan! lagi pun kita sehaluan ni!"..

Fuuhhhhhh! lega macam baru lepas berak setelah menahannya sekian lama.
Dan budak ini betul-betul menolong aku sampai ke rumah. Itu pun semasa dia menunda aku sepanjang perjalanan akan ada mamat-mamat motor berbagai bangsa menegur dan menawarkan pertolongan.

"salut untuk Mat Motor. Allah berkati kamu!"

20 comments:

Hanisham Ab Halim said...

yeahhh.. gua pun salut sekali pada mat motor...

kulupSakah said...

they rock pal!

gotahlantun said...

aku pun, 4 tahun pengalaman antara mount kiara / kajang...pelbagai macam asam garam ditempuh...

TABEEK SPRING dengan mat motor!!!


mbr 5982

AKUOKU said...

kasihan sungguh babah... hu hu hu

AKUOKU said...
This comment has been removed by the author.
lempentalam said...

Pernah tayar pecah kat Highway pada bulan puasa di bantu dua orang india ,motor naik lori sampai kedai motor kt Kelana Jaya ,nak hulurpun duit ada rm10 aje.Apapun tq pada india tu...

Tunsiber said...

Juga nak kongsi...Motor rosak depan Lim Kok Wing dlm perjalanan balik dr Cyberjaya ke Semenyih. Layan semput motor hingga ke flyover utk naik ke Highway.Sekali... enjin dah rajuk terus. Mati total. Baru selanggah menolak, dtg sorang mat motor. Boleh ditolong tunda sampai bengkel di Kajang, tanpa aku paksa-paksa. Aku hulur, dia taknak, buat bayar repair motor la bang.Kalu jumpa motor WPN 179, itulah mamat motor yang hati mulia.

uncle gedek said...

Aku suka percaya macam ni... "Orang baik akan dibalas baik..."

ubilepih said...

:) wa langsung tak tau bawak motor..ha..ha

Pyanhabib said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Pindahkan masalah motor yang senggugut tu pada gua. Gua memang minat suzuki gamma,itu pun kalu nak jual.Harga bole runding.

Pyanhabib said...

hidup mat dan motor-motornya! (masa gua bersama nikbinidan tersangkut atas hewey kl-seremban pukul tiga pagi gara-gara proton generasi pertama nik yang huduh lagi kokak kehabisan minyak, mat motooooooor jugak yang berhati mulia!)

kulupSakah said...

webmaster, gotahlantun,lempentalam,tunsiber,
Ya! sama lu kita salut lu memang hebat,
biar dah banyak balut masih lg ligat!

akuoku,
kesiaaann ek?

cucukwantung,
jual?..huh! Pernah aku bior motor ni tersadai tak dihidup 2 tahun, kawan aku dtg nak beli RM600 (masa tu aku sengkek, hampeh depa amik kesempatan nak beli murah)..aku amik duit dan cuba start...tak sampai 5 kali kick dia dah hidup! terus aku kasi balik duit kat dia!

gedek!
.........betul3x (aku baik ke?)

ubi,
bale aok..dok lepih pun tiknye reti naik moto? ppaleh!

pyanhabib,
banyakkan baca doa makan ketika berkereta bersama proton nikbinjidan@schumaker!

Anonymous said...

gua pun penah kantoi kat plus area r&r serdang hala KL, minyak abih. nasib baik sorang mat motor berhati mulia bantu gua tunda sampai shell.

tapi yang gua panas hati bila banyak motor kena himpit atau kena langgar. banyak sangat depan mata gua. petang tadi nyaris gua nak jatuh sebab ada minah bangang bawa kereta sambil guna H/phone. kalau motor tergolek polis dan menteri kata mat motor salah. gua sumpah diorang tu ada anak atau adik beradik bawak motor biar diorang rasa.

b.tan said...

salam,
aku samalah dengan ubilepih tok reti bawok moto, pernah belajo masa di serawak dulu tapi lepas jatuh 2,3 kali terus tok menjadi. tapi mat moto ni bukan mat rempit kan?

kelembai said...

seronok layan cerita hang mat kulup wei..apa pun aku hari2 naik moto..sampai naik cemuih dah..tp apakan daya demi mencari sesuap nasik utk anak bini tersayang aku gagah juga..

roslaini saad said...

Sesiapa yang pernah naik motor..dan motor buat hal tengah jalan rupa tu...memang faham bagaimana rasanya...dan sebab tu bila kita pernah merasai..kita faham apabila orang lain pun terpaksa menempuh pengalaman yang sama....
Yes...solute to Mat Motor....

roslaini saad said...

Sesiapa yang pernah naik motor..dan motor buat hal tengah jalan rupa tu...memang faham bagaimana rasanya...dan sebab tu bila kita pernah merasai..kita faham apabila orang lain pun terpaksa menempuh pengalaman yang sama....
Yes...solute to Mat Motor....

Anonymous said...

b.tan,
mat motor bukan mat rempit la
kitorang pi kerja naik motor bukan naik motor nak merempit
lu ni banyak terpengaruh dgn tivi la
hahaha

Custom Essay Writing said...

great job. a professional work