Sunday, March 7, 2010

Tuhan sayang Moeha..

gambar di bawah ialah Moeha, 31. Anak saudara penulis buku politik- Pak Habib (Syed Hussein Alattas). Blog Moeha di sini

3 bulan tidak apdet blog membuat Sham tertanya-tanya apakah khabarnya Moeha. Rupa-rupanya dia dah hampir 10 hari terlantar di wad 7u, PPUM. Dikesan ada batu karang di hempedunya. Sewaktu batu disedut ambil dari dalam badannya, pankreasnya pula tercedera. Akibatnya dia sudah lebih sebulan tidak boleh makan.
Sebenarnya Moeha ada tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan tersebut mengenai saraf penglihatannya dan dia tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kedua kakinya juga sudah kebas. Aku akui kehilangan kata-kata sewaktu mengunjunginya tadi. Moeha manusia hebat. Dia kelihatan lebih sihat berbanding bertemu beberapa bulan lalu selepas kimoterapi. Dia ceria dan kuat semangat. Tiada cerita sedih darinya.
"Ini pengalaman baru saya!" katanya.
"Selepas pankreas saya sembuh, pembedahan merawat batu hempedu akan dijalankan. Dan kata Doktor mungkin saya akan pakai lampin juga selepas itu. Hempedu fungsinya memproses lemak. Mungkin saya akan terkena cirit-birit sejam selepas makan. Well, itu pengalaman baru dalam hidup saya nanti, hahahah!"

Lihat, dia masih boleh ketawa. Begitu juga apabila menceritakan peluang sembuh tumornya.
"Doktor kata susah, tapi Doktor bukan Tuhan. Hahaha!". "Ini hidup kita, asalkan God bless us!"
Oleh kerana tak boleh makan, Sham hadiahkan teddy bear. Dia ketawa. "mesti adik saya yang taruk bear ni dalam kereta nanti!". Moeha sebenarnya dilahirkan kembar. Kembar perempuannya telah meninggal dunia 10 tahun lalu kerana barah payudara. Aku terkedu lagi.

Abang kagum dengan kau Moeha! Tuhan sayang kamu..
korang klik kat atas tadi, bacalah blog Moeha dan kenali insan hebat ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebelum tu kami ke KONVENSYEN PR Selangor.


seronok bergambar dengan pengacara majlis yang dulunya selebriti tv3, Zanirun Baba (kanan). Yang tongah tu Muiz, kawan dari Hulu Langat.

10 comments:

ISA said...

Semoga beliau cepat sembuh..

Harimau-Menaip said...

Hebat lelaki ni. Saya tidak mampu sehebat beliau.

Semoga Allah selamatkan kehidupan lelaki ini. Amin.

uncle gedek said...

Aku ada sejarah yang hampir sama tahon 2003... mujur dapat dikesan awal. Juga mendapat rawatan di hospital yang sama (dulu HUKM). Sehingga hari ni maseh ada follow up rawatan... Semoga dia berhati tabah!

kulupSakah said...

dia berbakat besar. baca blognya.

Unknown said...

setuju dgn Bro KulupSakah...
"Doktor bukannya Tuhan"
tahun 2004 saya kena kanser darah tahap 4
doktor kata ni tahap last sekali dah
alhamdulillah sampai sekarang masih dapat meraikan hidup...
cuma skrg 1 tahun sekali follow up kat HUKM

kulupSakah said...

Dr kata paling lama Annisa anak aku boleh hidup 3 tahun.
Aku percaya Tuhan..kami bawa dia lari dari wad dan ikhtiar cara lain..sekarang dah 9 tahun.
mati akan datang, kita kena redha..tapi kita kena usaha dan tawakal..

kalian semua memang tabah

Unknown said...

Semoga Moeha cepat sembuh.

Tuan Kulup

Kat mana tuan inai janggut tuan...hitam semacam aje.

Hidup sebelum waktunya perlu diinai.

kulupSakah said...

hitam asli, tak pernah inai...sehelai yang putih sengaja dibiarkan sebagai peringatan yang aku bukan muda lagi

Anonymous said...

pasal batu karang lam hempedu nih... ada kawan bercerita

ada sorang pesakit nih... dah abis cara dia berubat, kemudian, doktor nak bedah buang batu karang tu...
pas tu, ada sorang ni bagi tau dia, supaya rujuk ngan satu ustaz kat melaka...

dia pegi jumpa ustaz tu berubat... bila pegi balik ke sepital, doktor kata dah takde batu karang tuh... tak payah bedah dah...

kata dia lagi... ustaz tu memang selalu kalau orang-orang tua yang tak berapa baik nak dibedah, doktor kat melaka suggest pegi jumpa dia... tak tau la betul tidak cerita lelaki tu...

DeeN said...

Smuga Muha terus diberikan kekuatan utk terus bertahan dan diberikan iman yg teguh. Walaupun hanya sekadar mengetahui Muha melalui cerita2 kawan2 blogger, tp tidak dapat dinafikan beliau memang gifted!

Muha, itu tanda Allah sayang kamu! Bergembiralah!