Monday, April 26, 2010

kembara seni

Dua malam lepas aku bermimpi memiliki cd kompilasi Rausyanfikir. Pertama kali terlihat nama mamat ni pada kulit album Ramli Sarip dengan lagu Orang Kota, lepas itu lagu "Mengejar Pelangi" dalam album Qabul kumpulan Lefthanded. Itu masa zaman rock kapak, zaman sekolah menengah. Dengarnya lagu Orang Kota ditulis oleh Art Fazil ketika usianya belum 20 tahun.

Kemudian aku pernah melihat dia bikin persembahan di pentas Central Market awal 90an dulu. Dengan gitar akustik dan tak berbaju, dia menyanyikan lagu Blues Untuk Rakyat dengan sorakan moral sekumpulan peminat yang datang dari Temasik. Sama negeri dengannya.
Aku sempat memiliki album pertama Rausyanfikir - trio Kota Singa yang dia anggotai bersama Mohd Khair Yassin dan arwah Esham Jamil. Album ini ada unsur2 rebel dan ketika rock leleh melanda dan merosakkan persada muzik tanahair mereka tampil dengan konsep sedemikian. Sungguh berani. Ghazal 2020, Satu Suara, Kaum Kanggaru dan lain2 cukup untuk menerangkan ke mana 'idealisme' Rausyanfikir. Pengaruh blues, raggae, folk dan fusion amat dirasai. Jeritan marhaen dirakam. Kaset itu akhirnya berkulat dalam rak aku. Kalau ada dijual di kedai pastilah aku akan membelinya lagi. Sehingga kini aku masih lagi mencari album keduanya yang tak sempat aku miliki. Di dalamnya ada memuatkan lagu Ali Mim Alif lam Sin (kelakar bila lagu ini dikritik dulu kerana nama Ali tak sesuai untuk seorang yang malas sebab Ali adalah nama sepupu Rasulullah. Aku tak pasti berapa ramai "Ali" dalam Pusat Serenti).
Art Fazil mengembara ke Kota London - menurut apa yang aku baca. Anda boleh tengok You tube. Di sana dia bergelandangan, mempelajari erti hidup - menjadi minoriti dan mengenal diri. Kawan aku si Ben botak adalah rakan serumahnya di Kota kelahiran The Beatles itu. Aku sangat berpesan kepada kawanku itu agar Art menerima aku sebagai rakan fesbuknya. Hingga hari ini masih belum terjawab. Hampeh!

Aku juga memiliki album "Nur' nya yang best. Dua lagunya pernah aku gunakan semasa mengarah sebuah drama pentas untuk sebuah sekolah menengah beberapa tahun dulu.
"ya Hayy ya Hayy.. Nur adalah asal asli rohani!"
Semalam aku ternampak CD Art terbaru menyanyikan semula lagu kanak-kanak rakyat seperti Ikan Kekek dan macam2 lagi. Belum ada uang untuk membeli.
Aku kagumi Art walaupun semacam masih ada 'kekurangan' atau masih belum Art mahu "curahkan sehabisnya" dalam karyanya yang membuatkan aku masih belum puas. Art macam masih mahu berselindung atau enggan berterus terang. Atau 'ilmu" dan "pengalaman"nya adalah milik peribadi yang hanya sedikit cukuplah yang cuba dia lepaskan di dalam karyanya.

Salut untuk Art!

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akhirnya n3 ni lari juga dari kebosannan politik..
aku suka lagu ali tu

kulupSakah said...

ko kena dengar yang lain2..chewahhh..

mae said...

dikir pikir..nana..nana..nana..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bukan taknak ajak ..
awek muncung
nak memujuk aku tak reti sangat cakap cina

ada date kat kawasan pilihan raya

lain kali bro bpleh pau aku

Anonymous said...

salam.lepas aku baca n3 ni, aku trus selongkar kotak simpanan kaset2 lama aku n terjumpa album rausyanfikir II-rusuhan fikiran, terbitan tahun 1993.kaset original lagi tu bro.aku pun suka lagu2 dlm album tu.naak dengar balik kaset player dah rosak..

benludin said...

mcm ku kenal sapa itu Ben botak..kah kah kah!