Tuesday, May 31, 2011

laa...

"ingatlah Allah ketika kamu berdiri, duduk dan baring..."

"bacalah!"

tapi ayat-ayat di atas tak boleh dipraktikkan di dalam masjid..hehe!

Monday, May 30, 2011

TERKINI! 300 PENYOKONG KELUAR MUFC SERTAI KELAB PENYOKONG ARSENAL


London 30 Mei- Kira-kira 300 penyokong kelab bolasepak Manchester United telah keluar dan menyertai Arsenal di sini, pagi tadi. Sewaktu ditanya adakah mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab, pencapaian pasukan atau dengan Alex Ferguson, mereka menafikan dan menolak juga dakwaan kerana disogok pihak tertentu.

"Kami keluar setelah mendengar di Hot FM, Najib meminati MU. Kami tak mahu dikaitkan dengan beliau." kata John Sewon, salah seorang daripada mereka yang merayu agar namanya disiarkan. Majlis penyerahan borang akan dilakukan 9.00 malam ini di markas Arsenal cawangan Taman Manchester. Penyokong Arsenal diminta hadir kerana majlis ini khabarnya mendapat permit polis.

Sunday, May 29, 2011

hehehehehehehe...


menteri maha besar, menteri maha besar

menteri maha besar, bini menteri maha besar

aku naik saksi tiada yang disembah melainkan pak menteri

aku naik saksi tiada yang disembah melainkan bini pak menteri

aku naik saksi aku ini pesuruh pak menteri

aku naik saksi aku ini pecacai bini pak menteri

marilah berbohong

marilah berbohong

marilah menuju kehancuran

marilah menuju kehancuran

menteri maha besar, bini menteri maha besar

tiada yang disembah melainkan bini pak menteri

Wednesday, May 25, 2011

Tips panduan percuma: menulis artikel/cerpen/novel untuk sesebuah penerbitan.(sangat penting!)

berminat menulis? untuk mana-mana penerbitan tak kira suratkhabar, majalah atau mahu tulis novel?
ini contoh PERCUMA yang aku tolong ajar secara sukarela. Perhatikan intro, pengembangan isi, naratif, plot, tanda bacaan mahu pun penutupnya dan praktiskan.
selamat beramal!

Cerita bermula tak lama dahulu sewaktu sebuah negeri yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia ( maklumlah ada yang tinggal di Parit, di Lumut, di Dinding) telah dirampas kuasa oleh segerombolan suku makan orang sehingga kerajaan yang disepakati rakyat itu tumbang. Ramailah rakyat yang memprotes ditangkap dan didakwa kononnya cuba melakukan huru hara.
Maka dibuatlah akan parti rakyatsepakat ini ceramah penerangan dan tentang perjuangan rakyat. Dalam ceramah itu disanjung dipujalah orang-orang yang kena tangkap dan dilabelkanlah mereka sebagai wira rakyat.
"Sebagai menyatakan sokongan terhadap pengorbanan pejuang-pejuang ini, saya lancarkan kutipan derma bagi membantu mereka dan keluarga mereka. Marilah kita menderma."
Maka dikutiplah derma seperti yang lazimnya dilakukan setiap kali program. dan pada akhir majlis diumumkan oleh pengerusi majlis yang kutipan pada malam itu menjangkau belas ribu rosmahmansor (RM) juga.
Dan sehingga ke hari ini tiada jua walau satu sen pun duit derma itu sampai ke tangan OKT adanya.
kah kah kah!

(baca dengan stail budak darjah 6)

sebelum selepas


"solat penting tapi selepas solat lagi maha penting, Lup!"
"Camana lak tu Tok?"
"Solat hanya 5 waktu sehari semalam. setiap waktu anggaran 10 minit je. Selang antara waktu tu kamu nak buat ape?"
"buatle ape keroje tok.."
"Dalam solat kita memuji dan mentauhidkan Dia dalam keadaan paling tinggi sehinggalah kita di kedudukan rendah. Berdiri, membongkok, duduk. Tidak mendengar kita apa-apa yang lain selain memusat kepada Dia. Tapi lepas solat? Dok percaya puaka? Dok sembah manusia? Kat luar waktu berdiri, duduk atau mencangkung dalam jamban - hati tetap terus mengingat hu hu nyut nyut nyut dia dia dia..." pesan Tok Anjang.

"Pergi haji biasa je yang penting lepas balik dari haji. Kalau dok masih menyembah manusia, hasad dengki dan aniaya, haji dam ular namanya." sampuk kak Tie, guru sekolah pendidikan khas sebelah rumah sambil menghulur bubur kacang semangkuk.

"akal manusia yang bijak ada 3 jengkal panjangnya. jengkal pertama memikirkan akan hal dunia. jengkal kedua memikirkan akan hal-hal akhirat dan jengkal ketiga memikirkan tentang ketuhanan. Berapa jengkal akal deme?" Haji Zahari orang Padang Tengku menyampuk.

Tuesday, May 24, 2011

akulah jesse james

betul kata Sham, impian kami sejak dulu alangkah bestnya kalau dapat tanah padang ragut dengan sungai jernih.
jadi koboi -
pelihara lembu, kambing dan kuda. bosan melayan pandikutty.


Sheriff John Brown always hated me,
For what, I don't know:
Every time I plant a seed,
He said kill it before it grow -
He said kill them before they grow.

Monday, May 23, 2011

yang terlintas di fikiran

hari ni terlintas di fikiran:-


Hari ini

Hari ini
jin dan berpuaka berpesan kepada anaknya
jangan kencing merata-rata
nanti telur bengkak
sebab disampuk manusia

---------------------------------------------------------------------


Antibiotik


tuhan

jika ini kau kata cobaan

datangkanlah lagi

dan lagi

aku ketagih

untuk mengunyah pahitnya

@#$%!!

airmas - lepas operate hidung suara sengau tak?
aku - ok makin merdu.. hak hak!
airmas - tak sengau ke?
aku - mana aderrr..taklah!
airmas - orang sengau tak leh sebut 'naik pangkat'

cehhh!

siapa airmas?
cari kat youtube pun ada lagu2 nyanyian/ciptaan dia.

mencari menteri..

Sunday, May 22, 2011

tycoon

sebutannya 'tycoon' -

tentang taiko, perebutan kuasa, dendam, perjuangan, keliru...
siapa pintar dan kuat dia berkuasa, yang lemah tewas atau mati!

"jika ada seekor tikus tenang berlegar di kawasan itu, pasti ada berjuta lagi bersembunyi di kawasan yang sama"

anda mahu jadi apa? bersama mereka tikus-tikus atau berjuang sendirian?



Teater TylcKooUns di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Dibintangi oleh:-

Nam Ron,
Amerul Affendi,
Mardiana Alwi II,
Zahiril Adzim,
Ammar Armada,
Wanji Aswandi.

21-29 May : 8.30pm,
23-25 May : 3pm (Matinee).
Ticket Price : Rm30 (Normal), Rm15 (Student).


JOMMM!!!
aku dah tengok. Rasa nak tengok lagi tapi kasi chance Sham nak tengok Rabu ni dan ada kawan-kawan lain nak nonton sama. Jumpa di sana!

Saturday, May 21, 2011

warung akak minang

jika kau menghala ke Hulu Langat dari cheras masuk ke pekan batu 9 kemudian masuk kiri hendak menuju ke air terjun pangsun ke, sungai gabai ke, nanding ke - tidak jauh dari simpang trafik light pekan batu 9 tadi lebih kurang 1-2 km kau akan terjumpa warung tak bernama ini tapi aku namakan warung 'akak minang'. (agak sukar untuk memberikan arahan di mana lokasinya tapi tepi jalan sebelah kirilah)

malam tadi, selepas berjalan kaki lebih kurang 4km meninjau lokasi tanah runtuh madrasah altaqwa (al fatihah untuk assyahid) aku lapar. Dalam perjalanan pulang selepas membeli ulam-ulaman dan lemang yang dijual di tepi-tepi jalan, kami singgah di warung ini - atas saranan mak cik penjual lemang. Ini kerana kami lapar nasi dan teringin masakan minang.
Lauknya banyak sungguh.
Kami memilih telur ikan masak rendang, sambal udang, kari hati lembu dan kari daging. Mak aiii! Memang rasa masakan kampung sungguh...

Lepas itu capai pulak tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang. 50 sen je sebungkus. Kami bungkus bawa pulang lagi 5.

Lepas tu aku taram sepotong lemang bercicah sambal udang sambil membunyikan muzik lagu raya Saloma. maklumlah makan lemang mesti sinonim dengan Raya.

Ehh...sedap juga rambutan Langat..slurpp!
Kalau kau pergi ke dalam kampung tu dan dapat durian kampungnya pehhh..! (bukan durian kahwin atau import) tapi kena musimnyalah..

Aku pelik, teh panasnya sedap lain macam..aku order segelas lagi. Jarang aku minum teh 2 gelas sekaligus. Memang serius sedap.

Warung akak minang ni akan aku masuk dalam list 'wajib singgah' jika aku ke Hulu Langat lagi. Itu pun jika ia bukan warung bunian yang macam kita selalu dengar cerita dari mulut ke mulut - kisah makanan yang cukup sedap tapi lain kali pergi dah takde atau terbangun esok pagi makanan bertukar menjadi cacing dan tahi kelawar..(selalunya kita tak tahu siapa yang benar2 mengalaminya sebab kawan2 kita selalu memulakan ceritanya dengan dialog," kawan aku cerita dulukan...ada sekali tu...bal bla ba..).

tapi akak ni kata dia dah niaga hampir 13 tahun..selamat!! dia bukan bunian dan.........macam tu punya banyak makan hanya rm20....memang lagi sah bukan bunian!

Friday, May 20, 2011

sepertiga malam

dub dab dub dab dub dab

dub dab dub dab dub dab dub dab dub

dab dub dab dub dab dub dab dub

dub dab dub dab dub dab dub dab dub

dab dub dab dab dub dab dub dab dub

dab dub dab dub dab dub dab dub

dub dab dab dub dab dub dab dub

dab dub dab dub dab dub dab dub

dub dab dab dub dab dub dab dub

dab dub dab dub dab dub dab dub dab dab dub

dub dab dub dab dub dab dub

Thursday, May 19, 2011

bila aku mengamuk!

Sewaktu hendak ke bengkel untuk menampal tayar kereta yang berpaku, aku terlihat sekumpulan budak-budak sekolah menengah sekitar 15-17 tahun berkumpul sehingga berlaku kesesakan jalanraya. Aku hendak cepat tetapi ini sudah melengahkan. Oh! Bebudak sekolah nak bergaduh. Kelihatan ada pertengkaran mulut di situ. Ada pelajar bermotosikal. Ada juga terselit seorang dua pelajar perempuan. Aku geram! Orang dewasa yang lain hanya memerhati saja dari jauh tak berbuat apa-apa. Aku keluar.

"Apahal ni? Hah? Mahu jadi taiko? Blah semua blah!!" aku terus sergah mereka.

Ke semua mereka terdiam dan memerhatikan aku. Tidak ada jawapan dari mereka.

"Blah cepat! Jangan ganggu jalan. Jem ni!" kata aku lagi.

Tiba-tiba ada satu suara dari kumpulan mereka menyampuk, "Pak cik jangan masuk campur. Ini hal kami! Sukkkaahati kamilah!"

Aku berundur ke kereta. Meninjau sesuatu di dalam kereta. Ah! Takde....dengan tangan kosong aku kembali semula ke kumpulan mereka.

"sapa yang kurang ajar tadi? Siapa? Nak Mampuss? Dah besar? Aku nak korang blah dari sini sekarang. Cepaattt!!" jerit aku. Aku terlupa kalaulah ada seorang budak perempuan menjentik hidung aku yang baru dibedah tu pasti akan berdarah.

Ya! Menjadik....mereka perlahan-lahan beredar. Yang bermotosikal sedikit memprotes, memerah tali minyak menderum-derum, tapi tak berani memandang. Akhirnya kawasan itu kosong.
Aku masuk ke dalam kereta meneruskan perjalanan.

Ada dua perkara yang membuat aku sangat marah:-

1- jalan jem
2- dia panggil aku 'pak cik'

yang lain aku tak kesah sangat

tolong jangan jadi arwah!

MerdekaReview: Tolong jangan jadi arwah!

Ronasina | May 19, 2011 04:14:48 pm

Apabila editor versi Bahasa Melayu MerdekaReview, saudara Lim Hong Siang menawarkan saya menyumbangkan kartun untuk laman web tersebut, saya terkejut. Pertama saya tidak tahu yang selama ini laman web ini ada versi Bahasa Melayu dan kedua saya tidak menyangka jejaka tionghua yang selalu menyapa saya di jalanan ketika kami sama-sama menyertai perhimpunan tunjukrasa ini boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Tulisan, skop dan lenggok bahasanya mengujakan. Saya terus melayari MerdekaReviewuntuk mengintai apa ideologi mereka dan apa "sasaran" Mereka. Seperti saya,MerdekaReview "bebas" dari mengikut telunjuk mana-mana fahaman politik walaupun kelihatannya seperti pro-Pakatan Rakyat dan anti Barisan Nasional. SepertiMerdekaReview juga, saya menolak karya yang berbau mengampu sosok selebriti politik. Saya menerima pelawaan Hong Siang atas kesamaan itu. Wang? Suatu keperluan tapi itu perkara nombor sepuluh.

baca seterusnya di sini

senandung untuk brader!

brader!
dari dulu patutnya lu dah baca
berangan nak jadi yb itu sia-sia
pilihanraya hanya wayang kulit saja
tak boleh janji apa
tak boleh bikin mimpi jadi nyata

brader!
buang cepat mimpi nak jadi yang berhormat
ini bukan masa nak pakai smart-smart
jangan sebok lobi dan jual ubat
nanti kecewa dan penat
sebab dulu degil tak hingat-hingat

beb!
ini masa susun gerakan
anwar sudah nak kena simpan
jangan syok dengan 98
jangan stim dengan mac 2008
kali ni mesti lawan depan-depan

bro!
gua cakap betul sama lu
bebudak pasca 98 tak pernah ambil tahu
kepada depa kita terjah dulu
kasi bakar sampai rentung bulu
baru depa naik hantu

yo!
simpan dulu bendera parti
bebudak muda tengok naik geli
pakailah topeng dan baju ranggi
kasi mereka naik berahi
baru depa nak join sekaki!

jangan sebok tunjuk muka sengih2 konon bakal calon! zaman susah datang lagi! yang tak tahan pasti lari! gegar gegar gegar!

Tuesday, May 17, 2011

watak-watak "Abu" dalam perjuangan

di zaman mana pun perjuangan ada dan watak-watak mengisi perjuangan juga tetap wujud. Lihat Abu-Abu ini yang watak mereka ada dapat kita lihat sekarang..

Abu Bakr As Siddiq - apa saja yang keluar dari mulut Rasulullah s.a.w atau perbuatan Rasulullah adalah benar baginya. tiada bangkangan dan dakwa-dakwi. sebab itu digelar "as siddiq". Kalau dah diyakini semuanya benar, apa salahnya menjadi 'yes man' kan?

Abu Talib - paman Rasulullah. Semua yang dinyatakan dan dilakukan Rasulullah adalah benar belaka. Tidak juga dia membangkang malah menyokong, melindung dan menyayangi baginda SAW. Masuk Islam?.......ah! Tidak sampailah menemui ajal.

Abu Sufyan - Menjadi panglima musyrikin menentang habis-habisan Rasulullah SAW tetapi apabila memeluk Islam menjadi pejuang Islam yang sungguh-sungguh.

Abu Jahal - Lawan Rasulullah dan Islam sampai mati.

Watak-watak begini terus ada...dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menumbangkan kezaliman...

yang neutral tu Abu apa?
yang dulu berjuang lepas tu keluar dari perjuangan lalu memerangi rakan-rakan lamanya Abu apa pulak?

ABU - Anything but Umno
- Asalkan BUkan Umno

Berita Heran: PM janji kesejahteraan rakyat


PM janji kesejahteraan rakyat

London 17 Mei - Perdana Menteri Malassia, Najeeb Rojack berjanji kerajaan Barisan Basional akan berusaha sedaya upaya memastikan rakyat hidup sejahtera sekiranya rakyat terus memberikan mandat untuk Barisan Basional memerintah. Ditemui sewaktu lepas membeli belah di sebuah pasaraya di kota London, Najeeb berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mendahulukan rakyat dan mementingkan pencapaian.
"Saya akan mendahului menteri yang lain dan juga ke semua ahli wakil rakyat serta kroni-kroni melelong harta kekayaan kami dan mengagihkan ke semuanya kepada rakyat semula. Kami sedar perbuatan itu adalah haram dan amat dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."
Beliau juga tidak menolak yang idea murninya itu diilhamkan oleh isterinya ketika di dalam kapal terbang semalam. - laporan Benam maa.

Monday, May 16, 2011

nikmat

nikmat allah apa yang kita nak dustakan?

tidur..nikmat
suka duka tawa tangis sihat sakit lapar kenyang terang gelap naik turun benci sayang
adalah nikmat..

nikmat adalah untuk dirasa
dari rasa baru datang yakin
yakin yang sebenar-benarnya...
haqqul yaqin..
nafas - tidak perlu diwudhukkan kerana ia bersih dan suci
kenali nafas...
nikmat pun sampai

Friday, May 13, 2011

dari wad: 'penunggu berpuaka' dibunuh.

blogger.com ada masalah. entry ini hilang...kena tulis semula..

khamis hidung aku dibedah di hospital serdang kerana 15 tahun kena sinus. rongga hidung membengkak dan menyempit ruang pernafasan. kadang2 sesak sikit. team Miss Saraiza berjaya melakukan pembedahan. Tabik!
Harini sabtu mungkin boleh keluar..


gambar di atas adalah polong yang menjadi puaka penunggu lobang idung gua..pawang ENT telah menghalau dia..kata Alin, isteri zunar - mungkin CIA yang bubuh polong ni.
aku syak anwar yang bubuh...

terima kasih semua yang sms/ telefon/ melawat:
aku tahu aku kaya dengan kawan-kawan selain isteri dan anak-anak.

Wednesday, May 11, 2011

dari dalam wad: ayam dan tukartiub


setahun berapa buku korang baca
? cett..buku lima sama buku roti tak kiralah.. cari buku tukar tiub ni.. 3 buku dia aku dah ade..wajib baca. isham takde sepertinya buat masa ni. sesiapa yang selau pertikaikan amal ibadatnya atau dia ni sesat, cuba jadi dulu macam dia. membelasah pemerintah sehingga dikehendaki lalu lari tinggalkan semua yang dia sayang. terus bergelandangan selama 20 tahun.pulang..20 tahun..RPK pun tak larat wehh! dah balik Malaysia terus bantai sampai kena sumbat kemunting 2 tahun..keluar bantai lagii!
Isham orang gila dan membaca tulisan orang gila kegemaranku. cepat beli ni wehh!!


dia ayam kalah sabung. tajinya patah, ekornya bergelumang tahi. dia ayam yang sepi. berkokok di atas tunggul tiada ayam betina sudi perhati. dia ayam yang bosan dengan tugas rutinnya; berkokok mengejut manusia malas bangun subuh. kelebihannya hanya satu. dia ada buku ini. catatan-catatan gagalnya wajib dibaca untuk kita terus mentertawakannya.

beli segera, baca segera dan fahami nasib seekor ayam kalah sabung, kampung tergadai, menang sorak dan tuannya Pak Kadok pulang bertelanjang.

seperti kata Hishamuddin Rais, belilah buku ini supaya dia boleh beli seluar panjang dan gunting rambut kalaupun tidak membeli ashtray baru yang lebih besar.

jika anda tak beli dan baca - anda memang malang kerana lelaki don juan seperti aku telah hampir tiga kali khatam membaca buku ini, setiap kali membaca aku akan menangis tersedu-sedu sehingga janggutku basah.

untuk dapatkan buku ini, cari @Ayam Fared - tanya dia


Tuesday, May 10, 2011

hari ini, esok dan lusa..

hari ni rabu 10 mei, aku dimasukkan ke wad 6a katil 2 hospital serdang.
esok aku akan menjalani pembedahan sinus di hidung. selama ni aku ada sinus yang kadang2 buat aku pening kepala dan sukar bernafas.

jangan bimbang! Aku takkan buat laporan yang aku diliwat.



Monday, May 9, 2011

untuk terus hidup!

selain punai dia dan gaji kita, semua benda naik sejak dia jadi piem. petrol, gas, gula, tepung, minyak masak, tarif itu ini...dia memang pejuang bangsa. setiap kali dia dan gerombolannya melaungkan kalimah pejuang bangsa, ketika itulah rumah, kereta, duit mereka menjadi semakin banyak. setiap kali dia dan gerombolannya menjerit tentang ketuanan bangsa dia, ketika itu jugalah bangsa dia tertekan dengan kos yang semakin meninggi.
dia memang pembohong maha pantat!

untuk membeli beras, aku kena melukis..
untuk membayar hutang, aku kena melukis..




untuk mendapat uang agar anak aku tak lapar susu dan roti, tidak telanjang kesejukan, aku kena melukis...



...dan menulis!



p/s: dua lukisan di atas berbeza bentuknya dan apa saja bentuk lukisan yang aku lukis tajuknya adalah sama: Untuk Hidup!







potret Murnie Hidayah Anuar - sila google Lawyers For Liberty untuk berkenalan dengan dia... peguam muda yang berani dan pernah tidur lokap. jejaka pengecut sila main jauh-jauh!







Sunday, May 8, 2011

siri jalan-jalan isi perut: kalau tuan pergi ke gombak

"bang! hari ni kena nasi mandy arab?"
alamak, hari ibu kan? nak kena belanja Sham ni. ya! nasi arab dengan kambing. kat mana lagi kalau tak kat Al-Amin Food Corner milik kakak kami kak Hasnah di Gombak. Tau Shell Tmn Greenwood? Ada taman perumahan belakangnya kan? Dekat taman perumahan tu ada bangunan kedai dan di situlah restoran tu.
"dah telefon Kak Hasnah, dia balik kampung tapi kita pergi jelah kedai dia." kata Sham.
Ahad lepas kak hasnah buat kenduri kahwin anaknya di restoran tersebut dan ada ke patut dia masak nasi arab ni kat jemputan? lauk kenduri yang dimasak banyak2 pun sedap apatah lagi kalau makan kat restoran ye tak? Dr. Sam Rasputin, penyanyi Saya Anak Malaysia pun tambah dua pinggan...

baru nak tambah nasi, aku cekup dr.sam untuk bergambar

Tak puas hati makan kenduri minggu lepas, kami nak tuntut bela hari ni. biasanya kami makan bersama keluarga Ummu Asiah tapi mereka ke kuala kangsar hari ni. takpelah, rumah mereka dekat je. merangkak pun boleh sampai restoran ni.


keluarga ummu asiah makan kenduri minggu lepas

kalau nak ke sini, biasanya aku hanya bersarapan sikit saja. secawan air panas mengalas perut dan akan biarkan perut aku lapar sehingga 2-3 petang. aku akan menikmati makanan dan lepas itu aku tak makan malam dah sehinggalah esok pagi.
JOMMMM!!!
anda akan dilayan penuh sopan di sini. selesa, berhawa dingin dan boleh juga makan di meja luar.

hey! set nasi panggang dengan kari kaki kambing aku dah sampai...ada sup. aku minum neslo ais tapi sham kata tak match langsung air aku dengan makanan. hihi!


haa..ni set nasi panggang dengan kari kaki kambing aku. (nota untuk naza grafik suara keadilan: jika kau fikir kari kambing yusof ali sedap, kau kena try ni dulu)

gambar bawah ni Sham punya set. nasi mandy arab dengan kambing.
apasal kambing jugak?
hey! kalau nak makan ayam pun boleh tapi apppaa klas...kedai lain pun banyak ayam. spesel sikitlah selera korang tu...
acara makan beradab pun bermula. sorry beb! nak rasa sedap aku tak boleh ceritalah..kena datang sini cubaurrrrrppp!!

Annisa rekomen kat anak2 korang bubur nasi. sedap kau tanya??

kalau aku tak fikir yang aku ni kulupSakah, tulang ni pun aku belasah..itupun aku sedut-sedut sampai kering.
Sham seperti biasa mengulangi kecemerlangan rekod silamnya melicinkan pinggan kak hasnah. Bukan apa, senang diorang nak basuh.
Annisa kata dia tak mahu jawab soalan sedap ke dak bubur tu...yummmmmm!!

haaa...kan licin...
korang kena cuba. resipi Ustaz Dr Hamzah, suami kak hasnah ni memang power. kami balik kepuasan, malam ini kami tak makan sebab kenyangnya sampai esok pagi.

kalau tuan mengasah tombak,
jangan lupa melontar lembing,
kalau korang turun ke gombak,
ke Al-Aminlah segera pekena kambing..

burrpp!

Tuesday, May 3, 2011

sahabat gua (akhir)

tidak ada apa kesan tentang kewujudan ketujuh-tujuh mereka apabila aku terjaga pagi itu. semuanya sudah ghaib. aku hanya melihat diriku terbaring di atas tanah yang bertingkat-tingkat seperti tangga. aku mengira yang aku terbaring di tangga keenam dari tujuh tingkat. tingkat satu dari bawah hingga tingkat enam ada sesuatu bersamanya manakala tingkat ketujuh hanya kosong dan tiada apa-apa.
aku tidak mahu naik meninjau tingkat tujuh, tingkat teratas kerana ia kosong dan tiada apa-apa. di tingkat keenam ada lopak berair jernih. aku meninjau permukaan lopak untuk melihat bayang wajahku. masih sama wajahku seperti sebelum ini. aku meneguk air darinya. segar. aku membersihkan mukaku.
Tanpa banyak melengahkan masa aku menuruni tingkat-tingkat tersebut. dalam kepalaku hanya ada satu saja, "aku mahu pulang."
Tidak peduli apa yang aku dapat dan berapa banyak hasil yang aku perolehi. Ia tidak penting lagi. Aku hanya mahu pulang dengan sejahtera.