dengan pen matabola dan sehelai kertas yang diminta dari doktor wad 5a serdang, terlukis lukisan ini dan discan oleh Ummu Asiah yang membawa pulang setelah datang melawat, istimewa untuk Pak A. Samad Said~ ikon!

lupakan kelakar maharajalawak
lupakan carta lagu popular minggu ini
lupakan rumahtangga artis mana yang pecah berderai
lupakan datuk mana yang mengintai artis
jom turun bersihkan yang kotor
jom turun bersihkan yang korup
lupakan projek dan slot program tv mana nak kau dapat
lupakan geran percuma nak kau pungut dari proposal plagiatmu
jom turun
jom jalan
itu kotor kita kasi BERSIH!
28 jun 2011
(wad 5A Hospital Serdang)
seekor kambing tua yang mati pucuk duduk santai mengunyah tahinya yang disangka kacang sedang kerbau balar terus tertawa ketika azan berkumandang
masjid kajang
hari ini
sejak dua purnama yang lalu...
(boleh ke tajuk panjang isi sikit?)
Sambil makan, ada ucapan dan diselangselikan dengan nyanyian seniman bersuara power - Nikjidan.Malam itu depa balun lagu kegemaran Zunar~ lagu-lagu Iwan Fals dan Zunar lepas gian menyanyi sama.
Jonos memulakan ucapan dengan lagu Negaraku ~eheh gurau je, maklumlah cara dia bercakap menegak je. Jonos cerita kisah dia merantau ke KL memburu ilmu perkartunan dan akhirnya bertemu dengan mahaguru Sang Adi Zunar, sejak itu dia berkawan rapat dengan gurunya sehingga bersama-sama berganding bahu menerbitkan majalah Gedung Kartun yang telah pun diharamjadahkan oleh kerajaan Najib. Jonos yang pernah menjadi pelukis poster wayang bertugas sebagai Ketua Pelukis semasa buat Gedung Kartun. Jonoslah yang menimbulkan idea agar majalah kartun politik bantai gomen diterbitkan dan Zunar telah merealisasikan idea ini. Jonos mengakhiri ucapan dengan bodekan tahap tinggi terhadap sifunya.
Seorang kawan lama Zunar sejak awal-awal penglibatan dalam bidang kartun juga memberi ucapan. Profesor Muliyadi Mahmood~ profesor yang ada doktor dalam bidang perkartunan juga seorang kartunis. Beliau menghimbau memori bernilai sentimental tentang keakraban dengan Zunar. Zunar pernah membantu membawanya ke hospital ketika beliau sakit tengah malam.
Roy, kartunis Brader Sport majalah GIla-Gila menceritakan pengalaman bersahabat dan berguru dengan Zunar sewaktu di Gila-Gila. Roy (gambar bawah) menghormati Zunar dan menganggapnya sebagai perpustakaan bergerak kerana Zunar adalah tempat mereka merujuk untuk mendapatkan info-info dan tips mendapat dan mengembangkan idea.
Ahhhhhhhhhhhhhhhhh! Pyanhabib bikin gamat menceritakan kisah sewaktu era reformasi, beliau adalah penyunting sebuah akhbar perdana (syyy!!) dan terlihat gambar Zunar yang dikenalinya hujung 70an sedang berdemo. Suatu ketika, isteri Pyan sedang menelefon Zunar dan sedang berbual-bual.
Hishamuddin Rais menyambung cerita Pyanhabib yang dia memang nampak muka Zunar dalam akhbar tu, sebelum ini memang dia tak kenal kartunis kontroversi ini. Lama kelamaan mereka bersahabat apabila sama-sama ke mahkamah menghadapi tuduhan yang sama - berdemo.
Ya! Siapalah Adam tanpa Hawa, Kejayaan seorang lelaki bergelar suami pastilah ada wanita bergelar isteri di belakangnya (ayat cliche). Alin, isteri Zunar~blogger bernama Rotikacangmerah menceritakan pahit maung menghadapi cabaran sebagai seorang isteri kepada seorang kartunis yang lantang menghentam kerajaan. Air mata ada masanya menemani hidup tapi kawan-kawan yang menyokong menguatkan semangatnya.
Last sekali Zunar berucap menceritakan macam-macam perkara dari dulu sehingga terkini. Beliau menghargai rakan-rakan kartunis lama dan barunya, penyokong-penyokong karyanya juga teman-teman seperti Ummu Asiah, yang sudi menghulur bantuan ketika beliau ditahan. Selain berus dan dakwat, mikrofon juga adalah kepantangan Zunar jika nampak. Beliau terus bercerita dan bercerita........Ya! Apa salahnya. malam itu malam beliau!
Adinda Syafiqsunny (baju merah) dan Israq - dua staf dan bekas staf yang kami gelarkan mereka "anak-anak Zunar" hadir menghadiahkan kek. Syafiq yang suatu waktu dulu hanya bekerja di sebuah kedai kaset digilap bakat oleh Zunar sebagai wartawan Suara Keadilan sekitar 2007. Jonos telah menembak mercun riben sehingga bunyi letupan disangkakan c4.
Yang di bawah ni, anak angkat aku ~ Fadiah, peguam Zunar yang berbangga berbakti untuk seorang kartunis yang disifatkannya sebagai pejuang. Fadiah juga pernah masuk lokap. Fadiah menawarkan diri bekerja sebagai tukang angkat beg Zunar jika Zunar nak ke Florida mengambil award nanti.
Masih ingat Murnie,potret yang aku lukis dulu? Dia tak mahu berucap cuma hantar Fadiah sebagai wakil sumpah...er...wakil ucapan je. Murnie juga salah seorang peguam Zunar dan pernah juga sama-sama dilokap dengan Fadiah. Tengoklah, makan cili pun selamba.
Seorang lagi roomate lokap Fadiah dan Murnie ialah Puspa Rosman, peguam yang pernah digari tetapi tangannya yang kurus tu boleh lolos dari gari, kah kah kah!.. Mereka ini dari LFL (Lawyer for Liberty) ~ sila google kalau nak tahu lebih lanjut.
Dah lama Sham nak jumpa Leha Brigitte, isteri Prof Muliyadi - malam itu kesampaian! Kak Leha Brigitte sangat gembira malam itu. Zunar pernah mendapatkan khidmat kak Leha ketika membuat kartun bahasa Inggeris kerana Kak Leha fasih BM, BI dan Perancis (negara asalnya).
Sambil disulami nyanyian Nik, acara menandatangani autograf dan ucapan tahniah untuk Zunar berlangsung. Semua hadirin menurunkan tandatangan di banner untuk cenderamata Zunar . Peguam Latheefa Koya (lagi sorang peguam Zunar) melukis karikatur dirinya sendiri.
Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff cool, dia satu-satunya YB yang hadir selain YB Zali Gombak, kah kah! Aku janggal sikit nak panggil dia YB sebab selalu kami bahasakan sesama sendiri bro-bro saje.
Sham menurunkan tandatangan.
Kartunis terkenal Ronasina juga sain di banner.
Bergambar beramai-ramai. Kenal tak?
cari sendirilah. Antaranya~ Asiah dan Asma' Latif, kak Nashita (Ummu Asiah), KulupSakah, Sham, Annisa dan An-Nur juga anak angkat beliau~ Fadiah, Latheefa Koya. Nikjidan, kartunis Zack Kapchai Roslim menggenggam penumbuk dengan sedikit spotlight, kartunis Johhny Ong, Sidiqin Omar wartawan Suara Keadilan, Zunar dan Alin, Jai Ismail, Egaponis, kartunis A.Z, YB Yusmadi, Prof Muliyadi dan kak Leha, kartunis Haili dan isteri, Syafiqsunny dan Israq, Ammar Gazali editor jalan Telawi.com, Jonos, Puspa Rosman, Murnie, Azhar Ali, Rose-man. Yang terlindung harap jangan kecewa.