Sunday, November 25, 2012

kini sampai masa ke jalan!

Saya tetap tidak percaya kepada pilihanraya malah di sesetengah negara yang kononnya mendabik dada mengamalkan demokrasi, saya berpendapat bahawa pilihanraya yang dianjurkan hanya sekadar mengaburi mata rakyat agar dilihat adil dan menjustifikasikan bahawa pemerintah mendengar suara rakyat. Segalanya telah dirancang untuk menang.
Maka itu rakyat harus terus mendesak kerajaan. Kita mesti terus turun ke jalan menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus. Ini yang menakutkan kerajaan lalu mencipta cerita-cerita bohong untuk menggambarkan kekalutan sedang berlaku.
Kita mesti terus desak. Turun ke jalan!

No comments: