Friday, April 5, 2013

Anwar, Samy dan mahasiswa

1.
Seperti yang Paparon jangka semalam, akhirnya Anwar umumkan akan kembali ke Permatang Pauh. Tetapi apa juga tindakan Anwar akan dilihat tak betul oleh umno. Bertanding di Perak dikatakan Anwar takut sebenarnya sudah hilang sokongan di tempat sendiri tetapi apabila memilih tempat sendiri dikatakan takut bertarung di luar. Ternyata lawak jenaka Anwar ini menggegarkan juga bulu hidung Najib.
Pada hari-hari kempen PRU 2008, Anwar di dalam ceramahnya sering mengulang-ulang ungkapan " Dolah! Jangan sibuk nak tawan Kelantan! Penang, Kedah, Selangor, Perak dah nak tumbang!
Akhirnya negeri-negeri itu tergolek. Kau ingat Anwar tak de kaki yang lapor? Bodoh!

Paparon- Kalau Anwar start menyanyi lagu Madu dan Racun, aku akan gosok punggung.


2.
Samy Vellu, taiko sireh sekali lagi buat kejutan apabila mendakwa dirinya 'winnable candidate' atau bahasa Melayunya calon berpotensi menang.

Paparon- tak mahu komen. Mahu kentut aje.

3.
Maka mengumumlah Mahasiswa yang wakil mereka akan bertanding menentang Najib di Pekan. Sementara dijangka juga PKR meletakkan Fariz Musa sebagai calonnya untuk berentap tiga penjuru.
Ini sejarah, mahasiswa masuk gelanggang sebelum habis belajar. Menurut ramalan Paparon, mungkin PKR akan memberi laluan kepada mahasiswa.

Paparon - enggan komen. Nak kencing...

No comments: