Thursday, February 6, 2014

Yang Kejang di Kajang

Terlalu banyak persoalan, bukan jawaban biar seribu kali dijelaskan mengapa Anwar Ibrahim bertanding di Pilihanraya kecil Kajang. Mari amati persoalan-persoalan yang ditimbulkan di bawah yang mana saya petik dari twit Fathi Aris Omar - pengamal media, pemerhati politik dan penulis buku politik Patah Balek. Bahaskan jika boleh.

- PKR, Pakatan enggan akui dengan jujur. ini hasil kegagalan Anwar disiplinkan Khalid sehingga MB dan parti bawa haluan berbeza
 - PKR dakwa MB tidak rujuk parti dalam dasar-dasar tertentu dan juga dakwa Khalid banyak kali tidak hadir mesyuarat biro politik

1. Secara tersiratnya, apakah penyokong Pakatan faham bahawa bagi Anwar ertinya mengambil tugas MB?

2. Agak saya, kadang-kadang umum terkeliru sebab tiada mesej jelas Anwar ingin gantikan Khalid sebagai MB dalam projek
 3. Namun, jika bukan untuk gantikan Khalid sebagai MB, apa perlu bagi Anwar dan di mana pula tapak peluncuran ke Putrajaya?
 4. Saya fikir, Anwar malu-malu untuk buat tuntutan itu. Mungkin seelok-eloknya Khalid sendiri umum Anwar wajar menggantikannya
  5. Jika Anwar, Khalid tidak selesai arah tuju kerusi MB, mungkin juga PKR harus sedia jelaskan isu ini kepada umum di
 6. Jika tiada niat gantikan Khalid sebagai MB, apa perlu pilihan raya 23 Mac diadakan dalam keadaan wakil sedia ada dipaksa undur?
 7. Soalnya, kenapa perlu Khalid digantikan jika beliau seorang MB yang bagus tapi tidak cekap berpolitik, hadapi serangan BN?
 8. Tidak bolehkah Anwar, PKR dan Pakatan bantu Khalid hadapi asakan BN di Selangor? Kenapa perlu masuk melalui pintu ?
 9. Anwar bukan orang asing di Selangor. Beliau kini penasihat ekonomi negeri dan ketua umum PKR. Perlu apa lagi ?
 10. Tangguh umum penggantian MB selepas beri gambaran PKR tiada perancangan rapi atau ada niat lain tersirat
 11. Kenapa perlu fokus menang di kini, kemudian baru susun strategi tukar MB? Sedang Anwar tiada asas awal kosongkan kerusi itu
 12. PKR, Pakatan mesti telus bahawa mereka mahu ke Putrajaya. Untuk itu, Anwar harus gantikan Khalid sebagai MB melalui
 13. Untuk penggantian itu, kelemahan Khalid sebagai MB harus dijelaskan bagi beri kewajaran Anwar ambil alih selepas
 14. Mungkin Anwar, Pakatan dalam dilema untuk dedahkan siapa sebenarnya Khalid. Mungkin mereka risau reaksi balas?
 15. Pelan penggantian yang jelas dan telus penting diumum untuk pastikan penyokong Pakatan bersatu dalam serangan di
 16. Pelan ini, setahu saya, masih kabur dengan susun atur ayat justifikasi yang pelik-pelik. Lebih banyak soalan selepas jawaban
 17. Sepak terajang politik wajar diketepi dan pelan penggantian perlu dijelas. Jika Khalid harus undur, beliau harus akur dan umum awal
 18. Jika tiada pelan penggantian MB tidak diumum, spekulasi akan membiak. Media dan orang ramai terjebak dalam mainan politik. PKR rugi
 19. Orang media seperti saya suka spekulasi tetapi saya juga mahu fakta yang jelas; bukan penafian yang kemudian didapati palsu

8 comments:

Anonymous said...

ISU KAJANG: CUBA PANDANG POSITIF SELAIN MEMAKI ANWAR
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Pernah saya post artikel mengenai percaturan Kajang. Percaturan mahu menyelamatkan Selangor, perbalahan dalaman PK dan sebagainya. Kali ini saya mahu bawa view rakan-rakan pakatan rakyat yang lain mengikut pemahaman saya. Jangan pula anggap saya talibarut Anwar Ibrahim. Dia tidak kenal saya, saya juga tidak pernah bertemu dengannya. Dia dengan dunianya, saya dengan dunia saya.

2) Reaksi isu Kajang disambut negatif oleh kebanyakan pemimpin PAS. Kenapa tidak dibincang dulu, PKR khianat, Anwar munafiq, sudah lama aku tidak percaya dengan Anwar, satu lagi projek membazir duit rakyat, politiking memanjang dan sebagainya. Anwar dan PKR dijadikan punching bag semahu-mahunya, seolah-olah melepaskan geram terhadap sosok itu.

3) Jika presiden pas dikritik, itu kritikan membina. Jika anwar di kritik, itu merosakkan hubungan dalam PR - sindir mereka. Mereka balun Anwar habis-habisan. habis kesilapan-kesilapan Anwar yang mereka anggap silap, dihamburkan untuk tatapan umum. marahnya mereka!

Anonymous said...

sambung...
4) PKR pula terkial-kial cuba membaikpulih damage yang dicetus mereka sendiri. Sudah pasti mereka punyai strategi yg ampuh mengikut percaturan mereka. Jika tidak, masakan sanggup pertaruh satu kerusi sendiri, dan mempertaruh ketua mereka sendiri. Menjernihkan hubungan Khalid-Azmin hanyalah alasan. Ada planning lain yang sedang mereka usahakan.

5) PKR mendapat sedikit kekuatan daripada sekutunya DAP yang menyokong tindakan mereka. Kemudian barulah PAS ikut bersyarat. Apa yang DAP nampak, PAS tidak nampak. DAP dapat membaca strategi Anwar dan PKR, mereka memilih untuk follow dan tengok apa akan terjadi. Ini politik genius. Manakala kebanyakan pemimpin PAS pula memilih untuk berkonfontasi dengan strategi ini. Pelbagai alasan diwujudkan. Alasan membazir? bukankah ia perlaburan? Alasan politiking meletihkan rakyat? Tanpa isu kajang, setiap hari isu politik berjalan. Harakah akan tutup kedai kalau tiada politiking. Heh!

6) Bagi saya, planning untuk selamatkan selagor ke, nak damaikan Khalid-Azmin ke, nak Anwar jadi MB ke, itu bukan masalah saya. Yang saya nampak, Anwar adalah seorang yang genius berpolitik. Tatkala isu perkauman semakin meruncing, isu kalimah Allah, isu banner Jesus digantung ditempat awam, isu chauvinisme, isu mahu lancarkan 13 Mei semakin kuat berkumandang, Anwar menggerakkan plan Kajangnya, semua isu-isu sensitif tadinya terhenti. Perkasa yg galak mahu berjihad terpadam niatnya. Umno yang mahu 13 Mei berulang, kini terdiam memikirkan apa plan Anwar seterusnya. Mahathir terpaku apabila isu Kajang membuka pekungnya mahu turunkan najib. Najib terkesima dengan gerakan pantas Anwar. malah menteri yg berCGPA 3.85 pun terpaksa sembang bab lucah dek penangan isu Kajang.

Anonymous said...

7) Satu isu kajang, mendiamkan beberapa isu sensitif. Sampai bila, kita tak tahu. Yang penting, api yang mahu menyala itu dipadamkan seketika. Semuanya tertumpu kpd Kajang. Lihat secara genius dgn mata kepala strategis.

8 ) Letak tepi dulu sentimen tak suka Anwar jadi MB, tak suka gerak kerja munafiq PKR. Pandang dengan padangan org genius. Apakah dengan cara kita yg sedia ada, kita dapat membendung sentimen perkauman yang sudah semakin runcing ini? Apa yang PAS boleh buat? Apa yg DAP boleh buat? PKR pun tidak mampu buat apa-apa. UMNO memang pakar menyediakan jalan-jalan permusuhan kaum.

9) Anak Mude geng kite turun ramai-ramai berhimpun, boleh selamatkan rusuhan kaum atau tidak? Selagi UMNO bernafas, tiada istilah hidup harmoni berbilang kaum. kempen harmoni dalam TV hanya retorik merapu. Buktinya lihat UMNO sendiri. lihat PERKASA, lihat geng senaman punggung, geng songkok tinggi, geng kepala lembu, geng kek tahi... harmoni?

sambung...
10) Maka strategi sementara untuk memadam api yang semakin mula menyala itu adalah dengan cara alih isu. Kabooom... Anwar dan PKR memilih untuk bertindak sendirian. PAS dan DAP mahukan penjelasan. DAP terima, PAS beri syarat. Samada Anwar jadi MB atau tidak, itu bukan soalnya. Asalkan bukan UMNO, sesiapa pun boleh jadi MB, termasuk Anwar.

Anonymous said...

sambung...
11) PAS perlu mempunyai pemimpin yang genius dan dapat membaca strategi dan menyusun startegi. Dalam permainan chess sesiapa yang hanya ikut rentak lawan, adatnya dia akan kalah. Saya nampak PAS demikian. PAS hanya react terhadap apa yang UMNO buat. UMNO buat salah, PAS akan ke hadapan menyerang. UMNO terbatuk bab hudud, PAS segera mengeluarkan perisainya.

12) berbeza dengan PKR dan DAP. Mereka memilih untuk menyerang UMNO. Lihatlah UMNO terpaksa mengikut rentak PKR. terpaksa react dengan startegi PKR. Terpaksa memerah otak menafsir strategi PKR, apa yg akan PKR buat lagi. So, siapa lebih dapat advantage? Saya tidak mengagungkan PKR. Kadang-kadang PKR pun ade juga buat kerja sengal. Demo pijak bendera Jepun contohnya. tapi itu tidak bermakna strategi lain kita tolak.

13) Seperti artikel lepas, saya tulis mengenai kelibat Ustaz Fadzil Noor, Mahathir dan Anwar sebagai tiga orang genius berpolitik, mengatur dan membaca strategi lawan. Ustaz Fadzil sudah tiada. Hendak bina semua Ustaz Fadzil yang baru, yang genius berstrategi dan membaca strategi lawan, saya tak rasa kita akan dapat dalam masa singkat. Tamrin-tamrin tidak ke arah itu. Maka mujurlah Anwar menjadi sekutu kita. bayangkan jika Anwar masih bersekutu dgn Dr Mahathir, di mana tahap PAS sekarang?

14) Lihat kenyataan TG Nik Aziz, beliau cuba sedaya upaya mengalihkan sentimen kebencian warga PAS kepada Anwar dan PK dalam isu ini kepada membenci UMNO yang merampas Perak secara jahat. TG Nik Aziz mengajak kita fokus kepada kalahkan UMNO. TG Nik Aziz adalah org tua genius yg berpengalaman. TG Nik Aziz tidak mudah-mudah terikut-ikut sentimen menghentam Anwar. Anak-anak muda mesti belajar dengan orang tua genius itu. Allah mempunyai sebab melanjutkan usia beliau. Anak-anak muda dan pemimpin PAS perlu belajar bermain strategi seperti Anwar. Jika PAS punyai pemimpin genius seperti Anwar, PAS akan lebih baik daripada Anwar dan PKR yg sedia ada. Sekian

p/s: Saya tidak berminat untuk membantu Anwar, tetapi saya mahu tunggu dan lihat. Saya harap plan dia berjaya. UMNO mesti dipeningkan. Jika plan Anwar fail, bukan saya saja, tentu anda semua juga dapat mengagak apa yg akan dihambur oleh org-org anti Anwar. Kerja UMNO menjadi lebih mudah! Say no to macai Umno, say no to macai Anwar...

Anonymous said...

kalahkan umno. Itu tugas utama. Anwar hanya salah satu alat. Jangan banyak soal kalau kita hanya pandai bercakap!!!!

Anonymous said...

kajang move adalah bagi membaiki kerosakan pkr,itu kata mereka.sekurangnya mereka cuba untuk membaiki diri sendiri.

kota damansara.we will not forget.sila baiki menantu.

Anonymous said...

Tski seorang yg pandai mentadbir.Lihat saja pnb. Dari 70an lagi dia naikkan ekonomi orang melayu. Dia tak pandai rasuah. Dia tak suka rasuah walau demi kepentingan parti dia sendiri.

Lihatlah apa jadi pada mereka yg buka pekung pada parti politik atau sekutu mereka sendiri. Contoh Manickavasagam dulu ahli parlimen kapar.Dihantar bertanding ke ceruk mana tah. Ronnie Liu apa jadi pada dia?

Tski simpan duit untuk rakyat negeri selangor. Pkr guna duit negeri untuk kegunaan parti. Parti sengkek sangat ke pkr ni?

Dan setelah apa anwar dan ghafar buat dalam menurunkan kuasa sultan, dia berani bersemuka sultan selangor nak minta jawatan MB?

aymy8888

Anonymous said...

However, bubble witch 2 saga hack several girls and offers.
The most popular parts of the game. It is not of his eighteenth birthday beset with nightmares discovers that
her brother isn't purely devoted to helping women learn how to do!
Most people think of gamers are not only presents the visitors to the person I am, in the next
level that it is made out of it. So, just make other bidders to increase the
knowledge about various points of interests on which the game.


Here is my web blog - bubble witch saga hack