Thursday, June 11, 2009

syok juge kalu umno menang di manek urai

aku rasa syok gak kalau umno menang di manek urai, kemenangan berturut2 PR membuat mereka sedikit rasa besor. kalau umno menang mesti depa akan bising pasal pengundi hantu le, tipu lah walhal isu ni patut diperjuangkan betul2 dan konsisten, bukan bila menang je senyap...

aku alu-alukan berahim ali dan kaum amfibianya berkempen menyerang pas.

yang anti KERAJAAN PERPADUAN mesti tunjuk protes dan jangan bekerja untuk PRK ni..

blogger-blogger yang rasa dipinggirkan semasa muktamar atau sebarang majlis PR, jangan buat liputan..buat macam aku yg tuleh pasal bomoh, jin atau seni. MatSaman Kati pun dah tuleh pasai joget lambak dan muzik..hehe!

KUASA PIHAK KETIGA harus dibuktikan!

MALAM SENI RAKYAT

baru lepas bertumbuk dan bergaduh selepas berselisih pendapat tentang corak persembahan MALAM SENI RAKYAT! Black terbujur, KulupSakah tersandar, Rahmat menyesal dan Meor mengusap bibir yang kena tumbuk..
Sessionist sedang menunggu di bilik rakaman untuk record lagu Meor tapi kesemuanya dah lembik!

nantikan 4 Julai di Dewan Cempaka Kajang!!

wira cadar baldu


aku pernah dengar dia menangis
waktu diseksa dalam tahanan
dari bilik sebelah aku menjerit mengapa
katanya: aku cuma ada satu nyawa
kalau aku mati musuhku akan ketawa sekali cuma
kalaulah aku ada seribu nyawa dapatlah mereka ketawa seribu kali
sayang nyawaku hanya satu
kerna itu aku menangis

aku pernah dengar dia ketawa
berdentam dentum dinding diketuknya
kala sahabat seperjuangannya berpaling mengkhianatinya
katanya: fitnah, hina, nista dan tuduhan yang dilempar kepadanya
mungkin menghantarnya ke syurga

aku pernah mengintainya apabila terdengar dia menyanyi
sambil mencabut panah di rusuk dan mencungkil peluru di ubun-ubunnya
darah yang membuak disapunya ke muka
katanya: dia sedang berwudhuk
dan mahu menyolek wajahnya agar cantik jika ditakdirkan dia kan menghadap Tuhannya
aku jua pernah mendengar dia meraung
berdengung lolongannya memecah sepi malam gelap
katanya: dia takut pemujanya terlalu mengagungkannya hingga dia tercampak ke neraka
ujub dan takabbur..

dialah wira pujaanku
yang hanya sempat kulihat dan kudengar di balik pintu
sebelum dia keluar lalu menghilang
kata mereka: dia kini sedang lena beradu
di tilam empuk cadar baldu!

Wednesday, June 10, 2009

ghuyup al ghuyup!

Haahh!! Nonton video klip Rosmah Puaka membuatkan aku bertanya-tanya "jenis apakah kita?" Ke mana kita nak dibawa oleh pemimpin yang berkuasa?
"One Malaysia" lingkup, one malaysia dikorupkan..

Yang PAS pulak sebok nak berpepaduan dengan yang korup- tahapa kononnnya yang nak dipertahankan entah..dengan menggunakan istilah arab yang kelihatan suci boleh menghalalkan perpaduan dengan lanun-lanun itu. Ke manakah kita ?

Mana duduknya rakyat?

"harapan Baru" oleh Anwar adalah harapan baru dubuk-dubuk lapar kelilingnya yang hanya muncul mengaku wira selepas perang perit selesai. Yang menjadikan wang adalah "senjata" dalam perjuangan. Konon menyumbangkan wang juga adalah suatu bentuk perjuangan dan hari ni nampaknya perjuangan itu hendak dibalas balik..


(Tolong jangan lintasi garisan merah yang kami gariskan, jika tidak golongan "pihak ketiga" yang Rahmat Haron katakan akan muncul)

Tuesday, June 9, 2009

halal halam haram dan haramzadah!

hanya yang merasa mereka ada kuasa saja yang boleh melabelkan sesuatu itu haram.. Amat mudah bagi puak yang berasa berkuasa untuk bertindak menghalang sesuatu perkara dengan meletakkan label HARAM maka segala kesulitan dan kemelut itu selesai.

Aku serba sikit tahu siapa di balik Sister In Islam (SIS) tapi tak kenal puak ni apatah lagi banyak perkara yang aku tak setuju dengannya. Sama seperti Farish A. Noor yang pernah mengeluarkan kenyataan yang Rasulullah SAW (mengikut kajiannya) pernah ada perempuan simpanan bernama Raihanah (kalau tak silap). Atau Astora Jabat yang mengemukakan teori soalan kubur tiada maka berdedailah puak2 mengatakan mereka ini sesat lagi menyesatkan, haramkan dari membaca tulisan mereka atau tandakan pangkah ke muka mereka.

Tu belum termasuk lagi Al Arqam yang sampai hari ni aku masih tak faham tang mana haram melainkan kenyataan puak-puak yang dibonsaikan dalam ISA, Ustaz Ibrahim Libya haram (yang ni digelar as-syahid bagi kebanyakan orang yang peka tetapi parti Melayu-Islam Umno haramkan dan tak sedikit juga yang terus menganggap Allahyarham sesat). Rakyat macam aku pening! Siapa yang sesat dan tak haram? Siapa yang duduk di sirat al Mustaqim? Siapa golongan beriman? Yang mana para solehin? Mana yang digelar Muqarrabin, para Asyiqin, Syuhada, Aulia? Banyak istilah pastilah ada ciri2 yang membolehkan insan itu layak duduk dalam kategori itu?

Pendekatan Rasulullah SAW, para sahabat,Ulama muktabar silam dan juga ahli sufi agung pada zamannya menggalakkan kebebasan bersuara dan menerima perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang perlu diraikan. Perbezaan pendapat adalah tanda nikmatnya ilmu. Selagi bernama manusia kita tak boleh memaksa orang lain untuk menerima apa yang kita fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Insan yang bijak ialah apabila mereka berjaya membuat orang mengikutinya berdasarkan kebenaran hujah-hujah dan juga amalannya. Nasihat yang baik dan paling berkesan adalah dalam bentuk perbuatan, bukan percakapan. Mengharamkan kebebasan menyuarakan pendapat tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menyimpulbelitkan lagi kemelut menjadi suatu polemik yang tidak akan selesai zaman berzaman. Seharusnya jika satu pihak merasakan sesuatu perkara yang disampaikan oleh pihak yang satu lagi tidak betul dia mestilah membalas (counter) dengan pendapat yang dirasakannya benar. Perdebatan sihat seperti yang pernah dilakukan oleh pendakwah berani Allahyarham Ahmad Deedat harus dipuji walaupun ada sesetengah golongan melabelkan Deedat juga agen Kristian kerana tindakannya itu. Jika Ustaz Ashaari pernah menulis buku tentang Aurat Muhammadiah yang dilabelkan sesat atau Ahmad Laxamana dengan kitab Hakikat Insannya yang terus popular dan tersebar walaupun dalam bentuk fotostat itu tersasar dari aqidah, bincangkan dan bengkelkan atau terbitkan buku untuk membalas semula.
Barulah wujud dan subur pembudayaan ilmu dan cerah pengetahuan. Rakyat dan individu boleh menilai dan memilihnya. Apakah Islam akan jadi hancur kerana mencontohi Kristian yang suatu masa dulu mengamalkan dasar begini? "Kau dengar saja aku, tak perlu mengkaji dan sesiapa yang tak sama denganku itu sesat". Maka wujudlah Lutherian, Vatican, Protestant dan masing2 melabelkan yang lain2 sesat. Hari ini muncul Islam Kontemporari, Islam Liberal, Islam Hadhari dan macam-macam jenama lagi seperti durian yang ada berbagai gred. Masing-masing mendakwa merekalah yang benar . Maka itu membuka pintu diskusi mencari kebenaran dengan berlapang dada adalah perkara yang paling mustajab untuk sekurang2nya meredakan kegelisahan ummah.

Monday, June 8, 2009

Cinpeng, ahtantOya dan Saving Private adam..


"sebarang usaha untuk membawa pulang Cinpeng harus ditentang dan penyokongnya mesti diISAkan! Cinpeng kejam kerana membunuh banyak nyawa! Dia pengkhianat!" Ghani Sood menjegilkan matanya sambil berkata-kata. Tumpah sedikit teh dari cawan aku, kurang sekupang jadinye..


"Selepas Cinpeng bunuh orang apa yang dia buat pada mayat tu?" tanya aku.


Ghani Sood menjawab,"Entah tak tahulah, ditanamnyakah atau dibiarkannya tak tahulah, tapi kalau ditikam atau diseksa mayat yang dah mati tu memang kejam sangatlah dia!"


"Macam Altantuya yang dah mati ditembak lepas tu dibom?" tanya aku.


Ghani menikus memandang ke arah lain. Rengkungnya bergerak-gerak seakan hendak berkata sesuatu tetapi suaranya tak keluar.


"Macamana pula dengan Adam Jaafar, anggota Renjer yang pernah mengorbankan nyawa orang awam dan mencederakan yang lain pada Oktober 1987 dulu kalau kau masih ingat? Kenapa senyap je? Apa khabar dia sekarang ha? Kalau tak silap perhitungan aku, umurnya sekarang 45 tahun..macamana ha?


Ghani diam terkulat-kulat macam muka lalat tertelan tahi p@l@tzs!!
**sewaktu memberikan butir2 program Malam Seni Rakyat aku sempat berkata kepada SB yang menelefonku agar janganlah halang walaupun ada Isham Rais dalam program ni, SB berkata," tak ngapa, Isham memang hot tapi dia bukan Cinpeng, kami boleh bekerjasama tak de hal punye kah kah kah!"

Saturday, June 6, 2009

memang nasib kerbau..

akhbar Suara Keadilan telah diambil alih oleh orang2 yang ada pengaruh melobi pihak pimpinan parti dan usaha itu berjaya.
Setelah Suara Keadilan mencatat jualan 150,000 naskhah setiap keluaran, setelah mendapat permit (cukup perit mendapatkannya), beberapa kali disoalsiasat oleh SB dan polis, editor lamanya (pejuang yang popular dengan lukian kartun firaun berhidung besar) ditendang begitu saja...

inilah cerita kerbau yang pernah aku tulis dulu di sini