Kerana faktor kewangan aku pernah meniaga air tebu di bulan puasa di bawah rumahku beberapa tahun lalu. Masa tu kami menyewa di sebuah flat kos sederhana. Mesin air tebu jiran punya. Dia kasi kami guna kerana abangnya yang dulu meniaga air tebu dah balik kampung. Percuma katanya, tak payah bayar. Tuhan permudahkan kami.
Aku pun potong dan mesin tebu. Malangnya mesin itu kurang baik. Tebu yang diperah tidak betul-betul sampai kering. Aku agak kerugian. Hampas tebu masih boleh diperah lagi sepatutnya tetapi penggelek mesin itu terlalu renggang dan tidak boleh dilaras lagi.
Tiba-tiba lelaki india yang membekal tebu kepadaku menghampiri.
'Awak rugilah ini macam, takpa mari ikut saya!".
Aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah kenal aku. Aku ikut dia naik lori menuju kedai besi buruknya. Jauh juga seputar 5km.
'Awak ambil itu mesin, pakailah sampai habis bulan puasa. Tak payah bayar!" kata dia. Kalau difikir-fikirkan siapa yang sudi memberi pinjam sesuatu yang mahal kepada orang yang tak dikenali tapi mungkin Tuhan hantar mereka ini untuk membantuku sebagai balasan untuk aku yang entah bila pernah membantu orang lain aku pun tak tahu.
...............................................................................................................................................................
Kereta Nissan Sunny burukku mati di tengah jalan Raub, kiri kanannya hutan. Kami dari Kuala Lipis nak balik rumah orang tuaku. Annisa masih bayi lagi. Kereta kantoi di tepi jalan adalah perkara biasa bagiku. Nissan Sunny bocor atap dan lantai, lampu menyala sebelah dan tiada air-cond itu memang selalu meragam.
Berhenti seorang lelaki.
"Marilah saya bawa kamu sekeluarga pulang ke mana kamu nak pergi. Kereta ni lain cerita. Yang penting selamatkan anak dulu." kata dia.
Kami pun menumpang dia. Sampai di rumah orang tuaku aku mengucapkan terima kasih dan menghulurkan RM20.
"Tak payah encik. Ini ikhlas. Cuma satu pesan saya: Tolonglah orang yang di dalam kesusahan"
Dia berlalu meninggalkan sejuta teka-teki.
.....................................................................................................................................................................
Suatu masa kami terlalu sengkek. Memerlukan wang sangat-sangat. Sham membelek salah satu buku akaun bank aku yang tak aktif. Mujurlah ada rm70. Jadilah!
Aku pun pergi ke bank dan isi borang keluar duit.
"tolong kemaskini buku saya ni." Hehehe! nak cover malu supaya tak nampak sengkek sangat aku mintalah apdet buku. Tanpa disangka2 dari jauh aku nampak baki akaun aku tercatat rm3000. (Aku mempunyai penglihatan yang baik kau tau? Tak rabun lagi).
"rr..berapa baki saya tu?" tanya aku berpura2 macam selamba.
"rm3000 lebih.' kata kerani bank.
"oh ya? Siapa pula yang bank-in tu?" tanya aku.
Dia memeriksa dan mendapati ada seseorang memasukkannya.
Sehingga sekarang aku tak tahu siapa yang masukkan wang atau sudah berlaku kesilapan teknikal atau tidak. Yang nyata jika berlaku kesilapan teknikal pastilah ada pemberitahuan. Yang aku agak- Tuhan punya cerita.
Sebab dalam keadaan tertentu aku terlalu pasrah dan berserah bulat-bulat. Kadang2 Sham pun pening dengan keselambaan aku.
Aku pun... (tapi janganlah purak-purak pasrah tanpa berbuat apa2 seperti tak bayar bil api 3-4 bulan dan pasrah takkan kena potong..hak hak!)
Monday, March 15, 2010
Friday, March 12, 2010
aku 2-3 hari ni dan Pak Amjal..(kemaskini ahad)
Ahad 14 Mac:
Memenuhi undangan Pak Amjal yang menerima menantu. Majlis perkahwinan di Restoran Amjal kat depan Universiti Malaya tu. Hai! Lama tak jumpa pak sedara tukar tiub ni. Bila dia ajak je datang kenduri anak dia ni, aku mesti datang. Otai tu! Ramai pemimpin dan reformis datang. Masa aku sekeluarga sampai sempatlah jumpa blogger Ummu Asiah dan Abang Bad yang tak habis2 sibuk dengan membantu mangsa tahanan ISA. Abang Nasir Isa, uncle Pushpa, Jonah (khairul Anuar ahmad zainuddin- yang lawan Najib kat Pekan PRU hari tu), Zunar dan Alin, Nurul Izzah dan suami, Dr. Siti mariah, abang Mat Sabu, Mahfuz Omar, Dr.Hatta, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Kari kambing jugak yang best!
Tak kenal Pak Amjal? hahaha!! Siapa boleh lupa otai kaki demo yang berani ni? Ingat dia berdiri di depan trak water canon? Ingat masa demo di kem Kemunting waktu 6 reformis ditahan ISA termasuk anak sedaranya Hishamuddin Rais? Ketika FRU dok kejar demonstran, Pak Amjal berlari ke Black Maria dan membuka pintunya agar tahanan dapat keluar? Hahaha! Yee......Pak Amjal yang samalah yang memakai bendera PAS di belakang tubuh kecilnya macam Superman dan memanjat pembahagi jalan sewaktu demo anti kenaikan tol dulu.
Apa lagi?...Ya! Otai nilah yang dihukum penjara sebulan bersama2 Mahfuz dan Salahuddin Ayub dulu kerana didapati bersalah menyertai demo haram bantah kedatangan pemain kriket Israel ke Malaysia. Ke semuanya degil tak mahu bayar denda dan memilih masuk penjara.
Tabik paras pinggang untuk Pak Amjal!!
Sebelum tu..
tiga hari aku tak sempat apdet blog. Sibuk juga. Terkejar ke sana-sini. Lepas subuh ke kafe, setelah selesai ke pasar aku ke Brickfields menjenguk konco-konco menyiapkan majalah kartun. Sebulan aku tak ke sana. Zunar dan konco-konco gembira aku kembali. Dan kami tanpa membuang masa terus bertengkar-tengkar pasal idea untuk isu depan. Aku jamin isu depan lebih kaw!
Bila aku online facebook akan ada peminat (hak hak!.. konon!) memaksa aku apdet blog. Dah ketagih dah ni, kata depa. Ceh! Aku ingat anonymous je yang minat blog ni. Terima kasih korang yang sudi jenguk blog ni.
Malam kekadang aku tak tengok internet. Letih, ngantuk dan kena bangun awal tiap2 hari. Mujur ada muazzin sukarela mengirim sms setiap pagi "Assolatu khairumminannauumm!!!". Brader Pyanhabib kuharap diberkati Allah swt kerana gerakerjanya itu.
Dalam sibuk2 tu aku masih sempat menghadiri program dan aktiviti seperti ceramah, forum, menonton, nyanyi2 dan puisi, sesekali bersidang dengan anak2 muda patriotik yang aku sayang.
Kata Gedek, "lu ni ada di mana-manalah bro! Gua hairan dengan masa lu.."
Hahah! Aku pun tak tahu macamana aku boleh ada di mana-mana? Mungkin Wak jOno boleh ajar kot? Dia pun dah aktif memblog semula nampaknya..haha!

aku, ammar, syafiqsunny, zul bumilangit, eekmal, najwan halimi, puspa rosman, sham
Yang penting- aku nak raikan hidup.
Memenuhi undangan Pak Amjal yang menerima menantu. Majlis perkahwinan di Restoran Amjal kat depan Universiti Malaya tu. Hai! Lama tak jumpa pak sedara tukar tiub ni. Bila dia ajak je datang kenduri anak dia ni, aku mesti datang. Otai tu! Ramai pemimpin dan reformis datang. Masa aku sekeluarga sampai sempatlah jumpa blogger Ummu Asiah dan Abang Bad yang tak habis2 sibuk dengan membantu mangsa tahanan ISA. Abang Nasir Isa, uncle Pushpa, Jonah (khairul Anuar ahmad zainuddin- yang lawan Najib kat Pekan PRU hari tu), Zunar dan Alin, Nurul Izzah dan suami, Dr. Siti mariah, abang Mat Sabu, Mahfuz Omar, Dr.Hatta, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Kari kambing jugak yang best!
Tak kenal Pak Amjal? hahaha!! Siapa boleh lupa otai kaki demo yang berani ni? Ingat dia berdiri di depan trak water canon? Ingat masa demo di kem Kemunting waktu 6 reformis ditahan ISA termasuk anak sedaranya Hishamuddin Rais? Ketika FRU dok kejar demonstran, Pak Amjal berlari ke Black Maria dan membuka pintunya agar tahanan dapat keluar? Hahaha! Yee......Pak Amjal yang samalah yang memakai bendera PAS di belakang tubuh kecilnya macam Superman dan memanjat pembahagi jalan sewaktu demo anti kenaikan tol dulu.Apa lagi?...Ya! Otai nilah yang dihukum penjara sebulan bersama2 Mahfuz dan Salahuddin Ayub dulu kerana didapati bersalah menyertai demo haram bantah kedatangan pemain kriket Israel ke Malaysia. Ke semuanya degil tak mahu bayar denda dan memilih masuk penjara.
Tabik paras pinggang untuk Pak Amjal!!
Sebelum tu..
tiga hari aku tak sempat apdet blog. Sibuk juga. Terkejar ke sana-sini. Lepas subuh ke kafe, setelah selesai ke pasar aku ke Brickfields menjenguk konco-konco menyiapkan majalah kartun. Sebulan aku tak ke sana. Zunar dan konco-konco gembira aku kembali. Dan kami tanpa membuang masa terus bertengkar-tengkar pasal idea untuk isu depan. Aku jamin isu depan lebih kaw!
Bila aku online facebook akan ada peminat (hak hak!.. konon!) memaksa aku apdet blog. Dah ketagih dah ni, kata depa. Ceh! Aku ingat anonymous je yang minat blog ni. Terima kasih korang yang sudi jenguk blog ni.
Malam kekadang aku tak tengok internet. Letih, ngantuk dan kena bangun awal tiap2 hari. Mujur ada muazzin sukarela mengirim sms setiap pagi "Assolatu khairumminannauumm!!!". Brader Pyanhabib kuharap diberkati Allah swt kerana gerakerjanya itu.
Dalam sibuk2 tu aku masih sempat menghadiri program dan aktiviti seperti ceramah, forum, menonton, nyanyi2 dan puisi, sesekali bersidang dengan anak2 muda patriotik yang aku sayang.
Kata Gedek, "lu ni ada di mana-manalah bro! Gua hairan dengan masa lu.."
Hahah! Aku pun tak tahu macamana aku boleh ada di mana-mana? Mungkin Wak jOno boleh ajar kot? Dia pun dah aktif memblog semula nampaknya..haha!

aku, ammar, syafiqsunny, zul bumilangit, eekmal, najwan halimi, puspa rosman, sham
Penat juga tapi puas. Hidup ini terlalu singkat untuk duduk saja tanpa mahu ambil bahagian apa-apa.
Yang penting- aku nak raikan hidup.
Tuesday, March 9, 2010
Monday, March 8, 2010
pencapaian babi diutamakan, rakyat dilembukan
CUKAI IMPORT BUGGY GOLF DIMANSUH - Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.Najib Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.Selain itu, langkah itu juga mampu menjana pendapatan negara apabila lebih 200 kelab golf di negara ini berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong asing untuk bermain sukan itu
rakyat yang bangang tahap bahalol masih tak nampak lagi? untuk orang kaya yang main golf dapat keistimewaan..
rakyat terbanyak kena GST..
rakyat yang bangang tahap bahalol masih tak nampak lagi? untuk orang kaya yang main golf dapat keistimewaan..
rakyat terbanyak kena GST..
Sunday, March 7, 2010
Tuhan sayang Moeha..
gambar di bawah ialah Moeha, 31. Anak saudara penulis buku politik- Pak Habib (Syed Hussein Alattas). Blog Moeha di sini
3 bulan tidak apdet blog membuat Sham tertanya-tanya apakah khabarnya Moeha. Rupa-rupanya dia dah hampir 10 hari terlantar di wad 7u, PPUM. Dikesan ada batu karang di hempedunya. Sewaktu batu disedut ambil dari dalam badannya, pankreasnya pula tercedera. Akibatnya dia sudah lebih sebulan tidak boleh makan.
Sebenarnya Moeha ada tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan tersebut mengenai saraf penglihatannya dan dia tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kedua kakinya juga sudah kebas. Aku akui kehilangan kata-kata sewaktu mengunjunginya tadi. Moeha manusia hebat. Dia kelihatan lebih sihat berbanding bertemu beberapa bulan lalu selepas kimoterapi. Dia ceria dan kuat semangat. Tiada cerita sedih darinya.
"Ini pengalaman baru saya!" katanya.
"Selepas pankreas saya sembuh, pembedahan merawat batu hempedu akan dijalankan. Dan kata Doktor mungkin saya akan pakai lampin juga selepas itu. Hempedu fungsinya memproses lemak. Mungkin saya akan terkena cirit-birit sejam selepas makan. Well, itu pengalaman baru dalam hidup saya nanti, hahahah!"
Lihat, dia masih boleh ketawa. Begitu juga apabila menceritakan peluang sembuh tumornya.
"Doktor kata susah, tapi Doktor bukan Tuhan. Hahaha!". "Ini hidup kita, asalkan God bless us!"
Oleh kerana tak boleh makan, Sham hadiahkan teddy bear. Dia ketawa. "mesti adik saya yang taruk bear ni dalam kereta nanti!". Moeha sebenarnya dilahirkan kembar. Kembar perempuannya telah meninggal dunia 10 tahun lalu kerana barah payudara. Aku terkedu lagi.
Abang kagum dengan kau Moeha! Tuhan sayang kamu..
korang klik kat atas tadi, bacalah blog Moeha dan kenali insan hebat ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum tu kami ke KONVENSYEN PR Selangor.

seronok bergambar dengan pengacara majlis yang dulunya selebriti tv3, Zanirun Baba (kanan). Yang tongah tu Muiz, kawan dari Hulu Langat.
Sebenarnya Moeha ada tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan tersebut mengenai saraf penglihatannya dan dia tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kedua kakinya juga sudah kebas. Aku akui kehilangan kata-kata sewaktu mengunjunginya tadi. Moeha manusia hebat. Dia kelihatan lebih sihat berbanding bertemu beberapa bulan lalu selepas kimoterapi. Dia ceria dan kuat semangat. Tiada cerita sedih darinya."Ini pengalaman baru saya!" katanya.
"Selepas pankreas saya sembuh, pembedahan merawat batu hempedu akan dijalankan. Dan kata Doktor mungkin saya akan pakai lampin juga selepas itu. Hempedu fungsinya memproses lemak. Mungkin saya akan terkena cirit-birit sejam selepas makan. Well, itu pengalaman baru dalam hidup saya nanti, hahahah!"
Lihat, dia masih boleh ketawa. Begitu juga apabila menceritakan peluang sembuh tumornya.
"Doktor kata susah, tapi Doktor bukan Tuhan. Hahaha!". "Ini hidup kita, asalkan God bless us!"
Oleh kerana tak boleh makan, Sham hadiahkan teddy bear. Dia ketawa. "mesti adik saya yang taruk bear ni dalam kereta nanti!". Moeha sebenarnya dilahirkan kembar. Kembar perempuannya telah meninggal dunia 10 tahun lalu kerana barah payudara. Aku terkedu lagi.Abang kagum dengan kau Moeha! Tuhan sayang kamu..
korang klik kat atas tadi, bacalah blog Moeha dan kenali insan hebat ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum tu kami ke KONVENSYEN PR Selangor.

seronok bergambar dengan pengacara majlis yang dulunya selebriti tv3, Zanirun Baba (kanan). Yang tongah tu Muiz, kawan dari Hulu Langat.
Saturday, March 6, 2010
niaga unta
dunia dunia..
niaga orang lebih untung dari niaga unta..
mufti pon dah pandai kelentong..
hampeh!!!
dahlah yb2 yang keluar kata demi agama dan bangsa pun kaki kelentong....
mari kita kelentong mengelentong kentong ngentong!
lelong lelong ya habibi ya sheikh ya maulana ya sidi ya amri..
ya harus ya sani
wa ampu sana wa ampu sini
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)




