tok : solat itu 13 rukun. setiap rukun yang dikerjakan membawa satu sifat Allah...satu rukun menanggung
satu sifat...
aku : tapi sifat Allah 20? Mana lagi tujuh?
tok : lagi tujuh adalah sifat ma'ani yang diletakkan dalam diri insan...
apa sifat ma'ani? cari sendiri. selamat berbuka...
Wednesday, August 8, 2012
Monday, August 6, 2012
masalahnya kita ini si bodoh yang malas
apabila Rasulullah dan sahabat keluar dari rumah Al Arqam - tempat persembunyian awal-awal dakwah Islamiah mereka dan bertekad untuk menyebarkan Islam secara terbuka kepada ummah, ini adalah petanda bahawa Islam adalah milik semua golongan tak kira bangsa dan kedudukan. Dari seawal terima wahyu sehinggalah hari baginda wafat akan ada orang memeluk Islam. Dan Rasulullah mengajar mereka, melayan persoalan-persoalan mereka. ada persoalan yang agak keanak-anakan tetapi baginda melayan mengikut tahap kemampuan seseorang itu. logiklah kan? Abu Bakr dan Ali adalah terawal memeluk Islam takkanlah baginda nak terangkan lagi soal mandi junub kecuali perkara-perkara baru tetapi Islam bukanlah tentang hukum-hakam sahaja. Sahabat-sahabat rapat dan bijaksana disampaikan ilmu yang lebih berat dan dalam seperti soal keinsanan dan ketuhanan. sehinggakan Ali digelarnya pintu kota ilmu manakala Umar adalah 'nabi' yang layak menggantikannya jika sekiranya ada lagi nabi selepas baginda. Abu Bakr digelar 'mayat berjalan' kerana kelurusan dan kejujurannya.
sahabat-sahabat yang lain yang turut memperolehi titisan-rantaian ilmu ini antaranya Abu Dzar, anak angkat baginda Zaid Abu Harithah, Salman Al farisi (sekadar beberapa contoh...) dan ilmu ketuhanan ini berkembang mengikut rantainya. Dari warisan Ali dan Fatimah lahirlah Hasan dan Husin dan dari percantuman baka Hasan dan Husin lahirlah sultanul aulia Syeikh Abdul Qadir Al Jilani...
"Baitul Himah" diwujudkan di zaman Khulafa ur Rasyidin untuk umat menggali ilmu. penyuburan ilmu sangat sehat, pidato-diskusi-debat digalakkan. Buku-buku ilmu banyak ditulis. jika pandangan seseorang ulama itu tidak dipersetujui, ditulis pula buku untuk menyanggah pandangan tersebut bukan diharamkan buku itu. inilah suburnya ilmu. rakyat yang cerdik ilmu akan membaca dan menilai. tak timbul soal hati-hati baca nanti kau sesat....kerana rakyat itu sendiri celik akal.
apabila penguasa mula cinta dunia, agama disebar mengikut acuan mereka. ulama-ulama dilantik sebagai penasihat demi menjadi rubber stamp menghalalkan perbuatan. sesiapa tidak searus, dilabel sesat. ia terus berlaku hari ni. minda kita disekat dipancas sejak kecil untuk menimba ilmu sedalam-dalamnya. ditanam rasa takut untuk menuntut kerana jika tak dengar dari ulama mereka, kita akan berdosa. ulama-ulama ini punya tauliah dari Allah untuk memutuskan siapa layak masuk syurga.
jika kita tiada ilmu, bagaimana kita hendak tahu ilmu mana yang betul dan penyampai mana yang gebang? Menuntut ilmu itu fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat (T'olabul'ilmi faridhatun ala kullimuslimin wamuslimah). menuntut bukan bermakna menunggu cakap-cakap agamawan. kita juga harus berjalan dan 'rasa'.
ilmu Allah adalah ilmu 'roso' (rasa). kita ini malas membaca dan belajar maka kita kekal bodoh. kadang-kadang ketaksuban kita kepada seseorang tokoh menutup mata kita pada pandangan tokoh lain. apa ustaz kegemaran kita cakap betul sahaja, orang lain tak betul walhal kadang-kadang apa yang diperkatakan ustaz kita itu sangat asas sifatnya tetapi kita yang malas belajar ini terkejut beruk seolah-olah itu benda baru. dan apabila kita dengar pandangan yang dilemparkan oleh orang yang tiada songkok, kopiah dan jubah kita persoalkan siapa dia//
hey! guru kerohanian imam Ghazali hanya seorang tukang kasut tahu?
aku ada tertengok twit seorang ustaz muda yang glamer di tv pasal solat dan aku tak setuju malah boleh saja aku berhujah tapi pastilah aku ditibai oleh pengikut mereka. hujah aku bukanlah kerana aku pandai tetapi aku boleh gunakan hujah ulama lain dalam soal itu. aku ni kutu apa yang aku tahu? hihi...
ya! kita kena buang riya' dalam diri.
jangan jadi syeikh nuruddin ar raniri yang membakar kitab hamzah fansuri (bekas anak muridnya juga) kerana dikatakan sesat atau Ibnu Arabi si wali qutb dilabel sesat oleh imam-imam muktabar...
kitalah jangan malas kalau kita ini bodoh...

Laskar Cinta
Laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci.....
Tak pernah terdikir dan terzikir, kami di Malaysia, Wooyoung di Korea dan bertemu di Beijing. Dia doktor akupunktur An-Nur di Erkang Hospital, kami sangat rapat kerana asing di tanah besar dan hanya dia boleh berbahasa Inggeris. Kemesraan menjadi sayang- dia simpan hasrat untuk bantu sebaik mungkin An-Nur. Tapi tergendala sebentar apabila terpaksa pulang ke Korea. Dua bulan kemudian kami pulang ke Malaysia. Melalui emel dan facebook kami berutus maklumat dan khabar, memujuk Wooyoung datang sini. Ibu bapanya merestui.
Kerana cinta, dia tinggalkan ibu bapanya, negara, pendapatan lumayannya untuk bersama kami seketika...bercuti lama di Malaysia dan melatih An-Nur.
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Kerna cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang untuk semua umat manusia...

Sunday, August 5, 2012
Saturday, August 4, 2012
Lanun sial!
Apa korang rasa apabila karya korang yang laris diulang cetak dan dijual tetapi syarikat penerbitan tak kongsi pun keuntungan kepada korang.
Bila diulang cetak nama korang sebagai pengkarya asal dibuang. Maknanya kau bukan pemilik karya kau walhal kau yang lukiskan.dan orang lain makan hasil kerja kau.
Gampang tak? Sial tak?
Cilaka punya kepala lanun!
Inilah yang berlaku apabila koleksi Abe cetakan baru membuang pencipta cerita tersebut saudara Ibrahim Anon (Ujang) malah Ujang juga telah kehilangan banyak karya inteleknya. Nama Ujang pun tak dibenarkan guna. Yennadeyyyy! Karya beliau bertajuk 'Lanun' telah dikelepet dan dijadikan majalah APO?....
Kartunis Aie juga menerima nasib yang sama sementara kartunis Ubi digantung karyanya.
Sejuta sumpah seranah untuk lanun!

Thursday, August 2, 2012
Mawar untuk Merdekareview
Hari ini Merdekareview.com versi Bahasa Melayunya menutup operasi manakala Bahasa Cina akan turut ditutup pada hujung bulan. Sebelum 2009 aku hanya tahu laman portal online ini di dalam bahasa cina sahaja tetapi ketika majalah Gedung Kartun kami meletup kerana diharamkan kerajaan, Lim Hong Siang editor Bahasa Melayunya mempelawa aku menyumbangkan kartun di situ ketika beliau melawat pejabat kami untuk mewawancara Zunar. Aku yang mengenali Hong Siang sejak era turun ke jalanraya lagi menerimanya dan mula mengkaji bentuk dan idealisme Merdekareview. Aku terkejut Hong Siang bukan sekadar boleh menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik malah mempunyai gaya bahasa peribadi dan skop yang dipersembahkannya sangat menarik. Aku kagum.
Aku melukislah di situ untuk tempoh yang agak lama juga. Kadang-kadang Hong Siang yang bagi cadangan idea untuk aku kembangkan mengikut kesesuaian konsep. Sesekali kartun aku ditolak kerana tidak sesuai. Salah satunya lukisan karikatur Anwar yang semakin gagah seperti Superman yang sedang membelasah musuh politiknya disifatkan editor ini sebagai terlalu membodek. Ini untuk mengelakkan tuduhan liar beberapa pihak yang Merdekareview ditaja orang Anwar. Satu lagi kartun aku ditolak apabila aku melukis Anwar menjadi boneka yang dikawal Azmin. Ini ketika suasana pemilihan parti PKR di mana ketika itu kelihatan Anwar seolah pengurus kempen Azmin yang menyerang Zaid Ibrahim selaku pencabar dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti. Aku akur penolakan kartun itu tetapi aku siarkannya di facebook aku. Ada ketikanya cadangan Hong Siang aku tolak tetapi sikap saling menghormati dan memahami mengatasi perbezaan ini. Adakalanya aku agak lewat siap maka Hong Siang meninggalkan pesanan kepada Sham untuk mengingatkan aku.
Sehinggalah setahun kemudiannya ruangan kartun ditutup kerana kantong dana sudah kosong.
Ketika aku di Beijing aku cuba menghantar artikel dan Hong Siang terus mempelawa aku menjadi kolumnis yang menulis tentang seni, budaya, agama dan politik. Sedikit pemerhatian di Beijing aku selitkan di dalam tulisan-tulisan aku. Ketika itu aktivis senior seperti kak Nashita Md Noor juga menulis dan anak muda yang bintangnya sedang naik, Adam Adli turut menjadi kolumnis. Hafiz yang sebelum itu menulis mencari tapak di Roketkini milik DAP.
Bulan lepas Hong Siang beritahu Merdekareview semakin hampir ke kubur dan kali ini tidak nampak lagi jalan untuk menyelamatkannya. Artikel tentang Rock dan ketakutan pemerintah adalah yang terakhir yang mampu mereka bayar. Aku tidak pernah memikirkan soal bayaran dengan sebuah portal online tanpa untung seperti Merdekareview. Artikel yang benar-benar terakhir aku poskan beberapa hari lepas tentang Apa Seni Islamik.
"tiada bayaran." kata Hong Siang.
Ahhhh!!!! Aku respek kamu semua. Kita di jalan
yang sama, apa kira semua itu...
Merdekareview...selamat bersemadi dengan aman. Sekuntum mawar untukmu. Di dalam diari sejarah reformasi - kamu ada!
Al fatihah...

Wednesday, August 1, 2012
Surat Untuk Kekasih
Kekasih,
Bagaimana bisa aku susun ayat-ayat ini sedang segala sesuatu itu engkau yang mendahuluinya. Apakah yang aku mahu sedang nafasku ini adalah kamu. Apa yang hendak aku pinta sedang fikiranku ini adalah engkau.
Kekasih,
Bagaimana bisa aku lupakanmu kerana kita tak pernah berpisah dan dalam kebersamaan pun aku masih merindukanmu...
Kekasih,
Jika aku bisa meminta...
Ya jika bisa...
Aku meminta agar aku tidak meminta-minta

Subscribe to:
Posts (Atom)