Monday, August 6, 2012

Laskar Cinta

Laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci.....

Tak pernah terdikir dan terzikir, kami di Malaysia, Wooyoung di Korea dan bertemu di Beijing. Dia doktor akupunktur An-Nur di Erkang Hospital, kami sangat rapat kerana asing di tanah besar dan hanya dia boleh berbahasa Inggeris. Kemesraan menjadi sayang- dia simpan hasrat untuk bantu sebaik mungkin An-Nur. Tapi tergendala sebentar apabila terpaksa pulang ke Korea. Dua bulan kemudian kami pulang ke Malaysia. Melalui emel dan facebook kami berutus maklumat dan khabar, memujuk Wooyoung datang sini. Ibu bapanya merestui.
Kerana cinta, dia tinggalkan ibu bapanya, negara, pendapatan lumayannya untuk bersama kami seketika...bercuti lama di Malaysia dan melatih An-Nur.

Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Kerna cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang untuk semua umat manusia...

No comments: