Sepatutnya turun dari gunung tengah hari ini. Selepas check out hendak ke taman strawberry tapi kereta bermasalah. Enjin hanya berfungsi tiga silinder. Kena masuk bengkel. Spare part hanya sampai dari Ipoh lewat petang. Check in di hotel Brinchang. Bajet lari. Teringat pelakon Pekin kirim whatsapp ajak tengok dia shooting filem Tujuh. Ah! Tak jauh. Aku, Sham jalan kaki sambil menolak kereta sorong An-Nur. Berdasarkan alamat nampak dekat. 2 km berjalan dan kemudian mendaki, terasa berjalan adalah kerja gila. Henfon kelupusan bateri. Kami berpatah balik. Untuk sampai ke hotel penginapan harus berjalan 2 km.
Rehat sekejap disebuah kiosk. Alang-alang dah dekat takkan nak patah balik. Sham meringankan mulut tanya pekerja kiosk jika ada sesiap boleh bantu bawa kami ke puncak lokasi set penggambaran. Mujur bapa saudara wanita itu sudi. Abang Akram membawa kami naik Myvi kepunyaannya sambil berbual dengan ramah. Dia mentertawakan kami yang cuba berjalan kaki ke atas. Betul! Gila punya kerja kalau jalan kaki. Punyalah jauh, tinggi dan kecil jalannya malah menyeramkan.
Pekin meraikan kedatangan kami. Bagi yang belum kenal Pekin Ibrahim, dia berlakon dalam Hantu Kak Limah, menjadi Slash dalam filem Rock OOo, filem Bunohan dan macam-macam. Pekin juga vokalis band Sevenwords. Dia boleh meniup seruling, memetik gitar dan bermacam alat muzik lagi. Sewaktu mencari dana Hope2Walk untuk An-Nur tahun lepas, Pekin juga terlibat membuat persembahan amal dengan kami seperti menyanyi dan berlakon teater Asrar 2 dengan jemaah Seni Suri Jawi.
Tidak mahu mengganggu dia yang sibuk, kami pulang. Pekin meminta krew 'runner' hantar kami ke hotel. Mekanik telefon kereta sudah siap. Jam 6.30 petang. Terbang RM757.
Lalala...
(foto: bersama Pekin yang berkostumkan Jason King di set penggambaran filem TUJUH)
Friday, June 14, 2013
Thursday, June 13, 2013
Masalah politikus yang memenatkan!
Letih dan tak berharap sangat sebenarnya! Tapi meluat dan loya dengan kerenah politikus kita. Mari baca dulu dan fikir sebelum teka apa yang ingin aku sampaikan?
K'jaan S'gor sumbang RM10,000 pada balu PI Bala
Zulaikha Zulkifli
5:53PM Jun 13 2013
Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamilselvi, 46, bagi meringankan perbelanjaan selepas kematian suaminya pada 15 Mac lalu.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail berkata kerajaan Selangor juga berjanji akan membantu Santamilselvi menyekolahkan tiga anaknya yang berumur 11 hingga 16 tahun yang sudah dua bulan tidak bersekolah sejak tiba di Malaysia dari India sejak Mac lalu.
Selain itu, Rodziah juga berkata pihaknya turut akan membantu menyediakan tempat dan modal kepada balu mendiang untuk membuka kedai makan.
"(Ini) sumbangan RM10,000 dari kerajaan Selangor. Kita akan buat apa yang perlu, yang boleh membantu ringankan beban balu mendiang seperti (memberikan) skim-skim yang disediakan oleh kerajaan Selangor.
"Memandangkan keluarga mendiang dah duduk di India selama lima tahun dan tak dapat mengikuti pendidikan di sini, kita akan sediakan alternatif yang terbaik untuk anak-anak Bala.
"Selain sumbangan, kita juga akan pastikan beliau akan dapat pendapatan bulanan berterusan. Dan kita akan bantu untuk bincang dengan pihak berkuasa tempatan tentang modal dan tempat untuk bantuan memulakan perniagaan," katanya.
Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata demikian dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu mendiang Bala di Rawang hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan ADUN Rawang Gan Pei Nei.
Pada 15 Mac lalu, Bala meninggal dunia selepas disahkan akibat serangan jantung.
Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu - yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Kematian Bala secara tiba-tiba itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau pada ketika itu baru sahaja pulang dari India.
Sementara itu, Selvi yang kini tidak bekerja selepas pulang dari India tidak dapat menahan sebak ketika diminta mengulas bantuan yang diberikan kerajaan Selangor itu.
"Saya ucapkan terima kasih pada kerajaan Selangor," katanya yang kemudiannya mengalirkan air mata dan ditenangkan oleh Rodziah.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Ya! Bantuan bersifat populis. Apa jasa PI Bala kepada Selangor? Bukan pertikaikan Bala dan keluarga. Memang perlu dibantu tetapi bukankah semua ibu tunggal dan anak yatim perlu dibela?
Exco ini sewaktu ajak berbincang tentang OKU, mengelak dan berdalih. Yang kes ini sanggup sampai ke rumah.
Sewaktu dijemput ke majlis dialog OKU dan Pimpinan PR sebelum PRU13 dulu tak hadir. Cakap nak hantar pembantu termasuk perangka Manifesto PR, Rafizi beritahu nak hantar pembantu. Haram takdak! Penat aku baca dasar No Child Left Behind. Tak ramai pimpinan hadir. Yang hadir tergesa balik awal. Anwar sampai pukul 2 petang. Janji pukul satu. OKU sudah menunggu sejak seawal 9 pagi. Awal dari itu pun ada.
Apakah kerajaan PR hanya berminat bantu mangsa kezaliman BN sahaja seperti kes ini, kes Lahad Datu, kes mati dalam lokap.
Anak OKU Terlantar juga adalah mangsa kezaliman. Malaysia adalah negar pembunuh anak-anak OKU Terlantar. Sehingga hari ini tiada sekolah khas kerajaan untuk anak OKU Terlantar sedangkan pendidikan adalah hak mutlak setiap anak dunia. Yang Berhormat dari BN dan PR tak pernah fikirkan ini. Ada ahli parlimen OKu berkerusi roda pun sudah mewah. Mereka jika ada anak cucu OKu pun mampu mengupah pengasuh. Lihat sahaja dalam hal pendidikan. Rakyat bersekolah biasa, anak mereka masuk sekolah antarabangsa atau luar negara.
Penat! Penat bentang idea hari tu. Ni link cadangan aku tu
http://m.youtube.com/watch?v=simMjmYfDa4
Misi Surat Untuk Anak 3
Jam 11.45 pagi turun ke restoran bawah untuk gabungan sarapan dan makan tengah hari. Hari ini kena rajin sikit menulis. Lepas makan lepak di lobi sekejap beri An-Nur susu. Kemudian ke restoran semula pesan kopi untuk menulis.
Foto: di restoran bersama pelakon Wan Hanafi Su dan Faizal 'Azroy' Hussein.

Wednesday, June 12, 2013
Misi Surat Untuk Anak part 2
Pagi - check out dari pencaus ini. Mencari tempat yang lebih sibuk sikit supaya senang hendak makan. Tak perlu keluar jauh supaya aku boleh menumpu menulis. Sebelum itu aku hidupkan enjin untuk melihat keadaan kereta apakah serius kerosakannya. Mujur getah 'mounting' enjin saja yang dah haus. Tetapi gegaran enjin sampai ke dalam kereta.
Dari Brinchang turun ke Tanah Rata. Sarapan roti canai dulu di restoran mamak. Gagal lagi! Entah apa nak jadi dengan selera orang Malaysia hari ini. Dijajah mengikut kehendak tukang masak luar. Ingat lagi semasa kecil dulu, roti telur di dalamnya wajib ada bawang dan potongan cili hijau. Hari ini kita kena minta dahulu semua itu. Silap-silap kena bayar harga tambahan. Ini yang selalu disungutkan Sham. Selesai sarapan kami mencari hotel yang telah diselidiki Sham malam tadi melalui internet. Indah di laman web tetapi bila sampai ke lokasi sebenar tidak seperti diharapkan. Akhirnya mencari hotel lain. Paling tepi dalam deretan lot kedai. Ah! Baik. Di bawah restoran nasi kandar mamak. Sebaris steamboat, kedai kopi lain, Starfucks dan kedai-kedai biasa. Turun makan tengah hari di restoran nasi kandar. Murahlah. Sham pesan kebab kambing. Sos yang digunakan jenis masam.
Naik semula. Tidur. Belum menulis satu huruf apa pun untuk buku 'Surat Untuk Anak' ini. Turun petang kami mencari pusat urut refleksologi. Apek sekeluarga ini sangat baik. Aku urut dengan apek. Sham diurut oleh ah so. Ya! Anak perempuan apek ini yang pengkid mengurut acupressure untuk An-Nur. An-Nur layaaaan dengan tenang. Pengkid ini dibantu 'aweknya' yang berseluar jeans pendek sampai pangkal paha. Kata Ah So, mereka sudah kawan lama. Apek nampaknya layan ajelah anaknya si pengkid yang berawekkan amoi. Tuah An-Nur kami tumpang. Aku dan Sham dapat diskaun RM10 tiap seorang sementara An-Nur percuma. Barangkali keperamahan Sham berkongsi cerita menjaga An-Nur sehingga mengembara ke Beijing memikat mereka. Aku biasalah, berat mulut.
Selepas berurut kami makan malam di restoran Steamboat. Sup bayam campur ikan, nasi daging lada hitam, kuetiow kari dan seteko teh cina memanaskan badan kami dalam suasana dingin menggigit.
Naik ke bilik berehat. Jam 10.30 malam turun cari kopi panas. Banyak kedai sudah ditutup. Pekena kopi dan roti bakar. Naik semula ke bilik. Mula menulis sampai letih.
Rileks dan update blog ini.
Harap esok lebih baik...

Tuesday, June 11, 2013
Misi ke Tanah Rata siapkan SuratUntuk Anak
Pernah tonton cerita-cerita seram Hollywood? Biasanya mesti cerita bermula dengan hero bawa anak isteri bercuti dan menyewa sebuah rumah untuk siapkan bukunya kan? Dan di situlah timbul cerita-cerita hantu.
Ooopp...kita ketepikan hantu tu. Aku pun segera ke Cameron Highland bersama Sham dan An-Nur, bercuti tiga hari dalam usaha nak siapkan buku Surat Untuk Anak. Kalau tulis di rumah banyak sangat hantu-hantu internet mengganggu. Kena rileks dan bercuti.
Tiga petang bertolak, ikut jalan lama untuk elak tol. Maklumlah bajet kecik. Perjalanan diselang seli dengan hujan dan panas bersilih ganti...hah! Seram bunyinya......
Singgah di pekan Tapah tukar lampin An-Nur. Beli kacang dan kopi tin. Naik banjaran Titiwangsa. Hari mulai gelap. Tiada tempah mana-mana hotel atau pencaus. Ikut nasib. Singgah makan di RnR Tanah Rata. Cuba mee goreng dan Sham pesan kuetiow goreng restoran mat Kelate. Rasanya gagal. Tapi pakej Siakap, Kailan ikan masin, telur dadar dan nasi RM38 amat menarik. Berjanji dengan MatKelate makan malam esok di situ. Oh Ya! Mee goreng mereka tak taruk sawi, guna kailan dan segar. Itu istimewanya. Cameron Highland kan? Susu pada teh pun berketul sejuk.
Pernah ke sini sewaktu arwah annisa masih ada dulu, ikut rombongan naik bas. Lepas makan mencari rumah tumpangan. Cari dari Tanah Rata ke Brinchang. Kereta buat hal. Bunyi tak sedap membimbangkan. Tak pasti mounting atau drive shaft. Dah malam kena urus tempat menginap dulu. Esok kena tengok.
Malam ini belum boleh menulis. Letih. Kopi takde. Aku keluar berjalan kaki tengah malam. Ini bukan KL. 12.30 dah tutup. Suara serak parau pelanggan keluar dari celah pusat karaoke. Hujan nipis yang aku redah semakin lebat. Tiada 7E. Mujur ada pasar mini belum tutup. Beli kopi dan megi cup. Berjalan pulang, hujan makin lebat. Aku mengah berlari mendaki bukit ke penginapan sambil menutup kepala dengan sebelah tangan. Dah nak sampai baru aku sedar aku pakai sweater yang ada penutup kepala. Lupa. Menyumpah sendiri.
Sham buat megi. Tonton tv entah cerita apa. Dengan masalah kereta, yang pasti mencuri bajet percutian ini... Dapatkah aku siapkan?
Sedap megi ni...
Foto bergegar sebab sambil berlari dalam hujan.

Monday, June 10, 2013
PRU 14 - Pakatan Rakyat terus kempunan lagi?
Melihat perkembangan hari ini tentang apa yang berlaku, penipuan berulang-ulang-ulangkali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam Pilihanraya Umum (PRU) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, dapat dirasakan yang BN sudah menemui formula baru untuk terus kekal berkuasa pada PRU 14 nanti.
Ini pasti!
Mengapa aku berkata sedemikian?
Tamak haloba dan keangkuhan yang tersendiri parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah meranapkan impian ke Putrajaya pada PRU 13 yang lalu. Tolak tepi penipuan SPR. Itu dah memang. Tapi taktik tipu sebegitu tidak boleh dipakai lagi apatah lagi taktik tersebut tidak berjaya sepenuhnya dilaksana 5 Mei yang lalu.
Formula apa yang BN dapat? Ya! Terus berkuasa tetapi memberikan kemenangan yang ala-ala hari ini. Supaya pemimpin PR yang menang berasa selesa dengan pangkat dan kedudukan. Hari ini rata-rata rakyat sudah benci dan mahu menumbangkan BN. Rakyat menunggu isyarat pimpinan harapan mereka dari PR untuk bertindak. Rakyat bersedia. Anehnya wakil-wakil rakyat dan pimpinan parti sudah berasa selesa sekarang. Mementingkan kedudukan sendiri dan parti. Suara rakyat sudah diketepikan. Nak ajak turun berhimpun pun sudah takut. Macam-macam alasan bodoh. Rakyat ajak boikot majlis angkat sumpah di Parlimen, tak berani sahut.
Mengapa takut? Bukankah rakyat jelas ditipu? Penipuan ini suatu jenayah dan pengkhianatan dan mengapa ada sikap apologetik? Apa tujuan anda menyertai parti politik? SPR perlu diberi tekanan. Dari dahulu berbagai usaha mengikut peraturan dibuat tetapi tak jalan. Penggal 2013 adalah penggal ujian kesetiaan pemimpin yang sering melaung-laung hak rakyat.
Terbaru apabila PSM ditolak dari menyertai PR. Simpatisan terhadap PSM tinggi apatah lagi kelihatan parti itu dibuli pada PRU13 kelmarin. Jika PSM mengatur strategi yang cermat tidak mustahil sokongan rakyat khususnya anak muda semakin meningkat. Hanya pengikut parti seperti Pas, PKR dan DAP saja yang berasakan PSM menyemak tetapi di luar parti tidak sama. Malah ramai anak-anak orang Pas generasi baru ini non partisan dan mendekati fahaman sosialis. Cuma bebanan berat PSM ialah untuk menghapuskan tanggapan parti itu parti kaum India dan mencari formula ampuh meyakinkan rakyat terbanyak apa makna 'sosialis'. Bayangkan jika berjaya? Harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat jadi tidak ada sebab untuk parti itu mengikut syarat satu lawan satu seperti PRU lalu. PSM boleh bertanding seberapa banyak kerusi. Silap-silap PRU akan datang lebih banyak pertembungan kerusi di antara Pakatan Rakyat sendiri. Silap-silap Pas dan PKR bergaduh. Bunga apinya pun sudah terpercik hari ini.
Dari Unity Government Pas-Umno, perbalahan kerusi Menteri Besar Selangor kem Azmin dan Khalid Ibrahim serta Anwar, pemimpin takut berjuang dan jaga periuk nasi sehinggalah sampai ke hari ini; jangan pelik rakyat akan muak dan akan menghumban pemimpin-pemimpin lembab ini kalaupun tidak memutuskan harapan kepada Pakatan Rakyat sendiri. Masa itu siapa untung?

Sunday, June 9, 2013
main catur
Aku suka tonton orang main catur. Di Bangsar Utama, geng-geng Malaysiakini seperti Jimadie, Salhan selalu bermain catur dengan bekas editor Suara Keadilan Fazallah Pit, Radzi The Star dan beberapa orang lagi. Aku suka tonton tapi tak berani main sebab aku terlalu berkira-kira untuk bergerak. Diam-diam aku muat turun permainan catur di iPad aku. Setakat ini aku masih bermain di 'level' rendah.
Catur sejarahnya bermula sejak awal abad ke enam lagi di Baratdaya India waktu empayar India kuno lagi, empayar Gupta. Menurut bahasa Sanskrit Caturangga bermaksud 'empat'. Mulanya dimain empat orang di empat sudut 64 petak. Akhirnya dimainkan dua orang sahaja. Sehinggalah Islam menguasai dunia termasuk Parsi, catur popular malah 'chess' dalam Bahasa Inggeris bersempena 'Shah' dalam Bahasa Parsi.
Tak payahlah aku nak terangkan catur ini bagaimana nak main, bagaimana kuda, askar, bishop, king, queen atau castle bergerak ye tak?
Tetapi dalam politik permainan seterusnya realiti kehidupan ada beberapa falsafah di dalam catur.
1) Kita akan menggerakkan askar dahulu dan agak kurang bersedih jika askar mati.
2) Askar akan cuba sampai ke hujung kerana di hujungnya dia akan diberi pilihan naik pangkat. Silap-silap boleh jadi Queen. Tetapi askar selalunya mati tengah medan.
3) Queen bebas berjalan ke mana-mana dengan berbagai arah. Memang 'queen' sebenarnya bersifat mengawal dan menyerang. Banyak pemimpin dan takhta jatuh kerana queen. Kalau Queen mati kesedihan sangat-sangat dirasa.
4) King boleh jalan berbagai arah tetapi setapak-setapak dan berhati-hati. Silap langkah, di'check' terus 'mate' dan hilang terus kerajaan. Barangkali permainan catur cuba menggambarkan betapa pentingnya pemimpin kerana seorang pemimpin mati akan hilanglah arah sebuah kerajaan. Walhal jika kita lihat realitinya, king hanya duduk diam. Bala tentera masih kuat dan boleh bergerak sendiri. Jika king mati sepatutnya boleh ditukar kepada king yang lain.
5) Kuda bergerak bentuk L. Pergerakan ini unik dan sukar diramal. Tetapi apa pun permainan ini bergantung kepada kepakaran pemain yang bijak menggunakan. Ada pemain hanya menggunakan askar sahaja, ada guna bishop untuk menawan.
6) Permainan catur hanya ada dua warna - hitam dan putih. Menang atau kalah. Permainan catur adalah seni menyusun strategi. Ia kotor di minda tetapi bersih di medan sebenar.
Hari ini percaturan politik kotor di minda dan jijik di medan sebenar.

Subscribe to:
Posts (Atom)