Tuesday, December 2, 2014

Penang untuk siapa?

Seminggu sebelum ke Jakarta aku ke Pulau Pinang. Dan selepas sebulan di Jakarta atau sehari selepas sampai semula ke Malaysia kami ke Penang lagi. Macam lagu Antara Jakarta Dan Penang pulak... Bukan untuk FreedomFilmFest seperti bulan lalu tetapi atas urusan lain. Cuma 24 jam sahaja. Kami menaiki Senandung Langkawi kelas ekonomi, ada katil. Supaya Anur tak letih akibat berkelana tak henti. Semuanya kerana urusan dia.
Apa urusan Anur biarlah lain kali pada penulisan yang lebih baik aku ceritakan. Cuma sebaik selesai urusan kami berasa lapar dan mengambil teksi menuju Nasi Kandar Line Clear yang tersohor itu.
" Sejak Penang terlepas tangan habis kerajaan baru buat tokong aje" kata pemandu teksi apabila aku kagum melihat pekerja-pekerja Cina sedang mengecat patung-patung di pintu gerbang tokong.
"Guan Eng tak naikkan surau kalau ada taman perumahan baru, tapi tokong dulu. Tengok sini tokong sana tokong." Aku terlupa nama jalan tetapi memang benar. Mulanya aku beranggapan ini sentimen seorang mamak mengaku Melayu seperti yang selalu bikin kecoh berdemo itu. Ya! Drebar ini India-Muslim. "Kat flat tu pun ada tokong. Bisinglah nanti!" Tambahnya lagi. Ha-ah! Setiap 200 meter ada tokong.
Aku teringat di Klang. Tumbuhnya kuil pun banyak juga. Seperti surau. Seperti ada penyakit dalam negara kita. Berlumba bina pusat ibadat. Tapi makin banyak pusat ibadat harusnya makin beragamalah masing-masing tapi kebencian antara kaum dan agama makin menyala. Kerja orang politiklah meracun semua ini.

"Ada harapan dapat balik Penang election akan datang?" Tanya aku menambah kayu manis dalam kari komplennya.
"Mampuih takkan dapat. Susah! Depa guna kepentingan segala untuk depa menang. Depa dah kontrol!" Wajah jujur 'pembangkang' di Penang buat pengakuan.
Selesai makan dan bertemu teman kami mendapatkan teksi lain untuk ke jeti. Nak ambil feri untuk menuju stesen keretapi Butterworth.
"Itu apa?" Tanya Sham.
" itu kapal dik. Kapal judi. Orang ramai naik dan kapal belayar ke perairan luar Malaysia dan berjudi. Kat perairan Malaysia tak boleh. Lepas tu kapal tu balik sini." Jawab pemandu teksi berbangsa India.
"Hari-hari?" Tanya aku. Wow! Besar kapal tu. Aku teringat filem Maverick.
"Ya dik!" Katanya. Sambil itu menunjukkan beberapa tempat menarik. "Sekarang harga tanah naik, lagi ini semua sudah jadi bangunan warisan. Unesco iktiraf. "
"Guan Eng bagus!" Aku pancing.
" tadaklah dik! Mula kita sokong. Sekarang susah. Anak saya cikgu mahu bikin loan beli rumah tak dapat. Lulus RM300k tapi rumah sudah RM600k sini. Kita Melayu sama India tadak mampu. Orang Melayu banyak beli rumah kat Alor Staq". Sama seperti drebar mamak tadi, ane ini juga anak jati Penang. "Election nanti mau kasi ajar jugak!"
" Rumah kat sini direkakhas siap ada tempat parking bot. Dah tentu kita tak mampu beli bot." Kata saudara aku waktu kami makan malam sebelum bertolak. Tak boleh bagi depa lebih dua penggal. Mula nak ek!"
Dan aku teringat kawan- kawan Pakatan Rakyat ada yang kritik Penang bajet defisit tahun ketiga. Dan apa alasan untuk jatuhkan Khalid MB Selangor seperti perjanjian air, projek lebuhraya membazir, jual tanah juga dilakukan di Penang.
"Sebab tu KM Penang tarik balik tak jadi saman Nasruddin Tantawi bila Ketua Pemuda Pas MP Temerloh bangkitkan haritu!" Eh! Tau jugak drebar mamak tu tadi.
Ah! Sebaik KajangMove yang mengarut tu aku malas ambil pot politik kepartian punya game.
Tapi kalau anak jati Penang tak mampu duduk lagi di tanah sendiri dan hanya dimonopoli satu-satu kaum, Malaysia apa? Atau....
PENANG UNTUK SIAPA?

Foto- di Armenian Street, Dalam keretapi dan atas feri






Friday, November 28, 2014

Rongos dari Jakarta...

Apa ukuran kemajuan? Fizikal? Intelektual? Rohani?
Gedung tinggi, rumah mewah atau kemanusiaan? Di gedung tinggi dan menara kaca di permukaan air, masih adakah ruang untuk Anur berteduh? Rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah biasa, anak pembesar di sekolah antarabangsa. Anur tak bersekolah...

Kata ibu Sinto (masih belum punya kesempatan menceritakan perihal beliau), anak seperti anur bukan meminta untuk dikasihani tetapi untuk dibantu mengembangkan bakatnya. Potensinya. Kita telah meletakkan pandangan yang juling lagi kabur. Kita melihat OKU dengan mata simpati, kononnya. Kalaupun tidak geli. Sebenarnya kita perlu melihat dengan mata pertanyaan, " Apa yang anda perlu?"
Kalau beriman dengan rukun iman ke enam, tak perlu lagi kita memandang dengan mata aneh. Kita sudah faham. Qada dan qadar bukan di kitab, ia di dunia nyata. Tak timbul lagi soal pelik. Tiada yang aneh. Nabi Musa juga pertuturannya terganggu kerana lidahnya terkena api sewaktu bayi ketika Firaun mengujinya dahulu.

Anur, dan teman-temannya tersisih...di tanah leluhur. Mana ruang? Mana liang untuk bernafas? Mana lapangan untuk kami? Apakah Malaysia juga republik badut?





Wednesday, November 26, 2014

Dari Kajang ke Jakarta (2)

Jakarta tidak terasa asing. Tidur, makan atau melepak di Lebak Bulus dan bercampur dengan warga Indonesia sedikit pun tidak rasa sebagai pendatang. Wajah atau bahasa tak jauh beda. Alah! Di Kajang rumahku biasa saja warga apa pun masuk keluar dengan bebas. Di Beijing dulu cuaca, musim, wajah apatah lagi bahasa dan budaya langsung tak sama. Masih bahagia. Ya! Jiwa kalau tak tenteram di dalam syurga pun terasa suram.

Sampai bila harus keluar? Selagi ada kemampuan kesihatan dan poket. Syukur ada kawan-kawan dan keluarga yang menyumbang setiap bulan. Jumlah bukan ukuran tetapi keikhlasan kalian besar maknanya. Yang Maha Pemurah tidak akan memandang kecil sumbangan itu.

Kami mangsa diskriminasi kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Nasib anak-anak OkU Terlantar terbiar. Terhumban! Hak untuk mereka menikmati pendidikan terus dinafikan. Makin ramai anak Cerebral Palsy merosot kualiti kehidupan. Tidak dilatih. Kaki dan tangan semakin mengejang. Paru-paru rosak. Tulang membengkok. Kemahiran menelan hilang....

Anur di sini. Dilatih bersama kawan-kawan. Diajak menyertai aktiviti. Wujud dan dihargai. Pelatih-pelatihnya sepenuh hati. Ayuh saksikanlah mereka menyantuni anak-anak ini. Bukan saja anak ini diterapi, jiwa kita juga tenang di sini. Menyanyi bersama mereka juga terapi. Di pusat yang ditubuhkan Ibu Sinto. Mungkin suatu hari nanti aku kan ceritakan siapa Bu Sinto.

Aku dibuang kerja kerana ingin memainkan peranan ayah kepada anak-anakku. Orang yang diharap membela masih sebok berperang perasan wira. Tapi usah kecewa, tersinggung atau merajuk.
Hanya Allah tempat kita mengadu dan Dialah Maha Pengurnia.

Iyyakana'buduwaiyyakastain
Innaka antalwahab!

Foto: Anur dilatih, Membeli bakso dari penjaja yang lalu depan rumah sambil mengetuk senduk untuk menjaja, dua mangkuk bakso untuk malam kami, Anur makan.







Monday, November 17, 2014

Dari Kajang ke Jakarta

Aku dan Sham ambil keputusan 'hijrah' ke Jakarta untuk Anur menjalani aktiviti sekolah keperluan khas/special needs atau di sini dipanggil kebutuhan khusus. Tekanan perit ekonomi Malaysia membebankan. Bayangkan untuk latihan harian Anur seperti fisioterapi, occupational therapy, speech therapy atau lainnya boleh mencecah RM8000 sebulan. Tanahair yang melaungkan slogan Rakyat Didahulukan atau momokan Kepedulian Rakyat seakan gelap untuk Anur dan kawan-kawan.
Mungkin kos biaya pusat di Jakarta mahal juga untuk rakyat mereka tetapi untuk kita masih mampu. Dengan saku cukup-cukup dan tekad yang bulat (kerana banyak sangat berfikir pun tak bawa ke mana-mana) kami ke Lebak Bulus, Cilandak daerahnya di Jakarta Selatan.
Singgah bermalam di rumah abang Sazali dan Kak Mon yang sudah empat tahun menyekolahkan Nani, juga Cerebral Palsy di sana. Segala urusan mencari rumah sewa diuruskan mereka malah tilam, kipas, pinggan mangkuk serta peralatan dapur ehsan mereka. Allah berkati keluarga hati mulia ini. Di lapangan terbang kami dijemput supir mereka, Pak Toto. Seperti abang Long menasihati adiknya, abang Sazali beri tips adat budaya orang sini. Seperti adik bongsu yang takut-takut, kami patuh.
Rumah sewa kami kecil, di sini dipanggil kontrakan. Ruang tamu 6'X10', satu jendela yang kain batik dan tuala kami jadikan langsir, sebuah bilik, satu bilik air dan ruang dapur kecil. Ada loteng yang boleh naik ke bumbung untuk menyidai pakaian. Tikus sebesar lengan menari-nari di laman pada waktu malamnya.
Senin hingga Jumat dari pagi sampai sore Anur ke sekolah. Pelatih-pelatihnya ikhlas melatih anak seperti Anur. Hari pertama sahaja, nama Anur sudah dikenali. Anur wujud di sini. Paginya sesi berdoa, kemudian latihan. Sebelum makan tengah hari ada sesi kelas belajar sambil menyanyi. Jadual terisi. Anur cukup-cukup dikerjakan.
Abang Aznan dan Kak Sazana sebelum kami ke sini telah memberitahu kawannya Ana Anise dan suaminya Hermanto akan kami. Lalu mereka menziarahi kami dan membawa kami tidur di rumah mereka pada hujung minggu. Sham masakkan masakan Melayu sehingga Hermanto heboh di kantornya betapa hebat masakan Malaysia. Dia meminta Sham masakkan untuk teman-temannya pada hari lahirnya hujung November ini nanti.
Anur dimasukkan ke wad Mayapada Hospital kerana jangkitan paru-paru seminggu. Ini risiko yang terpaksa dihadapi bila di luar. Seperti di Beijing dulu juga. RM3000 lebih habis di wad ini dan mengganggu bajet persekolahan Anur juga. Perjuangan bukan mudah. Banyak duri menghalang yang mencucuk-cucuk keazaman supaya laeh dan menyerah kalah.

Berhijrah bukan mudah. Banyak benda perlu dikorban. Ada yang perlu ditinggalkan. Lalu aku memikirkan bagaimana getirnya pendatang-pendatang berhijrah meninggalkan keluarga dan mencari rezeki di tempat lain.
Perbezaan wajah kita dengan mereka tak jauh kerna jika kita tidak buka mulut tiada siapa menjangka kita dari Malaysia. Malah kami bisa saja bergaul dengan tetangga apatah lagi dengan peniaga warung Soto mie Bogor dekat jalan besar masuk ke rumah kami. Sampai minum pun free sekali tu. Dan benar kata abang Sazali dan Kak Mon, orang Jakarta budi pekertinya tinggi. Beberapa kali kami lemah alah dengan kehalusan mereka.

Foto-foto: Anur jalani latihan, kami menaiki angkutan (van) menuju sekolah, Nora Reformis bersama anaknya dan teman-teman menziarahi kami, aku dengan Pak Deki suku Asmat dari Papua dan jururawat Mayapada Hospital, Supia Lubis, keluarga Ana dan Hermanto, Sham dan Kak Mon.















Wednesday, August 6, 2014

Khalid buka bunga silat





Jawab Khalid Jawab!

Bandingkan surat tunjuk sebab dan jawaban Khalid. Anda bagaimana?







Tuesday, August 5, 2014

Dakwa Khalid!

jika Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) sebuah parti pendokong reformasi harus berani sekurang-kurangnya Angkatan Muda Keadilan menyahut cabaran Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor untuk melaporkan segala tuduhan salah laku Khalid ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini yang dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan ketika era reformasi dahulu walaupun ketika itu juga sudah punya persepsi integriti badan itu diragui.
Menjaja dokumen dan dalil sahaja ke media hanya mengikut jejak langkah lapuk Umno ketika mengedarkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM'.
Jangan guna alasan tak perlu lapor kerana SPRM tak boleh dipercayai sedangkan laporan tak dibuat lagi. Jika SPRM tak boleh dipercayai dan tak perlu buat laporan bermakna tidak perlu juga menyertai Pilihanraya Umum akan datang kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga tak boleh dipercayai.

REFORMASI!


AMK kena report. Rafizi tak report pasal segan kos guaman kes NFC khabarnya Khalid yang payung. RM20k gak....Anwar dan Azizah pun tak report. Khabar desas berdesus desis kenduri resepsi anak depa di Kajang pun Khalid yang payung...kui! Kui!