Sunday, November 30, 2008

APAHAL di Kongres PKR tu?

Kongres dah selesai petang tadi...namun sok-sek apahal telah kedengaran..

1- GERAI PENIAGA
setelah aku timbulkan isu 'lintah darat' hari tu, seseorang memberitahu harga sebenar sebuah khemah gerai RM1500 untuk 3hari dan jika dibahagi dua tapak dalam satu khemah tu harga tiap satu tapak RM750.00. Jelas? jadi jika ada sesiapa yang terbayar lebih sila beritahu dan jelaskan dengan bukti yang kukuh..okey? seperkara lagi diharap akan datang Penganjur khemah peniaga kena peka dan panggil peniaga-peniaga yang biasa berniaga. Mereka ini adalah reformis yang dah 10 tahun berniaga dan sudah lali dengan risiko. Sewa yang mahal menyebabkan mereka tak berani menyewa lalu wujudlah peniaga-peniaga 'rambo' tanpa membayar sewa tapak. Cari kaedah agar kawan-kawan kita ini berpeluang mencari duit dan bukan setakat kayakan tokey khemah saja...pihak stadium juga tidak ditemui untuk mendengar pendapat mereka yang dah tentu berpengalaman menganjurkan karnival dan expo2..cadangan penyusunan gerai yang berkesan sudah pasti mampu mereka cadangkan..

2- AMK Boikot Tan Sri Khalid..
ketika Tan sri Khalid berucap pada Sabtu malam , kelihatan berbondong-bondong anak muda dari AMK- ada yang dari Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan di sekitar KL dan selangor keluar memboikot. Di luar mereka menjerit-jerit memperolok-olokkan ucapan MB Selangor tuu..Apahal? Getik lak temna nengoknye..

3- Papan lapis yang suka bersandar
Menyampah dengan beberapa ahli kita dan pimpinan2 tertentu yang suka menggunakan nama "Anwar" dan tokoh2 lain untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sampai penyusunan khemah peniaga pun budak penganjur tu kata "Anwar yang nak susun cam ni"..ada juga yang cakap "saya orang Tan Sri Khalid, saya nak berniaga di sini" dan ada ahli Majlis MPK menelefon kawannya di luar yang hendak masuk agar menggunakan namanya, "cakap kau orang aku!'

Ek eleh..nak berjuang binalah nama sendiri..jangan nak jadi udang galah yang menompang belakang buaya!!

5 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Ada lah sikit-sikit tak betul paku tu. Pemimpin atasan tak tau atau tak sedar tu.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

kena buat bedah siasat la..tgk tang mana yg terputus urat ke..pembuluh darah pecah ke..perut ada bocor ke..

wallahualam

Warisan Nusantara said...

aku rasa kesian kat MbB nie..dia nie lembut lah..amacam aku buat satu program vote seluruh selangor suka tak ngan MB nie..pastu aku bg kat anuar..siap ngan bukti...aku rasa kalau kekalkan dia mcm sekarang abislah selangor next term..i luv PKR..

Term Papers said...

It's hard to find good articles these days. This one is really good.

Resume Writing said...

Resume Editing:Informative article, studying all the effects that are written here might lead to success.