Tuesday, November 24, 2009

nik aziz, menantu, kroni dan 2 orang pekerja sendiri saja..

Nik Aziz mendengar saranan Hj Hadi dan rombongan Pas agar menantunya meletak jawatan demi nama baik Pas. Aku setuju! Moga2 Nik Aziz mengambil iktibar akan hal ini. Berbeza pendapat tidak salah. Menerima teguran juga menunjukkan keterbukaan kita. Jangan jadi seperti sesetengah penyokong2 mereka yang hanya menurut taksub melulu dan tak boleh langsung idola mereka ditegur.

Suatu ketika Umar Al Khattab meminta anaknya menjual semua ternakannya apabila mendapati binatang ternakan anaknya gemuk2 berbanding dengan ternakan orang lain. Ini kerana orang lain segan hendak ke padang ragut yang mana anak khalifah ada juga membawa ternakannya makan di situ.

"Walaupun tak salah tapi aku tak mahu ada orang berkata mentang2 anak khalifah, maka boleh saja ke padang ragut itu" kata Umar.

Persoalannya bukan salah kalau berkelayakan tetapi untuk menutup mulut orang yang pastinya akan berkata tidak enak.
Jadi tindakan Nik Aziz wajar!

Bagaimana pula dengan Nazir Tun Razak, Khairy Jamaluddin, anak-anak Mahathir? Fazrin Azwar menantu Opah Pidah, Apa cerita?
satu dunia tahu kaya raya tempias bapak2 atau abang2 depa atau pak mak mertua depa..
tak nak cuci nama ke?

HAMPUGHAIH korang!

4 comments:

Unknown said...

mana boleh usik. nanti kena singkir

sangkegelapan said...

xkn nye gerombolan berani wat jgk camtu...

ubilepih said...

Petama sebab diaorang ahli ameno
ke dua sebab deme ketuanan melayu
maka itu deme ni kebal dan maksum...
harta negara ni harta mak bapak deme belaka..jgn lupa sekarang mak cik RM kita pun sama...

Anonymous said...

hehehe....mane bole kacau dah depa rase harte semua depa punye senang nk sebat sng nk libat....